Anda di halaman 1dari 39

DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

NEGARA
PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat
dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan
kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi
keutamaan.

Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan
setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada
perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras
dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak
2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan
terbaik mereka.

DEFINISI
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan
bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap
kanak-kanak.

Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan
keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan,
perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk
kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk
bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap
hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping
menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan
kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak
dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana
bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang
disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak


dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi
mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan,
kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta
atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau
eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang
lain.

Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang
bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.

Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan


pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain
yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan
hidup kanak-kanak.

PERNYATAAN DASAR
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan
mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada
aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi
melindungi kanak-kanak.

PERNYATAAN MATLAMAT
Secara khususnya, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk memastikan setiap
kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan
eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua
pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak.

OBJEKTIF
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut:

1. meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi


kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;
2. mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak;
3. menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung
dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi
masing-masing;
4. melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi;
5. menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara
langsung dengan kanak-kanak;
6. meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan
7. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan
terhadap kanak-kanak.

STRATEGI
Bagi mencapai objektif-objektif di atas, 11 strategi dirangka berasaskan 4 aspek utama iaitu
advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan. Strategi-
strategi tersebut adalah seperti berikut:
Advokasi

1. Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab melindungi


kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk mewujudkan perkongsian
pintar (smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi masyarakat.
2. Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanak-kanak
berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi.
3. Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal undang-
undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota
penguat kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen), pemandu pengangkutan
awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman
mengenai hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
(CRC) dengan fokus kepada aspek perlindungan.
4. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.
5. Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai
perlindungan kanak-kanak.

Pencegahan

1. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan


kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa.
2. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka
melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi serta
mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka.
3. Mewujudkan sistem saringan, pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja
secara langsung dengan kanak-kanak.

Khidmat Sokongan

1. Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga,


pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat.
2. Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan kepada
mangsa dan keluarga.

Penyelidikan dan Pembangunan

1. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-


kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
DASAR KANAK-KANAK NEGARA
PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang
menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan.
Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta
penduduk Malaysia. Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan
kepentingan kanak-kanak.

Sehubungan ini, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau
Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini
memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada
aspek kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan
(development) dan penyertaan (participation). Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party)
kepada CRC, Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk
memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi
pewaris negara masa hadapan.

Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di


mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi
keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan
masyarakat yang saksama dan penyayang.

DEFINISI
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

PENYATAAN DASAR
Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup,
perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang
dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif.

PENYATAAN MATLAMAT
Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas,
berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai
murni.

OBJEKTIF
Objektif utama Dasar Kanak-Kanak Negara ialah untuk memastikan:

1. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan,


pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;
2. Setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk
dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan
eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam
keluarga dan masyarakat;
3. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian;
4. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan
melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan mereka;
5. Kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-
kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan;
dan
6. Penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa.

STRATEGI
Strategi-strategi bagi mencapai objektif di atas adalah seperti berikut:

Objektif 1(keterangan lanjut dalam format PDF)


Kelangsungan Hidup

1. Menyediakan keperluan asas seperti identiti, tempat tinggal, makanan, minuman,


pakaian, kasih sayang, keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra
kanak-kanak.
2. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, NGO, pihak swasta dan
masyarakat setempat dalam penjagaan kesihatan, keselamatan dan pendidikan bagi
menjamin kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.
3. Meningkatkan kualiti dan memperluaskan perkhidmatan sokongan dan bantuan
sosial mengikut keperluan kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU dan anak
yatim.
4. Memperluaskan akses kepada maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai
sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi
kelangsungan hidup mereka.
5. Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial.

Objektif 2 (keterangan lanjut dalam format PDF)


Perlindungan

1. Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak


supaya mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta
bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
2. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-
kanak yang menjadi mangsa penyeksaan, pengabaian, penganiayaan, keganasan,
pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak terkawal serta penyediaan rawatan
pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender).
3. Memberi perlindungan ke atas mangsa, pengadu dan keluarga daripada gangguan
atau ancaman pihak-pihak tertentu.
4. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan
sokongan.
5. Memberi sokongan kepada keluarga yang berisiko tinggi supaya kanak-kanak dalam
keluarga tersebut dapat menikmati hak-hak mereka.
6. Memastikan semua pihak yang mempunyai hubungan atau memberi perkhidmatan
kepada kanak-kanak mewujudkan dasar dan protokol perlindungan kanak-kanak
dan melaksanakannya.
7. Menyediakan program khusus bagi kanak-kanak jalanan, kanak-kanak tanpa
dokumen, kanak-kanak tercicir, kanak-kanak terlibat dengan penagihan dadah dan
kanak-kanak yang berada dalam situasi genting, kepayahan dan lain-lain bahaya
(under difficult circumstances).
8. Memastikan kanak-kanak mangsa bencana menerima rawatan yang sewajarnya
bagi pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.
9. Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-
kanak dan pornografi kanak-kanak) dan pemerdagangan orang diberi perlindungan,
pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat atau dihantar pulang
ke negara asal.
10. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan
kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa.
11. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.

Objektif 3 (keterangan lanjut dalam format PDF)


Perkembangan

1. Meningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak yang


berkualiti, mudah diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif
bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak.
2. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.
3. Memberi perlindungan ke atas mangsa, pengadu dan keluarga daripada gangguan
atau ancaman pihak-pihak tertentu.
4. Menyediakan bantuan, latihan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan
kanak-kanak mendapat pengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang bermutu
tinggi.

Objektif 4 (keterangan lanjut dalam format PDF)


Penyertaan

1. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan
bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak dapat menyertai aktiviti
yang berkaitan dengan hal ehwal mereka.
2. Menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang
bersesuaian dan berkualiti.
3. Menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara
bertanggungjawab dan beretika sebagai input dalam merangka program untuk
mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka.
Objektif 5 (keterangan lanjut dalam format PDF)
Advokasi

1. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya


penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak.
2. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak
kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi.
3. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi
mencegah penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi
terhadap kanak-kanak.
4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya
pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak.
5. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan
kepentingan kanak-kanak kepada semua pihak yang berkenaan.

Objektif 6 (keterangan lanjut dalam format PDF)


Penyelidikan dan Pembangunan

1.  Memperbanyakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan


kanak-kanak dan menyebarluaskan hasil-hasil penyelidikan bagi tujuan
penambahbaikan.

DASAR ORANG KURANG UPAYA


Pengenalan
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh
itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti
anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga
perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Definisi
OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi
fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai
halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam
masyarakat.

Pernyataan Dasar
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan
penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti
kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Objektif Dasar
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan
peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah
undang-undang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya
dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

Strategi
Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:

1. Advokasi
o Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan
masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.
2. Aksesibiliti
o Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk
kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan
serta ruang awam.
o Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra
OKU dan
o Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
3. Kesihatan
o Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan,
pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan
o Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU
(secondary and tertiary care)
4. Pemulihan
o Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia
ada bagi OKU.
o Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan
perkembangan semasa.
5. Pendidikan
o Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk
pendidikan sepanjang hayat.
6. Pekerjaan
o Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian
OKU dalam semua sektor pekerjaan.
o Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.
7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
o Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
o Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan
berkeperluan.
8. Perkhidmatan Sokongan
o Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian
dengan keperluan OKU.
o Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU
yang mampu milik.
9. Sosial
o Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti
sosial.
10. Pembangunan Sumber Manusia
o Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta
mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
o Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
mewakili kepentingan OKU.
o Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat
keputusan.
11. Penglibatan Masyarakat
o Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.
o Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan
multidisiplin.
o Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab
sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
o Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta
menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
o Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian program-program OKU.
13. Perumahan
o Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan
persekitaran.
o Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.
14. Kanak-kanak OKU
o Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang
upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan
golongan OKU.
15. Wanita OKU
o Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang
upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan
golongan OKU.

Penutup
Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini
merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan
hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak
serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan
bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang
ramai.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kuala Lumpur.
DASAR SOSIAL NEGARA
1. Utama
2. Mengenai JKM
3. Dasar / Pelan Tindakan
4. Dasar Sosial Negara

Pendahuluan
Dasar payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar pembangunan sosial negara
berteraskan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan komitmen negara di
peringkat antarabangsa.

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-
nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan
mantap.

Pernyataan Dasar
DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan
keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional
dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.

Penyataan Matlamat
Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota
masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam
persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan,
demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan
matlamat wawasan 2020.

Latar Belakang
1990an - Perbincangan isu-isu sosial dan keperluan satu dasar sosial negara
1996 - Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)
1998

 JPPN membincangkan perlunya ada DSN


 UPE minta KPNPM menggubal DSN

1999

 KPNPM menganjurkan bengkel DSN


 Pelantikan Pakarunding PINTAS

2002

 Pakarunding PINTAS menghasilkan deraf DSN


 Pasukan Petugas Khas di KPNPM
 DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkankepada JKMMS

2003

 DSN diluluskan oleh Jemaah Menteri (19 Februari)


 DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos)

OBJEKTIF DSN

Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama,
budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup
secara berterusan

Objektif Khusus

 Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi


 Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
 Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
 Menjana sinergi multisektor

Objektif 1
MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT
DIPENUHI
Merangkumi:-

 Keperluan asas secukupnya


 Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan
 Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
 Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup
 Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
 Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa

Objektif 2
MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN INSAN SEPANJANG HAYAT
Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan
mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat
kitaran hidup

Objektif 3
MEMPERKUKUH DAN MEMBANGUNKAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAN
PERKHIDMATAN SOSIAL
Memperkukuh dan menambahkan:
 Sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial dan
lain-lain di peringkat komuniti
 Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan
perkhidmatan sosial

Objektif 4
MENJANA SINERGI MULTISEKTOR
Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela
perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat
untuk menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat,
berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.

DASAR WARGA EMAS NEGARA


1. Utama
2. Mengenai JKM
3. Dasar / Pelan Tindakan
4. Dasar Warga Emas Negara

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk


terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan golongan warga emas.
Langkah ini penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut
termasuk persediaan dan perancangan bagi menghadapi peningkatan bilangan warga
emas di Negara ini. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur
60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara.

Justeru, selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara
(DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan
pada 5 Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk
mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan
mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong
untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan Negara.

Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan
masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan
berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara Dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara perlu
menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas
Negara.
Keanggotaan dalam Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara terdiri
daripada wakil kementerian berkaitan, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta
pakar dalam bidang berkaitan dengan warga emas. Majlis dipengerusikan oleh YB. Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis ini akan menerima laporan
daripada Jawatankuasa Teknikal dan juga bertanggungjawab mendapatkan peruntukan
untuk melaksanakan Pelan Tindakan Warga Emas Negara. Urus setia kepada Majlis ini
adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sambutan Hari Warga Emas

Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang
selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu
menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu
tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai
aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa. Sambutan
Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1hb Oktober pada tiap-tiap tahun sesuai
dengan pengistiharan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 yang telah
menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia juga
telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992. Pada tarikh ini , Sambutan Hari
Warga Emas Peringkat Kebangsaan diadakan. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada
golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa
beban.

Perkhidmtan

Kanak-kanak

PERLINDUNGAN
Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak menyediakan perkhidmatan seperti
berikut:

A: PERKHIDMATAN INSTITUSI
 
BIL. JENIS PERKHIDMATAN KUMPULAN SASA

 1. Rumah Kanak-Kanak Kanak-kanak yang memerlukan pem


perlindungan

 2. Rumah Tunas Harapan Kanak-kanak yang memerlukan pem


perlindungan
 3. Rumah Perlindungan  ATIP Kanak-kanak yang memerlukan pem
perlindungan

B: PERKHIDMATAN LUAR
 
BIL JENIS PERKHIDMATAN KUMPULAN SASA

1.   Anak Pelihara Pasangan berkahw


berhasar memeliha
yang berada di Inst
JKM

2.   Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak- Semua Kanak-kan
kanak (PAKK) ke bawah
 

3.   Pemberitahuan Pengambilan Kanak-kanak ke dalam Pemeliharaan, Kanak-kanak di ba


Jagaan atau Kawalan oleh Orang Awam atau Pengendali Pusat Jagaan yang dijaga oleh in
(Seksyen 35, AKK 2001) NGO selain ibu/ ba
 

PEMULIHAN

Pembangunan Dan Perkembangan Potensi Kanak-Kanak


 
Kanak-kanak yang diberi perlindungan dan sedang menjalani pemulihan di institusi samada
Rumah Kanak-Kanak (RKK), Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP) atau
Asrama Akhlak (AA) mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza dan pelbagai jenis
kesalahan jenayah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut tetap diberi peluang untuk
mengikuti proses pembelajaran sama seperti kanak-kanak yang lain samada dalam bidang
akademik, agama Islam dan moral serta kemahiran vokasional.
 
 
A. PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK
 

1.        KELAS AKADEMIK 
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak pernah mengabaikan masa hadapan kanak-
kanak walaupun mereka berada di insitusi Kebajikan Masyarakat. Kanak-kanak tersebut
akan mengikuti kelas akademik secara formal sama seperti kanak-kanak lain di sekolah
yang berhampiran dengan institusi berkenaan. Selain itu, bagi kes-kes tertentu, terdapat
juga kanak-kanak tetap yang akan mengikuti kelas-kelas akademik di dalam insitusi
tersebut. Malah kanak-kanak ini juga, akan mengambil peperiksaan utama seperti UPSR,
PMR dan SPM dan terdapat kanak-kanak berkenaan telah mencapai keputusan
peperiksaan yang memberangsangkan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Berdasarkan rekod terdapat kanak-kanak institusi kebajikan masyarakat yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), ATMA, Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Jabatan Kebajikan Masyarakat juga
telah melatih ramai kakitangannya untuk mengendalikan Kelas KIA2M. Hasilnya kanak-
kanak di institusi Kebajikan Masyarakat mendapat manfaat setelah mengikuti Kelas KIA2M
ini.
 
2.       SEMINAR BIJAK BELAJAR DAN MOTIVASI PELAJAR
JKM tidak pernah mengabaikan masa hadapan kanak-kanak di institusi yang akan
mengambil peperiksaan utama pada setiap tahun seperti UPSR, PT3 dan SPM. Oleh itu,
Bahagian Kanak-Kanak mengadakan Seminar Bijak Belajar dan Motivasi Pelajar untuk
membantu kanak-kanak ini memahami kaedah dan teknik belajar yang betul serta
meningkatkan motivasi diri mereka.
 
 3.      KELAS- KELAS TUISYEN 
Kanak-kanak yang menduduki peperiksaan utama akan diberi keutamaan untuk menghadiri
kelas-kelas tuisyen yang diadakan oleh institusi masing-masing sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan dengan lebih sempurna.
 

 
B.PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
SERTA MORAL

1.        KELAS ASAS FARDHU AIN

Kanak-kanak di institusi diwajibkan hadir dan mengikuti kelas Asas Fardhu Ain. Melalui
kelas ini, kanak-kanak akan diajar dan diterapkan dengan pelbagai ilmu agama seperti
Fekah, Tauhid, Tajwid dan Ibadah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama kepada
mereka. Program ini penting sebagai salah satu pemulihan secara kerohanian dalam diri
kanak-kanak.

 
2.       KEM TRANFORMASI JATI DIRI DAN MINDA

Melalui program ini kanak-kanak di institusi akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang
boleh meningkatkan motivasi dan semangat mereka untuk berubah menjadi kanak-kanak
yang lebih berfikiran positif dan mempunyai akhlak yang mulia. Kebiasaannya program ini
akan diadakan diluar institusi selama 3 hari untuk memberi pengalaman baru dan berbeza
kepada kanak-kanak.
3.       PROGRAM KUNJUNGAN KASIH/ NAZIRAN

JKM melalui Bahagian Kanak-kanak telah merancang secara tahunan program Kunjungan
Kasih ini di setiap institusi kanak-kanak bagi mewujudkan hubungan dan mengeratkan
silaturrahim antara kanak-kanak. Selain dari ziarah, semasa program ini akan diadakan
ujian fardhu ain disamping beberapa aktiviti penerapan nilai-nilai murni seperti ceramah,
kaunseling, solat sunat dan panduan zikir.

 
4.       PROGRAM SMART SOLAT

Melalui program ini kanak-kanak akan diberi penekanan dan pemahaman kaedah bersuci
dan solat yang sempurna. Melalui solat yang sempurna akan memberi kekuatan kepada
kanak-kanak dari segi fizikal dan kerohanian untuk berubah menjadi lebih baik. 

 
5.       PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM & AKTIVITI KEROHANIAN

Semasa di institusi kanak-kanak ini akan didedahkan dengan pelbagai sambutan Hari
Kebesaran Islam seperti MaalHijrah, MaulidurRasul, Aidilfitri, IsrakMikraj, Nuzul Al-Quran
dan sebagainya.  Malah pelbagai aktiviti kerohanian sentiasa diadakan seperti Bacaan
Yassin, Zikir, solat-solat sunat tadarus Al-Quran, ceramah agama sebagai salah satu
bentuk kesedaran dan pemuilhan kepada kanak-kanak.

C. PROGRAM Latihan KEMAHIRAN/ VoKASIONAL

1.       LATIHAN KEMAHIRAN DI INSTITUSI

Institusi perlindungan dan pemulihan JKM juga mengendalikan program latihan kemahiran
bagi kanak-kanak institusi yang keciciran dalam bidang akademik. Program latihan
kemahiran ini melibatkan beberapa bidang yang berkait rapat dengan industri dalam negara
seperti automotif, elektrikal, kimpalan, binaan bangunan, jahitan dan masakan. Bidang-
bidang ini dipilih untuk dilaksanakan di institusi kerana mempunyai potensi kebolehpasaran
yang tinggi bagi pelatih-pelatih ini mendapat pekerjaan setelah keluar dari institusi.

Program latihankemahiran yang dijalankan di institusikanak-kanak JKM adalah berteraskan


pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) yang diselaraskan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Semua modul pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dibangunkan berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)
atau National Occupational Skills Standard (NOSS).

 
2.       PENUBUHAN PUSAT BERTAULIAH/ PUSAT BERTAULIAH SLDN

Sebanyak sermbilan (9) buah institusi kanak-kanak JKM telah diiktiraf sebagai Pusat
Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Bagi institusi yang telah
menerima pengiktirafan ini, kanak-kanak yang menyertai bengkel yang diiktiraf akan
memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh pihak industri.

Bagi memastikan kualiti pendidikan kemahiran ini berkualiti, Jabatan telah menggunakan
standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaku
penyelaras latihan kemahiran di Malaysia dan diiktiraf oleh pihak industry.

 
3.       JARINGAN KERJASAMA 

Perkongsian bijak dilaksanakan di mana jaringan kerjasama dengan institut latihan awam
dan swasta diadakan bagi meningkatkan mutu pembangunan kemahiran tenaga pengajar
serta kanak-kanak di institusi.

Antara agensi yang berjaya dilaksanakan kerjasama adalah seperti GIATMARA, Institut
Latihan Perindustrian, Kolej-Kolej Komuniti dan Pusat- Pusat Bertauliah Swasta.

               

D.       PROGRAM PENGINTEGRASIAN KANAK-KANAK

Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan


(NGO), badan berkanun, agensi kerajaan dan sector korporat khususnya melalui program
tanggungjawab social korporat (CSR) sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti dan program
untuk melibatkan kanak-kanak di kalangan masyarakat. Melalui aktiviti ini kanak-kanak
akan memahami potensi diri mereka dan mampu menyumbang kearah pembangunan
negara. Antara sektor korporat yang sentiasa menyokong dan mengadakan pelbagai
program ini ialah KFC Holding SdnBhd, Nestle Produk Sdn Bhd, Great Eastern Life, Dutch
Lady, Colgate Palmolive, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan pelbagai agensi
kerajaan yang lain.
PEMULIHAN
JAWATANKUASA KANAK-KANAK DAERAH
JKK mula diperkenalkan pada tahun 1949 menerusi Akta Mahkamah Juvana 1947 -
Seksyen 43(2)(a)(vi). Ahli JKK dilantik daripada golongan masyarakat setempat dengan
pelbagai latar belakang, profesyen, akademik, tokoh agama, belia dan sebagainya.
Calon JKK dicadangkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan
diperakukan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) dalam tempoh
sekurang-kurangnya 3 tahun.

Peranan dan Tanggungjawab JKK:

1. Untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan


kerosakan akhlak serta kebajikan juvana dan orang muda,
2. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak mendapatkan penjaga-penjaga atau ibu
bapa angkat bagi juvana dalam seliaan,
3. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak mendapatkan latihan dan pekerjaan bagi
juvana dalam seliaan,
4. Untuk membantu pegawai-pegawai akhlak menjalankan tugas-tugas menyelia
juvana dalam cubaan akhlak dan tugas-tugas mereka berhubung dengan seliaan
lanjutan juvana yang dibebaskan dari Asrama Akhlak, Sekolah Diluluskan dan Henry
Gurney serta memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan sempurna,
5. Untuk sentiasa melawat juvana dalam tahanan di tempat-tempat tahanan dalam
daerah atau kawasan dimana JKK itu beradau untuk memastikan juvana tersebut
diberikan jagaan dan perlindungan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Tempat
Tahanan 1950.

 
Sehingga 2015, terdapat sebanyak 133 buah JKK yang telah digazetkan di seluruh negara
yang dianggotai oleh seramai 1,433 orang ahli. Sehubungan itu, setiap tahun Bahagian ini
mengagihkan peruntukan geran tahunan kepada semua Jawatankuasa ini untuk
menjalankan aktiviti-aktivitinya di peringkat akar umbi. Seterusnya meningkatkan lagi fungsi
dan peranannya.
 
AHLI LEMBAGA PELAWAT
Lembaga Pelawat merupakan merupakan satu organisasi yang ditubuhkan bagi membantu
pentadbiran dan pengurusan institusi pemulihan  kanak-kanak. Jumlah ahli Lembaga
Pelawat adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada pemimpin tempatan, swasta,
individu di peringkat komuniti yang berpengalaman, berkemahiran, berpengetahuan yang
boleh menyumbangkan perkhidmatan secara sukarela untuk kebajikan dan kesejahteraan
kanak-kanak. Semua ahli lembaga pelawat adalah dilantik oleh Menteri dan tempoh
perlantikan ahli lembaga pelawat ialah tiga (3) tahun.

Fungsi Lembaga Pelawat:

i. Mengadakan lawatan ke institusi pemulihan bagi pemantauan aktiviti dan program 


yang sedang dijalankan
ii. Memaklumkan kepada Ketua Pengarah terhadap penemuan atau penambahbaikan
yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan
institusi pemulihan kanak-kanak.
iii. Memantau kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memberi penekanan
kepada elemen kelangsungan hidup, keselamatan, pembangunan dan penyertaan
kanak-kanak.
iv. Mengadakan mesyuarat secara berkala sebagai pemantauan serta membantu Ketua
institusi dalam pentadbiran dan pengurusan.
v. Merekodkan ulasan-ulasan serta meminitkan semua mesyuarat yang diadakan bagi
tindakan pihak ketua intitusi terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dalam
mesyuarat.
vi. Mempertingkatkan laporan kemajuan dan displin kanak-kanak bagi tujuan
pembebasan kanak-kanak supaya dapat diintergrasikan semula dalam komuniti.

 
NAZIRAN

i. Memastikan keperluan asas dan keselamatan kanak-kanak di institusi dipatuhi.


ii. Memastikan keselamatan, kebersihan, peralatan, kelengkapan institusi terjaga serta
pentadbiran, pengurusan dan kewangan mengikut peraturan yang ditetapkan.
iii. Memastikan supaya kakitangan institusi menjalankan tugas dan tanggungjawab 
mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
iv. Membuat lawatan naziran ke institusi pemulihan bagi kanak-kanak secara berkala
bagi pemantauan program dan aktiviti pemulihan dilaksanakan  mengikut sistem
pengurusan klien.(CMS).
v. Memantau program pembelajaran dari segi akademik dan latihan kemahiran bagi
kanak-kanak dilaksanakan mengikut jadual serta laporan kemajuan atau prestasi
kanak-kanak.
vi. Menyediakan laporan naziran mengenai teguran dan penambahbaikan yang
diperlukan.
vii. Membuat lawatan susulan bagi memastikan supaya segala tindakan telah
dilaksanakan.

 
PENGURUSAN KES KANAK-KANAK

i. Memastikan supaya proses kerja bagi pengendalian kanak-kanak adalah mengikut


MS-ISO 9001-2008 bagi perkhidmatan luar dan system pengurusan klien (CMS)
bagi perkhidmatan institusi pemulihan adalah dipatuhi.
ii. Memastikan supaya laporan buku log, kerja kes, kerja kumpulan, laporan kemajuan,
pengendalian kes konferens, mesyuarat panel disiplin, mesyuarat pembebasan
penghuni dan laporan akhlak diadakan.
iii. Menyemak Laporan Akhlak/ Sosial untuk memastikan kes di buat dengan teliti dan
tepat serta menyediakan laporan berkaitan.
iv. Memantau kes konferens di buat di setiap negeri dan daerah dalam pengendalian
Kes Pemulihan Kanak-Kanak.
 
PERKONGSIAN BIJAK DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

i. Merancang, menyelaras dan memantau program pemulihan berasaskan


perkongsian bijak dengan agensi kerajaan, korporat dan swasta yang memberi
faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. 

ii. Merancang, menyelaras dan memantau perkongsian bijak yang dilaksanakan oleh
Institusi pemulihan supaya perkongsian bijak ini dapat memberi manfaat bersama.

PEMBANGUNAN
Pembangunan Dan Perkembangan Potensi Kanak-Kanak
 
Kanak-kanak yang diberi perlindungan dan sedang menjalani pemulihan di institusi samada
Rumah Kanak-Kanak (RKK), Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP) atau
Asrama Akhlak (AA) mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza dan pelbagai jenis
kesalahan jenayah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut tetap diberi peluang untuk
mengikuti proses pembelajaran sama seperti kanak-kanak yang lain samada dalam bidang
akademik, agama Islam dan moral serta kemahiran vokasional.
 
 
A. PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK
 

1.        KELAS AKADEMIK 
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak pernah mengabaikan masa hadapan kanak-
kanak walaupun mereka berada di insitusi Kebajikan Masyarakat. Kanak-kanak tersebut
akan mengikuti kelas akademik secara formal sama seperti kanak-kanak lain di sekolah
yang berhampiran dengan institusi berkenaan. Selain itu, bagi kes-kes tertentu, terdapat
juga kanak-kanak tetap yang akan mengikuti kelas-kelas akademik di dalam insitusi
tersebut. Malah kanak-kanak ini juga, akan mengambil peperiksaan utama seperti UPSR,
PMR dan SPM dan terdapat kanak-kanak berkenaan telah mencapai keputusan
peperiksaan yang memberangsangkan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Berdasarkan rekod terdapat kanak-kanak institusi kebajikan masyarakat yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), ATMA, Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Jabatan Kebajikan Masyarakat juga
telah melatih ramai kakitangannya untuk mengendalikan Kelas KIA2M. Hasilnya kanak-
kanak di institusi Kebajikan Masyarakat mendapat manfaat setelah mengikuti Kelas KIA2M
ini.
 
2.       SEMINAR BIJAK BELAJAR DAN MOTIVASI PELAJAR
JKM tidak pernah mengabaikan masa hadapan kanak-kanak di institusi yang akan
mengambil peperiksaan utama pada setiap tahun seperti UPSR, PT3 dan SPM. Oleh itu,
Bahagian Kanak-Kanak mengadakan Seminar Bijak Belajar dan Motivasi Pelajar untuk
membantu kanak-kanak ini memahami kaedah dan teknik belajar yang betul serta
meningkatkan motivasi diri mereka.
 
 3.      KELAS- KELAS TUISYEN 
Kanak-kanak yang menduduki peperiksaan utama akan diberi keutamaan untuk menghadiri
kelas-kelas tuisyen yang diadakan oleh institusi masing-masing sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan dengan lebih sempurna.
 

 
B.PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
SERTA MORAL

1.        KELAS ASAS FARDHU AIN

Kanak-kanak di institusi diwajibkan hadir dan mengikuti kelas Asas Fardhu Ain. Melalui
kelas ini, kanak-kanak akan diajar dan diterapkan dengan pelbagai ilmu agama seperti
Fekah, Tauhid, Tajwid dan Ibadah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama kepada
mereka. Program ini penting sebagai salah satu pemulihan secara kerohanian dalam diri
kanak-kanak.

 
2.       KEM TRANFORMASI JATI DIRI DAN MINDA

Melalui program ini kanak-kanak di institusi akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang
boleh meningkatkan motivasi dan semangat mereka untuk berubah menjadi kanak-kanak
yang lebih berfikiran positif dan mempunyai akhlak yang mulia. Kebiasaannya program ini
akan diadakan diluar institusi selama 3 hari untuk memberi pengalaman baru dan berbeza
kepada kanak-kanak.

3.       PROGRAM KUNJUNGAN KASIH/ NAZIRAN

JKM melalui Bahagian Kanak-kanak telah merancang secara tahunan program Kunjungan
Kasih ini di setiap institusi kanak-kanak bagi mewujudkan hubungan dan mengeratkan
silaturrahim antara kanak-kanak. Selain dari ziarah, semasa program ini akan diadakan
ujian fardhu ain disamping beberapa aktiviti penerapan nilai-nilai murni seperti ceramah,
kaunseling, solat sunat dan panduan zikir.

 
4.       PROGRAM SMART SOLAT
Melalui program ini kanak-kanak akan diberi penekanan dan pemahaman kaedah bersuci
dan solat yang sempurna. Melalui solat yang sempurna akan memberi kekuatan kepada
kanak-kanak dari segi fizikal dan kerohanian untuk berubah menjadi lebih baik. 

 
5.       PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM & AKTIVITI KEROHANIAN

Semasa di institusi kanak-kanak ini akan didedahkan dengan pelbagai sambutan Hari
Kebesaran Islam seperti MaalHijrah, MaulidurRasul, Aidilfitri, IsrakMikraj, Nuzul Al-Quran
dan sebagainya.  Malah pelbagai aktiviti kerohanian sentiasa diadakan seperti Bacaan
Yassin, Zikir, solat-solat sunat tadarus Al-Quran, ceramah agama sebagai salah satu
bentuk kesedaran dan pemuilhan kepada kanak-kanak.

C. PROGRAM Latihan KEMAHIRAN/ VoKASIONAL

1.       LATIHAN KEMAHIRAN DI INSTITUSI

Institusi perlindungan dan pemulihan JKM juga mengendalikan program latihan kemahiran
bagi kanak-kanak institusi yang keciciran dalam bidang akademik. Program latihan
kemahiran ini melibatkan beberapa bidang yang berkait rapat dengan industri dalam negara
seperti automotif, elektrikal, kimpalan, binaan bangunan, jahitan dan masakan. Bidang-
bidang ini dipilih untuk dilaksanakan di institusi kerana mempunyai potensi kebolehpasaran
yang tinggi bagi pelatih-pelatih ini mendapat pekerjaan setelah keluar dari institusi.

Program latihankemahiran yang dijalankan di institusikanak-kanak JKM adalah berteraskan


pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) yang diselaraskan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Semua modul pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dibangunkan berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)
atau National Occupational Skills Standard (NOSS).

 
2.       PENUBUHAN PUSAT BERTAULIAH/ PUSAT BERTAULIAH SLDN

Sebanyak sermbilan (9) buah institusi kanak-kanak JKM telah diiktiraf sebagai Pusat
Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Bagi institusi yang telah
menerima pengiktirafan ini, kanak-kanak yang menyertai bengkel yang diiktiraf akan
memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh pihak industri.
Bagi memastikan kualiti pendidikan kemahiran ini berkualiti, Jabatan telah menggunakan
standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaku
penyelaras latihan kemahiran di Malaysia dan diiktiraf oleh pihak industry.

 
3.       JARINGAN KERJASAMA 

Perkongsian bijak dilaksanakan di mana jaringan kerjasama dengan institut latihan awam
dan swasta diadakan bagi meningkatkan mutu pembangunan kemahiran tenaga pengajar
serta kanak-kanak di institusi.

Antara agensi yang berjaya dilaksanakan kerjasama adalah seperti GIATMARA, Institut
Latihan Perindustrian, Kolej-Kolej Komuniti dan Pusat- Pusat Bertauliah Swasta.           

D.       PROGRAM PENGINTEGRASIAN KANAK-KANAK

Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan


(NGO), badan berkanun, agensi kerajaan dan sector korporat khususnya melalui program
tanggungjawab social korporat (CSR) sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti dan program
untuk melibatkan kanak-kanak di kalangan masyarakat. Melalui aktiviti ini kanak-kanak
akan memahami potensi diri mereka dan mampu menyumbang kearah pembangunan
negara. Antara sektor korporat yang sentiasa menyokong dan mengadakan pelbagai
program ini ialah KFC Holding SdnBhd, Nestle Produk Sdn Bhd, Great Eastern Life, Dutch
Lady, Colgate Palmolive, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan pelbagai agensi
kerajaan yang lain.

PROGRAM KHIDMAT SOKONGAN SAKSI BAGI


KANAK - KANAK

Projek Khidmat Sokongan Saksi


Mulai 1 Julai 2003 - Perkhidmatan KSS sebagai projek perintis di Mahkamah Seksyen dan
Majistret, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Apakah Khidmat Sokongan Saksi


Di Malaysia dimodelkan mengikut Witness Support Service di Britain yang dikendalikan
oleh sebuah NGO bernama Victim Support, sebuah organisasi yang memberi sokongan
kepada mangsa jenayah, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa

Peranan
• Menyediakan perkhidmatan bagi mengurangkan kebimbangan dan trauma kanak-kanak
yang menjadi saksi
• sebagai saluran komunikasi di antara pihak polis, pendakwa dan kanak-kanak yang
terlibat.

Rasional
Kanak-kanak yang menjadi saksi di mahkamah menghadapi suatu pengalaman yang
menakutkan dan membingungkan. Perasaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor
berikut:-
• Kekaburan mengenai peranan mereka sebagai saksi
• Kurang pengetahuan mengenai prosedur mahkamah, peranan kakitangan mahkamah dan
susunatur mahkamah
• Seringkali perlu menunggu lama, kadang-kadang berhampiran dengan tertuduh, keluarga
atau penyokongnya yang menyebabkan saksi merasa terancam
• Saksi kanak-kanak mungkin tidak memahami atau merasa tidak bersedia untuk proses
pemeriksaan balas di mahkamah
• Merasa takut apabila berada di kandang saksi dan kehadiran di kawasan mahkamah
• Memberi keterangan di mahkamah itu sendiri adalah suatu pengalaman yang sukar

Peranan dan tanggungjawab Pekerja Khidmat Saksi


Perkhidmatan ini adalah percuma dan sulit serta dikendalikan oleh pekerja yang terlatih.
Pekerja Khidmat Saksi tidak akan berbincang tentang kes berkenaan atau memberi
sebarang nasihat undang-undang. Peranan Pekerja Khidmat Saksi adalah:-
• Memberi maklumat tentang prosedur mahkamah
• Menawarkan sokongan emosi kepada saksi serta keluarga.
• Memenuhi mereka ke dalam mahkamah
• Mewujudkan perhubungan menolong secara peribadi berkaitan perbicaraan tetapi bukan
tentang keterangan kes.
• Lawatan ke mahkamah sebelum perbicaraan untuk membiasakan diri dengan susunatur
mahkamah
• Persiapan untuk menerima sebarang keputusan mahkamah mengenai kes atau perkara
lain
• Bantuan praktikal seperti pengangkutan ke mahkamah

Bilik - bilik Khidmat Sokongan Saksi


Perlis - Mahkamah Kangar
Kedah - Mahkamah Alor Setar
Selangor - Mahkamah Ampang, Shah Alam dan Sabak Bernam
Kuala Lumpur - Mahkamah Jalan Duta
Negeri Sembilan - Mahkamah Seremban
Terengganu - Mahkamah Kuala Terengganu
Sabah - Mahkamah Kota Kinabalu

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


(ECCE)
LATAR BELAKANG / SEJARAH
 
Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara
Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga
dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan
khidmat perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang
berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-
kanak (KAAK). Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang
dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara
Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk
mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan
perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan,
pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.
 
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008
 
"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif
bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4
tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan
acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan sedia ada".
 
Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:-
 
Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum
berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak
antarabangsa;
menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan
yangberkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut
kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam
persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan;
membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak
secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan;
mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan
pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang
positif;
menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak
swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam
pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak;
meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-
kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka
sebelum memasuki alam persekolahan formal; dan
memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan
program asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
 
 
 
FALSAFAH KURIKULUM PERMATA NEGARA
 
“Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik bagi mengembangkan sahsiah,
potensi dan kecerdasan mereka agar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, awal
literasi, awal matematik, pemikiran logik, dan pengetahuan asas tentang dunia
persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi
individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik, dan dapat
menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya
dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi antara
pendidik, ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak
ternilai harganya".
 
KURIKULUM PERMATA NEGARA BERPEGANG KEPADA PRINSIP-PRINSIP
BERIKUT:
Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat unik yang perlu dihormati,
dikembangkan dan disanjungi;
Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah sangat kritikal (mengikut kajian
neurosains), terutama dalam pembentukan sahsiah, membina kemahiran sensorimotor dan
intelek;
Kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba, mengeksperimen, dan
mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan mendidik kanak-kanak ialah melalui bermain,
dalam suasana dan persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan mengupayakan,
selamat dan penuh kasih sayang;
Amalan dan sumber pembelajaran adalah bersesuaian dengan perkembangan kanak-
kanak, menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran mereka, sesuai dengan budaya
tempatan, berintegrasi teknologi dan jaringan global.
Persekitaran pembelajaran hendaklah ceria, mesra, mengupayakan dan
merangsangkan, dalaman dan luaran yang selamat kepada kanak-kanak.Kolaborasi
dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti menjadi teras penting dalam menentukan kejayaan
kurikulum PERMATA Negara.
Menghormati hak asasi, agama dan budaya kanak-kanak, normal dan yang berkeperluan
khas.
 
Kurikulum ini dibentuk hasil penelitian mendalam ke atas pelbagai penyelidikan yang
dijalankan di dalam dan luar negara. Ia juga mengambil kira kajian dan tinjauan yang telah
dibuat ke atas beberapa Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang telah
dilaksanakan di Negara-Negara maju di dunia. Di samping itu, ia juga direkabentuk
berlandaskan teori dan falsafah yang mantap, yang mengintegrasikan kepelbagaian budaya
dan agama selaras dengan suasana pelbagai kaum di Malaysia. Matlamatnya adalah
bersifat global dan futuristik supaya menghasilkan generasi baru yang akan meletakkan
negara di mercu tinggi dan setara dengan negara-negara maju di dunia. Kurikulum
PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa proses
pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum
awal kanak-kanak negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang telah
dilaksanakan dengan berjaya di luar negara.
Kepentingan Pembelajaran Awal Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran
awal membantu kejayaan kanak-kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka.
Potensi pembelajaran bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan, malah ketika di dalam
kandungan lagi. Pada peringkat awal ini, kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk
peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini, pembelajaran awal sepatutnya dimulakan untuk
membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi rohani dan
jasmani. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses
pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya.
Pada usia ini otak kanak-kanak seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan
cepat dari persekitarannya. Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak
sudah terbentuk sebelum usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan
persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan
personaliti mereka. Personaliti yang terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan oleh
penyelidik-penyelidik bidang psikologi dan pendidikan awal kanak-kanak boleh berkekalan
sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai
personaliti yang baik dan mulia, positif dalam perhubungan dan pengurusan diri, berdaya
maju, bijak berkomunikasi serta pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan,
maka berikanlah kepada mereka pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti.
PENGENALAN
Definisi Warga Emas
Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan
kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.

Perkhidmatan Luar
Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

 Bantuan Kewangan
 Pusat Aktiviti Warga Emas
 Unit Penyayang Warga Emas

Bantuan Kewangan
Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup
kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.
Kelayakan Bantuan:

 berumur 60 tahun ke atas;


 tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan
 tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi
sumbangan.

Cara Pemohonan
Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah /
Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran
untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.
Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh
dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web ini.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan
semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal
bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen
sokongan lain (jika ada).

Bantuan Alat Tiruan


Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

 Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki
palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran,
cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar
perubatan.
 Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan
tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

Perkhidmatan Institusi

 Desa Bina Diri (DBD)


 Rumah Seri Kenangan (RSK)
 Rumah Ehsan (RE)

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan

 Hari Warga Emas Kebangsaan

Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai


Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun
mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan.
Akta Berkaitan:

 Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)


 Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Dasar / Pelan Yang Berkaitan:

 Dasar Warga Emas


 Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara

Kaedah Berkaitan:

 Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983


 Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
 Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH
Khidmat Bantu Di Rumah merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan
kepada warga emas terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli
keluarga di rumah. Program ini merupakan perkhidmatan yang bercorak pendampingan
sosial (social outreach) kepada warga emas yang mana pekerja kes pergi ke rumah warga
emas tanpa perlu menunggu mereka mendekati pekerja kes untuk memohon pertolongan.

Pekerja kes yang melaksanakan program ini adalah dalam kalangan sukarelawan yang
dilatih dan melaksanakan tugas mereka berdasar konsep dan prinsip kesukarelaan.
Khidmat bantu di rumah ini juga merupakan program yang berkonsepkan kebajikan sebagai
tanggungjawab bersama yang mana penglibatan semua pihak diperlukan untuk
menjayakannya.

Program Khidmat Bantu Di Rumah adalah amat diperlukan oleh warga emas bertujuan
untuk :

 memberi bantuan dan sokongan kepada warga emas menjalani kehidupan seharian
mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan;
 memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas
supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga yang
tergolong sebagai warga emas;
 menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas atau
keluarga yang menjaga warga emas selaras dengan konsep masyarakat
penyayang; dan
 menggalakkan warga emas terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup
dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)


Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti
harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial
(reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan
kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan
bukan kerajaan (NGO).

Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut:


1. Meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
2. Ruang kepada warga emas rasa dihargai melalui perkongsian pengalaman & kepakaran
mereka
3. Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak
4. Memberi alternatif kepada kumpulan warga emas daripada kategori keluarga
berpendapatan rendah; dan
5. Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan
produktif
Pelbagai aktiviti / program ada disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas seperti:
1. program keagamaan
2. program rekreasi
3. program terapi dan pemulihan
4. program ceramah kesihatan
5. latihan atau kursus yang bersesuaian

Warga Emas yang berminat menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran ahli di
Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran tempat tinggal.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat
Aktiviti Warga Emas.

UNIT PENYAYANG WARGA EMAS (UPWE)


Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan pengangkutan kepada warga emas yang tinggal berseorangan atau dengan
keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau
pihak swasta.

Objektif Unit Penyayang Warga Emas ialah:


1. Memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan serta keperluan sosial
warga emas yang difikirkan perlu / rasional.

2. Meringankan beban tanggungan kos pengangkutan bagi warga emas yang memerlukan
perkhidmatan tersebut. Menggerakkan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
dalam usaha membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak
mampu menguruskan kehidupan tua mereka.

3. Meningkatkan aksesibiliti warga emas terhadap kemudahan-kemudahan awam yang


disediakan khususnya kemudahan perubatan seperti klinik atau hospital kerajaan / swasta.

4. Memberi kemudahan kepada warga emas yang mempunyai masalah kurang upaya
fizikal dan mental yang menghadkan pergerakan mereka untuk mendapatkan rawatan dan
perkhidmatan lain yang diperlukan demi kesejahteraan mereka.
 
Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di
Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan
ini. Warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera
berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
RANG PAPA
1. Utama
2. Perkhidmatan
3. Orang Papa

Pemulihan Orang Papa :


Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi fokus kepada golongan yang tiada tempat
tinggal dan memerlukan perlindungan yang boleh ditakrifkan sebagai orang papa di
bawah Akta Orang Papa 1977. Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala dan ad-
hoc sentiasa melakukan operasi bagi menyelamat orang papa yang terdiri daripada
pengemis dan kutu rayau.

Definisi Orang Papa:


Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara
hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang
yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau
seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia
mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal
atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Akta Berkaitan :
• Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)

Institusi Berkaitan :
• Desa Bina Diri (DBD)
Sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa.

Orang papa yang dimasukkan ke Desa Bina Diri adalah melalui:


• perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977
• secara sukarela dengan kelulusan Pengarah Kebajkan Masyarakat Negeri di mana
orang papa itu tinggal.
• Mereka yang ditempatkan di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang
bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan
menempatkan kembali mereka ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh
berdikari.
PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
OBJEKTIF  PENDAFTARAN OKU

 Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi  maksud
merancang program  berkaitan dengan pencegahan,   pendidikan, habilitasi dan
rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
 Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian  dengan 
keperluan OKU.
 Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang 
bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan
mereka.

DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka
dalam  masyarakat”.
 
KATEGORI OKU
Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh  
Jabatan  Kebajikan Masyarakat seperti berikut :
  
(i) Kurang Upaya Pendengaran -
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat
bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan
menggunakan alat bantuan pendengaran.  Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan
sebagai OKU Pendengaran, iaitu :
 
                      Minimun                  15 - < 30 dB         (Kanak-Kanak)
                                                    20 - < 30 dB         (Dewasa)
                     Sederhana                30 - < 60 dB
                     Teruk (severe)           60 - < 90 dB  
                     Sangat teruk (profound)          > 90 dB
 
(ii) Kurang Upaya Penglihatan 
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun
dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. 
Terdapat dua tahap kurang upaya  penglihatan seperti berikut :-
 
Terhad   -  Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan ataU lebih baik daripada
3/60                
                  walaupun dengan  menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan  
penglihatan kurang 
                  dari 20 darjah dari fixation.
Buta -        Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan  penglihatan kurang dari 10
darjah dari  fixation
 
(iii) Kurang Upaya Pertuturan 
Tidak boleh bertutur  sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna
dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.  Keadaan ini adalah
kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada
umur lima tahun  ke  atas.  Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah
dirujuk.
 
(iv) Kurang Upaya Fizikal 
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau
ketidakupayaan di   mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti
hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang
mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri,
pergerakan dan pertukaran posisi   tubuh badan.  Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada
kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf,  kardiovaskular, respiratori,
hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.
 
Contoh ketidakupayaan fizikal:
 (a)     Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
 (b)     Spinal Cord Injury [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
 (c)     Stroke [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
 (d)     Traumatic Brain Injury
 (e)     Kerdil (Achondroplasia) iaitu
< 142 cm bagi lelaki dan;
 < 138 cm bagi wanita
(f)      Cerebral Palsy
 
(v) Masalah Pembelajaran
Masalah  kecerdasan   otak  yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang
tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down,  dan
kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan
kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia,
Dyscalculia dan Dysgraphia).
  
(vi) Kurang Upaya Mental
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis
selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri.  Akibat daripada penyakit yang
dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi
sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan
dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental
Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression,
bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder danPersistent Delusional
Disorders.            
 
(vii) Pelbagai  (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis 
ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu
hingga enam.
 
Borang Pendaftaran
Borang Permohonan Pendaftaran Orang  Kurang Upaya BPPOKU (Pindaan 1/2012)
     
Pemohonan Pendaftaran
(a)     Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah  /      
Jajahan / Bahagian;
(b)     Menggunakan borang tersebut di atas; dan
(c)     Menyertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan.
 
Syarat-syarat Pendaftaran
(a)     Warganegara yang bermastautin di Malaysia
(b)   Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri
atau Pakar  Perubatan Swasta.

Kod Kategori OKU


 
   
KOD JENIS KETIDAKUPAYAAN

   
DE Pendengaran

   
BL Penglihatan

   
SD Pertuturan

   
PH Fizikal

   
LD Masalah Pembelajaran

   
ME Mental

   
MD Pelbagai
 
Penukaran Kad
Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah/Jajahan/Bahagian disebabkan:-
(a)     Kad OKU hilang;
(b)     Kad OKU rosak;
(c)     Perubahan kategori ketidakupayaan.        
KAUNSELING

PENGENALAN
Intervensi Kaunseling
Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara professional berdasarkan
prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor
untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat
keputusan sendiri. Jenis-jenis Intervensi Kaunseling seperti berikut :

 Kaunseling Individu - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka


diantara seorang kaunselor dengan seorang klien.
 Kaunseling Kelompok - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka
antara seorang atau lebih dengan beberapa orang klien.
 Kaunseling Perkahwinan - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka
antara kaunselor dengan pasangan suami isteri.
 Kaunseling Keluarga - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka
antara seorang kaunselor atau lebih dengan klien bersama ahli keluarga klien.
 E -Kaunseling / Tele Kaunseling - Satu bentuk perhubungan menolong secara tidak
bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien.

Ujian Penaksiran Psikologi


Merupakan satu kaedah pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri psikologikal
seperti tret personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stress, kemurungan, komunikasi
dan lain-lain.

Advokasi dan Outreach


Merupakan program kepada komuniti yang berisiko.

Intervensi Pendidikan
Merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada situasi kritikal dengan memberi
perhatian serta merta kepada peristiwa tersebut seperti keganasan rumah tangga,
perceraian, pergaduhan, konflik, bencana alam (banjir, Tsunami, tanah runtuh dan lain-lain)
dan lain-lain.

Porgram Psikopendidikan
Merupakan program yang menekankan aspek pertumbuhan, perkembangan dan
pencegahan. Antara program-program yang dilaksanakan ialah kebolehan daya tindak
(coping ability), pengurusan marah, pengurusan stress, pengurusan masa, analisa
pembuatan keputusan, pengurusan kebimbangan, pengurusan kewangan, kemahiran
keibubapaan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pembimbing Rakan Masyarakat
(PERAMA) dan lain-lain.

Perkhidmatan Konsultansi
Menyediakan perkhidmatan konsultansi psikologi kepada kumpulan sasar dan kakitangan
jabatan.

Bengkel Interaktif
Merupakan peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang mewajibkan kehadiran ibu /
bapa / penjaga dan anak mereka menjalani program intervensi yang ditetapkan. Intervensi
ini bertujuan memperbaiki kefungsian keluarga. Melalui intervensi tersebut, keluarga akan
mempelajari kaedah mengenalpasti permasalahan, menyelesaikan masalah serta
menggunakan pendidikan dan pengetahuan terbaik menguruskan sistem kekeluargaan
mereka.

Program Pengupayaan Kendiri Kakitangan


Merupakan satu program pengurusan sumber manusia sektor awam yang diwujudkan
berdasarkan Pekhidmatan Awam Bil. 18 Tahun 2005. Antara program-program yang
dilaksanakan ialah ujian penaksiran psikologi, pengurusan stress, pengurusan emosi (EQ),
Pembimbing Rakan Sekerja, Retreat Kaunseling Kelompok dan lain-lain.

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan

 Mengadakan kerjasama kesepakaran dengan IPTA dalam bidang perkhidmatan


kaunseling.
 Mengadakan penyelidikan berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.

  PENGENALAN
TAKRIF BENCANA
Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan
Negara melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan
kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya
dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif.
 
TAHAP PENGURUSAN BENCANA
Merujuk kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20 (Semakan Semula):
Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Bencana hendaklah dikendalikan
mengikut tahap-tahap seperti berikut:-
 
BencanaTahap I
Pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan
ianya dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam
pengurusan Bencana di peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar atau dengan
bantuan luar yang terhad.
 
BencanaTahap II
Pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu
daerah di negeri yang sama yang memerlukan penggemblengan sumber di peringkat
Negeri dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat yang terhad.
 
BencanaTahap III
Pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu
negeri atau bersifat kompleks yang memerlukan penyelarasan dan penggemblengan
sumber di peringkat Pusat atau bantuan luar Negara.
 
PUSAT PEMINDAHAN
TAKRIF PUSAT PEMINDAHAN
Bangunan atau kawasan yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Daerah (JPBD) dan boleh digunakan untuk menempatkan mangsa-mangsa Bencana.
Bangunan/kawasan ini perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti
ruangan, bekalan air bersih, elektrik, kemudahan membersih diri dan sentiasa selamat
digunakan.
 
Pengurus dan Jawatankuasa Pusat Pemindahan

 Pengurus      

          a)Mengetuai Jawatankuasa Pusat Pemindahan


           b)Dilantik di kalangan Pegawai JKM

 Penyelia              

         a)Membantu Pengurus mengendalikan Pusat Pemindahan                                          

          b)Boleh dilantik di kalangan Ketua Jabatan/ Agensi/ Ketua Komuniti/Guru Besar/


Pengetua dan lain-lain yang berkelayakan
 

 Ahli Jawatankuasa - dilantik bagi mengetuai tujuh (7) Jawatankuasa


Pusat Pemindahan seperti berikut

            (i)         Jawatankuasa Pendaftaran Mangsa


            (ii)        Jawatankuasa Bekalan Keperluan
            (iii)       Jawatankuasa Makanan
            (iv)       Jawatankuasa Kesihatan & Kebersihan
            (v)        Jawatankuasa Keselamatan
            (vi)       Jawatankuasa Aktiviti
            (vii)      Jawatankuasa Sukarelawan

PENGENALAN
Pengenalan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada


kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan
sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan
Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim
bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah
pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah
dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang
ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Tujuan

Tujuan umum bantuan kewangan kebajikan adalah seperti berikut:


Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan;

Menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari;

Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan


hidup dengan sempurna.

Kelayakan Umum Untuk Memohon Bantuan Kebajikan


Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM930
di Semenanjung, RM990 di Sarawak dan RM 1,170 di Sabah

Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambilkira lain-lain


faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap
ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan
dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang
munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan
harian pemohon/keluarga
Catitan
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List)
antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai
Perundangan.
Cara Permohonan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang
didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan
kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian
bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan
semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa /
anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal
bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai