Anda di halaman 1dari 21

ASAS KEUSAHAWANAN DAN INOVASI (L12)

LMCW 1022

KERJA KURSUS 2

“BMC: KEY ACTIVITIES, KEY RESOURCES AND


KEY PARTNERS”

DESIGN FOR:
CLEANING HOME DOT COM
“KAMI CUCI ANDA REHAT”

PENSYARAH:

DR. LOKHMAN HAKIM OSMAN


&
MUHAMMAD SHAH RIZAL MOHD GHAZALI

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. LAU SHI YEE A177804
2. MUHAMAD ASRUL BIN AHMAD A177809
NUR SURIANTI BINTI
3. A177815
HARONDIN
SYED MOHD ASRUL BIN S A177821
4.
MOHAMAD KAMARUZAMAN
5. TAN JIN XIN A177822
KANDUNGAN

1. Business Model Canvas (BMC) …………...………………...3

2. Arahan Tugas Dan Soalan …………………………………..8

3. Key Activities ………………………………………………...9

4. Key Partners ………………………………………………..15

5. Key Resources ………………………………………………18

6. Rujukan……………………………………………………...22

2
Business Model Canvas Design for: Cleaninghome.com Design By: Lau Shi Yee (A177804) Date: 26 April 2020 Version: 01
“Kami Cuci Anda Rehat” Muhamad Asrul Bin Ahmad (A177809)
Nur Surianti Binti Harondin (A177815)
Syed Mohd Asrul Bin S Mohamad Kamaruzaman (A177821)
Tan Jin Xin (A177822)

6. Key Partners 7. Key Activities 1. Value Propositions 4. Customer Relationships 2. Customer Segments
 Joywash Marketing -  Input  Mencuci Rumah dan  Kepada kawasan perumahan
pembekal utama bahan - Menerima tempahan Homestay (Bilik Tidur, sekitar kuala Lumpur,
cucian kepada syarikat perkhidmatan Pencucian oleh Tandas, Dapur, Mencuci  Tempahan melalui Selangor dan Putrajaya.
seperti pencuci lantai, pelanggan melalui Aplikasi Pinggan Mangkuk) Aplikasi CH.COM untuk
pencuci tandas, pewangi CH.COM, Aplikasi whatapps, kali pertama akan  Fokus kepada masyarakat
spray automatik, pewangi dan Laman Sesawang syarikat  Melipat baju (Sekiranya menerima promo Kod yang bekerjaya, warga emas
fabrik dan lain-lain. ada permintaan) (Percuma untuk dan pelajar.
 Manufacturing Processes: Perkhidmatan Melipat
 Syarikat Roliz Enterprise - Membuat jadual dan memberi  Memotong rumput dan Baju).  Semua jenis rumah di bandar
– membekal bahan pencuci tugas kepada pekerja. mengemas di sekitar luar dan kampung.
seperti pencuci serbaguna rumah (Sekiranya ada  Diskaun 50 peratus jika
lantai, sinki dan mozek - Memastikan peralatan permintaan). pelanggan
(Multipurpose), Cecair pencucian berkeadaan baik memperkenalkan kepada
Pewangi (Pine Detergent), untuk digunakan.  Mencuci longkang pelanggan lain.(Pakej
dan penanggal kotoran menggunakan water Jet Biasa sahaja).
(Asid & M.S.R). - Memastikan stok bahan (Sekiranya ada
pencucian mencukupi sebelum permintaan).  Diskaun 30 peratus kepada
 Cleanquip Sales & memberi perkhidmatan. pelanggan yang warga
services - membekal emas dan pelajar.
peralatan pembersihan  Output:  Terdapat 3 Pakej: (Kediaman disewa oleh
seperti mop debu, baldi - Memberi perkhidmatan Pelajar).
mop, alatan pencuci Pencucian mengikut kepada 1. Pakej VIP
jendela, alatan pencuci pakej yang dipilih pelanggan. - Cucian Utama (Bilik  Mengenakan Sistem Cop
microfiber seperti Tidur, Tandas, Dapur, Kad untuk Perkhidmatan
microfiber duster, - Memberi perkhidmatan melipat Mencuci Pinggan Bukan Pakej (cop kad
penyapu, organizer kit, baju secara percuma bagi Mangkuk) (4 kali sehingga 10 cop, dapat ½
scrub brushed rubbermaid pelanggan yang menggunakan Perkhidmatan). harga untuk Pakej Biasa).
dan pelbagai lagi. aplikasi CH.COM untuk
membuat tempahan kali - Melipat Baju (4 Kali
 HB Hygiene Sdn Bhd - pertama . Perkhidmatan).
membekalkan peralatan

3
teknologi mesin - Memotong Rumput (1
pembersihan seperti mesin Kali Perkhidmatan)
hisap debu basah/ kering
(Vacuum), Steam Vacuum - Mencuci Longkang (1
Cleaner, Mobile Cleaning, Kali Perkhidmatan)
Stone Care Machine dan 5. Key Resources 3. Channels
beberapa alatan lain yang  Mengembelingkan sumber yang ada Harga dan Keluasan:
diperlukan oleh syarikat. semaksimumnya seperti: RM 1,150– 1200sqf ke  Tempahan boleh dibuat secara
bawah. dalam talian melalui Apps
1. Modal rakan kongsi RM1,300 – 3,000sqf ke CH.COM. (laman sesawang
RM100,000 bawah. dan aplikasi Whatsapp
RM 1,450– 10,000sqf ke sekiranya pelanggan tidak
2. Sumber manusia dengan bawah. memuat naik Aplikasi
mewujudkan unit kewangan CH.COM di telefon pintar).
dan pentadbiran, pemasaran, 2. Pakej Premium
kualiti perkhidmatan dan - Cucian Utama (Bilik
Teknologi dan Inovasi bagi Tidur, Tandas, Dapur,
melancarkan pengurusan Mencuci Pinggan
sumber manusia. Mangkuk) (4 kali
Perkhidmatan).
3. Bangunan di Bangi Gateway,
Bangi, Selangor. - Melipat Baju (4 Kali
Perkhidmatan).
4. Penggunaan peralatan
pencucian dan bahan cuci. Harga dan Keluasan:
RM1,000 – 1200sqf ke
bawah.
RM1,100 – 3,000sqf ke
bawah.
RM1,200 – 10,000sqf ke
bawah.

3. Pakej Biasa
- Cucian Utama (Bilik
Tidur, Tandas, Dapur,
Mencuci Pinggan
Mangkuk) (4 kali
Perkhidmatan).

Harga dan Keluasan:


RM800 – 1200sqf ke

4
bawah.
RM900 – 3,000sqf ke
bawah.
RM1,000 – 10,000sqf ke
bawah.

8. Cost Structure – Money Out 9. Revenue Streams – Money In

1. KOS PENTABIRAN  HASIL PERKHIDMATAN PENCUCIAN


 Gaji pekerja
 SOCSO
 KWSP

2. KOS OVERHEAD
 Sewa kedai
 Bil utility

3. KOS OPERASI
 Bahan Pencuci
 Peralatan
 Mesin Pencuci dan lain-lain

5
Business Model Canvas (BMC)

Business Model Canvas (BMC) merupakan satu kaedah yang digunakan

untuk membantu memahami model perniagaan dengan cara berstruktur.

Menggunakan BMC, menggambarkan dan memahami keseluruhan model

perniagaan.

BMC adalah strategi pengurusan dalam bentuk carta visual yang terdiri

daripada 9 elemen. Model perniagaan ini mula diperkenalkan oleh Alexander

Osterwalder dalam bukunya yang bertajuk Business Model Generation.

Alexander cuba menerangkan satu rangka kerja mudah untuk

membentangkan unsur-unsur penting yang terdapat dalam model

perniagaan. Terdapat 9 elemen di dalam BMC iaitu:

Rajah 1: 9 Elemen BMC

Elemen-elemen BMC

Rajah 2: Penerangan 9 Elemen BM

6
Task 2: BMC Key Activities, Key Resources and

Key Partners

INSTRUCTION : 

1. This is a group assignment. 

2.  In 500 words, answer these questions:

a) Key activities are those a company must engage in to make its business

model work. Every business model requires key activities, and they naturally

differ depending on the business model type. What key activities does your

value proposition require? 

b) Key Partners are the network of suppliers and partners that make the

business model work. Who are your key partners or suppliers? 

c) What key resources does your value proposition require? 

7
Key activities are those a company must engage in to make its business model work. Every
business model requires key activities, and they naturally differ depending on the business
model type. 

a) What key activities does your value proposition require? 

CLEANING HOME DOT COM telah didaftarkan secara rasminya pada 17 Mei 2020 dan

merupakan sebuah perniagaan perkongsian liabiliti terhad yang dikongsi oleh lima (5) orang

rakan kongsi. Nama CLEANING HOME DOT COM yang didaftarkan selari dengan jenis

perniagaan yang dijalankan oleh kami iaitu perkhidmatan pembersihan rumah kediaman.

Kami juga telah menetapkan Moto perniagaan iaitu ‘Kami Cuci Anda Rehat’ yang sudah

pastinya cukup memberi impak besar dan sangat menggembirakan hati terutama golongan

suri rumah yang berkerjaya. Kepenatan yang dihadapi oleh golongan bekerjaya ini bukan

sekadar bebanan terhadap tugas dan tanggungjawab di pejabat, malah ia ditambah oleh faktor

lain yang harus diharungi oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia umumnya iaitu

kesesakan lalu lintas di sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari kerja. Kesannya, masa

yang ada di rumah adalah terhad dan sudah pastinya ianya tidak cukup untuk golongan ini

merehatkan diri setelah penat bekerja. Malah masa yang terhad ini juga sering membuatkan

golongan suri rumah bekerjaya berada dalam keadaan kelam kabut. Oleh itu, semua rakan

kongsi sependapat bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat sangat membantu

menyelesaikan masalah atau bebanan golongan suri rumah bekerjaya ini di samping

kelompok masyarakat yang berusia dan pelajar yang tinggal di rumah yang di sewa oleh

mereka.

Untuk memudahkan pengurusan CLEANING HOME DOT COM berjalan dengan lancar,

kami telah menetapkan beberapa Piawaian Proses operasi (SOP) bagi Key Activities

perniagaan CLEANING HOME DOT COM seperti berikut:

8
MANUFACTURING
PROCESSES

1.Memberi
1.Membuat jadual
perkhidmatan
dan memberi tugas
Pencucian mengikut
kepada pekerja.
Menerima kepada pakej yang
tempahan dipilih pelanggan.
2. memastikan
perkhidmatan
peralatan pencucian
Pencucian oleh 2. Memberi
berkeadaan baik
pelanggan melalui perkhidmatan
untuk digunakan.
Aplikasi CH.COM, melipat baju secara
Aplikasi whatapps, percuma bagi
3. Memastikan stok
dan Laman pelanggan yang
bahan pencucian
Sesawang syarikat menggunakan aplikasi
mencukupi sebelum
memberi CH.COM untuk
perkhidmatan. membuat tempahan
kali pertama .

INPUT

OUTPUT

Rajah 3: Piawaian Proses operasi (SOP) bagi Key Activities Perniagaan


CLEANING HOME DOT COM [CH.COM]

INPUT

Menerima tempahan perkhidmatan pencucian oleh pelanggan melalui Aplikasi CH.COM,


Aplikasi whatapps dan Laman Sesawang syarikat.

Malaysia sebuah negara yang berkembang maju dengan penggunaan teknologi yang tinggi

dalam melancarkan sistem pengurusan dan sektor pembuatan serta perkilangan negara. Tidak

heranlah jika sekarang pelajar menggunakan jalur lebar bagi melancarkan proses pelajaran

dan pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. Begitu juga ibu bapa di kampung sudah

pandai berkomunikasi dengan anak di bandar secara Video Conference (VC). Justeru itu,

untuk tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi dan tidak mahu menjadi seperti katak di

9
bawah tempurung. Maka, CLEANING HOME DOT COME telah membangunkan laman

sesawang syarikat dan aplikasi sendiri iaitu Apps CH.COM bagi memudahkan pelanggan

membuat tempahan perkhidmatan pencucian. Selain itu, pelanggan boleh membuat tempahan

melalui aplikasi Whatapps kepada syarikat jika tidak mahu melayari laman sesawang syarikat

dan memuat turun aplikasi Apps CH.COM.

Dengan penggunaan teknologi bukan sahaja dapat memudahkan pelanggan untuk tidak

bergerak menuju ke syarikat kami bagi membuat tempahan, malah pelanggan dapat

menjimatkan masa dan penggunaan petrol kenderaan mereka.

MANUFACTURING PROCESSES

1. Membuat jadual dan memberi tugas kepada pekerja.

Berdasarkan segmen pelanggan bagi CLEANING HOME DOT COM adalah tertumpu

kepada masyarakat yang berkerjaya, masyarakat berusia dan pelajar yang tinggal di bandar-

bandar besar di sekitar wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor. Ini

menggambarkan syarikat haruslah membuat jadual pekerja yang sistematik bagi

melancarkan pengurusan pengagihan tugas pekerja supaya matlamat syarikat dalam

memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tercapai.

2. Memastikan peralatan pencucian berkeadaan baik dan selamat untuk


digunakan.

Setelah pihak syarikat menerima tempahan daripada pelanggan, pegawai di bahagian operasi

hendaklah memastikan peralatan pencucian berada dalam keadaan baik sebelum digunakan

oleh pekerja bagi kerja-kerja pembersihan dan pencucian rumah pelanggan.

Sekiranya pegawai operasi mendapati peralatan tersebut tidak dapat berfungsi di sebabkan

10
masalah teknikal, tindakan segera untuk membaikinya akan diambil supaya kerja-kerja

pencucian tidak tergendala. Peralatan pencucian seperi vacuum automatik, mesin pemotong

rumput dan pokok serta water jet adalah penting kepada syarikat kerana teknologi peralatan

tersebut dapat mempercepatkan proses kerja-kerja pencucian dan pembersihan rumah

pelanggan.

3. Memastikan stok bahan pencucian mencukupi sebelum memberi


perkhidmatan.

Bahan pencucian seperti detergent, choloroc dan pewangi amatlah penting bagi memastikan

rumah pelanggan bersih, kemas dan wangi. Ini adalah janji syarikat bagi memastikan

perkhidmatan yang di berikan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan. Rumah yang

bersih dan wangi bukan sahaja tampak kemas tetapi dapat menenangkan fikiran dan jiwa

pelanggan untuk berehat setelah penat seharian bekerja.

Oleh itu, pegawai stor hendaklah memastikan bahan pencucian sentiasa berkeadaan baik dan

selamat untuk digunakan serta mencukupi supaya kerja-kerja pembersihan dan pencucian

rumah pelanggan dapat berjalan lancar dan sempurna.

OUTPUT

1. Memberi perkhidmatan Pencucian mengikut kepada pakej yang dipilih


pelanggan.

Di dalam dunia pasaran, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan pencucian rumah

ini. Namun bagi CLEANING HOME DOT COM perkhidmatan yang ditawarkan oleh

kami mempunyai kelainan dengan pesaing yang sedia ada di pasaran dengan menambahkan

beberapa pakej seperti pakej melipat baju dan membersih kawasan di luar rumah. Selain itu,

pekej utama (Cucian Utama) yang di tawarkan oleh kami juga sudah mempunyai kelainan

11
dimana kami menawarkan perkhidmatan mencuci pinggan mangkuk disamping mencuci

tandas, bilik tidur dan dapur. Bagi perkhimatan mencuci kawasan luar rumah dengan

memotong rumput, kami juga menawarkan perkhidmatan mencuci longkang dengan

menggunakan water jet. Kadar bayaran untuk semua perkhidmatan yang diberikan diukur

dengan melihat keluasan rumah pelanggan.

Untuk memudahkan pelanggan membuat keputusan dan menjimatkan berbelanja,

CLEANING HOME DOT COM menggalakkan pelanggan mengambil pakej yang yang

berkesesuaian dengan rumah mereka. Ini kerana pakej yang ditawarkan oleh CLEANING

HOME DOT COM telah menilai beberapa aspek seperti keluasan dan jenis rumah. Pakej

yang ditawarkan juga telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Pakej VIP, Pakej Premium

dan Pakej Biasa.

Bagi Pakej VIP, perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti cucian utama (Bilik Tidur,

Tandas, Dapur, Mencuci Pinggan Mangkuk) (4 kali Perkhidmatan), melipat Baju (4 Kali

Perkhidmatan), memotong Rumput (1 Kali Perkhidmatan) dan mencuci Longkang (1 Kali

Perkhidmatan). Manakala bagi Pakej Premium, perkhidmatan yang ditawarkan adalah

Cucian Utama (Bilik Tidur, Tandas, Dapur dan Mencuci Pinggan Mangkuk) (4 kali

Perkhidmatan) dan Melipat Baju (4 Kali Perkhidmatan). Selain itu bagi Pakej Biasa pula,

perkhidmatan yang ditawarkan adalah Cucian Utama (Bilik Tidur, Tandas, Dapur, Mencuci

Pinggan Mangkuk) (4 kali Perkhidmatan) sahaja.

2. Memberi perkhidmatan melipat baju secara percuma bagi pelanggan yang


menggunakan aplikasi CH.COM untuk membuat tempahan kali pertama .

Pelanggan yang berminat dengan perkhidmatan kami, mereka boleh membuat tempahan

perkhidmatan pencucian melalui atas talian seperti laman sesawang syarikat CLEANING

HOME DOT COM, aplikasi whatapps dan aplikasi CH.COM (Apps. yang dibangunkan

12
oleh Cleaning Home Dot Com).

Namun CLEANNING HOME DOT COM telah memberi satu kelainan bagi mereka yang

membuat tempahan melalui aplikasi CH.COM. Pelanggan akan mendapat promo kod

dengan pakej melipat baju secara percuma untuk mereka yang kali pertama membuat

tempahan dalam talian melalui aplikasi CH.COM.

13
Key Partners are the network of suppliers and partners that make the business model work. 

b) Who are your key partners or suppliers? 

CLEANING HOME DOT COM merupakan perniagaan berasaskan kepada perkhidmatan

yang menjalankan aktiviti pembersihan. Sebagai sebuah syarikat pembersihan yang sentiasa

mementingkan kualiti dan mengutamakan kepuasan pelanggannya, CLEANING HOME

DOT COM telah mengenalpasti beberapa syarikat pembekal bahan pembersihan di pasaran

untuk dijadikan pembekal kepada syarikat. Pemilihan pembekal ini sangat penting kerana

syarikat perlu memastikan pembekalan bahan cucian yang mencukupi secara berterusan bagi

menjamin kelancaran operasi perniagaan. Sebelum pemilihan pembekal di buat, syarikat telah

menetapkan beberapa kriteria seperti lokasi pembekal, kualiti produk, harga dan kaedah

pembayaran yang ditawarkan serta yang paling utama adalah keupayaan pembekal dapat

menghantar bekalan tepat pada masanya.

CLEANING HOME DOT COM telah memilih Joywash Marketing sebagai pembekal

utama bahan cucian kepada syarikat seperti pencuci lantai, pencuci tandas, pewangi spray

automatik, pewangi fabrik dan lain-lain. Pemilihan Joywash Marketing berdasarkan

kelebihan yang dimiliki oleh pembekal itu sendiri. Joywash Marketing merupakan sebuah

syarikat yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan bahan cucian kimia (Chemical

Cleaning), membuat bahan pencuci dari bahan organik seperti serai wangi, pewangi udara,

hand sanitizer dan pelbagai lagi. Bahan pencuci yang dihasilkan juga sangat mudah

digunakan, berbau harum, dan selamat kepada alam sekitar. Selain itu, syarikat pembekal

juga ada menyediakan perkhidmatan pembekalan alatan pembersihan untuk rumah dan

industri. Dari segi harga produk pula, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan iaitu

14
tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah berbanding harga dari pembekal lain di pasaran.

Selain itu, syarikat pembekal juga menyediakan diskaun harga bagi setiap pembelian produk

keluarannya. Syarikat pembekal ini beroperasi di Bandar Baru Bangi dan sangat hampir

dengan lokasi premis perniagaan kami.

Selain itu, CLEANING HOME DOT COM juga mendapatkan bekalan bahan pencuci dari

Syarikat Roliz Enterprise yang beroperasi di Kuala Lumpur. Syarikat ini menjual pelbagai

bahan pencuci berjenama Sinar. Syarikat Roliz Ent. akan membekalkan kepada CLEANING

HOME DOT COM bahan pencuci seperti pencuci serbaguna lantai, sinki dan mozek

(Multipurpose), Cecair Pewangi (Pine Detergent), dan penanggal kotoran (Asid & M.S.R).

Bagi pembekalan alatan pembersihan pula, CLEANING HOME DOT COM mendapatkan

bekalan dari pembekal Cleanquip Sales & services yang beroperasi di Subang Jaya.

Pembekal bertanggungjawab membekal peralatan pembersihan seperti mop debu, baldi mop,

alatan pencuci jendela, alatan pencuci microfiber seperti microfiber duster, penyapu,

organizer kit, scrub brushed rubbermaid dan pelbagai lagi. Walaupun kesemua peralatan ini

boleh didapati dengan mudah di pasaraya atau kedai perkakasan (hardware), namun kami

memilih untuk membeli dari pembekal kerana kaedah ini lebih mudah dan cepat. Syarikat

hanya perlu melihat kepada katalog yang disediakan oleh pembekal dan terus membuat

tempahan.

Selain dari pembekalan bahan pencuci dan peralatan pembersihan, sudah pasti penggunaan

peralatan teknologi mesin juga diperlukan bagi melancarkan dan mempercepatkan kerja

semasa tugas-tugas pembersihan dilakukan. Oleh itu, bagi pembekalan peralatan mesin untuk

pembersihan, CLEANING HOME DOT COM telah bersetuju untuk mendapatkan bekalan

peralatan tersebut dari pembekal HB Hygiene Sdn Bhd yang beroperasi di Johor Bahru.

Selain membekalkan peralatan mesin pembersihan, pembekal juga ada menyediakan

15
perkhidmatan jualan dan penyewaan mesin (Sewa dan Beli). Bagi syarikat yang baru

memulakan perniagaan seperti CLEANING HOME DOT COM sudah pastinya

perkhidmatan penyewaan mesin tersebut sangat diperlukan. Ini kerana, CLEANING HOME

DOT COM memerlukan modal yang besar jika hendak membeli semua peralatan mesin

tersebut untuk operasi syarikat. Kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat pembekal ialah,

mereka juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan terhadap semua mesin yang dibeli

dari syarikat mereka. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan kos penyelenggaraan

dan mengurangkan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh CLEANING HOME DOT

COM. Walaupun syarikat beroperasi di Johor Bahru, kerja penyelenggaraan akan dilakukan

oleh kakitangan mereka yang berada di setiap negeri di semenanjung Malaysia. Mesin yang

akan dibekalkan oleh syarikat ini seperti mesin hisap debu basah/ kering (Vacuum), Steam

Vacuum Cleaner, Mobile Cleaning, Stone Care Machine dan beberapa alatan lain yang

diperlukan oleh syarikat.

16
c) What key resources does your value proposition require? 

CLEANING HOME DOT COM syarikat yang memberi perkhidmatan pembersihan rumah

kediaman dan sebuah perniagaan perkongsian liabiliti terhad yang dikongsi oleh lima (5)

orang rakan kongsi serta didaftarkan secara rasminya pada 17 Mei 2020 melalui Suruhanjaya

Syarikat Malaysia.

Untuk memastikan CLEANING HOME DOT COM sentiasa mengorak maju dalam industri

pembersihan dan pencucian setanding dengan industri lain. Kami rakan kongsi secara upaya

memikirkan bagaimana syarikat dapat mengembelingkan sumber yang ada seperti bangunan,

sumber manusia dan modal serta peralatan dan bahan pencucian secara maksimum bagi

mencapai matlamat syarikat.

Justeru kami telah mewujudkan unit-unit yang akan melancarkan perjalanan syarikat dengan

memaksimumkan sumber manusia. Antara unit yang di wujudkan adalah Unit Kewangan Dan

Pentadbiran, Unit Pemasaran, Unit Teknologi Dan Inovasi dan Unit Perkhidmatan Kualiti.

Secara Umumnya, En Syed Mohd Asrul Bin Syed Mohamad Kamaruzaman sebagai Pengarah

syarikat yang akan memacu mesyuarat dalam pengurusan tertinggi bagi memastikan

CLEANING HOME DOT COM tidak terpesong dari matlamat asal syarikat.

Justeru, bagi memastikan urusan Kewangan dan pentadbiran syarikat berjalan dengan lancar,

tanggungjawab ini telah diberikan kepada Pn Nur Surianti Bt Harondin. Beliau

bertanggungjawab dalam menyediakan rancangan kewangan berdasarkan keperluan syarikat.

Disamping itu, beliau turut bertanggungjawab dalam membuat ramalan kewangan bagi

17
tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang, menjaga kecairan kewangan syarikat

serta memastikan keuntungan syarikat sentiasa berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Selain itu unit ini juga menguruskan pengambilan pekerja bagi memenuhi perjawatan selari

dengan tempahan perkhidmatan pencucian dan pembersihan oleh pelanggan.

En Muhamad Asrul bin Ahmad telah diberi tanggungjawab sebagai pengarah pemasaran yang

akan menerajui Unit Pemasaran dan melaksanakan program pemasaran. Unit ini penting

dalam membantu syarikat untuk meningkatkan keuntungan dan menjadikan CLEANING

HOME DOT COM terkenal di mata masyarakat di Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya

serta Selangor secara khususnya dan mata rakyat Malaysia secara Am nya. Oleh itu

CLEANING HOME DOT COM telah menggariskan beberapa fungsi Unit Pemasaran ini

iaitu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi serta pengiklanan melalui media

cetak dan media elektronik, membuat penyelidikan pemasaran bagi memenuhi kehendak

pelanggan dalam industri pembersihan dan pencucian dan menyertai program-program

usahawan yang dibuat secara tahunan bagi mengembangkan lagi nama CLEANING HOME

DOT COM di mata masyarakat.

Unit Teknologi dan Inovasi diketuai oleh Pn Lau Shi Yee sebagai Pengarah Teknologi dan

Inovasi. Beliau bertanggungjawab dalam penyelidikan penggunaan teknologi untuk memudah

dan mempercepatkan kerja-kerja pembersihan dan pencucian rumah. Melalui peyelidikan ini,

beliau telah berjaya mencipta sebuah robot pembersihan untuk kegunaan umum dan juga akan

digunakan oleh syarikat semasa menjalankan operasi perniagaan. Oleh itu, syarikat yakin

beliau dapat dapat menerokai lebih banyak peluang dalam bidang teknologi untuk memajukan

sistem pembersihan syarikat. Selain itu, unit ini juga menjalankan kerja-kerja baik pulih

peralatan pencucian seperti mesin pemotong rumput dan pokok serta vacuum dan water jet

sekiranya mengalami kerosakan.

18
Pengarah Perkhidmatan Kualiti ditugaskan kepada Pn Tan Jin Xin yang akan mengetuai Unit

Perkhidmatan Kualiti. Unit ini penting bagi syarikat untuk mengetahui hasil kerja

pembersihan dan pencucian dapat memuaskan pihak pelanggan atau tidak. Oleh itu, unit ini

akan mengeluarkan borang kepuasan pelanggan untuk mendapatkan maklumat, aduan dan

maklumbalas pelanggan yang akan dianalisis bagi menambahbaik mutu kerja pekerja

pembersihan dan pencucian. Selain itu, unit ini akan memantau pekerja semasa kerja-kerja

pembersihan dan pencucian rumah pelanggan dijalankan disamping memberi latihan kepada

pekerja baru.

Untuk mengembelingkan sumber bangunan, cukup memadai syarikat kami beroperasi di lot

kedai yang terletak di Bangi Gateway, Bangi, Selangor. Premis perniagaan kami tidak perlu

beroperasi di tempat tumpuan awam seperti pasar raya besar kerana kami tidak menjalankan

perniagaan berasaskan barangan sebaliknya perkhidmatan pembersihan ke semua jenis rumah

kediaman.

Dengan bermodalkan RM100,000.00 yang disumbangkan oleh rakan kongsi, perniagaan kami

dapat dijalankan tanpa meminjamkan wang dari institusi kewangan. Namun kami tetap

berhati-hati dalam memastikan semua modal yang dilaburkan boleh mendatangkan

keuntungan yang semaksimum yang mungkin.

Bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan pencucian berjalankan dengan lancar, syarikat

menggunakan modal yang ada untuk membeli peralatan pencucian selain kerja-kerja

penyelidikan bagi menghasilkan robot mesin pembersihan. Syarikat akan memaksimumkan

peralatan dan bahan pencucian ini bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan pencucian

dapat memuaskan hati pelanggan dan meyakinkan pelanggan untuk membuat tempahan

seterusnya.

19
Kesimpulannya, syarikat yakin dengan sumber yang ada di gembeling secara

semaksimumnya dapat menjadikan CLEANING HOME DOT COM berdiri teguh dan maju

kehadapan selari dengan kemajuan negara. CLEANING HOME DOT COM mampu

menjadi syarikat pencucian terbaik nombor 1(satu) dalam Malaysia pada masa hadapan

dengan sokongan dari pekerja syarikat dan rakyat Malaysia.

20
Rujukan

1. Business Model Canvas, Prepared by Dr Noor Hasni Juhdi for LMCW


1022, semester 2, session 2019/2020, Pusat Citra Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).

2. http://www.joywash.com/index.php

3. http://bizcecairpencuci.blogspot.com/

4. http://www.hbhygiene.com/index.php?lang=bm

5. https://www.facebook.com/pg/cleanquip01/services/

6. https://www.kaercher.com/my/

21

Anda mungkin juga menyukai