Anda di halaman 1dari 23

BAB 2: KONSEP ETIKA, MORAL, AKHLAK DAN NILAI

DEFINISI ETIKA, MORAL, AKHLAK DAN NILAI


KONSEP MORAL

MORAL

Bahasa Latin iaitu ‘Moralitas’ yang bererti cara perwatakan dan tingkah laku
yang diterima

Perkataan Greek iaitu ‘Mores’ (konsep moral) yang bermaksud kesedaran tentang
ajaran dan pegangan berkenaan dengan baik atau sesuatu perbuatan, sikap atau
cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat

Secara umumnya, Moral ialah satu cara perlakuan yang telah menjadi adat
kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui
bersama oleh kumpulan tersebut

Moral juga merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-
standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang yang
dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkahlaku tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima

AKHLAK

Berasal dari perkataan ‘akhlaq’ yang merupakan jama’ dari kata dasarnya iaitu ‘
khulqu’ dalam bahasa arab

Secara terminologinya, akhlak ialah tingkah laku seseorang yang didorong oleh
suatu keinginan secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik.

Akhlak juga membawa maksud budi pekerti seseorang individu.

Akhlak merupakan sifat semula jadi yang dimiliki individu dan juga sifat yang
dimilikinya menerusi latihan dan rangsangan, iaitu batin dan zahir dalam bentuk
perlakuan

*BUDI PEKERTI- Kelakuan


ETIKA atau gerak geri seseorang

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Bahasa Latin iaitu ‘ethica, ethos’ yang bermaksud adat atau keperibadian
(custom of character) dan merupakan salah satu cabang utama falsafah yang
merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik

Etika juga merujuk kepada maksud yang menunjukkan kebiasaan atau cara.
Maka, maksud etika secara umum ialah suatu kajian sains tentang kelakuan
manusia dalam masyarakat yang juga merupakan satu set peraturan tingkah laku
atau undang-undang yang digubal bersama oleh ahli masyarakat tersebut

kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral,
sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciriciri kehidupan yang
baik.

Tujuan kod-kod etika digubal adalah untuk dijadikan sebagai garis panduan
kepada tingkah laku sesuatu kumpulan untuk mengawal, menjamin dan
melindungi tingkah laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut. Sebagai
contoh, etika keguruan dan etika guaman.

 Etika barat berkembang dalam tamadun Yunani Greek yang dibincangkan oleh Protagoras,
Socrates, Plato dan Aristotle. Etika atau ethic merupakan perkataan bahasa Inggeris yang
berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘ethikos’ iaitu moral dan ‘ethos’ yang membawa makna
sikap atau adat.
 Tamadun dahulu membina etika dalam masyarakat dengan memperkenalkan undang-undang
yang wajib dipatuhi oleh setiap individu.
 Antara peraturan yang mula-mula wujud bagi mendidik masyarakat adalah Kod Hamurabbi
yang dikuatkuasakan oleh Raja Babylon yang ke-6 dengan mengandungi 282 undang-undang.
 Perkara ini secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk beretika dalam
menjalani kehidupan seperti terdapatnya peraturan yang menyatakan bahawa orang
yang kuat tidak boleh menindas yang lemah.
 Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka etika didefinasikan sebagai prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan manusia. Kamus Oxford pula mentakrifkan etika sebagai satu
kumpulan atau set prinsip-prinsip moral yang mempengaruhi keadaan.
 Dari segi istilah pula, etika didefinasikan sebagai “a set of moral principles, especially ones
relating to or affirming a specified group, field, or form of conduct and behavior”.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


 Perkembangan etika semakin pesat dibincangkan dengan munculnya pelbagai teori berkaitan
dan menjadi salah satu bidang utama dalam pengajian falsafah. Sumber-sumber etika ini
berpunca dari kepercayaan agama, warisan negara dan bangsa, amalan keluarga, keadaan dan
tanggapan komuniti, taraf pendidikan, kawan dan jiran.6 Etika juga saling berkait dengan
nilai.
 Nilai ialah kepercayaan tentang apa yang betul dan apa yang salah dan perkara yang penting
dalam kehidupan.
 Menurut Spencer (1978), etika merupakan perlakuan atau tindakan yang bertujuan
menghasilkan kebaikan seperti keadilan, hak untuk bersatu, hak untuk memiliki harta, hak
berpolitik dan sebagainya.

JENIS ETIKA

a) Etika individu
 Himpunan nilai yang ada pada diri sebagai pembimbingnya dalam
menentukan betul atau salah, membezakan antara baik dan buruk, perkara
yang patut dan tidak patut dilakukan.
 Perkara ini dihadapi oleh setiap individu setiap hari dalam melaksanakan
tugas mereka.

b) Etika organisasi
 Etika ini pula khusus bagi mereka yang terlibat dalm sesebuah organaisasi.
Biasanya setiap organisasi mempunyai etika tersendiri yang perlu diamalkan
oleh setiap orang yang berada di dalamnya dan lebih dikenali sebagai nilai
teras. Nilai-nilai ini biasanya terdiri daripada beberapa amalan murni yang
menjadi keutamaan dalam perkhidmatan organisasi tersebut.
 Penulis akan memberikan tumpuan khusus kajian kepada bahagian ini.

c) Etika profession
 Kod yang menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta
tatacara bekerja oleh pengamal sesuatu profesion.
 Antara pekerjaan yang mempunyai etika tersendiri termasuklah kedoktoran,
kehakiman, kewartawanan dan perguruan.
 Etika ini penting dalam menjaga kredibiliti dan kepercayaan masyarakat
terhadap kerjaya mereka.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


ETIKA DARI PERSPEKTIF BARAT

Menurut Garner (1986), etika terbahagi kepada empat iaitu normatik, metaethik, gunaan dan
diskriptif.

i. Etika Normatik
 Normatik ialah panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku
yang baik dan jahat.
 Etika normatif ini akan menilai dan membuat keputusan terhadap sistem
moral dan tindakan sedia ada. Ia juga berperanan dalam menghasilkan satu
undang-undang yang standard dan boleh diterima oleh semua pihak tanpa
mengira perbezaan untuk diamalkan oleh setiap orang bersesuaian dengan
kehidupan mereka.
 Melalui peraturan sebegini kita mengetahui bahawa walaupun etika ini
berubah tetapi kebanyakan budaya dan etika yang baik adalah bersifat kekal
dan boleh diterima sejagat.
 Etika normatif juga berfungsi dalam menentukan etika yang seragam
(standard) dan boleh diterima pakai oleh sesebuah profesion seperti
perubatan, pendidikan dan perundangan.
 Etika normatif pula terbahagi kepada dua iaitu teori nilai dan teori
kepatuhan (obligation).

TEORI NILAI
 Di bawah teori nilai terdapat fahaman hedonisma iaitu fahaman yang
mengutamakan kepuasan dan kegembiraan dalam melakukan sesuatu.

TEORI OBLIGATION

 Teori obligation terbahagi kepada dua iaitu Teleologi (consequentalist) yang


menentukan baik dan buruk melalui kesan tindakan mereka dan Deontologikal
(nonconsequentalist) yang menentukan baik atau buruk melalui faktor lain seperti
matlamat dan usaha.

TELEOLOGI

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


a. Teleologi pula terdapat di dalamnya fahaman Utalitarian dan Egoism. Setiap
fahaman etika ini pula mempunyai tokoh masing-masing yang menyokong dan
memberikan penakrifan khusus tentang fahaman mereka.

FALSAFAH UTILITARIAN

 Falsafah utilitarian ini berkembang daripada teledologi (consequentialist) tentang etika


dengan Jeremy Bentham (1748 – 1832) dan John Stuart Mill (1806 – 1873) sebagai
pengasasnya.
 Matlamat pemikiran utilitarian adalah untuk memberikan kebaikan kepada jumlah yang
ramai walaupun terpaksa mengorbankan sebilangan kecil daripada mereka.
 Delong (1981) menyatakan bahawa konsep utilitarian ini digunakan secara meluas
dalam bidang pentadbiran dan pembuatan polisi. Hal ini disebabkan dalam penetapan
sesuatu polisi atau peraturan, pasti ada perkara yang perlu dikorbankan. Menurut
Bentham (1970) kebaikan dapat dicapai dengan memberikan kegembiraan kepada
jumlah yang teramai dalam sesuatu masyarakat.
 Sesuatu tindakan pula adalah dianggap salah jika tidak mampu untuk memberikan
kegembiraan kepada komuniti tersebut.

FALSAFAH EGOISM

 Falsafah egoism pula merupakan satu teori yang memberikan penekanan terhadap
kepentingan diri sendiri atau sesebuah kelompok tertentu. Istilah ini didefinasikan
sebagai “the fact of thinking that you are better or more important than anyone else”.
 Golongan ini meletakkan kerja sebagai satu keutamaan sekiranya mereka
memperoleh faedah yang setimpal dengan apa yang dilaksanakan. Sekiranya sesuatu
tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan maka mereka tidak akan melakukannya.

Egoism dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

a) Individual – pentingkan diri dengan mengambil kesempatan dari orang lain.


b) Personal – pentingkan diri tetapi cuma pegang orang yang betul-betul memberi
faedah kepada dirinya tetapi tidak kisah sekiranya mereka tidak membantu.
c) Universal – semua orang patut bertindak dalam keadaan yang memberikan manfaat
kepada diri sendiri.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


 Walaupun falsafah ini dilihat seperti negatif, ia sebenarnya turut memainkan peranan
penting dalam pentadbiran organisasi. Pekerja melakukan sesuatu tugas disebabkan
kemahuan dirinya untuk mendapatkan ganjaran bagi memenuhi keperluan dirinya.
 Ganjaran ini merupakan satu pendorong moral kepada pekerja untuk lebih
berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
 Golongan egoism juga terdiri daripada mereka yang cerewet dalam memilih sesuatu
perkara dengan memberikan perhatian kepada kepentingan diri sendiri.
 Egoism juga menunjukkan pentingnya kepada individu itu untuk mencapai
kegembiraan dirinya dan pada masa yang sama mendorong orang lain untuk turut
melaksanakan kerja supaya memperolehi kegembiraan yang sama.

DEONTOLOGI

 Bagi yang berpegang kepada deontologi (nonconsequentalist) pula ianya dibawa oleh
Immanuel Kant (1724-1804) yang berpendapat bahawa segala tindakan yang disukai dan
tidak disukai ramai sepatutnya menjadi undang-undang universal.
 Pandangan ini turut dikenali sebagai Universalisme dengan cuba untuk menyamakan semua
penilaian untuk semua orang.
 Kant berpendapat bahawa sesebuah negara yang aman perlu kepada undang-undang yang
mengandungi etika yang terbaik dengan menanamkan sifat-sifat tertentu walaupun dalam
pelaksanaannya, negara terpaksa untuk melarang atau menghadkan sesuatu perkara.
 Kelemahan fahaman ini ialah terdapat kemungkinan kesukaan orang terhadap sesuatu perkara
berbeza dengan seorang yang lain dan ianya terlalu subjektif dan sukar untuk diukur. Jika
dilihat dari aspek pengurusan organisasi pula, teori Kant ini tidak mengambil kira kesan
sesuatu tindakan sahaja. Suatu tindakan itu adalah betul atau salah bersandarkan kepada
perlakuan itu sendiri tanpa melihat kepada kesannya dan setiap tindakan itu wajib mengikut
kepada peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.
 Kant meletakkan beberapa prinsip asas dalam menentukan sesuatu tindakan itu beretika atau
tidak.
Sesuatu tindakan itu dianggap benar sekiranya sesuatu perbuatan yang
diambil itu mempunyai alasan yang betul.
Tindakan yang bermoral juga adalah dengan tidak mengambil kesempatan ke
atas orang lain untuk kepentingan atau faedah diri sendiri.
Sebelum melakukan sesuatu tindakan, individu itu perlu untuk mengetahui
rasional perbuatannya dan mengambil tanggungjawab ke atas kesan
perbuatannya. Individu perlu meneruskan sesuatu etika yang baik walupun
terdapat cemuhan dari orang lain.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Kekuatan rohani turut memainkan peranan penting dalam membentuk
kekuatan dalam beretika.

KELEMAHAN TEORI KANT

 Kelemahan teori Kant ini ialah hal moral setiap manusia itu adalah berbeza dan
sukar untuk ditentukan secara kolektif.
 Keadaan masyarakat turut mempengaruhi pelaksanaan prinsip ini di mana
masyarakat cenderung untuk memberikan layanan baik kepada golongan berada
sedangkan masyarakat bawahan mendapat layanan yang biasa sahaja.
 Niat seseorang juga sentiasa dipengaruhi oleh sebab yang tersendiri di mana ianya
mampu mempengaruhi objektif seseorang seterusnya membawa kepada
pelanggaran peraturan.

Dapat disimpulkan bahawa etika normatik ini cuba untuk mencapai beberapa matlamat iaitu:

a) Menerapkan pelbagai nilai, norma, etika, moral dan peraturan dalam masyarakat seterusnya
membentuk sebuah komuniti yang lebih tersusun.
b) Mengenalpasti sikap dan etika yang boleh diterima pakai oleh semua individu dan
masyarakat.
c) Penentuan prinsip-prinsip moral dan etika melalui pelbagai kaedah yang ada.
d) Cuba untuk menyediakan satu kaedah atau prosedur di mana etika yang bercanggahan boleh
dimurnikan atau diselesaikan.

ii. Etika Metaethik


 Etika metaethik pula terbahagi dua iaitu:
a) Analitik iaitu analisis peraturan yang berkaitan tingkahlaku sama ada
baik atau buruk.
b) Critikal untuk mengkritik apa yang telah dianalisis.

 Analisis-analisis ini membolehkan kita mengetahui sama ada sesuatu etika itu
bertepatan dengan norma masyarakat sama ada untuk diterima sebagai etika
yang baik ataupun etika yang ditolak.
 Metaethik ini akan menganalisis secara sistematik berhubung perkataan etika
itu sendiri dan fungsi serta rasionalnya dalam kehidupan.
 Metaethik ini juga turut berfungsi dalam membantu manusia untuk memahami
meta fizik, epistimologi, andaian psikologi, pemikiran moral, percakapan,
perbuatan dan sebagainya.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


 Falsafah ini juga menggabungkan antara kepercayaan agama, sebab
manusia melakukan ssesuatu tindakan, perkara yang memotivasikan
seseorang individu dan bagaimana mereka menguruskan etika dalam masa
yang sama cuba untuk memenuhi kehendak mereka.
 Metaethik mempunyai tiga bahagian yang berbeza iaitu:

Cognitif Definism

 Bahagian ini mengekalkan pengertian yang diberikan oleh golongan


normavitif iaitu etika adalah pertimbangan antara baik dan buruk dan
menyamakannya dengan istilah selesa dan idaman.

Cognitif non-Definism

 Mereka menolak definisi yang diberikan golongan normative adalah sama


dengan definisi non-normative walau bagaimanapun mereka masih
mengekalkan kaedah yang digunakan oleh golongan normative dalam
mempertimbangkan sama ada baik atau buruk sesuatu perkara itu.

Non Cognititivisme

 Golongan ini adalah yang menolak penilaian etika dengan menyatakan


kurangnya kebenaran dalam menentukan prinsip etika disebabkan oleh
pengaruh emosi serta kurang nilai-nilai kognitif.

Etika metaethik ini turut memainkan peranan dalam memahami kaitan etika dengan
kepercayaan, sebab berlakunya sesuatu tindakan, perkara yang mendorang dan
memotivasikan manusia dan bagaimana ia mampu untuk memberikan sebab kepada
individu untuk melakukan sesuatu atau menolak dari mengambil sesuatu tindakan yang
disuruh. Pembahagian etika kepada pelbagai bahagian tertentu ini terbentuk hasil daripada
falsafah pemikir-pemikir Barat dengan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling mereka. Konsep
ini merupakan asas dalam pembentukan etika moden pada hari ini.

Dari perspektif moden pula, etika boleh didefinasikan sebagai satu set nilai norma
serta asas moral yang menentu dan membezakan sesuatu tindakan manusia sama ada
betul atau salah, baik atau buruk. Selain itu, etika juga dikatakan Ferrell (2008) seperti
berikut “the study and philosophy of human conduct, with an emphasis on determining right
and wrong.”

Bauman (1993) memberi pengertian etika dengan “Ethic – a moral code, wishing to
be the moral code, the one and only set of mutually coherent precepts that ought to be
obeyed by any moral person-viewa the plurality of human ways and ideals as a challenge,

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


and the ambivalence of moral judgement as a morbid state of affairs yearning to
rectified”.Dapat difahami bahawa Bauman bersetuju etika merupakan satu set moral yang
sepatutnya diterima

iii. Etika Gunaan


 Turut dibincangkan adalah mengenai etika gunaan (applied ethic) yang
diperkenalkan oleh Brenda Almond38 di mana beliau membincangkan
berkaitan dengan isu-isu etika yang berkaitan dengan kehidupan awam dan
peribadi yang merupakan pecahan daripada penilaian moral.
 Etika memang terbukti sebagai antara salah satu faktor yang mempengaruhi
perilaku manusia.
 Etika gunaan ini turut melihat bagaimana kod-kod etika yang telah
dibangunkan secara teori dapat dilaksanakan dalam kehidupan sebenar.
Ianya berkait rapat dengan prinsip-prinsip moral yang berkaitan betul atau
salah dalam pelaksanaan sesuatu perkara berdasarkan realiti semasa
mengikut lapangan tertentu sama ada dalam bidang perubatan, perniagaan,
pengurusan ataupun perundangan.

iv. Etika diskriptif


 Merupakan pemikiran manusia berkaitan sesuatu perkara sama ada ianya
betul atau salah.
 Etika ini turut dikenali sebagai comparative ethic iaitu etika perbandingan
dalam menentukan kesan sesuatu perbuatan dan boleh didapati melalui
kajian yang bersifat empirikal berdasarkan kepada pemerhatian dan
bukannya berharap kepada teori semata-mata.

KONSEP ATAU PRINSIP-PRINSIP ETIKA

 Secara universal, kita sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain
dalam masyarakat dan terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan kita terhadap
orang lain. Oleh itu, kita perlu mewujudkan kaedah analitis yang konsisten untuk
mengklasifikasikan tindakan kita sebagai “betul” atau “salah”.
 Jika kita tidak dapat melakukannya, ia bukan kerana kita tidak mencuba. Seperti yang
telah digambarkan lebih awal, sejarah intelektual sejak 2,400 tahun lalu dipenuhi dengan
percubaan untuk mewajarkan piawaian moral dan membentuk sistem-sistem etika. Ini
adalah kerana tiada satu sistem pun yang dianggap sempurna. Walau bagaimanapun,
terdapat sekurang-kurangnya empat teori utama yang berkait dan relevan kepada
keputusan-keputusan pengurusan.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


 Etika berkait rapat dengan kehidupan manusia dan memainkan peranan penting
dalam memastikan setiap individu mendapat hak yang sewajarnya. Walaupun etika
ini dianggap sesuatu yang wujud secara semula jadi, ianya masih boleh dibentuk
serta dipengaruhi oleh persekitaran dan pengalaman seseorang. Isu etika pula boleh
dinyatakan sebagai satu situasi di mana masalah atau peluang yang perlu dipilih
oleh individu perlu dilakukan dengan menilai baik atau buruk dan betul atau salah.
TEOERI-TEORI ETIKA MENURUT BARAT

TEORI ETIKA
TEORI
TEORI DEONTOLOGI
TELEOLOGIKAL
TEORI KEMORALAN
TEORI KEPERIBADIAN SOSIAL
MULIA

TEORI TELEOLOGIKAL

 Berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘telos’ (Tujuan atau Akibat)


 Diasaskan oleh Bentham (1832) dan Mill (1873).
 Tindakan dianggap betul jika membawa akibat dihajati iaitu kebaikan.
 Teori ini mengatakan bahawa nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan sesuatu
perbuatan.
 Keputusan yang terkahir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul
yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik
dan buruk, betul dan salah.
 Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak
kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan
 Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.
 Teori ini dapat dilihat dari dua (2) perspektif, iaitu:
o
Teori Utilitarianisme

berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan


kebahagiaan atau keseronokan majoriti

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD


Individu HUSSIN (PBPA)
patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan
maksimum kepada setiap orang atau membawa kebahagiaan maksimum
kepada majoriti
 Sesuatu perlakuan itu dianggap baik atau benar mengikut kadar atau
o Teori Egoisme

Satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah ‘betul’ jika
ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu ‘buruk’ jika ia
membawa keburukan kepada diri sendiri.

Kesan: teori ini menggalakkan seseorang itu untuk memikirkan tentang diri
mereka sendiri dan membuat keputusan demi kepentingan sendiri
KELEMAHAN TEORI TELEOLOGIKAL

 Memerlukan kita mencari dan menentukan semua akibat daripada sesuatu Tindakan atau
peraturan.
 Sukar menilai sesuatu akibat kerana tidak boleh meninjau masa hadapan.
 Ramai tiada pengetahuan yang cukup untuk menilai apa yang mendatangkan akibat baik atau
buruk daripada sesuatu Tindakan.

TEORI DEONTOLOGI

 Berasal daripada perkataan Yunani ‘deon’ (Diharuskan atau diwajibkan)


 Diasaskan oeh Kant (1804).
 Tindakan berasaskan tanggungjawab dan bukan kesan daripada sesuatu Tindakan.
 Betul atau salah ditentukan oleh pegangan seseorang berdasarkan ajaran agamanya.
 Menurut teori ini, akibat atau kesan sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan. Apa yang
lebih penting ialah sifat perlakuan atau ciri-ciri perlakuan itu. Sesuatu perlakuan sama ada baik
atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang
bernilai intristik.
 Oleh itu, kita perlu memahami kewajipan dan peraturan moral yang sedia ada sebelum kita mula
memilih sesuatu tindakan moral yang betul. Perlakuan kita akan dianggap bermoral jika
mengikut kewajipa dan sebaliknya.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


 Teori deontologi ini terbahagi kepada dua (2) prinsip utama iaitu:
o
Prinsip Kewajipan

 Dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804).


 Beliau menegaskan perlaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana
perlaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab.
 Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada
tindakan itu bermoral atau tidak.
 Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan
berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang tidak
berubah mengikut agama atau adat resam.

Contoh: Tidak membunuh, tidak berzina atau tidak menipu dalam apa jua
keadaan merupakan peraturan universal. Menurut Kant, sesuatu tindakan yang
betul perlu selari dengan kemoralan universal. Maka kita tidak perlu membuat
pertimbangan tentang kesan tindakan (teori Teleologikal) sebelum kita membuat
keputusan

Kelemahan: Keadaan yang wujudnya dua konflik dalam satu masa.

o
Prinsip Eksistensialisme

 Prinsip ini menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan
individu secara bebas.
 Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat
bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif
dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set
peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan
bermoral.

 Oleh itu, relativisme individu dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau
buruk adalah berasaskan pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas
bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri.

Contoh: peperangan dan konflik antara ras adalah tanggungjawab manusia yang
menimbulkan masalah-masalah berikut. Maka, manusia yang juga
menyelesaikan masalah tersebut. Ini adalah kerana manusia perlu
bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

Kelemahan: individu yang berpegang kepada prinsip ini hanya berpegang


kepada prinsip sesuatu nilai yang baik atau buruk mesti berasaskan kepada
pilihan individu secara bebas. Tetapi, kadang kala nilai pilihan individu ini tidak
mengambil kira prinsip moral keluarga dan masyarakat setempat, malah
mempunyai standard moral yang jauh berbeza
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)
KELEMAHAN TEORI DEONTOLOGIKAL

 Kita tidak boleh ketepikan secara langsung kesan sesuatu Tindakan kita.
 Kita tidak dapat buat garis panduan untuk haling pertimbangan akibat sebelum ambil sesuatu
Tindakan.
 Apakah faedah sesuatu Tindakan jika tidak boleh membawa kesan baik kepada diri, orang
lain atau kedua-duanya.

TEORI KEMORALAN SOSIAL

 Teori ini cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika iaitu autoriti.
 Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan
masyarakat. Individu bukan sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau peraturan ini adalah ukuran
dan persetujuan masyarakat.
 Oleh itu, individu bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi menjaga
kerukunan sosial yang sedia ada.
 Sebagai contoh, penganut hindu dikehendaki mengamalkan apa yang diperintahkan dan
menjauhi apa yang dilarang menerusi dharma dan ahimsa. (Sumber Rujukan: Abdul Rahman Md.
Aroff)
 Kelemahan : Individu yang berpegang kepada teori ini mengahadapi kesukaran menyesuaikan
diri dengan peraturan dan situasi masyarakat yang baru sedangkan masa dan keadaan sekeliling
selalu berubah. Teori ini selalu berlandaskan peraturan masyarakat atau mementingkan
masyarakat dan bukannya individu sebagai matlamat etika sedangkan peraturan masyarakat
adalah berbeza antara sesuatu masyarakat. Ringkasnya, teori ini terlalu patuh kepada autoriti.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


 Menurut teori ini, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang
mulia.
 Teori ini dikemukakan oleh Aristostle.

Virtue
(keperibadian sekumpulan konsep mencakupi keadilan, kemurahan hati,
mulia) keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan.

Kecenderungan untuk sesuatu tujuan bukan perasaan @


Keperibadian
kebolehan dan tidak dihasilkan dalam diri seseorang individu
mulia
oleh alam semula jadi.

 Menurut beliau juga, keperibadian mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui
latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang
menyeronokkan dan menyenangkan.
 Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian mulia merupakan ‘jalan tengah’ iaitu sesuatu
nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang
 Sebagai contoh, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri daripada
perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara
ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia.
 Keperibadian mulia dikaitkan dengan integrity, kejujuran, pertimbangan, menghormati diri dan
rasa tanggungjawab.
 Kelemahan: Amalan ‘jalan tengah’ dikatakan tidak dapat memberi bimbingan dan nasihat yang
praktikal kerana apa yang dianggap ‘patut’ dan ‘sederhana’ adalah tidak jelas. Kerumitan ini
meruncing apabila seseorang melakukan sesuatu yang melibatkan orang lain. Al-Ghazali berkata
keadilan bukan jalan tengah sebab keadilan tiada dua keterlaluan, tetapi hanya ada
pertentangan iaitu ketidakadilan dan kezaliman. Tetapi Aristostle mengatakan tingkah laku yang
adil terletak di tengah-tengah. Selain itu oleh kerana Aristostle menganggap keperibadian mulia
bukan semula jadi maka teori ini ditentang oleh golongan yang percayakan Tuhan. (Abdul
Rahman Md. Aroff, 1999.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


KEGUNAAN TEORI ETIKA

 Menyelesaikan dilemma etika


 Mengenalpasti obligasi etika

KONSEP NILAI

APA ITU NILAI? Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam
mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perbuatan,
tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik,
berguna, diingini atau sebaliknya. Selain itu, nilai juga
merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu
benda, situasi dan manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat
sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada
dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemikiran

FUNGSI NILAI

 Bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu
isu sosial atau moral.
 Dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan
 Panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan
seseorang.

Menurut Abdul Rahman Md Aroff, fungsi nilai ialah

 Bertindak sebagai ukuran, menilai tingkah laku sendiri dan orang lain.
 Dasar bagi menentukan apa yang harus di hujah dan panduan menyelesaikan konflik/membuat
keputusan
 Menghadkan perlakuan seseorang
 Menunjukkan hubungan antara nilai intrinstik dengan nilai instrumental @ ekstrinsik,
menunjukkan pandangan kita terhadap nilai (subjektif@objektif) dan menunjukkan ‘apa yang
dinilai’ (relatif @ absolute / mutlak)

Nilai Mutlak 6 JENIS NILAI Nilai intrinsik

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Nilai Relatif Nilai Instrumental

Nilai Objektif

Nilai Subjektif
Nilai yang digunakan untuk
menunjukkan apa yang Nilai yang digunakan untuk
dinilai menunjukkan hubungan
antara nilai
Nilai yang digunakan untuk
menunjukkan pandangan
seseorang terhadap nilai
RINGKASAN BAB 2 :)

Nilai Instrumental atau Exstrinsik

Iaitu suatu nilai yang berkait atau bergantung dengan nilai yang lain untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Sesuatu nilai baik itu dilakukan kerana ada nilai lain yang hendak dicapai.
Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh :
 Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya menjadi jurutera.
 Dia sangat rajin ke kuliah kerana ingin mendapatkan markah yang tinggi.
 Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia II.
 Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran
dadah.

Nilai Intrinsik
Iaitu nilai yang tiada kaitan dengan nilai yang lain dan nilai tersebut adalah matlamat akhir.
Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambilkira
kesannya.

Contoh :
• Dia rajin membaca.
• Dia menyayangi anaknya sepenuh hati.
 Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah
semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undangundang yang
ada, bukannya untuk membasmi kegiatan pengedaran dadah.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Nilai Subjektif
Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan.
Iaitu apabila sesuatu nilai itu diterima atau ditolak berdasarkan pandangan seseorang individu.

Contoh :
• ‘Tidak bekerjasama membuat tugasan berkumpulan”- A berpendapat keadaan ini adalah perkara
biasa.
• Kes Amerika hendak menyerang Iraq
- Bagi Britain, Amerika perlu menyerang Iraq demi keamanan jangkapanjang dunia supaya Iraq
tidak meneruskan kerja membuat senjata yang banyak memusnahkan manusia;
- Bagi Perancis, Amerika tidak boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan menyebabkan
rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban.

Nilai Objektif
Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.
Iaitu apabila sesuatu nilai itu diterima atau ditolak berdasarkan satu set penilaian yang telah
dipersetujui bersama oleh kumpulan, persatuan, organisasi.
Suatu nilai yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai autoriti.

Contoh :
• Perhambaan tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan.
• Semua pelajar UTAR berpendapat bahawa menghormati budaya dan perundangan masyarakat
setempat merupakan nilai sejagat yang harus dipupuk di dalam diri.
• Ketua Polis Negara menyatakan kes penagihan dadah di negara ini semakin meningkat.

Nilai Relatif
Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu
matlamat masyarakat
Iaitu nilai yang tidak tetap dan berbeza cara penerimaannya di antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain
Boleh berubah mengikut masa

Contoh :
• Masyarakat Malaysia menganggap bersekedudukan adalah tidak baik manakala masyarakat Barat
menganggapnya perkara biasa.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


• Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi. Manakala di
California, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.

Nilai Absolute / Mutlak


Nilai yang tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat.
Iaitu suatu nilai yang tetap dan kekal serta diterima secara consensus oleh semua masyarakat.
Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.

Contoh :
• nilai keadilan
- Setiap penjahat mesti dihukum
- Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.
- Nilai ini telah diterima pakai oleh semua jenis masyarakat sebagai satu nilai yang mutlak.

TEORI-TEORI ETIKA

Teori Tahun Fokus Tokoh


Teori 1748 - Betul & salah ditentukan Jeremy Bentham
Utilitarianisme 1832 oleh kebahagiaan atau
keseronokan yang dibawa
kepada orang ramai.

Contoh:
Pemimpin yang diktator
harus dilucutkan jawatan
sekiranya dapat
memberikan kebebasan dan
keamanan kepada rakyat.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Prinsip Kewajipan 1724 - Tanggungjawab merupakan Immanuel Kant
1804 nilai utama samada
tindakan itu bermoral atau
tidak

Contoh:
Seorang guru yang
bertanggungjawab harus
mengutamakan kerja tidak
kira pada bila-bila masa
sahaja.
Teori Abad Ke-4 Jalan tengah iaitu nilai yang Aristotle
Keperibadian SM diamalkan adalah tidak
Mulia berlebihan dan tidak juga
berkurang

Contoh:
Seorang pelajar IPG perlu
memiliki nilai kerajinan.

Teori Kekuatan Kelemahan


Utiliatarianisme Memberi manfaat kepada Lemah dan mudah
orang ramai. Aspek menghadapi konflik
tanggungjawab kerana matlamat yang
dititikberatkan menghalalkan cara
Egoisme Memberi kepuasan yang Hanya memikirkan diri
hakiki kepada diri sendiri sendiri dan kebaikan serta
kepuasan daripada
tindakan tersebut, iaitu
kepentingan orang lain
diketepikan.
Prinsip Kewajipan Mementingkan Mudah berdepan dengan

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


tanggungjawab sebagai keadaan yang wujudnya
menentukan tindakan yang dua kewajipan yang
dilakukan itu suatu tindakan berkonflik
bermoral
Prinsip Eksistensialisme Baik buruk berdasarkan Baik buruk untuk diri.
pilihan peribadi. Tidak semestinya baik
untuk orang lain.
Teori Kemoralan Sosial Dapat hidup bersama Susah menyesuaikan diri
dengan pendirian orang lain dengan peraturan dan
tanpa mengutamakan situasi masyarakat yang
pegangan diri sendiri. baru sedangkan masa
dan keadaan sekeliling
selalu berubah.
Teori Keperibadian Sifat peribadi dapat Tidak dapat memberi
Mulia dikenalpasti bermatlamat bimbingan dan nasihat
dan objektif kehidupan. yang praktikal kerana apa
yg dianggap ‘patut’ dan
‘sederhana’ adalah tidak
jelas. Kerumitan ini
meruncing apabila
seseorang melakukan
sesuatu yang melibatkan
orang lain.

Manusia dikatakan suka


meniru atau mengikut
teladan.

JENIS-JENIS NILAI

Jenis-jenis nilai Peranan


      Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai yang digunakan untuk menunjukan
hubungan antara nilai.
      Nilai Intrinsik
      Nilai Subjektif Nilai yang digunakan untuk menunjuk pandangan
seseorang terhadap nilai.
      Nilai Objektif
      Nilai Relatif Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa
yang dinilai.
      Nilai Mutlak (Absolute)
.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


SOALAN SPOT

SOALAN 1 (JUMLAH: 20 MARKAH)

a) Berikan maksud etika barat menurut pandangan anda.


(2 markah)
b) Nyata dan terangkan dengan ringkas TIGA (3) jenis etika.
(6 markah)
c) Nyatakan DUA (2) kelemahan teori-teori berikut:
i. Teori Teleologikal
(2
markah)

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


ii. Teori Deontologikal
(2
markah)
d) Nyatakan nama tokoh teori-teori berikut:
i. Prinsip Kewajipan
(1 markah)
ii. Teori Keperibadian Mulia
(1 markah)
e) Nyata dan huraikan TIGA (3) jenis nilai yang anda pelajari.
(6 markah)

SOALAN 2 (JUMLAH: 20 MARKAH)


a) Huraikan konsep berikut secara ringkas:
i. Moral
(2 markah)
ii. Akhlak
(2 markah)
iii. Nilai
(2 markah)
b) Berdasarkan kefahaman anda tentang Teori Keperibadian Mulia. Jelaskan dengan lebih
terperinci dari aspek takrif, kekuatan dan kelemahan.
(6
markah)
c) Nyatakan nama tokoh teori-teori berikut:
i. Teori Teleologikal
(1 markah)
ii. Teori Deontologikal
(1 markah)

d) Huraikan dengan ringkas nilai-nilai berikut:


i. Nilai mutlak
(2 markah)
ii. Nilai relatif
(2 markah)
iii. Nilai intrinsik
(2
markah)

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


SOALAN 3 (JUMLAH: 20 MARKAH)
a) Huraikan konsep berikut:
i. Akhlak
(2 markah)
ii. Nilai
(2 markah)
b) Nyatakan LIMA (5) jenis-jenis nilai yang anda pelajari.
(5
markah)
c) Nyatakan nama tokoh teori-teori berikut:
i. Teori Utilitarianisme
(1 markah)
ii. Prinsip Kewajipan
(1 markah)
iii. Teori Keperibadian Mulia
(1 markah)
d) Berdasarkan kefahaman anda tentang Teori Deontologi. Jelaskan dengan lebih terperinci
dari aspek takrif, tujuan dan jenis teori tersebut.
(8
markah)

GOOD LUCK 😊

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)

Anda mungkin juga menyukai