Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH DAN KONSEP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Ahli Kumpulan: Issary Manzano Edna Ambrose Angela Taimin Dayang Yasmidah Rosetia James

SEJARAH PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Sir Patrick Geddes (1854-1933), pengasas dan dikenali sebagai Bapa Pendidikan Alam Sekitar. Thomas Pritchard (Persidangan IUCN, 1958), orang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar.

*IUCN = International Union for Conservation of Nature

DEFINISI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian kehidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar .
(Asas Pembentukan Sekolah Lestari, 2004).

MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik dan salin bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar. Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Menghasilkan corak tingkah laku baharu terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya.
(Deklarasi Tblisi, 1977)

OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Kesedaran
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar seluruhnya dan permasalahan alam sekitar.

Pengetahuan
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.

Sambungan
Sikap
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.

Kemahiran
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar.

Penglibatan
Untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

STOCKHOLM (1972)
Diadakan pada 5-16 Jun 1972. Bertempat di Stockholm, Sweden. Persidangan bertemakan Prinsip dan Alam Sekitar Manusia . Dianjurkan oleh United Nations. Tujuan: mencapai keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

TBLISI (1977)
Diadakan pada 14-26 Oktober 1977. Bertempat di Tbilisi, Georgia. Dianjurkan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N.Environment Programme (UNEP). Persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang pertama.

Sambungan
Dihadiri oleh:
265 delegasi 65 pembentang 3 organisasi pemerhati antara kerajaan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa

Garis panduan, matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan dalam persidangan tersebut.

MALTA (1991)
Merupakan Seminar Latihan Alam Sekitar kesinambungan dari persidangan Tbilisi. Dianjurkan oleh UNESCO. Seminar tersebut mengesyorkan matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat
Menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar. Menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar. Meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA (1979)


Jawatankuasa Kabinet di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1974. Mengkaji semula Dasar Pandidikan Kebangsaan untuk memperbaiki pelaksanaannya. Matlamatnya untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluaan tenaga rakyat yang terlatih.

Sambungan
Laporan Jawatankuasa telah diterbitkan pada tahun 1979. Perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Sambungan
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum mula diterapkan dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 tahun 6. Turut diterapkan dalam subjek Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR telah dibina pada tahun 1998 sebagai garis panduan kepada guruguru.

-TAMAT-