Anda di halaman 1dari 26

Budaya Perdamaian

Budaya Kita

Profesor Madya Kamarulzaman Askandar


Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk
Perdamaian
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Mesjid Krisik, Pattani
INSIDEN TAK BAI
SITUASI

SIKAP /
TINGKAHLAKU
PERSEPSI
Segitiga konflik – persepsi,
tingkahlaku, situasi
 Perlembagaan UNESCO 1945 - “oleh kerana
perang bermula dalam minda manusia, maka di
dalam minda inilah benteng-benteng perdamaian
harus dibina.”
 Fry and Bjorkqvist’s in Cultural Variation in
Conflict Resolution said that: “We conclude that
the source of conflict lies in the minds of the
people…If we wish a conflict really to disappear,
then a change in attitude is needed. Only when
people learn to understand and respect each
other can peaceful coexistence begin.”
Budaya Perdamaian - UN
 “satu set nilai, sikap, jenis tingkahlaku,
dan cara hidup yang menolak
kekerasan dan mencegah konflik
dengan cara menangani akar umbi
sesuatu masalah menerusi dialog dan
perundingan antara individu, kumpulan,
dan negara.”
Budaya, Agama, dan
Aksi Pengimbangan
 Sebab yang benar – “Just cause”?
 Siapa anda? Kita vs mereka?
 Penyebab konflik?
 Budaya? Agama?
 Mendapatkan sokongan; menggerakkan
pengikut/masyarakat
 Politik, ekonomi, keadilan, hak asasi
manusia, keperluan asas, identiti etc?
Peranan budaya dan agama
dalam mempromosi perdamaian
 Perdamaian: matlamat akhir + proses; cara
aman dan matlamat aman
 Perdamaian positif
 + budaya perdamaian
Budaya
 cara bagaimana satu kelompok manusia hidup,
berfikir, berperasaan, menguruskan diri mereka,
serta merayakan dan berkongsi kehidupan
 faktor yang membawa manusia bersama, dengan
kefahaman bersama tentang siapa mereka, dari
mana mereka datang, apa yang membuatkan
mereka menjadi seperti sekarang ini, dan
persetujuan tentang arah yang ingin mereka tujui
 ada sistem nilai dan maksud yang terkandung
dalam kehidupan mereka dan ini diekspresikan
melalui bahasa, simbol-simbol, isyarat, cara hidup,
dan adat resam
 Agama
 satu sistem kepercayaan yang memberikan panduan kerohanian
kepada seseorang individu
 kerangka kehidupan di dunia ini (dan juga dunia yang akan
datang), serta sebagai sumber untuk menenangkan perasaan
semasa dalam kesusahan
 memberi panduan tentang apa yang seseorang boleh atau tidak
boleh, dan juga harus atau tidak harus, lakukan
 nilai, noral dan etika yang baik merupakan komponen-komponen
yang penting
 satu sistem ganjaran dan sekatan (atau hukuman) untuk
mengingatkan pengikut-pengikut supaya mengikuti dan mematuhi
ajaran-ajarannya
 Peranan “positif” budaya dan agama (vs
peranan negatif?) – aksi pengimbangan
 Perlu difikirkan?
 rethink, review, kemungkinan revise?
 Bagaimana untuk fokuskan kepada nilai
positif dan tidak nilai negatif?
“Tahun Antarabangsa Budaya
Perdamaian” 2000 - Manifesto:
 Menghormati nyawa dan kehormatan setiap manusia
tanpa diskriminasi atau prasangka
 Mengamalkan non-kekerasan secara aktif, menolak
kekerasan dalam segala bentuk: fizikal, seksual,
saikologikal, ekonomi dan sosial, terutama sekali
yang dikenakan kepada golongan yang paling
terpinggir dan senang terpengaruh seperti kanak-
kanak dan remaja
 Berkongsi masa dan keperluan kebendaan dengan
semangat kemurahan hati untuk mengakhiri
pengasingan, ketidakadilan, dan penindasan politik
dan ekonomi
“Tahun Antarabangsa Budaya
Perdamaian” 2000 - Manifesto:
 Mempertahankan kebebasan meluahkan pendapat dan
kepelbagaian budaya, sentiasa memberi keutamaan
kepada perbincangan dan mendengar tanpa terlibat
dengan sikap melampau, serta memalukan dan menolak
pihak lain
 Mempromosikan tingkahlaku pengguna yang
bertanggungjawab dan pembangunan tingkahlaku yang
menghormati semua bentuk kehidupan dan yang menjaga
keseimbangan semulajadi dan juga bumi
 Menyumbang kepada pembangunan masyarakat, dengan
penyertaan wanita yang penuh dan perasaan hormat
kepada prinsip-prinsip demokratik, untuk membina satu
bentuk perpaduan yang baru
Deklarasi Nilai Perdamaian Unit
Penyelidikan & Pendidikan untuk
Perdamaian, USM
1 Menolak keganasan dan penggunaan kekerasan
dalam penyelesaian segala jenis konflik.

Keganasan dan penggunaan kekerasan dalam menyelesaikan segala


jenis dan tahap konflik, oleh sesiapa pun samada individu, kumpulan,
maupun negara, dan di mana juga konflik ianya berlaku, haruslah
ditolak sepenuhnya. Cara yang mengagungkan keganasan dan cara
kekerasan tidak akan menyelesaikan konflik. Sebaliknya ia akan
hanya meningkatkan intensiti konflik, melebarkan konflik, menambah
isu konflik, dan memanjangkan konflik tersebut. Disamping itu, akan
timbul pelbagai kesan-kesan nyata yang lansung dan tidak lansung
hasil daripada penggunaan keganasan dan cara kekerasan seperti
kehilangan nyawa manusia dan harta benda, kerosakan infrastruktur
masyarakat, kejatuhan ekonomi, dan pelanggaran hak asasi manusia.
2 Menyelesaikan masalah dan konflik dengan
mencari dan menyelesaikan punca sebenar
konflik tersebut melalui proses dialog dan
perundingan.

Masalah dan konflik boleh diselesaikan jika punca sebenar


yang menyebabkan konflik berlaku dapat dikenalpasti dan
diselesaikan. Konflik selalunya akan timbul kembali dimasa
akan datang jika ianya tidak diselesaikan dengan baik. Ianya
juga akan timbul kembali jika penyelesaian konflik tidak
menangani isu-isu yang sebenarnya menjadi punca masalah.
Penyelesaian hanya dapat dijalankan dengan berdialog dan
berunding antara aktor-aktor utama dlam konflik. Jika
perundingan dua-hala masih tidak dapat menyelesaikan
konflik, pihak ketiga yang berpengetahuan, berpengalaman,
dihormati, dan tanpa kepentingan peribadi dalam konflik
tersebut haruslah dipanggil sebagai orang tengah dalam
proses mediasi.
3 Menjadikan perpaduan sebagai teras
perdamaian.

Perpaduan adalah sangat penting dalam konteks


masyarakat Malaysia yang mempunyai
kepelbagaian kaum, budaya, bahasa, dan cara
hidup. Perpaduan adalah sinonim dengan
perdamaian dan perpaduan yang mantap akan
memastikan perdamaian dapat dicapai. Perdamaian
yang “positif” seterusnya akan memastikan
perpaduan dan keharmonian akan terpelihara. Cara
mendapatkan perpaduan haruslah melalui proses
yang inklusif dengan mengambilkira kepelbagaian
kaum dan cara hidup di negara ini.
4 Mempelajari dan memahami kepelbagaian
budaya dan cara hidup di dunia.

Perpaduan dan perdamaian memerlukan kita


memahami dan menghargai kepelbagaian budaya
dan cara hidup yang ada di dalam negara dan juga
dunia ini. Kepelbagaian ini harus diajarkan dan
didedahkan kepada masyarakat Malaysia terutama
sekali golongan muda. Melalui kefahaman ini akan
meningkat apresiasi tentang kepelbagaian yang
ada di negara. Proses pembelajaran secara
bersama juga diharap dapat memupukkan sejarah
dan pengalaman yang dikongsi bersama
dikalangan golongan muda negara.
5 Menjadikan keadilan sosial, ekonomi,
dan politik sebagai teras perpaduan dan
perdamaian.

Perpaduan dan perdamaian haruslah


berdasarkan keadilan sosial, ekonomi, dan
politik. Tanpa keadilan dalam ketiga-tiga
faktor ini, akan wujudnya perasaan tidak
puashati di kalangan masyarakat kerana
merasakan bahawa mereka telah diketepikan
serta kepentingan dan masa depan mereka
tidak dipedulikan. Ini seterusnya tidak akan
menyumbang kepada perpaduan dan
perdamaian yang jujur, positif, dan
berpanjangan
6 Menghormati dan mempromosi nilai-
nilai hak asasi manusia.

Semua nilai-nilai hak asasi manusia yang


universal serta yang menjaminkan keperluan
asas manusia haruslah dihormati dan
dipromosikan. Ini termasuk hak untuk hidup
dan mencari taraf hidup yang baik, hak
bersuara, beragama, berkumpul, dan hidup
dalam keadaan yang selamat dan sejahtera.
Nilai-nilai ini haruslah mengambilkira
kepelbagaian etnik dan cara hidup di negara
ini, disamping sejarah dan visi masa depan
negara.
7 Menyediakan saluran dan mekanisme yang
sesuai untuk pengluahan perasaan, aspirasi,
dan kehendak masyarakat.

Tanpa saluran yang sesuai, ahli masyarakat mungkin


akan menggunakan saluran yang tidak sah dan
membahayakan masyarakat itu sendiri. Mereka juga
mungkin akan senang terpengaruh dengan
kelompok-kelompok yang mempunyai kepentingan
tersendiri dengan kaedah-kaedah yang mungkin
melibatkan keganasan dan kekerasan. Jadi, saluran
yang sesuai dan sah harus disediakan. Saluran dan
mekanisme ini haruslah yang berdasarkan undang-
undang dan yang memberi peluang kepada semua
lapisan dan golongan dalam masyarakat untuk
terlibat dan menggunakannya tanpa ragu-ragu.
8 Melibatkan semua golongan masyarakat,
terutamanya wanita, golongan muda, dan
kanak-kanak, dalam segala aktiviti
perdamaian.

Perdamaian yang positif memerlukan penglibatan


semua pihak, tahap, dan golongan dalam
masyarakat. Penglibatan wanita, golongan muda,
dan kanak-kanak sebagai ahli masyarakat harus
diutamakan kerana peranan yang dimainkan oleh
mereka dalam pembentukan negara. Golongan muda
dan kanak-kanak, terutamanya, adalah masa depan
kita dan penglibatan mereka dalam aktiviti
perdamaian bukan sahaja akan memastikan budaya
perdamaian akan dapat dikembangkan dikalangan
mereka, tetapi juga memastikan bahawa pemimpin
masa depan adalah pemimpin yang tahu, faham, dan
menyanjung nilai-nilai perdamaian dalam
masyarakat.
9 Mengembangkan pendidikan perdamaian di
semua peringkat pengajian.

Sistem pendidikan haruslah yang memberikan pendedahan


kepada golongan muda tentang perdamaian dan nilai-nilai
perdamaian. Pendidikan perdamaian boleh dan seharusnya
merupakan satu pendekatan penting dalam sistem pendidikan
negara untuk mendidik dan memupuk nilai-nilai perdamaian di
kalangan golongan muda yang bakal menjadi tunggak
kemajuan negara. Ia dapat membentuk “ilmu”, “sikap” dan
“kemahiran” yang diperlukan untuk menyelesaikan konflik
secara damai. Pendidikan perdamaian boleh meningkatkan
kesedaran tentang potensi wujudnya konflik dalam
perhubungan antara manusia dan negara; merangsangkan
perasaan ingin tahu dan mengajak kita untuk mengkaji punca-
punca konflik, sikap dan tingkah laku keganasan dalam individu
dan struktur masyarakat; menggalakkan kita untuk mencari
alternatif penyelesaian konflik; mengajar kemahiran pengurusan
dan penyelesaian konflik secara damai.
10 Menjadikan budaya perdamaian sebagai
amalan hidup kita.

Akhir sekali, budaya perdamaian haruslah dijadikan


amalan hidup kita. Budaya ini, dengan
pendekatannya yang mengajak kita untuk
mempelajari dan memahami isu-isu kepelbagaian,
punca-punca sebenar konflik, serta strategi, kaedah,
dan kemahiran penyelesaian konflik, dan yang
menekankan perubahan dan transformasi sikap kita
sebagai individu dan ahli masyarakat yang prihatin
dengan keperluan masyarakat yang perlu dan
cintakan perdamaian, harus dijadikan amalan dan
pegangan hidup kita. Semoga Malaysia kekal damai
dan sejahtera kerana “Budaya Perdamaian
Budaya Kita!”
Deklarasi Nilai Budaya
Perdamaian UPPP
 Menolak keganasan dan penggunaan kekerasan
dalam penyelesaian segala jenis konflik.
 Menyelesaikan masalah dan konflik dengan mencari
dan menyelesaikan punca sebenar konflik tersebut
melalui proses dialog dan perundingan.
 Menjadikan perpaduan sebagai teras perdamaian
 Mempelajari dan memahami kepelbagaian budaya
dan cara hidup di dunia.
 Menjadikan keadilan sosial, ekonomi, dan politik
sebagai teras perpaduan dan perdamaian
Deklarasi Nilai Budaya
Perdamaian UPPP
 Menghormati dan mempromosi nilai-nilai hak asasi
manusia
 Menyediakan saluran dan mekanisme yang sesuai
untuk pengluahan perasaan, aspirasi, dan
kehendak masyarakat.
 Melibatkan semua golongan masyarakat,
terutamanya wanita, golongan muda, dan kanak-
kanak, dalam segala aktiviti perdamaian.
 Mengembangkan pendidikan perdamaian di semua
peringkat pengajian
 Menjadikan budaya perdamaian sebagai amalan
hidup kita

Anda mungkin juga menyukai