Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (C)

YU CHAI
JALAN BESAR,
34350 KUALA KURAU, PERAK DARUL
RIDZUAN
TEL : 05- 727 7218 / FAX : 05-727 7218

SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG


Dalam tahun 1928, Encik Choong Kiok Chew mencadangkan supaya sebuah
sekolah didirikan setelah mendapat sokongan dan bantuan wang dari semua lapisan
masyarakat, beberapa bulan kemudian maka tertubuhlah sebuah sekolah yang diberi
nama Yu Chai. Ia dibuka dengan rasminya pada 15hb. Januari 1928. Ketika itu Ahliahli Jemaah Pentadbir sekolah ini adalah seperti berikut: Pengerusi Chuah Eng
Huat, Naib Pengerusi: Ong Sian Chooi, Loo Kim Hong, Khor Puet, Ong Huan Choo,
Ho Boon Hua, Khor Kai Boon, Ewe Ching Sen, Khor Tian Te, mereka menyewa
sebuah rumah kedai yang beralamat di No.44, Jalan Besar untuk dijadikan bangunan
sekolah. Guru Besar ketika itu ialah EnCik Khor Tai Geng dan bilangan murid-murid
hanya beberapa puluh orang sahaja.
Pada Tahun 1930, tertubuhlah sebuah lagi sekolah yang diberi nama Sin Hwa
di Jalan Pantai. Dalam tahun 1934 sebuah lagi sekolah diberi nama Peng Meng
didirikan di Jalan Besar. Dengan ini maka wujudlah tiga buah sekolah yang
menjalankan pentadbiran dan pekembangan masing-masing. Pada hakikatnya, iaitu
awal dari tahun 1928 sebuah sekolah yang diberi nama Nam Wah telah muncul
dalam tahun 1913. oleh kerana dipengaruhi oleh pendapat-pendapat politik Cina
yang berlainan, maka ia dibubar dalam tempoh tidak sampai sepuluh tahun. Pad
tahun 1941, Negara Jepun menyerah kalah dan negara kita pun dibebaskan dari
pemerintahan Jepun. Tahun itu juga menjadi tahun yang bersejarah pada kita,
kerana ketiga-tiga sekolah itu dapat digabungkan menjadi sebuah sekolah. Ia dibuka
dengan rasminya semula pada 12 November 1945. Oleh kerana hari tersebut telah
tergabungnya ketiga-tiga sekolah maka hari tersebut itu juga diumumkan sebagai
sempena Hari Perayaan Sekolah.
Ahli-ahli Jemaah Pentadbir Sekolah ketika pembukaan sekolah semula adalah
seperti berikut: Pengerusi Choong Lip Min. Naib Pengerusi: Tan Poh Kim dan Khir It
Khoay. Bendahari: Ong Sian Chooi. Naib Bendahari: Ong Thean Seah. Juru Odit:
Teoh Moh Khoo. Setiausaha: Ho You Sen. Ahli-ahli Jemaah Pentadbir: Ong Huan
Choo, Eng Boon Lan, Eng Kim Khoon, Khor Pat Khuan, Ng Peng Tee, Khor Lian Yu,
Kang Ah Theng, Teoh Song Guan, Ong Lye Huat, Beh Khai Hong, Teoh Moh Eng,
dan Wu Peng Hong.

Dalam Tahun 1955, Pengerusi Jemaah Pentadbir Sekolah ialah Encik Teoh
Moh Khoon dan Guru Besar ialah Encik Liew Chee Long. Ketika itu tempat-tempat
yang dijadikan bangunan sekolah ialah Pejabat Kilang Padi (dipinjam dari kerajaan)
dan kilang membuat teh (ditinggalkan waktu pemerintah Jepun). Murid-murid sekolah
ini kian lama kian bertambah. Memandangkan bangunan sekolah tidak mencukupi
dan murid-murid bertambah ramai maka Jawatankuasa Pembinaan Sekolah telah
ditubuhkan. Pengerusinya ialah Encik Ong Sian Chooi. Pertubuhan ini telah
bertungkus-lumus menjalankan tugas-tugas membina bangunan sekolah. Encik Ong
Sian Chooi dan adik-adiknya telah menyumbang dengan murah hati lebih
RM30,000.00 (Subsidi dari kerajaan RM7,800.00). Di mana ada hasrat di situ ada
jalan, akhirnya sebuah bangunan sekolah dua tingkat yang memakan belanja lebih
kurang RM30,000.00 siap dibina pada tahun 1957. Bangunan ini mengandungi
sebuah dewan besar dan 16 buah bilik darjah. Ia dapat dibina disebabkan orang
ramai telah menyambut dengan sepenuhnya seruan dari Encik Ong Sian Chooi dan
adik-adik Jemaah Pentadbir Sekolah dan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah.
Dalam tahun 1960, sekolah ini maju setapak ke hadapan, kerana ia
mempunyai satu lagi bangunan asrama guru-guru dua tingkat yang berharga
RM80,000.00. Dalam tahun 1964, sekolah ini mempunyai gelanggang bola
keranjang yang boleh digunakan pada waktu malam. Pada tahun 1956 kerajaan
telah membiayai sekolah ini memasang tingkap dan pintu di tingkat atas bangunan
sekolah supaya murid-murid tidak dipukul oleh angin dan hujan. Pada tahun 1969,
Encik Ong Sian Chooi (Pengerusi Jemaah Pentadbir Sekolah), Encik Ong Sian Teik
(Ahli Jemaah Pentadbir yang dilantik oleh Kerajaan), Encik Lee Swee York
(Pemangku Guru Besar) mereka berempat telah bertemu dengan Timbalan Perdana
Menteri Tun Abdul Razak di Bukit Merah bagi membincangkan tentang pembinaan
bangunan

tambahan.

Beliau

berasa

simpati

dan

mengarahkan

mereka

mengemukakan permohonan dengan menghantar sepucuk surat kepada Menteri


Pelajaran melalui Menteri Besar Perak. Setahun kemudian kerajaan telah
meluluskan peruntukan sebanyak RM16,000.00 serta dengan wang simpanan
sekolah, tabung kewangan untuk bangunan tambahan ini sudah meningkat melebihi
RM50,000.00.

Pada awal tahun 1971, bangunan tambahan telah mulai dibina dan siap pada
penghujung tahun. Bangunan tambahan dua tingkat ini mengandungi 8 buah bilik
darjah.
Dalam tahun 1972, bangunan sekolah ini mulai dibuka. Jadi setakat ini,
sekolah kita telah mempunyai 24 bilik darjah dan murid-muridnya lebih dari 1,700
orang dan bilangan guru-gurunya sebanyak 46 orang. Sekolah ini mempunyai dua
sidang, iaitu pagi dan petang berjumlah 38 buah kelas. Dalam perjuangan kita lebih
dari 50 tahun, sekolah ini telah mengeluarkan ramai juga pelajar-pelajar yang berjaya
dalam bidang pertukangan, perniagaan dan perikanan dan juga pelajar-pelajar yang
dapat melanjutkan pelajaran mereka dan menjadi doktor, guru dan lain-lain. Pendek
kata sekolah ini telah memberi sumbangan yang sewajarnya semenjak ia
diwujudkan.
Dalam tahun 1976, bekas Guru Besar Encik Lee Swee York bersara dan
Encik Khaw Tian Heong telah menggantikan tempatnya. Dalam tahun 1979,
permohonan mendirikan sebuah Bilik Pergigian telah diluluskan dan sejak itu
kerajaan telah menghantar Pengawai Pergigian berkhidmat di sini.
Dalam tahun 1980 setelah mendapat sokongan dari Jemaah Pentadbir
Sekolah, PIBG dan bantuan dari Lion Kelab, maka satu pertunjukkan wayang
gambar diadakan di panggung wayang Sian Chooi untuk mengutip wang derma bagi
pertubuhan pancaragam sekolah ini. Jumlah yang dikutip dari orang ramai dan
orang-orang yang menyaksikan pertunjukkan itu ialah sebanyak RM5,000. Setahun
kemudian Jemaah Pentadbir, PIBG dan Persatuan Murid-murid Tuan Yu Chai telah
memberi galakan dan sokongan kepada penubuhan pancaragam itu dan berjaya
mengutip wang derma dari orang ramai sebanyak RM20,000.00 dalam satu
pertunjukan Malam Kebudayaan. Akhirnya sebuah pasukan pancaragam yang besar
di sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Menteri Buruh
Dato Mak Hon Kam dalam satu upacara penubuhan yang meriah. Dalam upacara
penubuhan itu juga Pengerusi Jemaah Pentadbir sekolah Dato Ng Peng Tee JP.
telah menyerahkan bendera kepada (menderma RM2,000) dan Naib Pengerusi
Jemaah Pentadbir Sekolah Encik Ong Lian Chye menyampaikan baton kepada
pasukan pancaragam itu (menderma RM2,000) dan Naib Pengerusi Jemaah

Pentadbir Sekolah Encik Ong Bok Lim telah melepaskan belon berwarna-warni
(RM1,000).
Mengikut kehendak Jabatan Pendidkan, maka Bilik Gerakan Sekolah ini telah
dibina pada bulan April 1985. ia memakan belanja lebih RM2,000 untuk membeli
meja mesyuarat, kerusi dan almari yang mempunyai petak-petak didalamnya. Almari
ini boleh digunakan untuk menggantung rajah-rajah Bilik Pusat Sumber yang sedang
dijalankan.
Pada tahun 1988, Guru Besar Encik Khaw Tian Heong telah meninggal dunia
pada 17.4.1988 dan Encik Ang Kai Seng diarah oleh Pengarah Pendidkan untuk
mengambil alih tugasnya. Encik Ang Kai Seng telah merancang satu projek besarbesaran. Dengan kerjasama Lembaga Pengurus telah dapat mengumpulkan derma
melebihi RM100,000.00 untuk pembaikan dan mengecat seluruh bangunan sekolah.
Dalam tahun 1989 Encik Ang Kai Seng ditukar keluar dari sekolah ini. Pada
16.5.1989 dan diambil alih tugas oleh Encik Tan Cheng Hai.
Guru Besar, Encik Tan Cheng Hai bersara pada 1.3.1990 dan Penolong
Kanan 1, Encik Ong Se Poh diarah untuk menanggung kerja jawatan Guru Besar
mulai 1.3.1990. Guru Besar Ng Mun Fook ditukar ke sekolah ini sebagai Guru Besar,
PPP Siswazah B (KUP) mulai dari 16.3.1991.Encik Ong Se Poh, Penolong Kanan 1
yang menjalankan tugas Guru Besar yang telah bersara mula dari 20.3.1993.
Encik Tan Ge Kock ditukar ke sekolah ini dan menjadi Guru Besar mulai
16.2.1993. Beliau bersara 11.4.1995 dan Encik Teoh Poh Seng menanggung kerja
Guru Besar sehingga 16.8.1995. Encik Teoh Poh Seng dinaikkan pangkat menjadi
Guru Besar di SRJK (C) Chong Wah, 34400 Simpang Empat, Semanggol dan
tempat beliau digantikan Encik Khoo Kaik Hong sebagai Guru Besar, beliau ialah
bekas Guru Besar SJK (C) Yuk Hwa, Kuala Gula, 34350 Kuala Kurau. Pada
16.8.1995 Encik Khoo Kaik Hong mengisi tempat sebagai Guru Besar di sekolah ini.

Dalam tempoh perkhidmatan beliau selama 2 tahun 11 bulan, beliau telah


menunjukkan

kecemerlangannya

dari

segi

pengurusan

sekolah,

kurikulum,

kokurikulum, dan kesahsiahan sekolah. Bliau bekerja keras dan menjalankan


tanggungjawab dengan penuh berdedikasi. Banyak perubahan dan projek-projek
telah dijalankan untuk meninggalkan pencapaian akademik di sekolah. Usaha-usaha
beliau telah dapat dibuktikan pada tahun 1997 di mana salah seorang murid Tahun 6
telah memperolehi 7A dalam peperiksaan UPSR. Perkara ini telah mencatat sejarah
dan mengharumkan nama Yu Chai di arena pendidikan Daerah Kerian. Selain
daripada akademik, beliau juga menjalinkan perhubungan yang erat dengan
Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, Persatuan Murid-murid Tua Yu Chai serta
masyarakat setempat.
Satu Jawatankuasa Pembina Sekolah yang dipimpin oleh Dato Ong Bok Lim
JP. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1995.
Jawatankuasa telah menganjurkan Malam Amal Konsert Top-10 pada 31.7.1996.
Pada

malam

itu,

jawantankuasa

telah

berjaya

mengutip

wang

sebanyak

RM650,000.00. Pembinaan stadium telah mula dibina pada bulan Disember 1995
dan siap pada penghujung tahun 1996. Ia merupakan sebuah stadium yang terbesar
sekali di Daerah Kerian. Pesta Bola Keranjang MSSPK Peringkat Negeri Perak
telah berlangsung di stadium ini pada 14.4.1997 hingga 16.4.1997. Manakala
Pertandingan Bola Keranjang MSSPK(M) Peringkat Negeri Perak juga berlangsung
di stadium ini pada 21.3.1998 dan 28.3.1998.
Pada tahun 1997, Bilik Gerakan sekolah telah dilengkapi dengan peralatan
yang canggih seperti komputer, OHP, TV dan alat penghawa dingin. Peralatan
tersebut adalah sumbangan daripada Lembaga Pengurus dan PIBG sekolah.
Keceriaan sekolah telah dipertingkatkan pada tahun 1996. Pihak Lembaga Sekolah
telah memberi subsidi sebanyak RM8,000 untuk projek keceriaan tersebut. Atas
kepercayaan dan keyakinan terhadap Guru Besar Encik Khoo Kaik Hong, semua
pihak telah menyokong penuh segala perancangan sekolah.
Pasukan Bola Keranjang bekas Murid Yu Chai (Yu Chai Union) telah
menghadiahkan sebuah mesin Copy-Printers (Fast-Print) kepada sekolah ini pada
14.7.1997. Selain daripada itu, PIBG telah berjaya mengutip derma untuk tabung

Head-Counts sebanyak RM16,460.00 untuk kegunaan projek Head-Counts melalui


Malam Kebudayaan pada 18.11.1997. Manakala AJK Kuil Na Toh Gong Hai Sin,
Jalan Pantai, Kuala Kurau juga mengambil inisitif untuk mengutip derma bagi Dana
Khas Head-Counts sebanyak RM11,888.88 pada 26.3.1998.
En. Khoo Kaik Hong telah diarah bertukar ke SJK (C) Nam Hua, 34250
Tanjung Piandang sebagai Guru Besar baru dan tempat beliau digantikan oleh Encik
Ong Beng Joo mulai 26.7.1998.
Encik Ong Beng Joo telah ditukarkan dari SJK (C) Kwong Man, Batu Kurau
untuk menjawat Guru Besar mulai 27.7.1998. Encik Ong telah mengambil
pendekatan yang merupakan satu perubahan budaya kepada semua warga sekolah
di mana beliau menumpukan segala usaha warga sekolah kepada 3 bidang atau
paksi yang dipegang sebagai tonggak pengurusan beliau iaitu: Perkemanusiaan
(Humanity Keprofesionalisme dan Komunikasi Berkesan Berdasarkan kepada tiga
tonggak pengurusan ini, beliau telah memperkenalkan konsep P&P Humanity,
dikurangkan pendekatan mazhab tingkah laku (behaviourism): konsep perbincangan
terbuka dan sedia menerima pandangan guru yang dianggap sebagai asas kejayaan
P&P. Beliau menegaskan masa P&P berkesan dalam kelas di mana beliau mahukan
setiap objektif rancangan yang dibuat tercapai. Guru juga diminta supaya menerima
penerangan murid kepada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tanpa prejudis
atau stereotaip. Begitulah juga beliau berurus dengan guru dan staf sokongan beliau.
Suatu suasana yang erorienasikan humanity telah diwujudkan dengan interaksi yang
aktif, jujur ikhlas dan benar adalah dipentikan lebih daripada hukuman, dendaan dan
melabel atau prejudgementyang negatif. Sebagai alat pemantauan utama, beliau
juga

memperkenalkan

building

tour

pagi

dan

petang

untuk

memastikan

perlaksanaan konsep dan idelogi beliau.


Berdasarkan idelogi humanity pula, kebajikan staf dan murid diutamakan.
Keperluan fizikal untuk kebajikan telah ditingkatkan dengan kerjasama rapat beliau
dengan Lembaga Pengurus dan PIBG sekolah. Bilik Muzik diperbaiki untuk diubah
kepada Perpustakaan, almari rujukan dengan dimuatkan dengan majalah, dan
ensaikopedia diadakan dalam bilik guru, keseluruhan meja guru lama dalam bilik
guru yang berukur 2.5x2 ditukarkan kepada meja yang lebih besar. Walkway ke

kantin, meja kantin yang usang ditukarkan sebanyak 12 papan notis diadakan dalam
dewan untuk memuatkan notis dan artikel semua persatuan dan pasukan uniform
secara berpusat. Kerusi kecil diadakan untuk murid semasa perhimpunan dan projek
banyak membaca, projek membaca secara berkumpulan di dewan sebelum masuk
waktu pembelajaran. Anjung di kedua belah belakang dewan juga dibinakan agar
murid dapat pergi ke tandas tanpa berhujan pada hari hujan. Banyak perkara
pembaikan dan penyelenggaraan seperti memperbaiki kebocoran keseluruhan
bangunan sekolah, pancuran air dan sebagainya telah dilaksanakan.
Berasaskan paksi profesionalisme, beliau telah menegaskan segala tindakan
guru perlu berasas professional dan ada asas keprofesionalisme. Tindakan guru
haruslah

boleh

diterangkan

dan

mempunyai

asas

teori

ikthisas.

Beliau

menyampaikan konsep dan idelogi beliau agar Sekolah Yu Chai dapat menjadi satu
tempat di aman perkembangan keprofesionalisme dijadikan teladan dalam alam
pendidikan. Perhimpunan guru, mesyuarat guru, mesyuarat J/K Kurikulum,
mesyuarat panitia dijadikan arena untuk beliau berinteraksi dengan guru dalam hal
keprofesionalisme ini.
Dari segi komunikasi berkesan, beliau sentiasa bersama ibu bapa, staf dan
guru dalam mewujudkan suasana saling memahami. Beliau selalu mengambil
kesempatan untuk mengadakan dialog atau penyampaian maklumat, ceramah
pendek mengenai penjagaan anak dengan ibu bapa. Bersama guru pula, satu sesi
contact time diadakan setiap Rabu. Peti cadangan juga diadakan untuk tujuan
komunikasi berkesan ini.
Banyak lagi usaha yang diusahakan oleh beliau di aman beliau menghabiskan
masanya di sekolah. Projek dan usaha beliau telah mendapat sokongan daripada
PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah

Sebelum beliau dapat meneruskan

rancangan beliau dan melihat hasilnya, beliau telah ditukarkan ke SJK (C) Sin Min,
Simpang Taiping. Kejayaan sekolah terakhir sebelum beliau bertukar ialah kontijen
olahraga sekolah telah menjadi Johan Kelompak dan Johan Daerah Kerian. Atelit
sekolah juga telah menunjukkan kecemerlangan di mana atelit perempuan telah
memenangi pingat emas sekaligus memecah rekod MSSPK dalam acara lontar
peluru. Beliau juga dianugerahkan Olahragawati pada kejohanan olahraga MSSPK

yang diadakan di Lumut. Seorang atelit lelaki juga memenangi pingat gangsa dalam
acara 200 meter. Ekoran pertukaran Encik Ong Beng Joo, kini tempat beliau diisi
oleh Encik Lee Lim Suang PPPB Gred DG4 mulai 18.4.1999.
Selepas Encik Lee Lim Suang ditukarkan daripada SJK (C) Yuk Hwa, beliau
meneruskan rancangan-rancangan yang sedia ada dengan follow-up dan selalu
menganalisis keberkesanan aktiviti-aktiviti tertentu. SJK (C) Yu Chai telah mencapai
keputusan UPSR yang terbaik sekali semasa di bawah beliau dengan lulus 42.38%
dan 3 orang 7A. Beliau telah bekerjasama dengan AJK Pembangunan Yu Chai untuk
memudahkan kerja-kerja pembinaan stadium Yu Chai sehingga selesai Encik Lee
Lim Suang telah memperkukuhkan bacaan pagi (Bahasa Melayu) dan bacaan
sebelum masuk ke kelas selepas waktu rehat (Bahasa Inggeris). Beliau juga cuba
mempertingkatkan budaya lebih menggunakan Bahasa Melayu dalam sekolah.
Beliau telah berkhidmat di SJK (C) Yu Chai selama 4 tahun dan ditukarkan ke SJK
(C) Sin Hwa, Parit Buntar berkuatkuasa mulai 11.3.2003.
En. Looi Gin Sen telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar SJK (C) Yu
Chai, Kuala Kurau mulai 11.3.2004. Beliau telah meneruskan rancangan yang sedia
ada dengan lebih teliti. Perancangan mengendalikan kem motivasi UPSR telah
dlaksanakan di SJK (C). Kerjasama daripada AJK pembangunan SJK (C) Yu Chai
dapat membantu beliau menjalankan kerja-kerja pembinaan menggantikan pagar
sekolah dengan tembok batu konkrit. Beliau juga turut menjayakan projek kembara
merdeka bersama Adun Kuala Kurau. Beliau telah berkhidmat di SJK (C) Yu Chai
selama 2 tahun 8 bulan dan bersara mulai 20.12.2005.
En. Lai Soon Lye dari SJK(C) Hwa Lian 2, Pulau Pangkor ditukar ke sekolah
ini berkuatkuasa pada 20.12.2005 untuk menggantikan En. Looi Gin Sen yang
bersara pada tarikh tersebut. En. Lai telah berusaha dan berunding dengan pihak
Lembaga Pengurus Sekolah untuk menaik taraf fizikal sekolah ini dan pada tahun
2006 bangunan dewan dicat semula dan papan kenyataan telah dipasang di bilikbilik darjah dan bilik-bilik khas untuk memudahkan guru-guru mengadakan sudutsudut P & P dan sebagainya.

Pada tahun 2008 bangunan Blok A (Bilik Guru dan Pejabat) dicat semula.
Pada tahun 2008 pihak Lembaga Pengurus dan J/K Pembangunan Sekolah telah
merancang untuk mengadakan seblok bangunan tambahan tiga tingkat yang
mengandungi sebuah kantin dan 8 bilik darjah, demi menuju ke arah sekolah satu
sesi.
Projek bangunan tambahan tersebut telah dimulakan pada 10 Mac 2010.
Anggaran kos perbelanjaan projek tersebut adalah lapan ratus ribu ringgit. Selain
daripada projek tersebut, J/K Pembangunan Sekolah dan Lembaga Pengurus juga
menaik taraf bangunan Blok B (bertentangan Blok A), Bilik Gerakan, Asrama Guru
dan sebagainya. Pendawaian semula Bilik Guru, Pejabat Am, Bilik Penolong Kanan
telah disiap dalam bulan Disember 2010. Anggaran kos projek penyelenggaraan dan
naik taraf adalah dua ratus ribu ringgit.
En. Lai Soon Lye telah bertukar ke SJKC Sin Hwa, Parit Buntar pada bulan
Ogos 2011, tempatnya diganti oleh Pn. Khor Kim Lin yang bertukar dari SJKC Pei
Min, Segari. Beliau akan meneruskan semua rancangan atau projek yang belum
diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai