Anda di halaman 1dari 4

Bidang Pengajian Sosial.

Pengajian Kajian Sosial merupakan salah satu daripada bidang pengajian


yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran di sekolah rendah.Bidang pengajian
ini memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian mulia para
pelajar di mana bidang ini banyak menekankan aspek-aspek tingkah laku
manusia dan aspek-aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam
sesuatu kelompok masyarakat.Bidang ini adalah salah satu daripada bidang
pengetahuan yang penting pada masa sekarang.

Selain itu, Pengajian Kajian Sosial juga menyatukan sains sosial dan
kemanusian sebagai bidang pengajaran dalam pembentukkan sivik.Bahkan
melalui bidang pengajian ini, ianya dapat membantu anak-anak muda dalam
menggunakan kebolehan yang ada untuk membuat sesuatu keputusan dengan
rasionalnya agar keputusan yang di buat dan di ambil itu tidak mendatangkan
sebarang kesan buruk pada diri mereka.

Secara asasnya, bidang Pengajian Kajian sosial ini banyak mendedahkan


kepada para pelajar betapa pentingnya bidang ini pada kehidupan mereka
seharian.Ianya membantu dalam mempertingkatkan kemahiran, ilmu
pengetahuan dan nilai-nalai murni pada diri seseorang individu.Bahkan bidang
Pengajian Kajian Sosial ini menerapkan konsep integrasi dalam kurikulum dan
pengajaran ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani justeru ianya membawa kepada
penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nailai
murni yang dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh.

Antara matlamat penting yang ditekankan dalam Bidang Pengajian Kajian


Sosial ini adalah menerap dan memupuk sivik melaui pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang harus terdapat pada seseorang pelajar selaras dengan negara
kita yang berdemokratik.Jelaslah bahawa nilai amalan sivik perlu diserapkan
bagi melahirkan seseorang individu yang berpengetahuan, berkemahiran serta
mempunyai nilai-nilai murni yang mampu membimbing ke arah kecemerlangan
diri.Matlamat seterusnya adalah menyatakan tiga elemen utama dalam bidang
pengajian ini iaitu antara pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Oleh kerana pengetahuan sains sosial mempunyai maksud yang terlalu


luas, ia terpaksa dibahagikan kepada beberapa bidang yang berlainan dengan
memberikan pengkhususan yang tertentu iaitu sains politik, ekonomi, sejarah,
geografi, komunikasi, sosiologi, psikologi, antropologi, agama dan undang
– undang. Sosiologi merupakan kajian berkenaan dengan interaksi dan
perhubungan manusia dan organisasi sosialnya. Ia menumpukan perhatian
kepada kehidupan sosial, sebab – sebab sosial sesuatu perkara itu berlaku dan
kesan – kesan daripada kelakuan tingkahlaku manusia. Daripada kajian – kajian
tersebut, ramalan boleh dibuat atas tingkah laku manusia dalam beberapa situasi
sosial.

Psikologi bermaksud mengkaji minda dan personaliti seseorang individu.


Ia juga mengkaji tingkah laku seseorang dan bagaimana tingkah laku ini
dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain. Ia juga dibahagikan kepada beberapa
bidang yang khusus seperti psikologi sosial, kaunseling, psikologi industri dan
organisasi psikologi kanak – kanak. Antara contoh kajiannya ialah terhadap
emosi, ingatan, persepsi, perkembangan dan kematangan seseorang dan
motivasi kerja yang telah dilakukan kepada seseorang individu.

Antropologi ialah kajian berkenaan dengan perhubungan di antara ciri –

ciri biologi dan ciri – ciri sosial yang diperoleh oleh manusia. Ia boleh

dibahagikan kepada antropologi fizikal dan budaya. Antropologi fizikal mengkaji

pengaruh evolusi alam sekitar terhadap ciri – ciri fizikal manusia. Manakala

antropologi budaya pula mengkaji cara – cara masyarakat dan kebudayaannya

berkembang.
Sains politik merujuk kepada sistem kerajaan, polisi dan ideologi yang

diamalkan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat. Ia

juga mengkaji pengaruh dan kepentingan politik di dalam kehidupan dan

kegiatan masyarakat umum. Antara bidangnya ialah seperti organisasi kerajaan

dan sistem politik, politik antarabangsa, dasar awam, hubungan antarabangsa

dan falsafah dan teori politik.

Ekonomi merujuk kepada penggunaan dan pengagihan sumber – sumber

dalam masyarakat dan dunia. Ia juga merujuk kepada pengeluaran barang –

barang untuk memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat. Di antara bidang

dalam ekonomi ialah ekonomi gunaan, ekonomi buruh, ekonomi kewangan,

institusi dan kewangan antarabangsa, pembiayaan antarabangsa dan ekonomi

pengurusan.

Sejarah menumpukan perhatian kepada peristiwa lampau yang telah

berlaku. Ia cuba memeriksa sama ada benar dan tidaknya sesuatu peristiwa –

peristiwa lampau yang dikatakan telah berlaku dan mengaitkannya dengan masa

kini supaya dapat memberi satu gambaran yang jelas berkenaan dengan

perkembangan sesuatu masyarakat dan tempat dari masa lampau sehingga kini.

Geografi, Manusia sentiasa dipengaruhi oleh alam semulajadi tempat

tinggalnya. Geografi bertujuan mengkaji aspek – aspek alam semulajadi dan

bagaimana kehidupan manusia dibentuk olehnya. Ia juga mengkaji bagaimana

alam semulajadi mempengaruhi perkembangan sosial dan kebudayaan


masyarakat. Sebagai contoh tumpuannya ialah terhadap iklim, ekologi,

demografi dan corak – corak migrafi penduduk.

Komunikasi ialah proses di mana mesej dihantar dari sesuatu punca

kepada penerima. Ia merujuk kepada bagaimana sesuatu idea, maklumat, berita,

nilai, sikap dan sebagainya disalur dan dikongsi dengan orang lain. Komunikasi

telah dibahagikan kepada beberapa bidang seperti komunikasi organisasi,

komunikasi antarabangsa, perfileman, pengiklanan, telekomunikasi dan

kewartawanan.

Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang diamalkan oleh

sesuatu kaum atau masyarakat. Ia juga adalah satu perhubungan di antara

manusia dan kuasa yang tertinggi yang menjadi kepercayaan oleh sesuatu

masyarakat tersebut. Perhubungan ini dapat dijalin melalui ajaran – ajaran yang

dipercayainya dan upacara yang dilakukannya. Terdapat beberapa agama

utama dalam dunia ini antaranya ialah Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Animese

dan lain – lain kepercayaan lagi.

Anda mungkin juga menyukai