Anda di halaman 1dari 12

Tbilisi (1977)

Peta Tbilisi, Georgia .


Peta Tbilisi, Georgia .
Pengenalan
• Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan
Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan
ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia.

• Persidangan ini dikendalikan oleh United Nations Education,


Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama
U.N. Environment Programme (UNEP) dan diadakan di Tbilisi,
Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977.

• Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang


serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20
organisasi bukan kerajaan antarabangsa.
• Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah
bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam
Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam
Sekitar ialah untuk:
(i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi,
. sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan
luar bandar.

(ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk


memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran
untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.

(iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar


dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya
Objektif Pendidikan Alam Sekitar
• Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif
Pendidikan Alam Sekitar seperti berikut:
(i) Kesedaran - untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitarseluruhnya
dan permasalahan alam sekitar.

(ii) Pengetahuan - untuk membantu kumpulan sosial dan individu


memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap
alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.

(iii) Sikap - untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh


satu set
(iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah alam sekitar.

(v) Penglibatan - untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial


dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi
menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.
12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah
ditetapkan iaitu:
• Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan
Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu:

(i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar


semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi,
politik, sejarah, budaya, etika dan estetika.
(ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat
prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal
dan bukan formal.
(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan
menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus
setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang.

(iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan,


nasional dan antarabangsa.

(v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan


mengambil kira perspektif sejarah.

(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan,


nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan
menyelesaikan masalah alam sekitar.
(vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar
dalam plan pertumbuhan dan pembangunan.

(viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman


pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima
keputusan bersama.

(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran


penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat
umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam
sekitar.
(x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah
sebenar alam sekitar.

(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk


membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah.

(xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan


pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang
dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan
pengalaman sebenar.
References
http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html

Anda mungkin juga menyukai