Anda di halaman 1dari 10

KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN

KANAK-KANAK

DSA 1144
KEPERLUAN PERTOLONGAN CEMAS DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat


mengenalpasti:

1. Punca Kemalangan
2. Cara mengatasi kemalangan
DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Merupakan bantuan permulaan atau rawatan


pertama yang diberikan kepada mangsa
sebelum menerima rawatan sewajarnya.

Biasanya dilakukan ditempat berlakunya


kejadian atau kemalangan
PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS

Sebagai seorang yang bekerja secara langsung dengan bayi dan kanak-kanak,
anda perlu menguasai ilmu pertolongan cemas dengan baik.

Ianya bertujuan untuk menggalakkan pemulihan,mengelakkan berlakunya


komplikasi dan juga untuk menyelamatkan nyawa sementara menunggu
bantuan perubatan daripada pakar perubatan dan profesional tiba.

Dalam memberikan bantuan awal, anda haruslah mampu mengawal perasaan


agar tidak panik, mampu mengambil masa untuk berfikir untuk membuat
penilaian dengan pantas tentang tindakan yang perlu diambil.
MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS

Menyelamatkan nyawa.

Mengelakkan komplikasi atau keadaan mangsa menjadi lebih teruk.

Membantu pemulihan.

Menenangkan perasaan mangsa dengan membuatkan mereka lebih


berasa selesa dan mengurangkan kesakitan.

Individu yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu
mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam
memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa.
PERANAN PENDIDIK DAN PENGASUH
• Menerapkan amalan keselamatan dalam aktiviti
pembelajaran dan rutin harian, seperti :
1. Membaca cerita
2. Nyanyian
3. Perbincangan
4. Tunjuk cara
5. Role model
• Amalan rutin yang konsisten setiap hari
mengambil kedatangan kanak-kanak. Membilang
jumlah kanak-kanak setiap kail keluar dari kelas
atau pergi lawatan dan memastikan bilangannya
cukup sebelum pergi dan ketika pulang.
PERANAN PENDIDIK DAN PENGASUH
• Menerapkan amalan selamat dalam kehidupan
harian contohnya bagi mengelakkan jatuh :
i. Mengajak mereka mengelap air yang tumpah

ii. Tidak berjongkit kerusi semasa duduk berjalan dan


tidak berlari dalam kelas

iii. menolak kerusi ke bawah meja selepas digunakan

iv. memakai dan mengikat tali kasut dengan


sempurna
PUNCA KEMALANGAN CARA MENGATASI
KEMALANGAN
Kurangnya pengetahuan dan kemahiran Menyediakan kursus dan pendedahan
dalam pengendalian aspek keselamatan di 01 tentang kemahiran pertolongan cemas dan
TASKA aspek keselatan TASKA/Tadika.
Kemahiran mengendalikan rawatan Membuat latihan merawat kecederaan
kecemasan terlalu rendah. 02 untuk meningkatkan kemahiran.

Tidak menjalankan latihan kebakaran Menjalankan latihan kebakaran bersama


bersama pihak bomba di TASKA/Tadika 03 pihak bomba sekurang-kurangnya tiga kali
setahun.
Personel sering bersikap acuh tidak acuh Meningkatkan motivasi diri personel
terhadap keperluan menjalankan 04 supaya lebih bertanggungjawab dalam
pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak melaksanakan tugas-tugas di
setiap kali kanak-kanak datang ke TASKA TASKA/Tadika.
PUNCA KEMALANGAN CARA MENGATASI
KEMALANGAN
Penyusunan perabut yang tidak tersusun
05 Menyediakan pelan lantai TASKA/Tadika
dengan baik dan susun seperti yang dirancang.

Penggunaan alat permainan tidak Memantau dan menyediakan alata mainan


mengikut tahap umur kanak-kanak. 06 mengikut tahap umur kanak-kanak.

Tiada pemantauan daripada pendidik dan Sentiasa mengawasi dan memantau bayi dan
pengasuh. 07 kanak-kanak.

Pengasuh/pendidik itu sendiri tidak Menjadi role model berkaitan dengan


menjadi role model kepada kanak-kanak 08 amalan keselamatan.
tentang amalan keselamatan dan
kesihatan

Anda mungkin juga menyukai