Anda di halaman 1dari 11

Antara tanda-tanda kewujudan kekuasaan allah s.w.t ialah kewujudan alam ini.

Kajian-kajian yang dilakukan membuktikan bahawa alam ini tidaklah terjadi dengan
sendirinya, tetapi ada suatu kuasa yang menjadikannya. Melihat kepada keajaiban
yang ada pada alam ini sudah tentu kuasa yang menciptanya terlalu agung dan
kebijaksanaannya amat tinggi. Kuasa dan kebijaksanaan sedemikian tentulah hanya
dimiliki oleh allah s.w.t.

APA ITU ALAM CAKERAWALA???

Pengertian alam cakerawala:


Kumpulan sistem matahari yang terdiri daripada sembilan planet yang berpusat
kepada matahari.

Sistem Suria

1. Sistem suria termasuk matahari dan semua objek yang bergerak


mengelilinginya .
2. Sistem suria berbentuk elips dan tediri daripada:
 Matahari
 9 planet
 Satelit semula jadi
 Asteroid
 Meteoroid
 Komet

Info sains:

Sistem suria kita terletak di dalam galaksi yang dipanggil galaksi bima sakti.
Galaksi bima sakti berbentuk pilin . Matahari merupakan salah satu daripada berjuta
- juta bintang di bima sakti.Galaksi andromeda adalah galaksi yang paling dekat
dengan bima sakti.
Matahari

1. Matahari adalah pusat Sistem Suria. Matahari adalah objek terbesar dalam
Sistem Suria.
2. Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling dekat dengan Bumi.
3. Matahari mengeluarkan cahaya, haba dan tenaga.
4. Tanpa Matahari hidupan dibumi tidak akan wujud.
5. Tanpa cahaya matahari, suhu akan menjadi terlalu sejuk, sehingga tiada
hidupan yang boleh hidup dan bumi akan menjadi beku.
6. Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan bumi, lapan
planet yang lain, asteroid dan komet dalam orbit masing-masing.
7. Semua ahli sistem suria mengelilingi matahari dalam arah yang sama tetapi
pada kelajuan yang berlainan.
Planet

1. Terdapat 9 buah planet dalam Sistem Suria.


2. Turutan planet-planet mengikut jarak paling dekat sehingga paling jauh dari
matahari ialah :
Utarid Ultraman
Zuhrah Ziarah
Bumi Bumi
Marikh Menentang
Musytari Makhluk
Zuhal Zalim
Uranus Untuk
Neptun Naik
Pluto Pangkat

 
3.  Kesemua 9 planet mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar
digelar orbit, dalam arah lawan jam (barat ke timur)
4. Semakin jauh planet dari matahari semakin besar orbit planet itu.
5. Semasa planet-planet beredar mengelilingi matahari, planet-planet juga
berputar diatas paksinya sendiri.
6. Semua planet berputar diatas paksinya sendiri mengikut arah lawan jam
kecuali :
 Zurah mengikut arah jam
 Uranus dari bawah ke atas (sisinya)
7. Setiap planet mengambil masa yang berbeza untuk melengkapkan satu
edaran mengelilingi matahari.
8. Planet yang paling dekat dengan matahari mengambil masa yang singkat
manakala planet yang paling jauh mengambil masa yang lama untuk
melengkapkan satu orbit matahari.
9. Ini disebabkan Planet yang paling dekat dengan matahari mempunyai orbit
yang lebih kecil.
Planet Jarak dari Masa untuk satu Bilangan
Matahari peredaran Satelit
(KM) lengkap (Hari/ semulajadi
Tahun)
1 Utarid 57.9 88 Hari 0
2 Zuhrah 108.2 225 Hari 0
3 Bumi 149.6 365 Hari 1
4 Marikh 227.9 687 Hari 2
5 Musytari 778.3 11.8 Tahun 16
6 Zuhal 1427.0 29 Tahun 18
7 Uranus 2831.0 84 Tahun 15
8 Neptun 4497.1 165 Tahun 8
9 Pluto 5813 247.7 Tahun 1
Satalit Semula Jadi (Bulan)
1. Kebanyakan planet mempunyai objek kecil yang beredar mengelilinginya
yang digelar setelit semula jadi  atau bulan.
2. Bulan merupakan satelit semula jadi bagi Bumi.
3. Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam. Bulan mengambil
28 -31 hari untuk beredar mengelilingi bumi.
Asteroid
1. Objek berbatu yang berlogam yang beredar mengelilingi matahari.
2. Asteroid adalah lebih kecil dari planet tapi lebih besar dari Meteorid.
3. Saiznya adalah sekecil debu.
4. Kebanyakan Asteroid yang dikenali berada dalam jalur asteroid yang terletak
diantara Marikh dan Mushtari
5. Info sains - Asteroid yang paling besar dalam sistem suria kita ialah CERES
yang mempunyai kelebaran 1000km.
Meteorid
1. Info sains - Kali terakhir Meteor besar jatuh ke bumi adalah pada tahun 1908
di Rusia. Banyak pokok-pokok  musnah akibat hentaman berikut.
2. Meteorid merupakan ketulan batu kecil atau logam yang terapung dalam
sistem suria.
3. Terdapat berjuta-juat meteroid diangkasa. Kebanyakannya adalah kecil.
4. Jilka meteroid jatuh kedalam atmosphera Bumi, Meteroid mula terbakar dan
menghasilkan cahaya. Ini digelar Meteor.
5. Jika kamu terlihat Tahu Bintang , Kamu sebenarnya melihat Meteor.
6. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi digelar Meteorit.
7. Apabila sebuah Meteor yang besar terhempas ke permukaan Bumi, kawah
terbentuk.
Komet
1. Komet adalah ketulan ais yang terbentuk daripada gas dan debu yang beku.
2. Komet mempunyai ekor bernyala yang panjang dan beredar mengelilingi
matahari.
3. Satu contoh komet ialah Komet Halley, yang muncul 76 tahun sekali dalam
sistem suria.
4. Kali terakhir kemunculan Halley adalah pada tahun 1986.
Kejadian siang dan malam

Siang dan malam terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi
matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah
kepada cahaya matahari. Ini menyebabkan berlaku siang.

Malam pula berlaku kerana sebahagian lagi bumi terlindung daripada cahaya


matahari.

Perbezaan siang dan malam di sesuatu kawasan kecuali di kawasan Garisan


Khatulistiwa disebabkan oleh kecondongan bumi iaitu 66 1/2 ° dari satah orbit
hemisfera selatan mengalami waktu siang lebih panjang daripada waktu malam
pada 22 hb Disember. Matahari berada tegak di Garisan Jadi Sementara semua
kawasan hemisfera utara mengalami waktu siang lebih pendek berbanding dengan
waktu malam.
 21 Mac dan 23 September apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa,
seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang.
Manakala, apabila matahari berada tegak di Garisan Sartan pada 21 Jun semua
kawasan di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam. Waktu
siang lebih pendek berbanding malam di hemisfera selatan.

Kejadian Empat Musim


 Peredaran Bumi mengelilingi matahari mengakibatkan kejadian empat musim
dalam setahun iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim
bunga.
 Kejadian empat musim dalam setahun hanya berlaku di kawasan iklim
sederhana dunia di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. 
 Keadaan ini tidak berlaku di kawasan iklim Khatulistiwa seperti di negara kita,
Malaysia.
 Kita akan mengkaji bagaimana perubahan empat musim itu berlaku di
Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.

Fenomena Gerhana

Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-
dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu
garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah
yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi?
Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini
terutama Sistem Suria kita.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada
garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun
sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh
objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya
Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di
mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan
gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17
hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang
sama.

Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari


dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan
sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang
singkat sahaja.

Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat
Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh
merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih
kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti
gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak
boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah
fenomena gerhana cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya
bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya
Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
Gerhana Matahari penuh.

KEPENTINGAN KONSEP SAINS BUMI DAN ANGKASA DALAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK :
Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan
konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak
“Hands-on” yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui
interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik
melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina
kefahaman konflik.

 Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992). Sains


melibatkan pelbagai proses
 Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod
disamping meningkatkan kosa kata
 Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelas
 Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains dapat
mengalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan
diri. Contohnya, semasa membuat eksperimen
 Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan
penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronok
AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN TENTANG SAINS CAKERAWALA

Mengecop corak bumi Mengenali kedudukan planet-planet

Mengetahui kejadian siang dan Fasa-fasa bulan


malam
Gerhana bulan Gerhana matahari

Anda mungkin juga menyukai