Anda di halaman 1dari 22

CABARAN

KETERLESTARIAN
ETIKA DAN PERADABAN
OBJEKTIF PENGAJARAN

Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:

memahami konsep keterlestarian etika dan peradaban


secara umum.
mengenalpasti cabaran-cabaran keterlestarian etika
dan peradaban dalam konteks di Malaysia.
menganalisis strategi dan langkah ke arah
keterlestarian etika dan peradaban dalam konteks
Malaysia.
PENGENALAN

 Akar kepada kemenjadian Malaysia pada hari ini adalah apa yang telah
dicorakkan sejak beratus tahun yang lalu oleh watan dan para
leluhurnya.
 Justeru, melupakan kesinambungan sejarah lalu itu adalah suatu
kesalahan dan keaiban yang sebenarnya merugikan bangsa Malaysia
seperti mana yang berlaku pada negara jiran baru-baru ini.
 Akhirnya, sejarawan membuktikan bahawa leluhur Singapura adalah
berasal daripada Tanah Melayu dan gugusan kepulauan Melayu.
Namun, citra yang dibawa oleh Singapura pada hari ini seolah-olah
negara kota itu tiada hubungan dan keserasian dengan budaya
leluhurnya dahulu.
Konsep Keterlestarian Etika & Peradaban
Kelestarian atau kemapanan adalah terjemahan dalam bahasa
Inggeris iaitu ‘sustainability’ (Nik Fuad dan Noraein, 2007).
Dalam bahasa latin dikenali ‘sustinere’ (daripada bawah) dan
‘tenere’ (tahan).
keterlestarian secara umum bermaksud keupayaan
mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau
‘memanjangkan’.
Perkataan ini sering dikaitkan dengan kehidupan manusia.
Kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang
bermakna, produktif dan bertanggungjawab dengan
mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam sekitar;
untuk memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan
keperluan generasi akan datang (Nik Fuad dan Noraein, 2007)
keterlestarian etika dan peradaban bermaksud suatu
usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang
bersifat lokal dan global oleh masyarakat Malaysia
yang dilakukan secara sedar, konsisten dan
berterusan.
Sungguhpun konsep lestari pada hari ini banyak
diguna pakai dalam konteks pembangunan dan alam
sekitar, namun konsep kelestarian ini juga yang sesuai
dengan maksudnya boleh digunakan merentasi
bidang seperti Etika dan Peradaban.
Benarkah Etika dan Peradaban
memerlukan keterlestarian?
Cabaran Politik
Pembinaan budaya politik dan demokrasi matang.
Kebebasan bersuara dan pembinaan masyarakat sivil
(madani).
Kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan nasional.
Literasi politik dalam kalangan rakyat.
Celik sejarah dalam kalangan rakyat.
Mewujudkan sebuah negara bangsa.
Semangat cintakan negara dan kurangnya penghayatan
dalam aspek kenegaraan.
Politik berasaskan kaum lawan politik permuafakatan.
Mengakui hak antara kaum seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan persekutuan.
Cabaran Ekonomi
Mengurangkan jurang antara kaya dan miskin yang
semakin melebar.
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan
generasi muda.
Pendatang asing dan sektor pekerjaan 3D.
Keseimbangan ekonomi bandar, luar bandar dan wilayah.
Pemberdayaan ekonomi bumiputera dan kaum-kaum lain.
Meningkatkan ekonomi pengetahuan, inovasi dan R&D.
Peningkatan kepada kualiti dan kemampanan hidup.
Ekonomi pertanian, krisis makanan dan keselamatan.
Cabaran Sosial
Isu-isu berkaitan integriti di pelbagai sektor awam dan swasta.
Pengukuhan perpaduan antara etnik dan integrasi nasional.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemersatu rakyat.
Penyebaran budaya barat.
Masalah sosial (pelbagai isu jenayah dan juvana).
Kurang penghayatan agama.
Toleransi dan dialog antara agama.
Kurang kecintaan terhadap ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Hubungan inter-etnik dan intra-etnik yang lebih baik di pelbagai peringkat.
Membanteras ekstremisme dalam bentuk perbuatan dan pemikiran termasuklah
cauvinisme dan perkauman.
Transformasi pendidikan ke arah pemantapan modal insan, perpaduan dan
integrasi nasional.
Masa depan belia dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Peningkatan kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Peranan intelektual sebagai pemangkin pencerdasan rakyat dan ummah.
Penghayatan seni budaya tempatan lawan budaya luar yang bersifat hedonisme.
Cabaran Psikologi dan Pembinaan Karakter
Pembinaan jati diri bangsa Malaysia.
Mengurangkan stereotype, prejudis, etnosentrisme
dan bias antara kaum.
Meningkatkan semangat ‘kesatuan dalam
kepelbagaian’ (budaya dan nilai bersama yang boleh
dikongsi).
Minda kelas pertama lawan minda kelas ketiga.
Keutuhan moral dan integriti.
Chauvinis lawan Rahmatan lil’Alamiin.
Kearifan tempatan (local genius).
Cabaran Globalisasi

Data dan maklumat raya yang tidak ditapis dan berlegar-legar dalam ruang terbuka
yang sangat mudah diakses oleh pengguna pelbagai golongan.
Idea-idea negatif seperti sekularisasi, ajaran sesat dan liberalisasi yang mudah
disebar luaskan tanpa sekatan.
Kebebasan bersuara tanpa batas dalam dunia tanpa sempadan menerusi pelbagai
platform media sosial.
Meningkatkan gejala buli dalam ruang siber yang terbuka.
Penyebaran budaya barat yang lebih meluas (punk, skinhead, black metal,
underground dan subbudaya seperti indie dan hipster) dan penguncupan budaya
setempat.
Ketidakadilan perdagangan dan ekonomi global.
Peningkatan gejala LGBT dan pemikiran ‘underground’.
Perkongsian pelbagai gejala hendonisme secara terbuka yang boleh diakses dan
ditiru.
Kestabilan politik serantau dan global.
Krisis ekonomi dan kewangan antarabangsa.
Pelbagai isu rasis dan Islamofobia.
Keselamatan siber dan data peribadi.
Cabaran Alam Sekitar

Pencemaran laut, udara dan darat.


Eksploitasi sumber-sumber alam sekitar secara tidak terkawal dan
haram.
Isu-isu biodiversiti.
Kepupusan pelbagai spesis fauna dan flora akibat perubahan iklim.
Kehidupan flora dan fauna yang terancam akibat pembalakan,
pertanian pindah dan pemburuan haram.
Konflik antara pembangunan fizikal, pertanian, perikanan dan
penternakan.
Kekurangan bekalan dan zat makanan.
Penggunaan minyak rendah karbon.
Penggunaan tenaga alternatif (air, angin dan solar).
Cabaran Sains dan teknologi

kehancuran peradaban. Antara isu-isu sains dan teknologi yang perlu


diberi perhatian adalah;
Isu-isu etika dan profesionalisme dalam kalangan saintis dan
penyelidik.
Penggunaan drone, satelit dan teknologi militari dalam peperangan
massa.
Penyelidikan dan pembangunan berasaskan kehendak dan bukan
keperluan manusia.
Penggunaan bahan-bahan kimia terlarang dalam pembuatan ubat-
ubatan.
Monopoli syarikat-syarikat besar dalam penjanaan kekayaan berkaitan
sains dan teknologi.
Sains dan teknologi yang kehilangan nilai (value laden).
Teknologi (green technology) dan produk hijau (green product).
Matlamat SDG
Matlamat 1. Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana.
Matlamat 2. Akhiri kelaparan, mencapai keselamatan makanan dan meningkatkan
nutrisi dan mempromosikan pertanian yang mampan.
Matlamat 3. Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan
untuk semua pada semua peringkat umur.
Matlamat 4. Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan
menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Matlamat 5. Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita dan kanak-
kanak perempuan.
Matlamat 6. Memastikan ketersediaan dan pengurusan air yang lestari dan sanitasi
untuk semua.
Matlamat 7. Memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki, boleh
dipercayai, mampan dan moden untuk semua.
Matlamat 8. Menggalakkan pertumbuhan yang mampan, inklusif dan mampan
ekonomi, guna tenaga penuh dan produktif dan kerja yang bersesuaian untuk semua.
Matlamat SDG (samb.)
Matlamat 9. Membina infrastruktur berdaya tahan, menggalakkan perindustrian
inklusif dan mampan dan menggalakkan inovasi.
Matlamat 10. Mengurangkan ketidaksamaan dalam kalangan negara-negara.
Matlamat 11. Menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya
tahan dan mampan.
Matlamat 12. Memastikan penggunaan dan corak pengeluaran mampan.
Matlamat 13. Mengambil tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan
kesan-kesannya.
Matlamat 14. Memulihara dan mampan menggunakan lautan, laut dan sumber marin
bagi pembangunan lestari.
Matlamat 15. Melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan lestari
ekosistem daratan, mampan menguruskan hutan dan menghentikan dan membalikkan
kemusnahan tanah dan menghentikan kehilangan biodiversiti.
Matlamat 16. Menggalakkan masyarakat aman dan inklusif untuk pembangunan
mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi
berkesan, dapat dipertanggungjawabkan dan inklusif di semua peringkat.
Matlamat 17. Mengukuhkan cara-cara pelaksanaan.
 
STRATEGI DAN LANGKAH KETERLESTARIAN
ETIKA DAN PERADABAN
 
Strategi Dan Langkah Keterlestarian Etika Dan
Peradaban
 Membina pemikiran dan sikap yang betul
terhadap etika dan peradaban dalam kalangan
masyarakat
Menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai
moral, akhlak dan integriti
Keazaman Politik (political will) dan
pemertabatan etika dan peradaban
Keterlestarian Etika dan Peradaban menerusi
Kebudayaan Kebangsaan
Kesepaduan sosial
Amalan dan Penghayatan Rukun Negara
 Falsafah Pembangunan Negara
Peranan Agama dan Sistem Kepercayaan
 Pembangunan Modal Insan dan Masyarakat
Minda Kelas Pertama
PENGHAYATAN NILAI
Antara penghayatan nilai yang penting dalam bab ini adalah;

membina pemikiran dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban
dalam kalangan masyarakat.
menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai moral, akhlak dan integriti
dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
mengukuhkan kejujuran dan keazaman politik (political will) dalam
memperkukuhkan etika dan peradaban serta menolak nepotisme,
kronisme, politik wang dan ketidakadilan.
memiliki minda kelas pertama (beretika dan berperadaban) sebagai suatu
strategi membangun sebuah negara yang progresif dan berkemajuan.
menjadi bangsa Malaysia yang berjiwa merdeka, yakin tentang
kemampuan sendiri dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
memertabat dan menghayati kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai
tulang belakang membina sebuah negara beretika dan berperadaban.

Anda mungkin juga menyukai