Anda di halaman 1dari 2

Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak.

Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui. Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang.

Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. si-isi (Faktor):1. Pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja. Mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana cetek ilmu agama. 2. Pengaruh negatif yang tersebar luas dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang lebih membawa keburukan jika tidak dipantau. 3. Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan. 4. Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas. 5. Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku para remaja. 6. Kurang kesedaran dalam diri remaja menyebabkan mereka mudah bertindak mengikut nafsu dan perasaan. 7. Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan mudah menarik mereka melakukan seks haram. 8. Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap seperti enau di dalam belukar menyebabkan kes pembuangan bayi sukar dibanteras. 9. Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi. Penutup:

Pelbagai faktor yang sama-sama membantu meningkatkan kes pembuangan bayi. Semua pihak perlu berganding bahu secara bersungguh-sungguh membanteras gejala sesat ini. Remaja mestilah sedar bahawa perbuatan membuang bayi ialah perlakuan keji yang amat dilarang oleh agama.

Anda mungkin juga menyukai