Anda di halaman 1dari 5

 

PANTUN MERDEKA

   Bendera berkibar di rumah Pak Agos


    Di halaman rumah pasang pelita
    Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
    Tarikh kemerdekaan negara kita.

    Bersyukur menjadi rakyat Malaysia


    Bumi bertuah indah permai
    Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka
    rakyat hidup aman damai

    Setiap tahun menyambut merdeka


    Jalur gemilang berkibar megah
    Sejarah negara jangan dilupa
    beratus tahun kita dijajah.

    Kaum melayu, Cina dan India


    Hidup sejahtera bersatu padu
    Jasa pemimpin jangan dilupa
    rakyat terbilang negara maju.
    Para pemimpin silih berganti
    Kini Pak Lah di tampuk kuasa
    Kita isi kemerdekaan ini
    membina peradaban negara tercinta.

    Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat


    Bersama kita menyambut merdeka
    Bersatu berazam penuh semangat
    Mari pertahankan kemerdekaan kita.

                Abdullatip
                  Jelebu
            31.Ogos.2004

PANTUN MERDEKA

MEREDAH SASA BUMI MELAKA,


AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,


INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,


DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.
AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,


DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,


BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,


GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: http://joharshuib.blogspot.com

 Share this:

 StumbleUpon

 Digg

 Reddit

Entri ini dikirim pada hari Khamis, 27 Ogos 2009, 11:11 pm dan diletakkan dalam kategori Koleksi Pantun Melayu.

Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan

respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

33 Responses to “Pantun Merdeka”
1. bulan berkata:
Ogos 30, 2009 at 12:12 am
Merdeka!!!
Bumi merdeka
Kerana mu Pahlawan
Kerana mu Negarawan
Kerana mu Sultan dermawan
Tanah Melayu maju perkasa
Bersama bahasa jiwa bangsa
Bersatu padu membangun nusa
Jalur jalur berkibar dipuncak kuasa
Merdeka! Merdeka !
Semangat kebangsaan saluas lautan
Melambai lambai dihari peringatan
Kebanggaan, bebas meneraju watan
Bangun gagah jiwa pertiwi warisan
Tanahair ku aman dan makmur
Berdasarkan ideology Tun yang subur
Tanahair ku selalu pandang ka timur
Berdasarkan ideology Tun yang mashur
Merdeka! (selepas 52 tahun)
Putra Putri merai tanah pusaka
Ketika hati ibu remok berduka
Ayer mata bapa menyapu muka
Gelombang kuasa para durhaka
Tanahair merdeka sarupa neraka
Merdeka!
Bergema tangis gurindam cuitan
Semangat tenggelam didasar lautan
Melambai lambai suara tuntutan
Keterbukaan amalan perosak watan
Kembali layu jiwa jiwa pertiwi warisan
Kemerdekaan lenyap sepi sama hakisan

Dataran Merdeka nama diberi


Buat bernyanyi serta menari
Pasti ramai yang lupa diri
Anak-bini tercari-cari.
 
Twin Tower sungguh lah indah
KL Tower bermandi cahaya
Orang tua pening dirumah
Terkenang dara ntah kemana.
 
31 Ogos kita nantikan
Wild party rakan dan taulan
Sebelum party merempit sakan
12 malam kita laungkan.
 
Merdeka! Merdeka! Merdeka.....

Anda mungkin juga menyukai