Anda di halaman 1dari 2

TANAH PEJUANG Jika diundurkan tika Kau akan lihat masa dulu kala Terlihat betapa pentingnya perjuangan

Terlihat betapa besar dan agung Jasa dan keringat mereka taburkan Wang, tenaga, masa dan fikiran Hanya didambarkan untuk perjuangan Satu perjuangan yng lahir dari jiwa Satu perjuangan yang terbit dari naluri Jiwa mereka perkasa Jiwa mereka murni suci Setiap langkah hanya untuk anak bangsa Untuk lihat lahirnya negara bangsa Perjuangan mesti diteruskan Hanya itu jalan penyelesaian Langkah kaki mesti dipercepat Kerana itu cara perjuangan Kelompok pimpinan diperkuat Hati masyarakat semua ditambat Perjuangan ini murni Perjuangan ini suci Hanya ingin satu kebebasan Kita lihat tika ini Bangsa kita bangsa merdeka Separuh abad terpasak di dada dunia Gah, juara digeruni seantero Malaysia Namamu melakar sejarah Lagakmu mencabar Kelibatmu ghairah Sang negara dunia hati hati denganmu Resepi bercampur kaum Serat isi inti dalamnya Penuh dengan pelbagai rasa Perpaduan utuh punca segala Globalisasi dunia pemangkin utama Namamu gah merentasi sempadan dunia Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti Dihidang semua untuk bangsa dicintai Merdeka separuh abad Bukti keagungan bangsamu Bukti kekuatan perpaduanmu Anak bangsa untung menikmati Dijaga rapi kemas merdeka ini Untuk santapan cucu cicit Untuk ingatan cerita nenek moyang Merdeka sudah dianugerahi

Semat di jiwa simpan di hati Merdeka ini anugerah Illahi.. OSMAN ZAINI 080808 09PM E005 IPS,MIRI

Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 50 tahun dahaulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 50 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman daman Maju berteknologi kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka..

Anda mungkin juga menyukai