Anda di halaman 1dari 2

SYAIR PATRIOTIK Tersebutlah kisah sebuah negara, Malaysia digelar diberi nama; Perdana Menteri bekerja bersama-sama, Agar

Malaysia jadi ternama.

Satu Malaysia ilham Perdana Menteri, Galakkan rakyat bersatu hati; Demi kerana negara dicintai, Moga hidupmu terus diberkati.

PM mengajak rakyat bersatu, Pelbagai kaum bersatu padu; Memupuk minda generasi baru, Demi kerana Malaysia yang satu.

PM bekerja tak kira masa, Pentingkan rakyat dari segala; Kerahkan menteri beri kerjasama, Asalkan rakyat hidup bahagia.

PM dan menteri kerja bersungguh, Demi rakyat negara teguh; Petah bicara bila berhujah, Agar rakyat dapat berteduh.

PM kita pencetus revolusi, Galakkan rakyat berkreativiti; Minda penuh daya imaginasi, Lahirkan produk berinovasi tinggi.

Menteri kabinet beri perhatian, Ikut arahan dalam panduan; Ada kuasa jangan disia-siakan, Hilang kuasa dalam penyesalan.

Apalah ada pada kuasa, Salah guna bawa binasa; Jalankan tugas hati yang waja, Hidupmu pasti rasa bahagia.

Anda mungkin juga menyukai