Anda di halaman 1dari 8

3.

0 PENGELUARAN SEMASA SYARIKAT


BAB 3
PENGELUARAN SEMASA SYARIKAT DAN SYARAT PENGURUSAN OPERASI
3.1 KEKUATAN
Dobi Hawa mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kekuatan merujuk kepada kelebihan,
keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi. Kekuatan ini akan
memberi kemampuan bersaing kepada organisasi.
3.1.1 Pekerja yang mahir
Dobi hawa mempunyai tiga orang pekerja yang melakukan tugas di dalam kedai dobi
tersebut. Pekerja di Dobi hawa berpengalaman dalam melakukan tugasnya. Ini adalah kerana
mereka telah bekerja lama di kedai Dobi tersebut. Mengikut penelitian mereka melakukan
tugas dengan cekap dan teratur serta lancar. Berdasarkan maklum balas yang telah diberikan
oleh pelanggan mereka amat berpuashati dengan servis yang telah disediakan oleh Dobi
Hawa tersebut. Apabila terdapat pelanggan yang ingin mencuci baju mereka terus datang
jkepada pelanggan dan menguruskan tentang cucian tersebut. Di Taman Medan ini terdapat
banyak kedai dobi yang beroperasi namun pelanggan tetap ke Dobi Hawa kerana servisnya
yang cekap dan laju. Selain itu pekerjanya juga tidak sombong dalam melayan kerenah
3.1.2 Harga yang kompetitif
Dobi Hawa menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan-pelanggannya. Kedai dobi
ini mengambil keputusan untuk mengenakan harga yang berpatutan agar semua boleh
menggunakan servis dobi mereka. Dobi Hawa mengenakan harga RM 3.50 untuk setiap
kilogram cucian dan RM 2.00 untuk pengeringan bagi setiap kilogram. Berdasarkan
pemerhatian harga ini amat berpatutan untuk dikenakan kepada pelangggan. Kedai dobi lain
yang kami lihat menawarkan harga yang sangat tinggi kepada pelanggannya seperti RM 4.00
untuk setiap kilogram. Harga ini amat mahal memandangkan penduduk di sini puratanya
mempunyai tangga gaji yang sederhana. Dengan harga ini ramai mereka yang mengmbil
kesempatan untuk menggunakan servis yang disediakan oleh Dobi Hawa.
3.1.3 Lokasi yang strategik
Lokasi yang strategik amat penting untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan supaya
perniagaan itu dikenali ramai. Begitu juga dengan Dobi Hawa yang mempunyai lokasi yang
strategik dan mampu menarik pelanggan yang ramai. Dobi Hawa terletak di kawasan Taman
yang mempunyai penghuni yang ramai dan rata-rata penduduk di sini bekerja dan ini
meningkatkan lagi peratusan untuk mereka menggunakan servis yang disediakan oleh Dobi
Hawa. Dobi hawa terletak di tengah kawasan Taman Dato Haron dan dikelilinya oleh

penempatan pelanggan. Lokasi ini menyebabkan ramai yang berkunjung di Dobi Hawa
berbanding dobi laian yang terdapat di situ. Mereka hanya berjalan kaki untuk pergi ke Dobi
Hawa ini.
3.1.4 Mesin cucian yang baru dan berteknologi tinggi.
Kedai Dobi Hawa menggunakan mesin berteknologi tinggi dalam melakukan aktiviti cucian
baju. Penggunaan mesin yang baru dan berteknologi tinggi amat penting buat Dobi hawa, ini
adalah kerana mereka ingin menjaga kualiti cuaian yang mereka berikan kepada pelanggan
Dobi Hawa. Antara mesin yang mereka gunakan ialah :
Bi
l

Jenis mesin

kuantiti

Mesin basuh MAYTAG 10.5 kilo kg

Mesin pengering MAYTAG 10.5 kg

Mesin basuh Europa 6.5 kg

Mesin pengering HAIER 5.0 kg

Wall fan FUJI AIR 26 in

Vacuum cleaner

Automatic booster pump

High pressure cleaner

Penggosok baju steam REVERBERI

10

Papan gosok besar (steam)

JADUAL 1: SENARAI PERALATAN DI DOBI HAWA


Kepelbagaian dan kecanggihan mesin ini akan membuatkan servis di Dobi Hawa semakin
lancar dan kapasiti pakaian yang boleh dicuci akan semakin meningkat. Apabila meningkat
maka keuntungan akan semakin bertambah. Mesin yang digunakan ini juga akan berlainan
daripada kedai dobi yang lain. Apabila ini berlaku maka ramai pelanggan lebih tertarik
kepada mesin pencuci berteknologi baru ini.
3.2 KELEMAHAN
Disebalik kekuatan Dobi Hawa mempunyai kelemahan juga. Kelemahan merupakan keadaan
perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan
kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang
dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasann atau kekurangan dari aspek
sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan
kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang
memuaskan. Seperti Dobi Hawa juga yang mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

3.2.1 Tidak mempunyai pelanggan tetap


Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi
tidak mengetahui tentang kelebihan yang perniagaan itu tawarkan. Oleh itu pemilik dan
pekerja perlu berusaha lebih giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya
dapat menembusi pasaran. Dobi Hawa terletak di kawasan taman yang juga terdapat banyak
kedai dobi dan ini akan menyebabkan pelanggan perlu memilih untuk pergi mencuci di mana.
Terdapat ramai pelanggan namun pelanggan akan memilih untuk mencuci di mana.
Pelanggan yang datang ke Dobi Hawa ini juga bukanlah orang yang sama. Pelanggan akan
bertukar dari hari ke hari. Terdapat juga pelanggan tetap namun tidaklah banyak kerana sudah
menjadi lumrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baru
3.2.2 Kurang dikenali
Perniagaan Dobi Hawa merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan
dengan dobi di Taman Medan ini. perniagaan Dobi Hawa ini mempunyai banyak cawangan
di Cheras namun orang ramai masih tidak mengenali Dobi Hawa ini. mereka yang tinggal di
Taman Medan ini sahaja yang mengenali Kedaii Dobi ini. pelanggan juga kurang mengetahui
tentang kewujudan dobi ini yang sudah mempunyai banyak cawangan.
3.2.3 Persaingan
Dobi Hawa mempunyai pesaing yang banyak yang juga menjalankan perniagaan Dobi juga.
Di setiap tempat terdapat kedai dobi yang juga dikunjungi pelanggan. Masalah paling besar
juga berlaku apabila pesaing dobi hawa adalah kedai dobi layan sendiri (self service) yang
mana amat mudah dan cepat tanpa perlu menunggu lama dan meninggalkan pakaian.
Pelanggan pasti akan merasakan yang dobi layan sendiri lebih mudah dan cepat untuk
pelanggan yang mementingkan masa. Persaing ini adalah antara cabaran terbesar yang perlu
dihadapi oleh Dobi Hawa.
3.3 PELUANG
Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang.
Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau
inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang
untuk dimanfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif
berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru. Dobi Hawa juga
mempunyai peluangnya yang tersendiri untuk mengembangkan perniagaannya di mata
masyarakat supaya pelanggan lebih mengetahui tentang kewujudan Dobi Hawa ini.
3.3.1 Mempelbagaikan servis yang disediakan

Dobi Hawa mempunyai peluang yang tinggi untuk Berjaya jika kedai dobi ini
mempelbagaikan servis yang disediakan kepada pelanggan. Perniaagaan dobi masa kini
adalah berteraskan layan diri. Dobi hawa dapat mengambil ruang dan kesempatan ini
mempelbagaikan servis mereka. Antara servis yang perlu dipelbagaikan ialah seperti
penghantaran baju yang telah siap dibasuh. Selain itu dobi hawa perlu melakukan servis
mengambil baju kotor di rumah. Jika servis ini dijalankan pasti ramai lagi pelanggan yang
melanggan servis Dobi Hawa dan perniaagannya dapat dikenali di mata masyarakat
3.3.2 Peluang untuk dikomersialkan
Perniagaan ini dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia
berhubungan dengan servis cucian dan servis cucian menjadi perintaan ramai terutamya bagi
mereka yang bekerjaya, tidak mempunyai cukup masa dan memiliki keluarga yang besar.
Mereka pasti amat memerlukan servis yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah
mereka. Apabila hari minggu pasti mereka akan mencari servis yang betul-betul bagus untuk
mencuci pakaian mereka di samping membantu mereka. Dengan ini imej perniaagaan akan
diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.
3.3.3 Perkembangan secara online
Perniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepad perniagaan
untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk
mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan. Dobi
Hawa mempunyai peluang untuk membuat perniagaan secara online dimana untuk lebih
menjadikan dobi hawa ini lebih dikenali oleh umum. Dobi hawa boleh menyediakan satu
laman khas untuk tempahan mencuci dan satu laman tentang info perniagaan Dobi Hawa ini.
Dengan ini pelanggan pasti teruja untuk mencuba servis yang disediakan oleh Dobi Hawa.
3.4 ANCAMAN
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh
mengganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. Sesuatu persekitaran luaran juga boleh
member ancaman kepada organisasi syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu
keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Analisis ancaman lebih kea rah menilai
apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk
kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi
mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu
perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta
menyenaraikan ancaman serta faktor pengalang kejayaan.
3.4.1Pesaing baru

Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru. Jika pasaran ini wujud dan berjaya
pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini
pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan Dobi Hawa tetap menjadi pilihan utama
pelanggan. Dobi Hawa mengahdapi ancaman daripada wujudnya pesaing baru yang kini
wujud. Kesannya pelanggan mereka mungkin hilang disebabkan wujudnya pesaing baru. Di
taman Medan ini dilihat banyak kedai dobi yang baru dibuka dan rata-ratanya dapat menarik
perhatian pelanggan baru yang ingin mencuba
3.4.2 Kuasa dan kekuatan pesaing yang ada
Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman
yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk
memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan
persaingan sengit kepada Dobi Hawa. Dobi Hawa perlu bersaing dengan kedai dobi yang
sudah lama beroperasi berbanding Dobi Hawa. Pasti mereka yang telah lama beroperasi akan
mempunyai pelanggan yang tetap, dikenali oleh semua pelanggan dan ramai pelanggan yang
menggunakan perkhidmatan mereka. Dobi Hawa perlu bijak merancang strategi untuk
mengatasi masalah ini. Dobi Hawa perlu mengambil langkah memantapkan operasi untuk
bersaing dengan pesaing yang sudah lama ada di Taman Medan ini.
RAJAH 2: ANALISIS SWOT

3.5 MASALAH SEMASA YANG DIHADAPI OELH DOBI HAWA


3.5.1 Pesaing yang banyak
Pesaing merupakan masalah semasa yang dihadapi oleh Dobi Hawa. Setiap perniagaan
mempunyai pesaingnya yang tersendiri dan tiada perniagaan yang tidak mempunyai pesaing.
Industri perniagaan di Malaysia memang maju dan pesat tidak kira perniagaan apa sekalipun.

Perniagaan dobi juga tidak ketinggalan dalam kepesatan industri perniagaan di Malaysia dan
terdapat banyak pesaing untuk industri ini. Perniagaan Dobi Hawa juga tidak ketinggalan
dalam mempunyai pesaing. Pesaing Dobi Hawa juga dalam kategori dobi dan ini merupakan
masalah besar dan masalah semasa bagi perniagaan Dobi Hawa. Pesaing yang terlalu banyak
menyebabkan Dobi Hawa perlu bersaing dengan kuat antara mereka untuk memstikan yang
pelanggan akan datang kepada mereka.
3.5.2 Lokasi
Pemilihan lokasi perniagaan amat penting untuk sesebuah perniagaan. Dobi hawa terletak di
kawasan taman namun ramai tidak menyedari tentang kewujudan dobi ini. lokasinya yang
tersorok di sebalik rumah menyebabkan Dobi Hawa kurang dikunjungi oleh pelanggan.
Lokasi seharusnya dapat dilihat oleh semua agar Dobi hawa dikunjungi oleh pelanggan.
Lokasi yang strategik akan membuatkan sesebuah perniagaan itu dilihat dan dikunjungi. Dobi
hawa juga tidak menampal sebarang bena ataupun papan tanda perniagaan dobi mereka dan
kerana itulah dobi mereka kurang mendapat sambutan oleh orang ramai. Lokasi Dobi Hawa
juga bukan lokasi yang menjadi jalan utama untuk penduduk dan tersorok daripada
pandangan.
3.5.3 Simpan kira dan pengurusan am.
Simpan kira dan pentadbiran am memainkan peranan yang penting bagi setiap organisasi
termasuk Dobi Hawa. Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi dengan adanya sistem
perakaunan dan rekod-rekod yang betul yang ianya boleh keep track rekod jualan dan
dengan adanya rekod-rekod yang tertentu kita dapat memastikan tiada penipuan yang
dilakukan oleh pekerja. Perniagaan Dobi hawa tiada mesin pembayaran tunai yang dapat
merekod jualan. Pembayaran bagi kedai ini adalah secara manual di mana pelanggan
membayar kepada pekerja dan tiada rekod untuk merekod keuntungan pada hari itu.
3.6 POTENSI MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI OLEH DOBI HAWA
3.6.1 Pemasaran
Pemasaran menjadi potensi masalah yang bakal dihadapi oleh Dobi Hawa kerana keputusan
yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam
merancang, menjalankan dan menguruskan perniagannya. Pemasaran adalah beberapa siri
aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah
berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang muflis kerana pemiliknya tidak
mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah.
Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang
penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas dan tugas
peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keprluan pengguna dengan sebaik

mungkin. Justeru itu konsep pemasaran ialah perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna supaya boleh mendapat keuntungan. Jika pemasaran tidak
dibuat dengan kerap maka potensi masalah yang akan melanda Dobi Hawa akan terjadi.
3.6.2 Wakil khidmat pelanggan
Syarikat Dobi Hawa tidak memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat
pelanggan. Kakitangan yang diletakkan di kaunter tidak mesra pelanggan dan sombong. Perlu
diingatkan bahawa kakitangan yang ditempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan
yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan
mencerminkan imej perniagaan. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam dalam pekerja Dobi
Hawa ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan
pelanggan. Pekerja di Dobi Hawa perlu mempunyai etika dan sikap ramah pelanggan supaya
pelanggan mudah untuk berurusan dengan mereka yang ada di kaunter. Apabila ini berlaku
segala urusan berkenaan cucian baju akan menjadi lancar dan teratur tanpa ada apa-apa
perkara yang tidak diingini berlaku.
3.6.3 Pengetahuan dan latihan
Pengetahuan dan latihan merupakan sesuatu yang penting dalam apa juga yang kita lakukan.
seperti perniagaan dobi hawa yang memerlukan pengetahuan dan latihan kepada pekerjanya
untuk menguruskan mesin di kedai dobi tersebut. Pengetahuan yang luas tentang mesin yang
digunakan perlu supaya tidak timbul kesulitan untuk menggunakannya. Pengetahuan dan
latihan akan menjadi masalah yang bakal dihadapi kerana jika terdapat pekerja lama yang
berhenti kerja maka akan ada pekerja baru yang akan menggantikannya. Pekerja baru ini
mungkin tidak mempunyai pengetahuan untuk menggunakan mesin tersebut dan ini akan
menjadi satu masalah yang besar kepada syarikat Dobi hawa. Pekerja baru ini mungkin
kurang kecekapan dan ilmu tentang mesin dobi dan disini latihan kepada pekerja tentang
penggunaan mesin amat penting. Pengusaha perlu memberi latihan yang sewajarnya kepada
pekerja untuk menimba pengalaman baru tentang peralatan yang ada di Dobi Hawa
seterusnya dapat melakukan tugas dengan baik sekali.
3.6.4 Pembelian mesin dan peralatan
Pada masa kini terdapat pelbagai jenama bagi mesin dan peralatan bagi perniagaan dobi dan
cucian kering dengan pelbagai harga. Harga untuk setiap mesin berbeza mengikut jenis
mesin. Potensi masalah yang akan tejadi apabila terdapat mesin yang rosak dan perlu
pembelian baru. Kerosakan ini tidak akan terjadi pada masa kini namun ia akan terjadi pada
masa akan datang dan ini akan menjurus kepada potensi masalah yang bakal dihadapi oleh

Dobi Hawa. Harga mesin juga tidak murah kerana ia direka khas untuk kegunaan industri dan
digunakan untuk kegunaan kapasiti yang besar. Pengiraan perlu dilakukan untuk memastikan
pembelian, mesin baru menepati bajet untuk pembelian mesin yang telah ditetap

RAJAH 3: FISH BONE


POTENSI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH DOBI HAWA

RAJAH 4: FISH BONE


MASALAH SEMASA YANG DIHADAPI

Anda mungkin juga menyukai