Anda di halaman 1dari 2

Petikan syair di bawah menerangkan nasihat tentang kepentingan ilmu

pengetahuan.

Wahai sahabat handaiku sekalian,


Dengarkanlah syair yang kudendangkan,
Nasihat ini jadikan pedoman,
Buat bekalan pada hari kemudian.

Tuntutlah ilmu walau di mana-mana,


Ilmu bagaikan sebuah pelita,
Menyuluh kita sepanjang masa,
Agar menjadi insan berjaya.

Ketika menuntut ilmu usahlah alpa,


Beri tumpuan sepanjang masa,
Tekun belajar rajin membaca,
Sentiasa bersedia ilmu di dada.

Apabila berilmu usah meninggi diri,


Ajari orang yang ingin mempelajari,
Luangkan masa menabur bakti,
Untuk membantu anak pertiwi.
Jawapan Ulasan:

Syair menerangkan nasihat tentang kepentinganilmu pengetahuan dalam


kehidupan.

Antaranya, nasihat tersebut termasuklah kita perlu menuntut ilmu walaupun


di mana-mana kita berada kerana ilmu memandu kita menjadi insan yang berjaya.
Selain itu, kita hendaklah memberikan tumpuan semasa menuntut ilmu kerana ilmu
yang ada di dalam diri kita dapat digunakan pada bila-bila masa.

Seterusnya, kita tidak perlu meninggi diri dengan ilmu yang kita miliki,
sebaliknya kita perlu sentiasa merendah diri dan terus belajar. Akhir sekali, kita perlu
berbakti kepada negaradengan ilmu yang ada supaya ilmu yang kita kongsi boleh
dimanfaatkan oleh orang lain.

Kesimpulannya, ilmu sangat penting kepada kita dalam kehidupan harian


dan perlu dikongsi bersama orang lain supaya ilmu itu dapat dimanfaatkan
sepenuhnya.

Dari jawapan di atas , sila keluarkan:

1. Pendahuluan:

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

2 Isi tersurat dan tersirat.

ISI TERSURAT ISI TERSIRAT


1. kita perlu menuntut ilmu walaupun di Ilmu memandu kit amenjadi insan
mana-mana kita berada berjaya.
2.

3.

3. Penutup:

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai