Anda di halaman 1dari 20

BAB 1: PENGENALAN

ILMU ETIKA &


PERADABAN
DISEDIAKAN OLEH:
DR. SYAIDATANA SITI AISHAH AB AZIZ
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Memahami latar Membuat perbandingan konsep
01 belakang ilmu etika dan 02 etika berdasarkan kepada
peradaban. individu, masyarakat, negara, dan
sejagat.

Mengaplikasikan konsep etika


Menghuraikan prinsip-
dan prinsip-prinsip asas etika
03 prinsip asas etika yang
menjadi panduan dan
04 dalam melaksanakan
tanggungjawabnya terhadap diri
amalan dalam kehidupan
sendiri, dalam keluarga,
seharian.
masyarakat, negara, dan di
peringkat antarabangsa.
01
LATAR BELAKANG
ILMU ETIKA DAN
PERADABAN
Plato (428/427 SM-348/347 SM)

• Karya: Republic.
• Menghuraikan tentang pembinaan peradaban
manusia (falsafah Socrates).
• Manusia terbahagi kepada 3 kelas sosial iaitu
pekerja, tentera, dan pemerintah.
• Setiap kelas masyarakat ini mempunyai nilai moral
atau etika yang harus dipegang dan dilaksanakan.

Socrates (469/470 SM-399


Aristotle (384 SM-322 SM)
SM)

• Konsep utama: keadilan.


• Fokus: membentuk peradaban manusia dan negara • Karya: Magna Moralia dan Nicomachean
bangsa. Ethics.
• Manusia yang baik akan melakukan kurang masalah • Konsep utama: kebaikan = pengetahuan.
atau kemudaratan kepada manusia yang lain • Teori: Teori Kebaikan yang kemudiannya
walaupun kepada musuh mereka sendiri. berkembang kepada 4 perspektif: Kebaikan
• Pemerintah adil adalah pemerintah yang memiliki Moral, 4 Kebaikan Utama, Keadilan dan
ilmu pengetahuan. Kemuncak Kebaikan.
02
DEFINISI ETIKA
DALAM PELBAGAI
TAMADUN
Tamadun Islam Tamadun Barat
• Khuluqun: budi pekerti, tabiat • Ethos: sikap dan adat yang menentukan
atau tingkah laku. tingkahlaku sesebuah masyarakat.
• Berdasarkan al-Quran dan • Definisi: satu set prinsip-prinsip moral yang
hadith. menentukan sesuatu tindakan adalah betul
• Konsep akhlaq berkaitan atau salah.
dengan fitrah, tabiat, dan • Moras: adat dan kebiasaan yang diamalkan
amalan. dalam sesebuah masyarakat.
• Etika lebih kepada teori atau konsep.
• Sementara moral pula lebih kepada
perbuatan.
Tamadun India Tamadun Cina
• Dikenali sebagai nitisastra daripada • Ruisme: tradisi, falsafah, kemanusiaan
konsep Rta. atau kepercayaan yang rasional dalam
• Rta: perintah, peraturan dan sistem pentadbiran dan merupakan satu
kebenaran yang dianggap sebagai cara hidup.
prinsip peraturan semulajadi yang • Konfucius beranggapan nilai-nilai
diamalkan dalam sistem alam kebaikan adalah berasaskan kepada lima
semesta. prinsip utama wu chang yang selari
• Juga dikaitkan dengan konsep dengan nilai kebaikan di dalam syurga
dharma dan karma. dan harus diamalkan dan dilaksanakan
dalam kehidupan di dunia ini sama ada
dalam sistem pentadbiran atau cara hidup
manusia.
03
ETIKA:
PERSPEKTIF
INDIVIDU
 Pengertian etika adalah berbeza-beza dan kebiasaannya
bergantung kepada prinsip-prinsip asas dan nilai yang dipegang
oleh seseorang individu.
 Prinsip-prinsip asas dan nilai yang dipegang ini menjadi panduan
kepada gaya berfikir, bercakap dan kelakuan individu berkenaan.
 Etika individu ini menjadi kawalan kepada tindakan seseorang
apabila berurusan dengan pihak lain.
 Kepentingan: sebagai panduan hidup manusia demi mencapai
matlamat masing-masing.
04
ETIKA:
PERSPEKTIF
MASYARAKAT
 Panduan dan prinsip-prinsip moral yang dipersetujui dan diterima
oleh sesebuah masyarakat.
 Sesuatu nilai yang diterima dalam sesebuah masyarakat harus
diamalkan oleh masyarakat berkenaan.
 Namun, nilai ini berbeza-beza mengikut amalan, budaya, dan
agama yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.
 Sesuatu nilai yang diterima oleh masyarakat berkenaan harus
dipatuhi dan diamalkan oleh individu yang berada dalam
masyarakat tersebut.
 Tiada individu yang terkecuali daripada nilai dan etika yang
diamalkan dalam sesebuah masyarakat selagi mereka tinggal dan
hidup secara berkomuniti.
05
ETIKA:
PERSPEKTIF
NEGARA
 Nilai-nilai etika dan moral yang harus ada dan diamalkan oleh
setiap rakyat dalam sesebuah negara dan pelanggaran terhadap
nilai etika dan moral berkenaan akan berhadapan dengan
tindakan undang-undang yang berkaitan dalam negara berkenaan.
 Ia kebiasaannya ada dalam perlembagaan sesebuah negara
sebagai panduan kepada kelakuan dan tindakan rakyat dalam
sesebuah negara misalnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan
disiplin, integriti, maruah, keadilan sosial, toleransi agama, dan
patriotisme.
 Etika nasional adalah berbeza-beza mengikut negara.
06
ETIKA:
PERSPEKTIF
SEJAGAT
 Etika yang diterima dan diamalkan di peringkat antarabangsa.
 Mengandungi pelbagai standard etika yang dianggap berdiri
dengan sendiri dan boleh diaplikasikan kepada semua manusia
tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, kumpulan umur,
politik, kelas sosial, atau ekonomi.
 Semua prinsip atau nilai etika yang tidak dianggap sebagai
agresif, mencegah penggunaan kekerasan atau menghalang
keganasan di antara manusia dianggap sebagai prinsip etika
sejagat.
 Di antara contoh kekerasan atau keganasan ini ialah
pembunuhan, rogol, penculikan, mencederakan, mencuri,
merompak, dan tingkahlaku musnah atau vandalisme.
 Sebaliknya, sebarang tindakan yang diambil sebagai tindakbalas
ke atas kekerasan dan keganasan tersebut dianggap sebagai
tindakan yang tidak melanggar etika sejagat.
07
PRINSIP-PRINSIP
ASAS ETIKA
PRINSIP NILAI HIDUP MANUSIA
Menjaga nyawa diri sendiri & juga nyawa
pihak lain tanpa mengira tempat & masa.

PRINSIP KEJUJURAN
PRINSIP KEBAIKAN & KEBURUKAN
Memiliki kelakuan yang beretika, mempunyai
niat, pertuturan, dan perbuatan yang selari di Manusia digalakkan untuk membuat
antara satu dengan yang lain. kebaikan dan meninggalkan segala
perbuatan yang mendatangkan
keburukan.

PRINSIP KEBEBASAN
PRINSIP KEADILAN & SAKSAMA
Ia berkaitan dengan teras peraturan dan
undang-undang tentang apa yang boleh Keadilan itu bermaksud meletakkan
dan tidak boleh dibuat oleh manusia. sesuatu di tempat yang sepatutnya.
Kebebasan ini bukanlah suatu nilai yang Saksama pula adalah keseimbangan yang
bersifat mutlak. Ada garis panduan dan wujud natijah atau kesan daripada keadilan
undang-undang yang berkaitan dengannya yang berlaku itu tadi.
dan mesti dipatuhi.
08
PENGHAYATAN
NILAI
1. Setiap tamadun mempunyai maksud etika yang tersendiri. Namun, terdapat
persamaan antara semua tamadun iaitu etika sebagai panduan hidup manusia.

2. Etika dalam setiap tamadun mementingkan tingkah laku dan pemikiran


manusia untuk membezakan sesuatu perkara.

3. Sebagai individu, etika menjadi panduan hidup ketika berada dalam


keluarga, organisasi dan masyarakat.

4. Sebagai masyarakat, menjadi panduan untuk diuruskan secara baik,


harmoni, menyantuni setiap pihak.

5.Sebagai sebuah negara, etika menjadi nilai yang harus diamalkan dan
dipatuhi selaras dengan undang-undang.

6. Sebagai sebuah dunia, etika adalah nilai yang diterima dan boleh diamalkan
merentasi sempadan geopolitik dan menjadi rujukan di peringkat antarabangsa
TERIMA KASIH

faizah.mf@utm.my

Anda mungkin juga menyukai