Anda di halaman 1dari 13

BAB 5: ETIKA DALAM PEMASARAN

PENGENALAN

Istilah ‘marketing’ atau pemasaran telah muncul seawall abad 20-an. Hakikatnya, kaedah
pemasaran telah lama dianuti dan dipraktikkan sejak zaman berzaman. Yang jelas pada hari
ini, konsep pemasaran berubah mengikut perubahan era dengan pelbagai definisi diberi
tentang konsep pemasaran dari perspektif yang berlainan.

REALITI PEMASARAN KINI

• Konsep pemasaran era kini yang telah didoktrinkan amalan etika perniagaan

kontemporari berperanan besar dalam mengawal standard urusan perniagaan

tempatan atau antarabangsa.

• Jelas, konsep pemasaran masa kini tidak sama sekali akan kompromi ke atas

kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pembeli bahkan

mengorbankan kadar keuntungan perniagaan bagi pembeli.

KONSEP PEMASARAN MENURUT ISLAM

• Proses dan strategi memenuhi keperluan produk-produk dan perkhidmatan

halal dengan persetujuan bersama dan kebajikan kedua-dua beah pihak iaitu

pembeli dan penjual untuk mencapai matlamat dan kesejahteraan rohani di

dunia dan di akhirat.

• Islam telah meletakkan prinsip-prinsip asas dalam strategi perniagaan. Pemasar

mesti mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Syariah Islam seperti

yang digariskan dalam Al-Quran.


• Islam menegaskan supaya berlaku adil dalam perniagaan. Margin keuntungan

yang tidak adil dalam perniagaan adalah dilarang dalam Islam.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


DEFINISI

Etika pemasaran merupakan kajian yang dikhususkan mengenai moral


yang benar dan salah. Kajian ini memfokuskan kepada standard moral
sebagaimana yang diterapkan dalam institusi sosial dan perilaku
b isnes.

A PA ITU
PEMA SARAN?

“Satu proses sosial yang didalamnya terdapat individu atau kumpulan yang bertujuan
mendapatkan apa yang mereka perlukan dengan mencipta, menawar dan membuat
pertukaran secara bebas berdasarkan nilai-nilai yang dipersetujui bersama”- Kotler

ETIKA PEMASARAN DALAM ISLAM

✓ Dalam memasarkan suatu produk, seringkali seorang pengusaha masih melakukan


pelbagai cara agar mendapatkan keuntungan satu pihak.
✓ Namun begitu, diingatkan dalam agama, isu berniaga sudah dibahas dalam feqah
muamalah (jual beli) dalam Islam.
✓ Sebagai umat Islam, kita seharusnya mematuhi dan mampu menjalankan apa sahaja
yang sudah diperintahkan dalam Islam. Kita harus mematuhi fungsi agama Islam
dalam mengatur segala sesuatu dalam hidup ini.
✓ Etika pemasaran dalam Islam memiliki prinsip yang menjaga peraturan dalam hukum
Islam atau aturan hukum ekonomi syariah.
✓ Pemasaran dalam Islam perlu mengandungi pemasaran syariah, yakni pemasaran
yang selalu memperlihatkan peraturan dan tujuan ekonomi Islam. Lebih baik jika
seorang peniaga memperhatikan standard yang berlaku atau tatacara perniagaan
yang ada dalam Islam. Tatacara perniagaan juga sudah disebut dalam Al-Quran.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Sebagai peniaga harus tahu apa jua halangan dalam berniaga.

CONTOHNYA:

Penipuan (Tadlis)

• Apabila penjual dan pembeli mempunyai maklumat yang sama tentang barang akan
diniagakan. Apabila salah satu pihak tidak mempunyai maklumat seperti yang dimiliki
oleh pihak lain maka salah satu pihak akan merasa rugi atau mungkin terjadi
kecurangan atau penipuan.
• Penjual tidak memberikan informasi yang tidak sesuai dengan barang yang
diperdagangkan.

Ketidak jelasan (Gharar)

• Wujud keraguan atau tindakan yang bertujuan untuk merugikan pihak lain.
• Suatu akad dianggap mengandungi unsur penipuan, jika tida ada kepastian, baik
mengenai ada atau tidaknya objek akad, besar atau kecil jumlah mahupun masa
menyerahkan objek akad tersebut.

Riba

• Dalam perniagaan antara penjual dan pembeli, Islam melarang untuk melakukan riba ke
atas barang yang ingin didagangkan.
• Riba juga bermaksud nilai sesuatu barang yang dibeli atau dipinjam telah dinaikan nilai
oleh seseorang untuk mendapatkan keuntungan lebih daripada pihak yang terbabit.

DEFINISI

➢ Menurut Islam, perniagaan ialah memiliki sebuah sistem pemasaran atau disebut
sebagai etika pemasaran yang sudah tentu memiliki prinsip yang sesuai dengan Islam.
➢ Dalam Islam, dibolehkan mengikut persaingan dan perkembangan pasaran, namun
perlu sesuai dengan syariah yang sudah ditetapkan.
➢ Dalam pemasaran syariah, dibolehkan untuk menjaga nama baik pelanggan,
menyebut spesifikasi kualiti barang tetapi perlu kondisi barang tersebut. Seorang
peniaga perlu jujur dalam menjalankan perniagaan dan sesuai dengan mengikuti
segala peraturan transaksi ekonomi dalam Islam.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


PRINSIP PEMASARAN DALAM ISLAM

1. KEADILAN
Berlaku adil adalah perkara yang harus dimiliki oleh seorang pengusaha dalam

memasarkan barang atau produknya. Menurut Islam, untuk berjaya dunia dan akhirat

seorang pemimpin mampu bertindak sacara adil dan bijaksana.

2. MENJAGA KUALITI PRODUK


Sebagai pengeluar, kita haruslah memberikan yang terbaik pada pelanggan. Salah satu

cara yang boleh kita lakukan demi menjaga hubungan dengan pelanggan dengan

menjaga kualiti barang kita. Sebagai pihak pemasaran yang baik, kita perlu

memberikan spesifikasi barang yang sesuai dengan kualitinya. Oleh sebab itulah,

kualiti barang perlu dijaga dalam berniaga.

3. SEDAR AKAN PERKEMBANGAN ZAMAN


Bijak dalam melakukan perubahan adalah tindakan yang harus dilakukan oleh seorang

peniaga. Bahkan dalam ekonomi syariah juga harus dimiliki oleh seorang peniaga

muslim. Seorang peniaga perlu mengikuti perkembangan zaman sehingga mereka dapat

mengikuti perkembangan pasaran perniagaan tanpa melanggar aturan feqah

muamalah (jual beli) yang sudah ditetapkan.

4. JUJUR DALAM MEMBERITAHU KUALITI DAN KUANTITI


Sebagai umat Islam, kita diajarkan untuk jujur dalam memberikan keterangan suatu

barang, baik dari kualiti dan kuantitinya. Hal ini perlu diperhatikan agar kita tidak

terjebak dalam kesalahan jual beli yang dilarang oleh Islam. Oleh sebab itu, berikan

harga yang sesuai dengan kualiti dan kuantitinya.

5. KHIYAR (SYARAT) DALAM JUAL BELI


Dalam membangun sesebuah perniagaan untuk memasarkan suatu barang menjadi

perkara yang utama serta menjaga hubungan dengan pelanggan merupakan perkara

utama oleh peniaga. Pelanggan ibarat seorang raja. Oleh sebab itu, sebagai seorang

peniaga, kita mestilah memasarkan dan memberikan tanggapan kepada pelanggan

dengan cara yang baik dan benar.

6. FUNGSI DAN MANFAAT


Jika kita ingin memasarkan sesuatu barang, pastikan barang tersebut memberikan

manfaat bagi pelanggan dan manfaat tersebut perlu sesuai dengan tujuan. Sebagai

contoh, pihak pemasaran memasarkan tudung untuk kaum wanita, tentulah barang

tersebut memiliki manfaat bagi si pengguna dan barang yang dipasarkan tidak

disalahgunakan sebagai medium maksiat.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


7. MEMASARKAN BARANG DENGAN JUJUR
Memasarkan sesuatu barang adalah ikhtiar dalam berniaga dan perlu berlandaskan

kejujuran. Kita perlu mencipta hati yang jujur dalam memasarkan suatu barang atau

produk. Memasarkan sesuatu barang dengan jujur akan mampu menghasilkan rezeki

yang berkat dan membuat pelanggan berasa tertarik.

8. AMANAH
Sebagai seorang peniaga, kita dituntut untuk memasarkan barang agar mendapatkan

keuntungan yang berkat. Ketika memasarkan barang, kita harus menjaga kepercayaan

pelanggan dalam memberikan keterangan atau spesifikasi. Berikan keterangan kualiti

barang dengan jelas dan sesuai.

9. BERUSAHA
Dalam sebuah perniagaan, pasti kita akan memasarkan barang perniagaan kita. Di sini,

kita harus terus berusaha. Seorang peniaga harus semangat dalam memasarkan

barangannya dan tidak boleh berputus asa. Usaha juga dilakukan untuk terus menjaga

nama baik dan menjaga kualiti produk. Demi menjaga aspek-aspek tersebut, semua itu

memerlukan usaha bagi seorang peniaga dan sudah tentu usaha tersebut harus

berlandaskan hukum Islam.

10. TIDAK MEMASARKAN RIBA’


Setiap peniaga perlulah memasarkan barang tanpa unsur riba’ atau bunga. Sebagai

umat Islam dalam melakukan pemasaran barang, kita tidak dibenarkan untuk

memasarkan barang atau transaksi yang mengandungi riba’. Sebagai peniaga, perlulah

berpegang teguh kepada hukum ekonomi syariah Islam yang benar.

A PA KAH TUJUANNYA
PEMA SARAN?

1. Mem ahami pasaran dan pengguna

• Tujuan utama yang perlu dicapai oleh bahagian pemasaran adalah memiliki
pemahaman yang dalam mengenai pasaran dan pelanggan yang menjadi
target. Memahami trend persaingan, keperluan dan permintaan serta
keadaan pasaran dalam kuasa beli pengguna, dan faktor dalam
mempengaruhi keputusan pengguna membuat belian.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


2. Membentuk produk yang sesuai dengan permintaan pasaran

• Antara faktor penting pengeluaran ialah dapat menghasilkan produk yang


sesuai dengan keperluan dan permintaan pengguna. Seperti yang kita
dapat lihat sebelum ini, tujuan utama pemasaran adalah untuk memahami
pasar. Dengan memahami pasar, pemasaran perlu mengeluarkan barangan
mengikut kuantiti yang diminta oleh pengguna dalam pasaran
3. Meningkatkan reaksi positif untuk produk

• Tujuan utama dari promosi adalah untuk menggalakkan perkenalan produk


baru kepada kumpulan sasaran. Apabila produk sudah dikenali, maka
secara tidak lansung, pasaran akan meningkat. Terdapat beberapa cara lain
untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai antaranya ialah
promosi dan iklan di media massa.
4. Menunjukkan i mej pengeluaran produk yang dihasilkan

• Sebagai contoh, produk kecantikan kulit mestilah bermej satu alat bantuan
untuk kulit pengguna supaya kelihatan lebih baik dari sebelum pemakaian
produk, susu digambarkan sebagai sumber mendapatkan kalsium buat
kanak-kanak yang sedang membesar dan telefon bimbit menunjukkan
kemajuan teknologi masakini yang dapat menghubungkan dunia. Imej juga
dapat ditunjukkan melalui konsep ‘brand image’ yang sering diguna pakai
oleh kebanyakkan produk di pasaran. Antaranya, Neelofa yang menjadi imej
kepada produk tudungnya sendiri dan Lee Min Ho sebagai idola atau ‘brand
image’ pada syarikat pengeluaran telefon bimbit iaitu OPPO.
5. Meningkatkan jumlah jualan sesebuah produk

• Setiap pengeluaran produk yang dihasilkan adalah untuk mengaut


keuntungan. Syarikat pengeluaran mengaut keuntungan dengan membuat
jualan. Kebiasaannya, pengeluar akan menetapkan anggaran jumlah jualan
setiap tahun kemudian menjadikan target pasaran yang berkesan
6. K epuasan pengguna yang m aksimum

• Antara faktor penting permintaan di dalam pasaran adalah kepuasan


pengguna terhadap sesuatu produk. JIka produk yang dikeluarkan tidak
memberi kepuasan kepada pengguna, maka penjualan produk tidak akan
meningkat secara berterusan dan mencatatkan penurunan.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


Tekanan Mengejar
persaingan keuntungan dan
terhadap kepentingan
perusahan peribadi

FAKTOR-FAKTOR
YANG
MENDORONG
TIMBULNYA Pertentangan
MASALAH ETIKA
antara nilai-nilai
PEMASARAN
pemasaran dan
nilai-nilai
perseorangan

JENIS-JENIS ETIKA PEMASARAN

ETIKA DALAM KONTEKS


PRODUK

JENIS-JENIS ETIKA
ETIKA DALAM KONTEKS PEMASARAN ETIKA DALAM KONTEKS
PROMOSI IKLAN

ETIKA DALAM KONTEKS


HARGA

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


ETIKA DALAM KONTEK PRODUK

• Produk yang dikeluarkan mestilah halal.


• Tidak merbahaya kepada masyarakat
• Menunjukkan spesifikasi seperti bahan, Tarikh luput
• Selamat digunakan
• Bukan produk lama
• Mempunyai nilai dan manfaat
• Tidak merbahaya kepada persekitaran
• Produk yang dikeluarkan perlulah berguna dan diperlukan oleh masyarakat
• Produk yang dikeluarkan perlulah berpontensi meningkatkan ekonomi negara
• Produk yang dikeluarkan memberi keuntungan
• Produk yang dikeluarkan perlulah bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan
pembeli (pengguna)

ETIKA DALAM KONTEKS IKLAN

• Barang yang dikeluarkan mestilah menjamin kesejahteraan pengguna dan tahan lama
• Pengguna dapat memperolehnya dengan cepat dan tepat

ETIKA DALAM KONTEKS HARGA

• Jangan sampai menindas pengguna dan jangan mengabaikan hak penjual untuk
mendapatkan keuntungan
• Penetapan harga juga perlu berdasarkan kualiti dan kuantiti sesuatu produk
• Menaikkan sedikit harga melebihi harga pasaran jika produk tersebut mempunyai
nilai tambah.
• Penetapan harga banyak bergantung kepada kejujuran dan ketelusan penjual di
samping melihat harga pasaran semasa
• Harga diukur berdasarkan kuasa beli pengguna
• Pengeluar perlulah memaksimumkan keuntungan bagi menjamin kenaikan hasil
dalam syarikat
• Harga keluaran sesuatu produk telah ditambah jumlah kos penghasilan produk

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


ANTARA TRANSAKSI YANG TIDAK DIBENARKAN MELALUI PERLETAKAN HARGA

➢ Maisir: mendapatkan sesuatu dengan mudah tanpa bekerja keras


➢ Tattif: menukar kualiti dan kuantiti produk tanpa menukar harga
➢ Ihtikar: menyorong baran dan menjual bila kekurangan berlaku supaya barang
tersebut harganya menjadi naik
➢ Iktinaz: mengumpul dan menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan
barang tersebut dengan sebaik mungkin (tidak ikut Syariat Islam)

ETIKA DALAM KONTEKS PROMOSI

Promosi bermakna untuk memperkenalkan dan membentangkan produk untuk pelanggan. Ia


termasuk pengiklanan, jualan peribadi, publisiti dan promosi jualan.

• Mendedakan semua kecacatan barang, jika ada


• Keterlaluan dalam amalan pemasaran tidak dibenarkan di dalam Islam
• Tiada penipuan dan tiada kekasaran
• Tiada penggunaan Bahasa yang tidak sopan
• Tiada penyembunyian fakta dan maklumat
• Tiada rayuan seksual atau pengiklanan lucah
• Tidak bersumpah di atas nama Allah
• Tiada pengiklanan yang mengelirukan
• Sebagai saranan dalam menyampaikan informasi yang benar dan tepat
• Menjadi daya dalam membangunkan imej positif
• Tiada unsur memanipulasi atau penipuan terhadap pengguna / pembeli
• Berasaskan prinsip-prinsip kejujuran

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PEMASARAN

Jati Diri

KEPENTINGAN
Berkata Benar

Persaingan yang Tanggungjawab Sosial


Sihat

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


PANDUAN ETIKA PERNIAGAAN DALAM ISLAM

➢ Pematuhan terhadap kontrak

➢ Tidak dibenarkan penipuan dan salah tafsir iklan


➢ Pengukuran yang tepat

➢ Larangan sorok barang

➢ Penghapusan keluaran berlebihan

➢ Tidak membeli barangan curi

➢ Perniagaan tidak melibatkan riba

➢ Penipuan barangan tidak dibenarkan

➢ Tidak bersumpah semasa jualan

➢ Pemuliharaan alam sekitar

JUAL BELI YANG HARAM DAN TIDAK SAH

Jual beli secara riba

Jual beli bahan najis – kecuali ada manfaatnya dan dicaj atas asas ujrah (upah) dan
kos langsung

Jualan secara sentuhan – ia dilarang kerana tidak jelas barangannya

Jualan secara campak – tanpa jelas barangan mana, tiada harga dan dianggap
campak sebagai akad

Jual beli secara baling batu – mana kena, maka itu dijual, haram (unsur perjudian)

Jual janin dalam kandungan – haram kerana tidak diketahui jenis dan sifatnya

Jual benih binatang – dilarang kerana belum tentu berhasil atau tidak

Jual al’arabun – jualan melibatkan deposit yang tidak akan dikembalikan sekiranya
jual beli tidak jad.

Jual tangguh kepada masa kelahiran anak – haram kerana masa tidak dapat
dipastikan dan tidak sah

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


JUAL BELI YANG HARAM TETAPI SAH

a) Mempengaruhi pembeli membatalkan pembeliannya dengan penjual lain dan

membeli dengan si pengaruh itu.


b) Menawar barang untuk dijual setelah pihak yang ditawar membuat keputusan

membeli dari orang lain.

c) Peniaga membeli barang orang kampung yang sedang membawa barang itu ke

bandar untuk dijual di sana.

CO NTOH JENIS PERNIAGAAN YANG DI LARANG DALAM ISLAM

i. Monopoli
ii. Wang palsu
iii. Pelacuran
iv. Cetak rompak
v. Dadah
vi. Perjudian

KAJIAN KES

Pada 30 September 1982, laporan di terima oleh pejabat pusat Johnson & Johnson
bahawa adanya mangsa meninggal dunia di Chicago setelah meminum kapsul ubat Extra
Strength Tylenol. Pada kes itu, tujuh orang dinyatakan mati secara misteri selepas
mengambil Tylenol di Chicago. Setelah diselidik, ternyata Tylenol itu mengandungi racun
sianida. J&J akan menarik 31 juta botol Tylenol di pasaran. Hasil kajian membuktikan
bahawa keracunan itu disebabkan oleh pihak lain. Dalam etika pernigaan apabila satu
pihak mencegah produknya daripada dikeluarkan tetapi mereka menghadapi kerugian
yang besar, dipandang sebagai tingkah laku yang beretika, maka syarikat yang menarik
kembali produknya yang mempunyai kecacatan pengeluaran dan boleh membahayakan
keselamatan pengguna, boleh dipandang sebagai syarikat yang melakukan tingkah laku
beretika dan bermoral.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


SOALAN SPOT

SOALAN 1 (JUMLAH: 20 MARKAH)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan etika pemasaran Islam?


(2 markah)
b) Nyata dan huraikan dengan ringkas EMPAT (4) prinsip pemasaran dalam Islam.
(8 markah)
c) Berikan EMPAT (4) panduan etika perniagaan dalam Islam.
(4 markah)
d) Jelaskan secara ringkas TIGA (3) istilah yang diharamkan dalam Islam:
i. Jual benih binatang
(2 markah)
ii. Jual janin dalam kandungan
(2 markah)
iii. Jualan secara sentuhan
(2 markah)

SOALAN 2 (JUMLAH: 20 MARKAH)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan etika pemasaran?


(2 markah)
b) Nyata dan terangkan dengan ringkas EMPAT (4) tujuan etika pemasaran diwujudkan.
(8 markah)
c) Senaraikan DUA (2) faktor yang mendorang timbulnya masalah etika pemasaran.
(2 markah)
d) Nyatakan maksud etika dalam konteks produk menurut pandangan anda.
(2 markah)
e) Jelaskan secara ringkas TIGA (3) istilah yang diharamkan dalam Islam:
i. Jual beli secara riba
(2 markah)
ii. Jual tangguh pada masa kelahiran anak
(2 markah)
iii. Jualan secara campak
(2 markah)

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)


SOALAN 3 (JUMLAH: 20 MARKAH)
a) Berikan takrif etika pemasaran.
(2 markah)
b) Jelaskan EMPAT (4) tujuan etika pemasaran diwujudkan.
(8 markah)
c) Nyatakan DUA (2) faktor yang mendorang timbulnya masalah etika pemasaran.
(2 markah)
d) Huraikan jenis-jenis etika pemasaran berikut:
i. Etika dalam konteks produk
(2 markah)
ii. Etika dalam konteks iklan
(2 markah)
iii. Etika dalam konteks promosi
(2 markah)
iv. Etika dalam konteks harga
(2 markah)

GOOD LUCK

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MOHAMAD HUSSIN (PBPA)

Anda mungkin juga menyukai