Anda di halaman 1dari 28

PS31603

Pengurusan Krisis & Bencana

Tajuk :
Pengurusan Bencana Alam oleh organisasi
MERCY MALAYSIA
AAR JAPAN

NAMA NO MATRIK PROGRAM


ALLYSEHKALIANA SOTIVUN BP 14160873 HA20

AJURES KIKIAN BP 14160977 HA20

HANIN SYAHIRA BINTI HAZAHA BP 14160885 HA20

KRISTY LORNA JOE BP 14110273 HA20

NORANISAH BT JUMIL BP 14160923 HA20

NURUL IZZATI BINTI YUHIMIN BP 14160948 HA20

NURUL NAZURAH BINTI JAIDIN BP 14160991 HA20

ZULAIKHA BT ZULKIFLI BP14110715 HA20


1.0 Pengenalan

Bencana alam merupakan kesan buruk daripada kejadiaan atau gabungan aktiviti semula jadi
seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan dan aktiviti manusia.
Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat
sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini
bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan
mereka (Bankoff, 2003). Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan Bencana muncul
apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan. Maka, aktiviti alam yang berbahaya
tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya
gempa bumi di wilayah tidak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah alam juga
ditentang kerana peristiwa tersebut tidak bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara
langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk
bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengacam bangunan orang perseorangan
hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.
Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk
di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan
penilaian kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan
menangani tentangan serius yang tiba.

Justeru, itu setiap negara di dunia ini memiliki organisasi tersendiri yang mengurus dan
menjaga kepentingan masyrakat tidak kira di negara mereka sendiri mahupun luar negara.
Organisasi yang mengurus bencana alam ini biasanya terdiri dari badan bukan kerajaan namun
ada juga yang dari badan kerajaan. Kesemua persiapan lengkap dan alat-alat bantuan serta
perancangan sebelum, semasa dan selepas bencana organisasi ini yang akan urus berdasarkan
aspek peranan organisasi itu tersendiri. Di samping itu, organisasi yang ditubuh juga memiliki
kerjasama antara satu sama lain dan ianya menjadikan pengurusan bencana di negara-negara
menjadi lebih berkesan dan memberi impak yang besar kepada negara yang menghadapi
bencana.

2
1.1 Latar belakang organisasi

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan memiliki potensi yang besar untuk
terus maju dalam bidang teknologi dan maklumat serta pembangunan dalam infanstruktur yang
canggih. Di samping mengejar pemodenan juga Malaysia tidak terlepas pandang dari
menubuhkan organisasi yang menjaga kepentingan penduduk dari segi bantuaan kemanusiaan
sehingga keperluan asas penduduk. Selain itu, Malaysia juga mempunyai organisasi yang
memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terselamat dari berlaku sebarang
bencana alam mahupun bencana yang buatan manusia seperti peperangan dan sebagainya.
Oleh itu, terdapat banyak organisasi yang memastikan kepentingan, keperluaan, keselamatan
sejagat ditubuhkan antaranya adalah Mercy Malaysia.

Mercy Malaysia adalah singkatan dari Medical Relief Society Malaysia telah diasas oleh
Tan Sri Dr Jemilah Mohmood pada 16 September 1999 sebagai tindak balas kepada konflik di
Kosovo. Ahli lembaga yang terlibat dalam mengerakkan badan organisasi ini ialah Tunku Diraja
Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah iaitu Sultan Perak sebagai Penaung. Seterusnya, Dato Dr
Ahmad Faizal Perdaus adalah Presiden yang menjadi pengerak organisasi ini. Mercy merupakan
satu institusi bukan kerajaan yang berobjektifkan untuk memberi bantuaan perubatan
khususnya. Ibu pejabat Mercy terletak di Kuala Lumpur. Mercy bukan sahaja terdapat di
Malaysia namun, ianya merupakan organisasi yang mempunyai jaringan yang luas dan besar
sehingga terdapat di negara negara lain juga.

Selain Malaysia, Jepun juga mempunyai organisasi yang membantu masyarakat atau
penduduk sejagat tidak kira di negara mereka sendiri mahupun di negara-negara luar demi
menjaga kepentingan masyarakat yang mengalami bencana. Badan bantuaan di negara Jepun
yang bertanggungjawab dalam melaksana bantuan sangat banyak salah satu daripadanya
adalah Association for Aid and Relief (AAR) merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang
terletak di Tokyo. AAR ditubuhkan pada 24 November 1979 di bawah kepimpinan Yikika Sohma.
Ahli lembaga tertinggi yang mengerakkan organisai ini adalah Yukie OSA yang bertindak
sebagai Presiden, Kenji Isezaki sebagai Naib Presiden, Fusako Yana sebagai Pengerusi dan Taki
Katoh sebagai Timbalan Pengerusi. Presiden AAR, Yukie OSA telah menyertai AAR pada tahun
1990 sebagai sukarelawan dan menjadi kakitangan AAR sepenuh masa pada tahun 1991.
Manakala pengerusi AAR iaitu Fusako Yana setelah menyertai AAR pada tahun 1979 dan
berkhidmat sebagai Pengarah Urusan atau Ketua Setiausaha Organisasidari November 2000

3
hingga Jun 2008. Beliau menjadi Pengerusi pada bulan Julai 2009. Timbalan pengerusi AAR
iaitu Taki Katoh telah menjadi ahli lembaga pada bulan Jun 2004, dan kemudiannya mula
terlibat secara aktif sebagai timbalan pengerusi pada bulan Jun 2005.

Terdapat beberapa sumbangan bantuan dan program yang telah diberikan oleh kedua-
dua persatuan tersebut Seperti MERCY Malaysia telah terlibat secara aktif dalam memberikan
bantuan kecemasan kepada penduduk yang terjejas. Mereka mula melaksanakan projek-projek
utama domestic dan antarabangsa dan program dengan menggunakan pendekatan baru,
Pengurusan Risiko Bencana (TDRM) pada tahun 2005. Komitmen untuk TDRM menekankan
kepentingan menemui pemahaman yang lebih jelas dan tindak balas kepada pengurusan
bencana di samping menangani punca dan faktor-faktor yang membawa kepada bencana.
Antara bantuan lain yang disumbangkan iaitu dari segi penjagaan kesihatan seperti rawatan
kesihatan dan klinik pergigian dengan inisiatif klinik bergerak iaitu dengan menyediakan asas
pemeriksaan kesihatan percuma dan rawatan pergigian asas kepada komuniti terdedah serta
kurang bernasib baik. Ubat diberikan secara percuma, dan lawatan tersebut disediakan untuk
memastikan kesinambungan perkhidmatan dan tindakan susulan.

Intervensi psikososial semasa bencana juga diberikan walaupun kesihatan mental


penduduk yang terjejas tidak boleh dilihat sebagai keperluan segera jika dibandingkan dengan
kecederaan fizikal. Walaubagaimanapun, mangsa trauma memerlukan sokongan emosi dan
bimbingan selepas kejadian bencana, dan MERCY Malaysia membantu dengan menyediakan
campur tangan psikososial daripada sukarelawan mahir. Institusi ini juga menyediakan Unit
Kecemasan iaitu program pengurangan risiko bencana (DRR) melibatkan aktiviti yang bertujuan
untuk melindungi masyarakat daripada bahaya dan meminimumkan kelemahan mereka kepada
risiko bencana. Antara program DRR adalah Program penyediaan sekolah. Program ini direka
untuk meningkat kan kesedaran di kalangan pelajar tentang bahaya yang mereka hadapi dan
untuk membantu sekolah untuk mengurangkan risiko yang telah timbul ketika bencana alam.
Seterusnya, school watching workshop, program memperkenalkan alat "Community-Based
Mapping Hazard '' untuk membantu komuniti sekolah mengenalpasti bahaya dan risiko di dalam
dan sekitar sekolah dan kemudian merumuskan penyelesaian untuk menjadikannya tempat
yang lebih selamat.

Manakala, institusi AAR Jepun menyediakan bantuan kecemasan kepada pelarian dan
mangsa bencana alam serta terlibat dalam usaha pembinaan semula, dengan tujuan untuk

4
membina masyarakat yang lebih kuat daripada sebelum bencana. Negara yang telah menerima
bantuan dari pada insitusi ini ialah banjir di Cambodia dan Pakistan, gempa bumi di Turkey,
Jepun, Haiti, Sumatera Indonesia, taufan di Filipina kemarau di Afrika. Selain daripada itu,
aktiviti yang lain mereka berikan seperti bantuan kepada orang yang kekurangan upaya,
tindakan kepada penyakit berjangkit dan meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu global.

2.1 Sistem pengurusan bencana

Pengalaman daripada kejadian bencana yang lepas menunjukkan, apa pun jenis
bencana yang melanda, sejumlah kawasan yang luas di Asia Tenggara khususnya berhadapan
dengan risiko pelbagai bencana. Tambahan pula, bencana utama yang sering berlaku seperti
gempa bumi, letusan berapi, dan rebut akan mencetuskan bencana sampingan seperti
gelinciran tanah, tsunami, dan banjir. Pendekatan semasa yang dilihat risiko bencana secara
sektor tidak akan mampu mengurangkan risiko bencana terhadap komuniti yang berada pada
zon multi-bencana. Justeru itu, satu system pengurusan bencana yang berintegrasi perlu
dirancangkan bagi mengurangkan kesan yang berlaku akibat daripada bencana yang terjadi.
Oleh itu, kami melihat kepada dua organisasi yang yang melaksanakan system pengurusan
bencana iaitu MERCY Malaysia dan Association for Aid and Relief (AAR Japan).

i. MERCY Malaysia

MERCY Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berlandaskan keuntungan tetapi
organisasi yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko
bencana yang mampan bagi masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis. Visi organisasi
ini adalah untuk menjadi lebih efektif dalam penghantaran bantuan perubatan dan
kemanusiaan kepada mangsa yang memerlukan. Sistem pengurusan bencana dalam organisasi
ini memberi tumpuan kepada bantuan perubatan, perkembangan berkaitan kesihatan, aktiviti
pengurangan risiko dan bagi komuniti yang terdedah sama ada dalam keadaan krisis atau tidak
krisis. Bagi bantuan perubatan dan kemanusiaan pula ianya penting semasa berlakunya
krisis(merujuk kepada bencana alam atau konflik manusia), system organisasi ini melihat
kepada bantuan kemanusiaan melalui sokongan psikososial, pengagihan ubat-ubatan dan lain-
lain.

Dalam aspek perkembangan berkaitan kesihatan pula, organisasi ini melakukan


penilaian keperluan untuk mengenalpasti jurang tempatan dan perkhidmatan yang disampaikan

5
dengan sewajarnya. Bagi aktiviti pengurangan risiko pula, pengurusan ini dilaksanakan selepas
bencana di mana organisasi ini mengikuti perkembangan mangsa-mangsa yang terlibat melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk membantu mangsa kembali daripada trauma bencana
yang berlaku. Contohnya, di Malaysia, terdapat pelbagai program yang dijalankan bagi komuniti
yang terlibat bencana seperti School Preparedness Programmes, Johor Community
Preparedness Programmes, serta Disaster Risk Reduction for Persons with Disabilities. MERCY
Malaysia telah mengambil pendekatan yang proaktif bagi pengurusan risiko bencana. Jika
sebelum ini, pendekatan tradisional dilihat pasca bencana, pendekatan yang lebih aktif perlu
diberi perhatian bagi pra bencana.

Bagi Mercy Malaysia, mereka telah mengambil pendekatan holistik dalam pengurusan risiko
bencana atau dikenalai sebagai Total Disaster Risk Management (TDRM). Pendekatan ini
digunakan untuk mengimbangi antara usaha pra bencana seperti (pencegahan, pengurangan,
dan kesediaan) dan bagi pasca bencana seperti (tindak balas dan pemulihan). Dalam
pendekatan ini, terdapat empat fasa yang terlibat iaitu 1) Tindak Balas (Response) yang mana
respon kemanusiaan yang disediakan tepat pada waktunya kepada mangsa-mangsa yang
terlibat. 2) Pemulihan (Recovery) yang man usaha pemulihan dilaksanakan bagi membantu
komuniti yang terjejas untuk kembali menjalani kehidupan harian mereka dengan normal. 3)
Aktiviti pengurangan dan pencegahan (Prevention/Mitigation) untuk membantu membina daya
tahan dalam komuniti. 4) Persediaan (Preparedness) dalam komuniti agar individu lebih
bersedia sekiranya bencana berlaku lagi.

ii. AAR Japan

Misi dan keutamaan organisasi ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas seperti
konflik bersenjata, penyakit berjangkit, kurang upaya dan lain-lain. Justeru itu, bagi mencapai
misi tersebut, AAR Japan memberi keutamaan kepada lima aspek iaitu Emergency Assistance,
Assistance to Persons with Disabilities, Mine/UXO Action, Action against Infectious Diseases dan
Public Awareness Raising. Bagi aspek pengurusan bencana alam, AAR Japan lebih menumpukan
kepada pengurusan pasca bencana. Contohnya, bencana banjir besar yang berlaku di Kemboja
pada tahun 2011. AAR Japan telah menghantar dua orang kakitangan pada 05 November
hingga 12 Januari 2012 untuk mengagihkan makanan dan keperluan harian kepada kira-kira
3000 isi rumah yang tinggal di kawasan utara TasikTonle Sap. Selain itu, organisasi AAR Japan
juga telah menghantar empat orang kakitangan untuk membantu mangsa gempa bumi di Haiti

6
pada 12 Januari 2010 yang turut mengorbankan 310000 mangsa. Semua mangsa memperolehi
keperluan seperti makanan dan minuman. Pihak AAR juga menyediakan pusat perlindungan
kanak-kanak yang memberi bantuan perubatan serta pencegahan penyakit kolera.

2.2 Halangan dan cabaran yang dihadapi oleh organisasi

Semasa menjalankan tugas di kawasan bencana setiap pasukan sukarelawan dari


organisasi pengurusan bencana tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan cabaran yang
mana mungkin menyulitkan sedikit pengurusan bencana dan bantuan untuk disampaikan
kepada mangsa bencana.

Bagi Mercy Malaysia terdapat beberapa halangan yang memberi impak kepada proses
pengurusan yang sepatutnya berjalan dengan lancar namun ada sedikit terganggu dek
halangan yang tidak dapat dielekkan. Namun, sesukar manapun halangan pasti terdapat jalan
penyelesaiannya. Antara halangan yang dihadapi oleh Mercy Malaysia adalah:

i. Kekurangan pengangkutan dan sukar diakses di Nepal

Pada 26 April 2015, gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher dengan pusat gempa kira-kira
77 kilometer Dari ibu negara Nepal, Kathmadu telah memusnahkan negara itu dan gegaran
kuat turut dirasai sehingga utara India. Bencana ini telah mengorbankan lebih 7000 orang dan
pasukan MERCY Malaysia telah mengambil langkah untuk membantu mangsa gemba bumi di
Nepal. Semasa pasukan MERCY menjalankan tugas, mereka juga menghadapi beberapa
cabaran.

Salah satu masalah atau cabaran yang dihadapi oleh agensi MERCY adalah kekurangan
pengangkutan dan kawasan bencana yang sukar dimasuki semasa menjalankan tugas oleh
pasukan MERCY Malaysia untuk membantu rakyat Nepal yang terjejas gempa bumi pada 28
April 2015. Disebabkan gempa bumi itu, kebanyakan jalan rosak teruk dan telah menimbulkan
kesukaran untuk kenderaan sampai ke kawasan terjejas. Pasukan MERCY terpaksa bergerak
perlahan-lahan dan mereka terpaksa mengambil masa selama 3 jam untuk perjalanan sejauh
15km dan mereka tidak dapat memasuki kawasan pedalaman kerana banyak jalan yang rosak
(Berita Harian, 2015).

7
ii. Halangan utama dari segi keselamatan

Pada 27 Disember 2008, pengeboman tentera Israel secara besar-besaran ke atas rakyat
Palestin telah berlaku Dan menyebabkan MERCY Malaysia mengaktifkan mekanismenya pada 30
Disember 2008 dengan menghantar pasukan pertama ke sempadan Gaza untuk memberi
bantuan kepada rakyat Palestin. Dalam isu ini, MERCY Malaysia telah mengambil sedikit masa
iaitu 24 hingga 72 jam pertama untuk menganalisis perancangan tersebut. Selepas membuat
analisis, didapati ada keperluan yang sangat tinggi dari segi bantuan perubatan berikutan ramai
mangsa tercedera khususnya wanita dan kanak-kanak (Berita Harian, 2007).

Berikutan dengan misi pertolongan di Gaza, terdapat rintangan yang dihadapi oleh MERCY
Malaysia semasa menghulurkan bantuan. Cabaran utama jalan dari segi keselamatan. Bandar
Rafah iaitu sempadan yang harus dilalui oleh MERCY untuk ke kawasan Gaza telah dibom oleh
tentera Israel. Proses untuk memasuki Gaza menjadi semakin ketat dimana pasukan MERCY
perlu mendapat kebenaran dan tapisan daripada beberapa pihak berkuasa di sana. Pada 3
February, sukarelawan MERCY Malaysia terpaksa meninggalkan Gaza ekoran dengan serangan
terbaru Isarael.

iii. Bertarung dengan emosi

Pada 29 Disember 2004, pasukan sukarelawan MERCY Malaysia telah ke Aceh, wilayah yang
paying teruk terjejas akibat bencana tsunami. Mereka berada disana selama 10 Hairi tanpa
rehat. Pasukan MERCY telah menceritakan pengalaman mereka di Aceh dengan tragedi
kemanusiaan semasa mereka memberi bantuan. Penderitaan mangsa-mangsa yang tercedera
serta kesukaran Dan cabaran memberi bantuan perubatan kepada mereka yang serba
kekurangan (Utusan Online, 2005). Kerja sukarelawan MERCY Malaysia menjadi lebih sukar
apabila mangsa menceritakan tentang kesedihan dan kesalan mereka dan sukarelawan MERCY
harus bertarung antara emosi sendiri dan luahan hati mereka (Utusan Online, 2004).

Seterusnya, AAR Japan juga memiliki beberapa kesukaran dalam menjalankan misi bantuan
sepanjang melibatkan diri dalam pengurusan bencana antaranya adalah:

8
i. Melawan penyebaran penyakit HIV/AIDS

Dalam tempoh 20 tahun sejak pembukaan pejabat AAR di Zambia, Meheba Pelarian
Penyelesaian, AAR Jepun telah menyokong pelarian terutamanya dari Angola. AAR amat
meneliti dalam bidang perubatan, pendidikan, dan pertanian. Sejak pelarian mula pulang ke
rumah berikutan Perang Saudara Angola pada tahun 2002, AAR Jepun telah menjalankan
inisiatif untuk melawan penyebaran HIV/AIDS yang mempunyai kesan buruk kepada
masyarakat tempatan, khususnya di ibu negeri Zambia.

Satu daripada enam daripada semasa kanak-kanak di negara tersebut kehilangan ibu bapa
mereka disebabkan HIV/AIDS. Kanak-kanak ini juga kehilangan pencarian nafkah dan tidak
mampu untuk ke sekolah. AAR Jepun telah menjalankan aktiviti untuk menyebarkan
pengetahuan yang sesuai mengenai HIV/AIDS dan mencegah jangkitan (AAR Japan, n.d.).

ii. Bertarung dengan emosi

Pada 19 November, AAR Jepun melawat Iwaki City terletak di bahagian tenggara wilayah
Fukushima di pesisir Lautan Pasifik. Gempa bumi yang berlaku pada 11 mac 2011
menyebabkan bandar ini musnah hampir kesemuanya (AAR Jepun, 2010). 40, 000 rumah
musnah menyebabkan penduduk masih lagi tinggal di perumahan sementara. Perumahan
sementara yang dilawati oleh AAR Jepun dilakukan setiap 1 tahun untuk melihat
perkembangan. Amat sukar bagi sukarelawan AAR Jepun untuk melawan emosi mereka semasa
melawat mangsa tersebut terutamanya melihat warga tua yang masih menuggu kepulangan
anaknya. Sukarelawan AAR Jepun hanya mampu untuk memberi rawatan kepada warga tua
tersebut.

9
3.0 Analisis budaya tempatan dan sistem kepercayaan serta geografi dalam negara

3.1 Kepercayaan masyarakat tempatan

Gempa bumi Gunung Kinabalu Sabah

Pengkaji telah memilih gempa bumi gunung kinabalu 2015 untuk menganalisis budaya,
sistem kepercayaan masyarakat tempatan serta kedudukan georgarfi gunung kinabalu.
Sebelum itu, pengkaji menerangkan serba sedikit tentang gunung kinabalu. Gunung Kinabalu
yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi
di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi
persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini
adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua
India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua
Oseania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia


Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia
Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak
tertinggi di Oseania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia
Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania - disebabkan
Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia. Gunung Kinabalu mempunyai
kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous
atau hutan gunung. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk
yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan
gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung
Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan
masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat
mereka selepas meninggal dunia.

Pada tahun 2015 telah berlakunya kejadian gempa bumi gunung Kinabalu yang banyak
mengorbankan nyawa pelancong dan malim gunung serta perubahan bentuk gunung kinabalu.
Terdapat pelbagai pendapat orang mengenai punca gempa bumi gunung kinabalu. oleh itu
pengkaji akan menjelaskan kepercayaan dan budaya masyarakat tempatan, serta dari segi
geogarafi gunung kinabalu .

10
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas
daripada cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap
disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai
penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah
sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara
sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati
kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka
dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum
Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah
dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Ketika berlaku gempa bumi gunung kinabalu 2015, Timbalan Ketua Menteri Sabah,
Joseph Pairin Kitingan menyifatkan gempa bumi yang melanda Sabah adalah berikutan
daripada perbuatan sekumpulan pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu.
Sepatutnya mendaki gunung tersebut menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan tiada orang
perlu melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan budaya kami. Setiap individu
mungkin mempunyai kepercayaan dan pandangan sendiri, tetapi Gunung Kinabalu merupakan
tempat suci bagi rakyat Sabah," kata Pairin. Ketua Imam puak Bobolian, Tindarama Aman
Sirom turut bersetuju dan berkata tindakan mereka itu telah menimbulkan kemarahan roh-roh
dan pelindung gunung, dan mereka seharusnya dihukum dengan memberi 10 ekor kerbau.
Menurut kepercayaan tempatan, semangat gunung sangat marah dengan perbuatan yang
kurang bermoral itu. Pelancong yang menimbulkan kemarahan penjaga gunung itu perlu
bertanggungjawab atas kesilapan mereka dengan memberi sogit (hukuman atau denda kaum
Kadazan Dusun). Sumber malaysiandigest.com

Kewujudan Organisasi Bukan kerajaan(NGO) dilihat sebagai asas kepada pembangunan


komuniti yang didorong oleh anggota komuniti itu sendiri. Matlamat NGO yang diiktiraf
memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat yang ditimpa masalah ataupun
bencana alam. Seperti Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY
Malaysia) adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan,
pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat
yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan
keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan

11
daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka
untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar
Negara. Organisasi luar Negara AAR Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Yukika
Sohma merupakan pengurusi pertama, dengan misi untuk membantu pelarian dari Indochina,
dan sebagai organisasi awam tanpa apa-apa fahaman politik, agama, atau ideologi. sejak itu
telah berkembang menjadi sebuah organisasi antarabangsa yang diluluskan dan didaftarkan
oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurut Shahrulnizam dan Ravichandran (2014) Kerajaan Jepun dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) sememangnya mempelopori inisiatif keselamatan insan di peringkat
antarabangsa namun terdapat pertembungan kepentingan antara dua entiti ini di Jepun semasa
GEJE 2011. Berdasarkan pendefinisian daripada United Nations Development Programme 1994
(UNDP 1994), menerangkan bahawa tujuh 7 (tujuh) elemen keselamatan insan yang saling
berkait antara satu sama lain iaitu; ekonomi, makanan, kesihatan, persekitaran, individu,
masyarakat dan politik . Namun, menurut Rashila Ramli, Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Sity
Daud (2012), konsep keselamatan insan ini perlu diubahsuai untuk diaplikasikan secara khusus
di sesebuah rantau atau negara tertentu. Jika dilihat dengan pendapat mereka, badan bukan
kerajaan amat penting dalam sesebuah Negara. Ketika berlakunya gempa bumi gunung
kinabalu 2015 pelbagai pihak iaitu dari kerajaan atau pertubuhan bukan kerjaaan. telah
menghantar bantuan seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian dan lain. Melalui bantuan tersebut
maka orang ramai iaitu masyarakat mengetahui bahawa wujudnya pertubuhan bukan kerajaan
membantu ketika bencana alam.

Selain daripada tahunya kewujudan pertubuhan badan bukan kerajaan, masyarakat


yang mengalami bencana alam juga mempercayai mereka, seperti mempercayai menerima
makanan yang di sumbangkan selamat dimakan, pakaian, dan memberi rawatan bagi mangsa
yang cedera. Disamping itu,kewujudan media sosial juga memudahkan masyarakat mencari
maklumat yang sahih untuk untuk meminta atau menerima bantuan. Menurut Baran (2008)
Lagipun terdapat andaian bahawa tidak ada alat lain dalam perhubungan awam yang boleh
menggantikan tempat kenyataan media dalam membuat pengumuman berita tentang produk,
polisi dan amalan sesebuah organisasi. Maka jelaslah bahawa masyarakat Bandar atau luar
Bandar mempercayai kewujudan perubuhanbukan kerajaan yang didaftarkan dan mempunyai
maklumat yang tidak mencurigakan.

12
3.2 Aspek geografi yang terjejas oleh bencana

I. Infrastruktur terjejas

Antara aspek geografi yang terjejas disebabkan oleh bencana adalah infrastruktur.
Kejadian gempa bumi yang berlaku bukan sahaja memusnahkan penempatan malah turut
menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Kesan daripada kejadian ini menghasilkan kesan
jangka masa panjang dan pendek serta mendatangkan impak negatif terhadap sosial, ekonomi
dan persekitaran.Kediaman penduduk mungkin akan mengalami kerosakan yang teruk ataupun
musnah dan hal ini bergantung kepada tahap gegaran gempa bumi yang berlaku. Jaringan
pengangkutan seperti jalan raya dan jambatan mungkin akan rosak atau musnah sekiranya
gegaran yang kuat berlaku. Kos membaik pulih kerosakan infrastruktur adalah sangat tinggi.
Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di Sabah pada tahun 2015 menyebabkan sejumlah
RM10 juta diperuntukkan untuk membaikpulih infrastruktur yang rosak. Premis perniagaan juga
mengalami kerosakan dan hal ini secara tidak langsung menyebabkan penduduk setempat
kehilangan sumber pendapatan.

Kejadian banjir biasanya berlaku disebabkan oleh hujan yang berterusan ketika musim
tengkujuh. Kejadian banjir menyebabkan infrastruktur terjejas sehingga menganggu kehidupan
harian penduduk setempat.Kejadian banjir di Kelantan misalnya menyebabkan berlakunya
kerugian infrastruktur dan aset awam yang dianggarkan kira-kira RM200 juta dan jumlah ini
tidak termasuk dengan kerugian yang dialami oleh individu persendirian dan perniagaan(Banjir
kuning bagai tsunami ancam Kelantan, 2015).Jaringan pengkutan seperti keretapi api
terganggu kerana perkhidmatan kereta api dibatalkan akibat daripada kenaikan air di beberapa
landasan dan beberapa stesen turut terjejas akibat banjir lumpur yang berlaku. Kos membaik
pulih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memerlukan kos kira-kira RM250 juta(Banjir:
Anggaran kerosakan infrastruktur KTMB RM250 juta, 2015). Banjir yang berlaku turut
menyebabkan kerosakan infrastruktur dalam sektor pertanian seperti tali air, jalan ladang,
jambatan dan benteng nilai kerosakan yang dialami dianggarkan sebanyak RM7.69 juta(Banjir:
1,704 petani di Kelantan rugi, 2015).

Kejadian tanah runtuh berlaku disebabkan oleh faktor manusia dan alam. Kejadian
tanah runtuh boleh berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan jalanraya di
kawasan cerun ataupun faktor alam iaitu geomorfologi.Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh

13
di Jalan Gua Musang-Cameron Highland (Kilometer 97) pada Januari 2017 menyebabkan jalan
tersebut terpaksa di tutup kepada lalu lintas(Tanah runtuh di Jalan Gua Musang-Camerin
Highlands, 2017). Hujan lebat merupakan faktor berlakunya kejadian ini.Lereng bukit yang
runtuh telah membawa bersama aliran lumpur (debris) dan kayu sehingga menutup permukaan
laluan jalan raya.

II. Perubahan landskap semulajadi

Landskap semula jadi turut berubah apabila berlakunya bencana.Hakisan tanah boleh
berlaku di kawasan tebing sungai akibat daripada arus banjir yang deras seperti banjir di
Kelantan.Lumpur yang terhasil daripada hakisan ini menyebabkan kedalaman sungai menjadi
semakin cetek dan hal ini menyumbang kepada faktor berlakunya banjir. Hujan yang lebat
menyebabkan aliran lumpur dan mendapan mengalir dengan deras sehingga kesannya hampir
sama dengan dengan tsunami memandangkan ia mampu menyebabkan kerosakan yang
dasyat. Selain itu, kawasan penanaman padi seluas 4 929 hektar turut terjejas akibat banjir
ini(Banjir: 1,704 petani di Kelantan rugi, 2015).

Kejadian gempa bumi di Sabah turut menyebabkan berlakunya perubahan landskap semulajadi
apabila Donkey Ears Peak yang merupakan salah satu puncak tertinggi di Gunung Kinabalu
patah. Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala Richter itu bukan sahaja menyebabkan hal ini
terjadi, malah kerosakan turut berlaku disekitar Laban Rata Gunung Kinabalu(Gempa bumi
Sabah: Donkey Ears Peak di Gunung Kinabalu patah, 2015). Kejadian ini sedikit sebanyak
memberi kesan terhadap sektor pelancongan kerana landskap yang menjadi tarikan pelancong
telah musnah.

III. Kemusnahan habitat flora dan fauna

Bencana alam yang berlaku turut memberikan kesan negatif terhadap biodiversiti dan
ekosistem. Sebagai contoh, kejadian banjir menyebabkan terjadinya aliran sedimen dan nutrien
yang berlebihan sehingga menyebabkan kualiti air terjejas. Hal ini menyebabkan hidupan
akuatik kehilangan habitat dan kadar penghasilan ikan ternakan berkurang. Haiwan liar di hutan
turut menerima kesan daripada bencana alam. Bencana yang berlaku dalam skala yang besar
seperti banjir yang dasyat menyebabkan haiwan liar tidak sempat untuk menyelamatkan diri.
Kehilangan sumber makanan akibat daripada kemusnahan habitat haiwan liar akan
menyebabkan berlakunya peningkatan kadar kematian hidupan liar secara mendadak.

14
3.3 Statistik mengikut jenis bencana di Negara Malaysia

Bencana alam adalah tidak asing lagi bagi seluruh rakyat malaysia kerana ia akan boleh
berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak kira tempat. Namun di negara malaysia bencana alam
yang berlaku tidaklah begitu dahsyat seperti yang berlaku di negara-negara luar. Namun begitu,
di Malaysia terdapat pelbagai bentuk bencana alam yang wujud antaranya, banjir, banjir
lumpur, tanah runtuh, kemarau dan banjir kilat. Menurut Md. Anowar Hossain Bhuiyan et al.
(2004), perubahan guna tanah boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan akhirnya
mengganggu kehidupan manusia yang menghuni di kawasan tersebut. Walaupun bencana yang
berlaku tidak begitu dahsyat namun ia akan menganggu kehidupan manusia yang menghuni di
kawasan tersebut.

Seperti mana yang ada dalam jadual statisktik di bawah menunjukkan jenis-jenis
bencana yang kerap berlaku iaitu banjir dan manakala bagi yang tidak kerap berlaku adalah
kejadian taufan ataupun angin kencang. Banjir bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi kita
yang tinggal di kawasan beriklim tropika, Malaysia menerima taburan hujan tahunan yang
tinggi, iaitu antara 1200mm (di kawasan kering) sehingga melebihi 4000mm di kawasan seperti
Bukit Larut, Perak. Monsun Timur Laut yang berlaku antara November hingga Mac setiap tahun
pula membawa taburan hujan bulanan sehingga 600mm sekali gus membawa ancaman banjir
di kawasan rendah. Di kawasan bandar pula, banjir kilat sering berlaku selepas hujan lebat
menyebabkan kerosakan harta benda dan juga mengakibatkan kesulitan seperti kesesakan lalu
lintas.

Sebenarnya kejadian banjir merupakan salah satu fenomena alam semulajadi yang perlu
ditanggung oleh semua penghuni bumi. Tetapi, bencana semulajadi seperti banjir akan menjadi
lebih serius dan boleh mengancam nyawa apabila terdapat peranan manusia mengubah
struktur permukaan dan sub-permukaan tanah yang menyebabkan imbangan hujan dan air
larian terganggu.

Oleh itu, akibat daripada hambatan kelangsungan hidup telah menyebabkan penduduk,
membangunkan sesebuah kawasan tanpa memikirkan risiko mendatang seperti hakisan, banjir
lumpur, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan ruang yang tidak
sistematik menyebabkan bencana terus berlaku terutamanya,kejadian banjir yang semakin

15
kerap dengan intensiti semakin meningkat setiap tahun (Noraini Misnan & Main Rindam, 2012,
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain et al., 2014).

Selain itu, kawasan yang mudah di landa banjir bagi negara malaysia adalah
dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada keluasan tanah negara.

Manakala bagi fenomena taufan pula ia tidak kerap berlaku di Malaysia. Taufan ialah
ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya
meluwap. Taufan dinamakan siklon tropika kerana taufan serupa dengan siklon dan terjadi di
tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara. Kawasan-kawasan yang
berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika
dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara. Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di
Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Wily Willies di Australia.

Selain itu, taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya
bertambah dan mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di
kawasan latitud antara 5 U dan 20 U, dan longitud antara 130 T dan 170 T. Taufan
biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya melencong ke arah
timur laut menuju daratan Asia.

Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5 U. Di Malaysia tidak wujud landaan terus
taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China Selatan, Malaysia
menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap melanda Sabah
di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar pantai vietnam juga
memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia.
Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan ribut
tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah dua kes
pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70 kmpj itu telah
memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum menjasi lemah.

16
Graf 1: Purata kekerapan berlaku bencana di Malaysia

Sumber:http://portalbencana.ndcc.gov.my/portal

4.0 Perbandingan Sistem Pengurusan Bencana

Pengalaman daripada kejadian bencana yang lepas menunjukkan, apa pun jenis
bencana yang melanda, sejumlah kawasan yang luas di Asia Tenggara khususnya berhadapan
dengan risiko pelbagai bencana. Tambahan pula, bencana utama yang sering berlaku seperti
gempa bumi, letusan berapi, dan rebut akan mencetuskan bencana sampingan seperti
gelinciran tanah, tsunami, dan banjir. Pendekatan semasa yang dilihat risiko bencana secara
sektor tidak akan mampu mengurangkan risiko bencana terhadap komuniti yang berada pada
zon multi-bencana. Justeru itu, satu system pengurusan bencana yang berintegrasi perlu
dirancangkan bagi mengurangkan kesan yang berlaku akibat daripada bencana yang terjadi.
Oleh itu, kami melihat kepada dua organisasi yang yang melaksanakan system pengurusan
bencana iaitu MERCY Malaysia dan Association for Aid and Relief (AAR Japan).

4.1 MERCY Malaysia

MERCY Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berlandaskan keuntungan tetapi
organisasi yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko
bencana yang mampan bagi masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis. Visi organisasi
ini adalah untuk menjadi lebih efektif dalam penghantaran bantuan perubatan dan
kemanusiaan kepada mangsa yang memerlukan. Sistem pengurusan bencana dalam organisasi
ini memberi tumpuan kepada bantuan perubatan, perkembangan berkaitan kesihatan, aktiviti
pengurangan risiko dan bagi komuniti yang terdedah sama ada dalam keadaan krisis atau tidak
krisis. Bagi bantuan perubatan dan kemanusiaan pula ianya penting semasa berlakunya

17
krisis(merujuk kepada bencana alam atau konflik manusia), system organisasi ini melihat
kepada bantuan kemanusiaan melalui sokongan psikososial, pengagihan ubat-ubatan dan lain-
lain.

Dalam aspek perkembangan berkaitan kesihatan pula, organisasi ini melakukan


penilaian keperluan untuk mengenalpasti jurang tempatan dan perkhidmatan yang disampaikan
dengan sewajarnya. Bagi aktiviti pengurangan risiko pula, pengurusan ini dilaksanakan selepas
bencana di mana organisasi ini mengikuti perkembangan mangsa-mangsa yang terlibat melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk membantu mangsa kembali daripada trauma bencana
yang berlaku. Contohnya, di Malaysia, terdapat pelbagai program yang dijalankan bagi komuniti
yang terlibat bencana seperti School Preparedness Programmes, Johor Community
Preparedness Programmes, serta Disaster Risk Reduction for Persons with Disabilities. MERCY
Malaysia telah mengambil pendekatan yang proaktif bagi pengurusan risiko bencana. Jika
sebelum ini, pendekatan tradisional dilihat pasca bencana, pendekatan yang lebih aktif perlu
diberi perhatian bagi pra bencana.

Bagi MERCY Malaysia, mereka telah mengambil pendekatan holistic dalam pengurusan
risiko bencana atau dikenali sebagai Total Disaster Risk Management (TDRM). Pendekatan ini
digunakan untuk mengimbangi antara usaha pra
bencana(pencegahan/pengurangan/kesediaan) dan pasca bencana (tindakbalas/pemulihan).
Dalam pendekatan ini, terdapat empat fasa yang terlibat. Fasa pertama adalah tindak balas
(response) di mana respon kemanusiaan yang disediakan tepat pada waktunya kepada
mangsa-mangsa yang terlibat. Fasa kedua adalah fasa pemulihan (recovery) di mana usaha
pemulihan dilaksanakan bagi membantu komuniti yang terjejas untuk kembali menjalani
kehidupan harian mereka dengan normal. Fasa ketiga adalah aktiviti pengurangan dan
pencegahan(prevention/mitigation) untuk membantu membina daya tahan dalam komuniti.
Fasa terakhir adalah fasa persediaan (preparedness) dalam komuniti agar semua individu lebih
bersedia sekiranya bencana berlaku lagi.

4.2 AAR Japan

Misi dan keutamaan organisasi ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas seperti
konflik bersenjata, penyakit berjangkit, kurang upaya dan lain-lain. Justeru itu, bagi mencapai
misi tersebut, AAR Japan memberi keutamaan kepada lima aspek iaitu Emergency Assistance,

18
Assistance to Persons with Disabilities, Mine/UXO Action, Action against Infectious Diseases dan
Public Awareness Raising. Bagi aspek pengurusan bencana alam, AAR Japan lebih menumpukan
kepada pengurusan pasca bencana. Contohnya, bencana banjir besar yang berlaku di Kemboja
pada tahun 2011. AAR Japan telah menghantar dua orang kakitangan pada 05 November
hingga 12 Januari 2012 untuk mengagihkan makanan dan keperluan harian kepada kira-kira
3000 isi rumah yang tinggal di kawasan utara TasikTonle Sap. Selain itu, organisasi AAR Japan
juga telah menghantar empat orang kakitangan untuk membantu mangsa gempa bumi di Haiti
pada 12 Januari 2010 yang turut mengorbankan 310000 mangsa. Semua mangsa memperolehi
keperluan seperti makanan dan minuman. Pihak AAR juga menyediakan pusat perlindungan
kanak-kanak yang memberi bantuan perubatan serta pencegahan penyakit kolera.

4.3 Kerjasama organisasi dengan organisasi lain

Mercy Malaysia

Mercy Malaysia menjalingkan kerjasama dengan banyak organisasi. Kerjasama yang


dijalingkan dapat membantu Mercy Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan.
Hubungan koprat ini membolehkan Mercy Malaysia membuka peluang kepada pelabur-pelabur
asing, para jutawan dan orang ternama untuk menyumbang ke badan Mercy Malaysia. Di
samping itu, kerjasama yang ikat mampu menonjolkan Mercy Malaysia sebagai badan
sukarelawan yang terpengaruh di dalam negara mahupun luar negara.

19
AAR JAPAN

Seperti mana Mercy Malaysia, AAR JAPAN juga mempunyai banyak kerjasama dengan
organisasi lain dalam menyumbang kebajikan kepada mangsa-mangsa bencana di dalam dan
luar negara. Kerjasama yang diikat membantu AAR terus maju dan berjaya membuka mata
organisasi lain untuk turut bekerjasama dengan AAR Japan dan memberi peluang kepada
organisasi yang ingin menyumbang tenaga dan wang ke jalan yang sama dilaksanakan oleh
AAR JAPAN. Antara organisasi yang bekerjasama dengan AAR Japan adalah :

action medeor

AmeriCares

American Jewish Joint Distribution Committee

Caritas Diozese Bozen-Brixen

Caritas Germany

Diakonie Katastrophenhilfe DHK

Direct Relief International

Give2Asia

Global Giving Foundation

ICBL (International Campaign to Ban Landmines)

International Medical Corps

International Rescue Committee

Islamic Relief Deutschland

Islamic Relief E.V

JCBL (Japan Campaign to Ban Landmines)

JICA (Japan International Cooperation Agency)

JPF (Japan Platform)

JTI Foundation

Japanese Cultural + Community Center of Northern California

Jewish Federations of North America

Ministry of Foreign Affairs of Japan

20
Relief International

UNMACA (UN Mine Action Centre for Afghanistan)

UNMAS (UN Mine Action Service)

World Jewish Relief

Ringkasan

Penglibatan organisasi Mercy Malaysia dan AAR JAPAN telah membuka mata penduduk seluruh
dunia betapa penting penubuhan organisasi yang membantu pengurusan bencana alam. Mercy
Malaysia akan melaksanakan bantuan seiring dengan misi dan visi organisasi yang mana
memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana di dalam dan di luar negara.
Pertubuhan ini juga turut didaftar mengikut Akta Pertubuhan (1996) di Malaysia dan ibu negeri
terletak di Kuala Lumpur. Manakala, AAR JAPAN pula bervisikan A world where all people, as
unique and diverse human being can coexist with respect for human dignity, and in harmony
with environment. Satu visi yang indah yang mempunyai maksud yang tersendiri di mana by
all people bermaksud matlamat AAR untuk membawa mangsa ke arah pembaharuan hidup, by
unique and diverse human being bermaksud AAR menghormati diversity setiap penduduk tanpa
mengira budaya, agama dan keupayaan, by coexist pula bermaksud kebaikan penduduk dapat
dinilai dan diambil pengajaran dan pembelajaran bersama, by with respect for human dignity
pula bermaksud keperluan asas manusia adalah hak bersama untuk diselamatkan dan akhir
sekali by in harmony with the environment bermaksud AAR akan sentiasa memastikan setiap
aktiviti tidak akan mengancam dan membahayakan pesekitaran yang ada. Kedua-dua
penubuhan ini memiliki aspek bantuan yang hampir sama iaitu dengan menyediakan persediaan
sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku. Pengurusan bencana ini dikenali sebagai Total
Disaster Risk Management iaitu memiliki beberapa fasa iaitu Fasa pertama adalah tindak balas
(response) di mana respon kemanusiaan yang disediakan tepat pada waktunya kepada
mangsa-mangsa yang terlibat. Fasa kedua adalah fasa pemulihan (recovery) di mana usaha
pemulihan dilaksanakan bagi membantu komuniti yang terjejas untuk kembali menjalani
kehidupan harian mereka dengan normal. Fasa ketiga adalah aktiviti pengurangan dan
pencegahan(prevention/mitigation) untuk membantu membina daya tahan dalam komuniti.
Fasa terakhir adalah fasa persediaan (preparedness) dalam komuniti agar semua individu lebih
bersedia sekiranya bencana berlaku lagi. Oleh itu, secara ringkasannya penubuhan organisasi

21
ini memberi banyak bantuan dan pertolongan kepada mangsa-mangsa dan penduduk yang
berkemungkinan dilanda benca. Penubuhan organisasi seperti ini seharusnya dikekalkan dan
diperbanyakkan agar nasib penduduk dapat dibela dan diperlihara.

22
Lampiran

Mercy Malaysia

GAMBAR 1 : APRIL 2014

GAMBAR 2 : Julai 2014

23
GAMBAR 3: Julai 2014

Gambar 4 : Ogos 2014

24
AAR JAPAN

AAR Japan holds workshops on mines


for children by obtaining cooperation
from shops, juvenile facilities and
community centers.

Gambar 5: Workshop

AAR Japan lends photo panels of


urgent relief and mine actions, and
DVDs showing our activities.
Please send us an email for rental
requests.

Gambar 6: Rental Service

AAR Japan operates a vocational


training school in Yangon (Rangoon),
the nation's largest city. In Laos, we
have been offering comprehensive
support for victims of unexploded
ordnance such as cluster bombs.

Gambar 7 : Support for Victims


25
Gambar 8: Action against HIV/AIDS in Zambia

AAR Japan conducts HIV/AIDS-related operations in Lusaka, the capital of Zambia, and its
suburbs, where people have been seriously affected by the disease. One out of six of all
children in the nation lost their parents due to the HIV/AIDS epidemic. There is still no end to
children who lost their breadwinners and cannot afford to attend school.

Gambar 9 : Mine Risk Education


It has been said that the removal of all anti-personnel landmines from the surface
of the Earth is a never-ending task. In Afghanistan and Sudan, where landmines
have proliferated throughout decades of conflict, AAR Japan has been providing
Mine Risk education to enable local inhabitants to reduce the risks of living in
proximity with landmines.

26
Rujukan

AAR Japan. (n.d.). HIV/AIDS initiative, Zambia. Retrieved from:

http://www.aarjapan.gr.jp/english/activity/zambia/

Astro Awani. (Julai 26,2014). Mercy berjaya hantar bekalan perubatan melalui Rafah.

Retrieved from: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gaza-mercy-berjaya-


hantar-bekalan-perubatan-melalui-rafah-40711

Baran, S. J. (2008). Introduction to Mass Communication: Media Literacy and Culture 2nd.

Ed.Boston: McGraw Hill.

Berita Harian Online. (4 Mei 2015). Kekurangan pengangkutan dan sukar diakses, cabaran

Mercy di Nepal. Retrieved from: http://www.bharian.com.my/node/52736.

Berita Harian Online. (17 Januari 2015). Banjir kuning bagai tsunami ancam Kelantan. Retrieved

from : http://www.bharian.com.my/node/29743.

Berita Harian Online. ( 5 Jun 2015). Gempa bumi Sabah : Donkey ears peak di Gunung Kinabalu

patah. Retrieved http://www.bharian.com.my/node/59398

Bhuiyan, H. M., Ismail, M. S., Siwar, C., Elfithri, R. (2014) The role of natural capital for

ecosystem: Focusing on water resource in Pahang, Malaysia. Life Sci J11(5), 97-101.

Misnan, N., Rindam, M.(2012). Morfometri lembangan sungai-sungai utama di Pulau Pinang.

Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 11(7), 71-81.

United Nations Development Programme. 1994.1994 Human Development Report. New York:

United Nations

27
Utusan Online. (9 Januari 2005). Kami bertarung dengan emosi. Retrieved from:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_04.htm

Utusan Online. (3 Januari 2017). Tanah runtuh di Jalan Gua Musang Cameron Highlands.

Retrieved from: http://m.utusan.com.my/berita/terkini/tanah-runtuh-di-jalan-gua-


musang-cameron-highlands-1.427519

Utusan Online. Januari 2015. Banjir: Anggaran kerosakan infrastruktur KTMB RM250 juta

Retrieved from: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-anggaran-kerosakan-


infrastruktur-ktmb-rm250-juta-1.44808

Rashila Ramli, Zarina Othman, Nor Azizan Idris & Sity Daud (2012), Towards a Modified

Approached to Human Security in Southeast Asia A Perspective from Bangi Pertanika


Journal of Social Sciences and Humanities 20(3): 577-588

Shahrulnizam dan Ravichandran (2014). Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dan Kerajaan

Jepun Dalam Menangani Isu Keselamatan Insan Pascabencana Great East Japan
Earthquake 2011(Geje 2011) Universiti Kebangsaan Malaysia vol 41, 126-157

Sinar Online. 7 April 2015. Banjir: 1,704 petani di Kelantan rugi. Retrived from :

http://www.sinarharian.com.my/nasional/banjir-1-704-petani-di-kelantan-rugi-1.377293

28

Anda mungkin juga menyukai