Anda di halaman 1dari 12

PENDIDIKAN UNTUK KEFAHAMAN SEJAGAT (EIU)

Tema dlm EIU


Globalisasi dan keadilan sosial Kepelbagaian budaya dan perpaduan Kelestarian Hak Asasi Manusia Keamanan dan ekuiti

Hak Asasi Manusia


Persidangan Dunia 1993 tlh membincangkan mengenai hak asasi manusia yg mana kemudiannya membawa kpd penubuhan Pejabat Tinggi Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia. Diterima pakai oleh PBB, iaitu Dekad bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia (1994-2005) Hak asasi manusia difahami sebagai individu yg wujud dan hak2 kaum semua manusia tanpa perbezaan warna kulit, asal-usul bangsa, bahasa, jantina, fahaman politik, hartanah dan sebagainya dengan ciri- ciri utama seperti berikut:

Hak asasi yg bersandarkan kpd penghormatan terhadap nilai dan maruah seseorang individu Hak asasi adlh bersifat sejagat, iaitu semua orang mendapat kesaksamaan dan tanpa diskriminasi Hak asasi adlh tidak boleh diasingkan daripada seseorang itu, atau dirampas daripadanya kecuali dlm situasi tertentu. Cth: Hak kebebasan individu yg didapati bersalah dlm kes jenayah oleh undang2 boleh dihadkan. Hak asasi adlh tidak boleh dibahagi2kan, saling berkaitan dan saling bergantung.

Kelestarian
Kebimbangan mengenai penggunaan tak terkawal dan degradasi alam sekitar sejak 50 tahun yg lalu membawa kpd Persidangan Alam Sekitar Manusia oleh PBB di Stockholm, 1972. Dlm persidangan yg disertai oleh UNESCO dan agensi2 lain itu, mereka telah diminta supaya menubuhkan 1 program alam sekitar. Mempunyai objektif utk menyebarkan pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar dan utk meningkatkan kesedaran orang ramai dlm bidang2 seperti:

Akses kpd maklumat Eksperimen dan uji kaji Program pendidikan dan bahan2 pengajaran Latihan kakitangan Pendidikan teknikal dan vokasional Mendidik dan memaklumkan org ramai Pendidikan am universiti Latihan khas Kerjasama serantau antarabangsa

1990-2000 ditetapkn sbg Dekad untuk Pendidikan Alam Sekitar Dunia . Penekanan terhadap hubungan antara manusia dan alam sekitar, dan kepentingan untuk mengimbangi kemajuan sosio-ekonomi dengan pengawasan sumber2 semulajadi.

Keamanan dan Ekuiti


Keamanan merangkumi set nilai2, sikap dan tingkah laku yg boleh dididik, dibangunkan dan diperbaiki utk meningkatkan persefahaman dan penyelesaian konflik. Bg mencapai budaya keamanan memerlukan kedua2 transformasi amalan institusi dan juga tingkah laku serta nilai2 seseorg individu seperti saling menghormati, sikap keterbukaan, toleransi terhadap kepelbagaian dan perbezaan. Budaya keamanan dikaitkan secara intrinsiknya dgn pencegahan konflik dan penyelesaian daripada sumber konflik melalui dialog, rundingan, pengantaraan dan perdamaian. Pendidikan keamanan yg menggalakkan persefahaman, toleransi dan persahabatan adlh penting dlm mewujudkan kesedaran,menggerakkan sumber dan menggalakkan nilai2 murni ke dlm masyarakat kita kini dan pada masa hadapan.

Kesaksamaaan (ekualiti) gender ialah contoh kepercayaan bahawa wanita dan lelaki bebas membangunkan kebolehan peribadi dan membuat keputusan tanpa had yg ditetapkan oleh prejudia, stereotaip dan peranan tegar. Ekualiti gender tidak boleh dicapai tanpa ekuiti gender; proses yg adil kpd lelaki dan wanita. Melalui ekuiti, langkah2 mengimbangi sejarah dan gejala sosial akn mmbantu utk memastikan bahawa semua tingkah laku, aspirasi, keperluan, peluang dan hak2 wanita dan lelaki dianggap sama penting. Langkah2 ini mesti meliputi agensi2, undang2, polisi, prosedur, norma2, kepercayaan, amalan dan sikap yg mengekalkan ketidaksamaan gender. Ekuiti ialah cara; ekualiti ialah hasilnya.

Kesaksamaan gender hny boleh dicapai melalui kerjasama lelaki dan wanita utk membawa transformasi jangkaan, sikap, tingkah laku, peranan dan tanggungjawab di rumah, di tempat kerja dan juga komuniti. Kedua2 lelaki dan wanita mesti berupaya utk membawa perubahan sedemikian, disokong olh perubahan yg perlu dlm amalan institusi dan perhubungan sosial. Mrka perlu mnjadi agen perubahan bersama dlm semua bidang masyarakat, termasuklah dlm mmbuat keptusan,& akses kpd kuasa spt yg termaktub di dlm Deklarasi Beijing 1995.

Kepelbagaian budaya dan perpaduan


Kepelbagaian Budaya Kelompok kaum yang utama adalah Melayu, Cina, India. Orang Melayu atau kaum Bumiputera membentuk sebanyak 8 juta, Cina 4.4juta,India sebanyak 1.4 juta dan kelompok lain sebanyak 100 000 orang. Kepelbagaian yang kaya raya ini sebenarnya mengandungi potensi hebat bagi memperkaya kreativiti, ciptaan, ilmu dan teknologi, penghasilan ekonomi dan kebudayaan negara. Kepelbagaian budaya wujud apabila semua kaum dan etnik berkongsi warisan budaya yang pelbagai. Sesuatu kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang larang, dan kepercayaan kaum yang lain supaya berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan pergaduhan seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Perpaduan Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Perpaduan atau solidarity : satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi satu bangsa yang kuat.

Anda mungkin juga menyukai