Anda di halaman 1dari 9

NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 56 tahun dahulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya buat pedoman rakyat jelata. Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama. Gah nama Malaysia dipersana antara bangsa Kini.. 56 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman damai tanpa kacau..tiada persengketaan. Maju berteknologi kearah mencapai wawasan negara. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka.. MAZARINA

FATIN

SYAHMI

ALIF

MAZA SEMUA

31 OGOS TIBA LAGI Setiap kali tibamu Ogos mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah dalam matang akal fikir semangat dan kudrat masih berbaki merisik khabar pejuang yang jauh dalam lipatan darmawisata merdeka mahalnya nostalgia. Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua menyentak lolong makrifat membiak musim ceriteranya berderai plotnya berkecai mengirai skrip duga yang tak sudah atas aspal fatamorgana bumi bertuah. Ogos yang sujud di kaki merdeka tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang tetap menyimpul senyum meskipun termateri kenangan pahit yang mahal dan cantik. Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi bersama gemersik angin di bumi bertuah mendewasakan ukhuwah dan ummah siap siaga warga berdaulat memahat sejarah dalam tamadun bangsa yang gah. Terima kasih pejuang tanah merdeka terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

WAN ZAHARI WAN ALI, SMK Saujana, Setiu, Terengganu.

KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN KETAATAN DAN KEBERANIAN Berjanjilah kami demi keberanian melalui suara-suara hijaz putaran kemerdekaan menyusur sungai-sungai mati kepada insan seikat masyarakat yang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmu terselit larian aku anak kecil dibentuk dalam kelas-kelas rendah hingga ke kamar dewasa jiwa ini digantung loceng mongel lalu direntap-rentap terbawa-bawa. Titisan darah ibuku pada papan cendana pejal masih melekat di situ di perigi yang telah terkambus hanyir masih terbau tembuni dalam diam berubah fosil atas tanah yang merdeka. Seperti selalu berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil menyamai pemberian hadiah bapamu kami menyebut MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!! NAFISA Marang, Terengganu MENYAMBUT MERDEKA MENYAMBUT MERDEKA Sambutannya berulang lagi saban tahun ia kembali keranamu Malaysia aku di sini menabur bakti ibu pertiwi. Jalur gemilang berkibar megah sana sini mencipta indah namun segelintir tiada endah satukan hati bukannya mudah. Hanya Malaysia negara tercinta pejuang bersusah untuk merdeka jangan siakan apa yang ada sayangilah tumpah darah kita. ZAINAL ABIDIN AHMAD BTP 012-2855100 POKOK BANGSA POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. Anak merdeka alaf baru! tanamlah, semailah, bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi

demi generasi dan agama mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat. Anak merdeka alaf baru siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka. AMYLIA HUSSAIN Jambatan Merdeka, Sg. Petani

Rumah Usang Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan; Tapi sebenarnya, Negara itu rumah, Dan rakyat ahli keluarganya Mungkin rumah kita ini sudah usang, 49 tahun usianya, dan ada yang bertanya Apa perlunya diagungkan rumah yang usang? Barangkali kita lupa, Zaman kita dibodohkan oleh british, Kata-kata manis, taburan janji, kita dihina di tanah sendiri. Mungkin juga kita lupa, Pada kemarau yang dibawa Dari terik matahari jepun. Kita menjadi abdi ditanah sendiri, Betapa peritnya bila difikirkan kembali.

Dan kita terlupa, Setelah terbenam si matahari, 13 malam kita lalui, Gelap gelita semuanya, Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang, Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa, Hanya dari 3 butir bintang Mungkin benar, rumah kita sudah usang, Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata, jangan kita lupa, Rumah usang ini dibina dari darah keringat, Air mata dan derita. Kata orang, melayu mudah lupa, Tapi sebenarnya, Melayu, Cina India, Kita semua memang mudah lupa. TRAGEDI DULU KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA Bumi ini pernah diulit tragedi mimpi ngeri berdarah deritanya hingga ke tulang sendi Anak-anak dulu takut pada pedang dari Matahari Terbit Anak-anak dulu gementar pada senapang dari Barat yang jauh Kini semua ini

usahkan gentar malah menjadi suatu kebanggaan terucap di lidah pada tubuh-tubuh pada mata dan budaya Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita kita tentang dengan minda merdeka Namun hari ini, mereka menjajah minda anak-anak kita Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita menjadi benteng kemerdekaan? Tragedi dahulu, kini perlahan-lahan halus, diam, merapati kita bersahabat dengan minda anak-anak kita. Amiene Rev (C) 2007

SAYANGKAH KITA PADA NEGARA?

Sayangkah kita pada negara?

atau pada diri kita?

Keluarga kita?

Anak-anak kita, jika ada?

Sanak saudara kita, jika ada?

Agama kita, jika ada?

Tanah tanih kita?

Sudah semestinya ada!

Sayangkah kita pada negara?

Merdeka negara merdekakah kita?

Jika ya, buang karat-karat Barat!

Kita rakyat Timur,

jangan gementar genggaman kita

kuat berpegang pada apa

janji kita pada darah kita.

Nukilan: Amiene Rev (C) 2007

MERDEKA DALAM TANGISAN DARAH

Negara kita bebas dengan bayaran darah

dengan janji-janji yang menjadi korban

dengan kata telus pembakar api harmoni

Jiwa berbeza bangsa bersatu dalam hati

Namun hari ini kita rasa kita merdeka

Sedangkan nenek moyang kita telah abdi

Pada janji yang mencetus tangis darah

Darah mereka dibiar mengalir sia-sia

Angkara kita rapuh biar minda dijajah

Dan moyang kita terus menangis

Biar negara kita maju

Dan moyang kita tetap terus menangis

Kerana Melayu dan adatnya sudah jauh

semakin lama meninggalkan kita

Di mana adab apabila berdepan orang tua?

Di mana adab apabila berkunjung ke rumah orang?

Di mana adab apabila berdepan dengan Tok Ketua?

Di mana adat menjunjung budaya?

Nenek moyang kita menangis lagi...

Kita sambut merdeka dalam tangisan darah.

Anda mungkin juga menyukai