Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 – ETIKA DAN PERADABAN

Hasil Pembelajaran KANDUNGAN


• Memahami latar belakang ilmu etika dan DEFINISI ETIKA DAN PERADABAN
peradaban
• Membuat perbandingan konsep etika
berdasarkan kepada individu, masyarakat, negara ETIKA DARIPADA PERSPEKTIF INDIVIDU,
dan sejagat MASYARAKAT, NEGARA DAN SEJAGAT
• Menghuraikan prinsip-prinsip asas etika yang
menjadi panduan dan amalan dalam kehidupan
seharian PRINSIP ASAS ETIKA
• Mengaplikasikan konsep etika dan prinsip-prinsip
asas etika dalam melaksanakan
tanggungjawabnya terhadap diri sendiri, dalam
keluarga, masyarakat, negara dan di peringkat PENGHAYATAN NILAI
antarabangsa
LATAR BELAKANG ILMU ETIKA DAN
PERADABAN
• Etika dan peradaban bergerak seiring
• Socrates
• menerangkan tentang konsep keadilan dan sama ada manusia yang adil lebih
bahagia berbanding dengan manusia yang tidak berlaku adil

• Socrates berpendapat, manusia yang baik akan melakukan kurang masalah atau
kemudaratan kepada manusia yang lain walaupun kepada musuh mereka sendiri.

• falsafah Socrates yang menyentuh secara langsung mengenai pembinaan


peradaban manusia membahagikan manusia kepada tiga kelas sosial iaitu pekerja,
tentera dan pemerintah.

• Setiap kelas masyarakat ini mempunyai nilai moral atau etika yang harus dipegang
dan dilaksanakan.
1. Peradaban Barat
• Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘ethos’
• Bermaksud sikap dan adat yang menentukan
tingkahlaku sesebuah masyarakat
• Merupakan satu set prinsip-prinsip moral yang
menentukan sesuatu tindakan adalah betul atau
salah
• Prinsip-prinsip moral ini sebagai panduan kepada
kelakuan manusia sama ada menjadi baik atau
buruk.
2. Peradaban India
• Etika dalam masyarakat India dikenali sebagai ‘nitisastra’ (Bahasa
Sanskrit) iaitu sebahagian daripada konsep ‘Rta’
• Dalam kitab Veda, konsep ‘rta’ ditakrifkan sebagai perintah, peraturan
dan kebenaran yang dianggap sebagai prinsip peraturan semulajadi yang
diamalkan dalam sistem alam semesta.
• Secara konseptualnya, rta juga dikaitkan dengan konsep melaksanakan
perintah dan peraturan yang dikenali sebagai ‘dharma’ dan konsep
tindakan manusia yang menuruti perintah tersebut yang dipanggil
sebagai ‘karma’
• Kedua-dua konsep ini iaitu dharma dan karma akhirnya menaungi
konsep rta yang berkembang sebagai prinsip moral, agama dan
semulajadi yang kemudiannya menjadi asas utama kepada kepercayaan
‘Hinduisme’ dalam masyarakat India.
3. Peradaban China
• Confucius beranggapan bahawa etika amat berkait rapat
dengan nilai kemanusiaan.
• Etika berdasarkan kepada takrifan Confucius ialah nilai-nilai
kebaikan berasaskan kepada lima prinsip utama ‘wuchang’
iaitu ‘ren’ (kebajikan dan kemanusiaan), ‘yi’ (kebenaran atau
keadilan), ‘li’ (cara yang betul), ‘zhi’ (pengetahuan) dan ‘xin’
(integriti).
• Lima prinsip ‘wuchang’ ini adalah selari dengan nilai
kebaikan di dalam syurga dan harus diamalkan dan
dilaksanakan dalam kehidupan di dunia ini sama ada dalam
sistem pentadbiran atau cara hidup manusia
4. Peradaban Arab
• selepas kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w,
konsep etika ini ditemui dalam pengertian akhlak (Bahasa Arab ialah ‘khuluqun’)
iaitu budi pekerti, tabiat atau tingkah laku.

• Etika atau akhlak ini ialah tingkah laku manusia yang menggambarkan sifat dan
budi pekerti mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa berasaskan
kepada ajaran Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan hadith.

• Konsep akhlak ini berteraskan kepada tiga prinsip utama iaitu fitrah (keadaan
semulajadi seseorang individu), tabiat (tingkahlaku yang berulang-ulang
sehingga menjadi sikap seseorang individu) dan amalan (perbuatan yang
dilakukan oleh seseorang individu dan menjadi kebiasaannya).
Etika Individu
• pengertian etika adalah berbeza-beza dan kebiasaannya bergantung
kepada prinsip-prinsip asas dan nilai yang dipegang oleh seseorang
individu
• Etika individu ini menjadi kawalan kepada tindakan seseorang apabila
berurusan dengan pihak lain sama ada individu, masyarakat, haiwan,
alam sekitar atau hubungannya dengan Tuhan.
• Dikategorikan sebagai falsafah atau gaya pemikiran yang dipegang oleh
oleh seseorang individu mengenai kepercayaannya terhadap prinsip-
prinsip moral seperti prinsip betul atau salah
• Dalam dunia sebenar, etika individu ini amat penting sebagai panduan
hidup manusia demi mencapai matlamat masing-masing
Etika individu ini menjadi asas yang penting dan utama kepada
pembentukan etika sekelompok individu yang dipanggil masyarakat.
• dirujuk sebagai panduan dan prinsip-prinsip moral yang dipersetujui dan
diterima oleh sesebuah masyarakat
• penting untuk dipatuhi dan diamalkan oleh seseorang individu dalam
sesebuah masyarakat
• definisi etika juga adalah berbeza-beza mengikut masyarakat yang
disebabkan oleh perbezaan nilai yang diterima ini
• Etika dalam masyarakat memainkan peranan yang penting sebagai
panduan dalam membentuk tingkahlaku individu dalam masyarakat
berkenaan
• nilai-nilai etika dan moral yang harus ada dan diamalkan oleh setiap
rakyat dalam sesebuah negara dan pelanggaran terhadap nilai etika dan
moral berkenaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang
berkaitan dalam negara berkenaan.

• Bello (1995) menyatakan etika negara ini didefinisikan sebagai sistem


moral, peraturan dan tingkahlaku di mana setiap komuniti dalam negara
berkenaan adalah terikat dengannya dan sebarang pelanggaran
terhadapnya akan berhadapan dengan hukuman undang-undang sedia ada
di negara berkenaan.
• Keperluan dan kepentingan etika negara ini dapat dilihat di negara
sedang membangun atau negara maju sebagai indikator atau petunjuk
kepada kematangan rakyat negara berkenaan dalam menguruskan
kehidupan seharian daripada peringkat rakyat bawahan mahupun
pemimpin atasan.
• etika yang diterima dan diamalkan di peringkat antarabangsa
• Etika sejagat ini mengandungi pelbagai standard etika yang dianggap
berdiri dengan sendiri dan boleh diaplikasikan kepada semua manusia
tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, kumpulan umur, politik,
kelas sosial atau ekonomi.
• Semua prinsip atau nilai etika yang tidak dianggap sebagai agresif,
mencegah penggunaan kekerasan atau menghalang keganasan di antara
manusia dianggap sebagai prinsip etika sejagat.
PRINSIP-PRINSIP ASAS ETIKA
• Prinsip nilai hidup manusia
• Prinsip kebaikan dan keburukan
• Prinsip keadilan dan saksama
• Prinsip kejujuran
• Prinsip kebebasan
PENGHAYATAN NILAI
• Setiap tamadun mempunyai maksud dan interpretasi
etika yang tersendiri
• Etika dalam setiap tamadun ini mementingkan
tingkahlaku dan pemikiran manusia untuk
membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau
buruk
• Sebagai individu, etika itu menjadi panduan hidup
mereka ketika berada dalam keluarga, organisasi
dan masyarakat.
• Sebagai masyarakat, etika menjadi panduan kepada
masyarakat berkenaan untuk diuruskan secara baik

Anda mungkin juga menyukai