Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan Remaja dikatakan berusia di antara 11-21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang. Zaman remaja dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat. Zaman remaja dikatakan satu proses untuk mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Dari definisi tersebut dapat kita simpulkan bahawa remaja mudah terlibat dengan gejala-gejala yang kurang sihat. Faktor keluarga yang bergolak, pengaruh rakan sebaya dan sifat ingin tahu antara pemangkin yang mengheret remaja ke arah gejala tidak sihat. Pada masa kini banyak kes-kes yang melibatkan salahlaku yang tidak ada pada masa sebelum ini. Kajian kes ini adalah diantara kes-kes yang sedang bertambah bilangannya. Kajian ini merangkumi skop kajian, kaedah kajian, dapatan kajian dan jalan penyelesaian yang mana di harap dapat membantu remaja meneruskan kehidupan mereka. Sebagai pengajar bukan sahaja berkongsi ilmu akedemik dan kemahiran tetapi juga berkongsi masalah,malah membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar seolah-olah peranan kaunselor dimana pengajar berdepan dengan masalah sosial yang membimbangkan terhadap pelajar.

2. Skop kajian Tugasan yang diberikan ialah kajian terhadap dua pelajar perempuan yang berusia 19 dan 20 tahun yang dikenal pasti telah menghadapi isu kurang bijak menangani kebebasan di sebuah institut latihan. Pelajar yang dikaji didapati terlalu seronok dengan kebebasan, mempunyai konflik dengan keluarga, mempunyai masalah pergantungan dengan rakan sebaya dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Faktor latar belakang yang dikenal pasti ialah kurang mendapat kebebasan sebelum ini dan mempunyai bapa yang garang. Pendekatan yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang positif dimana klien kembali mendapatkankan keyakinan diri, mendapat celik akal tentang hubungan kekeluargaan serta mendapat sokongan keluarga dan membina tingkah laku yang lebih berkesan.

3. KAEDAH KAJIAN Pelajar 1. 1. Temuduga Membuat kaji selidik bagi memastikan samada pelajar mempunyai masalah psikologikal yang kronik seperti kemurungan, rasa bersalah yang berpanjangan dan tahap keyakinan diri yang rendah. 2. Mengenalpasti masalah pelajar. Merapatkan diri dan mewujudkan satu hubungan yang erat dengan pelajar melalui kaedah menddengar dengan penuh minat dan menggalakan pelajar menyatakan masalah dengan cara terbuka bagi memberi pemahaman terhadap erti kebebasan, konsep kendiri serta ketegasan diri. 3. Penerokaan dan mencari alternatif. Mengenal pasti pelajar mempunyai konsep kendiri yang rendah dari penerokaan tersebut yang mana menyebabkan pelajar bertingkah laku pasif, terlalu bergantung kepada rakan-rakan serta sukar membuat keputusan. Sebagai alternatif, pelajar ditekankan kepada sikap toleransi, memberi kebebasan pelajar untuk berfikir, merasa bertindak dan digalakan menjelajahi, meneroka sendiri perasaan secara mendalam. 4. Pembentukan matlamat. Matlamat kaunseling adalah mengikut kehendak pelajarr dan bersesuaian dengan keadaan. Oleh itu satu penetapan matlamat kaunseling yang telahh dipersetujui bersama ialah meningkatkan konsep kendiri dan membentuk tingkah laku tegas.

5. Latihan tegas diri. Pelajar telah diajar bagaimana untuk menyatakan pendapatnya dengan tegas tanpa rasa takut dan bimbang. Pelajar 2. 1. Mengenal pasti masalah pelajar. Memberi keyakinan kepada pelajar akan diterima tanpa syarat dan menunjukan simpati. Keadaan pelajar yang sedang mengandung di luar nikah, menerima tekanan daripada masyarakat dan menghadapi masalah disiplin dengan pihak institusi latihan, telah dipohon kebenaran untuk menghubungi keluarganya bagi mendapatkan sokongan. 2. Membina alternatif dan tindakan. Pelajar dan ahli keluarga dipertemukan dan berinteraksi secara lansung bagi meluahkan isi hati dan harapannya agar diterima kembali. Perkara yang dibincangkan adalah masa depan kandunganya, masa depan diri pelajar sendiri dan pembentukan institusi keluarga yang lebih berkesan. Memastikan pihak pengurusan institusi menguruskan masalah pembelajaran dan penangguhan sesi pengajian.

4. Dapatan Kajian Pada tahap pertama, pelajar bermasalah emosi menunjukkan cirri-ciri seperti masalah gred yang makin menurun, ponteng yang terlalu ketara, perubahan dalam cara berinteraksi dengan orang sekeliling dan bermasalah menangani tekanan. Seterusnya, pelajar bermasalah akan memohon pertimbangan-pertimbangan khas seperti lebih masa untuk hantar tugasan dan kurang selesa menyatakan sebab perlukan pertimbangan tersebut. Berikut adalah maklumat yang dapat dikumpulkan mengenai pelajar-pelajar tersebut :-

Kes 1 Seorang pelajar yang cemerlang. Terkongkong dengan disiplin yang ketat.

Kes 2 Seorang yang agresif dan berkonflik dengan keluarga. Seorang yang pasif kepada teman lelaki.

Berasal dari kampung. Bapa garang. Mempunyai seorang bapa yang garang. Tidak tegas dalam membuat keputusan.

Pernah melakukan hubungan seks semasa menuntut di Institut Latihan. Pegangan agama yang longgar.

5. Cadangan dan penambahbaikan Tiga elemen asas iaitu komunikasi berkesan, pengetahuan psikologi remaja dan pelbagai strategi penyelesaian masalah bergantung kepada teori yang dipilih. Langkah asas yang perlu dilakukan ialah mendengar masalah klien tanpa menghakimi, membimbing klien memahami punca masalahnya, mengajak pelajar mencari penyelesaian dan menyokong klien dalam mencuba tindakan baru. Langkah-langkah yang boleh membantu pelajar ini adalah seperti berikut :i. ii. Ambil masa untuk bercakap secara sendirian dengan pelajar ini dan beri perhatian sepenuhnya sepanjang sesi. Nyatakan keprihatinan anda dengan ikhlas tanpa membuat penilaian.Contohnya katakan Saya nampak awak telah beberapa kali ponteng, saya prihatin, boleh ceritakan apa yang sedang berlaku?. Sebaliknya elakkan berkata Ke mana anda menghilangkan diri? Malas datang kelas ye? iii. Dengar perasaan dan pemikiran pelajar dengan sikap terbuka dan nyatakan kefahaman anda tentang apa yang telah disebut oleh pelajar itu. Contohnya Nampaknya awak tidak tahu cara belajar yang betul di institut latihan dan ini membuatkan awak rasa keliru? iv. v. Tanya pelajar apa yang boleh dilakukannya, bincang kebaikan dan keburukan setiap pilihan. Elakkan menghakimi tindakan atau perasaan pelajar tersebut, kerana ini membuatkan pelajar tersebut tidak mahu bekerjasama. Walaupun anda kurang bersetuju dengan pandangan pelajar tersebut, tetapi anda perlu menghargai pandangannya. vi. Jika anda rasa kurang berkemampuan untuk membantu. Buatlah rujukan kepada kaunselor profesional.

6. Kesimpulan Dari kajian ini iaitu dapatan kajian dapat membuktikan faktor keluarga seperti cara pengasuhan, kurang kasih sayang dan dari segi kawalan memberi kesan terhadap pembentukan identiti kendiri pelajar. Kepincangan dalam aspek kekeluargaan boleh menyumbang kepaada ketidakupayaan remaja menangani kebebasan dan sehingga berlakunya salahlaku sosial. Masalah salahlaku sosial tersebut semakin menjadi-jadi bila seseorang pelajar atau pelatih itu berjauhan dari keluarga dan berada di institut latihan. Pelajar dalam kajian kes kali ini telah berhadapan dengan masalah menangani kebebasan yang berpunca dari identiti kendiri yang rendah. Pendekatan yang telah diambil dalam kes adalah membuat latihan ketegasan bagi membantu pelajar membina jati diri dan seterusnya mampu berhubung secara sihat dengan orang disekeliling mereka. Selain itu pendekatan sistemik dengan mengatur pertemuan di antara pelajar dan keluarganya untuk membuat penyelesaian tersebut. Dari kajian ini, rawatan kaunseling yang berkesan dipersetujui dapat membantu pelajar secara individu dan juga membuka mata keluarga. Kajian ini membuktikan bahawa perkhidmatan kaunseling meninggalkan kesan positif terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang. Di sini terbukti bahawa perkhidmatan kaunseling mempunyai peranan yang penting dalam usaha mengurangkan punca gejala sosial. Perkhidmatan ini juga perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu pelajar yang memerlukan sokongan emosi yang berterusan dalam menghadapi cabaran. Melalui sokongan ini pelajar ataupun remaja yang kurang bijak menangani kebebasan tidak akan merasa terasing, tidak diterima atau rasa tidak diperlukan tetapi sebaliknya, mempunyai ruang dan tempat untuk bergantung dan mendapat maklumat bagaimana untuk mendapat pertolongan lanjut.

Anda mungkin juga menyukai