Anda di halaman 1dari 2

Bahagian II – Komponen Utama Pengurusan Operasi

Jelaskan masalah UTAMA yang dihadapi oleh syarikat ini berkaitan persekitaran dalaman dan
luaran.
Sesebuah perniagaan akan beroperasi dan berinteraksi dengan persekitaran dimana
melibatkan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran.
Persekitaran dalaman merupakan unsur yang paling dekat dengan perniagaan dan
pengaruhi secara langsung aktiviti perniagaan. Seorang usahawan perlu menilai kekuatan dan
kelemahan yang ada dalam organisasinya. Tiga komponen utama persekitaran dalaman iaitu
sumber, struktur dan budaya. Sumber merupakan perkara penting bagi memastikan penggeluaran
produk dapat dijalankan. Antaranya adalah sumber kewangan, sumber fizikal, sumber
manusia,sumber teknologi, sumber reputasi dan sumber organisasi.
Persekitaran luaran pula semua unsur-unsur di luar organisasi yang releven kepada
perniagaan tersebut. Antara yang mempengaruhi persekitaran luaran adalah sosio-budaya,
ekonomi, politik dan undang-undang dan teknologi. Faktor luaran tidak dapat dikawal tetapi
dapat mempengaruhi pembuatan keputusan , prestasi dan strategi sesebuah organisasi. Antara
mereka yang terlibat adalah pelanggan, pembekal, pihak kerajaan , pihak institusi kewangan ,
pesaing dan Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO).
Ramly Group merupakan satu syarikat Bumiputera yang amat terkenal di Malaysia dalam
industri pembuatan produk makanan . Walaupun jenama dan syarikat ini berkembang pesat,
terdapat juga halangan dan cabaran yang syarikat ini tempuhi dari segi persekitaran luaran dan
dalaman.
Diantara beberapa cabaran dalam menjalani perusahaan ini adalah sumber bekalan,
pemasaran , rantaian pengedaran dan sumber reputasi.
Masalah utama yang selalu dihadapi dalam persekitaran dalaman ialah sumber reputasi.
Spekulasi isu tentang pengeluaran tidak halal. Pernah berlaku sebuah isu dan fitnah telah heboh
diperkatakan oleh masyarakat mengenai terdapat DNA Porcine iaitu daging khinzir dalam
produk Burger Ramly. Isu ini tergempar setelah tersebarnya sebuah salinan surat dari Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa telah menemui DNA babi hasil kajian satu bahan dari
produk Burger Ramly berdekatan Yan. Insiden ini bukan sahaja memberi dugaan yang hebat
kepada perusahaan Ramly Group malah yang lebih menyedihkan adalah nasib pengedar ,
pemborong dan peniaga yang telah lama menggunakan jenama itu sebagai punca rezeki mereka
menjejaskan keseluruhan perusahaan yang diterajui oleh orang Islam. Ada segelintir peniaga
yang menggunakan jenama Ramly terpaksa membuang produk-produk yang mereka miliki
kerana pelanggan tidak mahu membelinya lagi. Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan yang
dilakukan oleh orang lain dalam mensabatoj barangan Ramly. Ini dibuktikan dengan hasil
penemuan kertas bungkusan bukan milik kepada produk Burger Ramly.
Terdapat juga isu yang mengatakan bahawa Ramly Group sudah dipindahmilik ke tangan
bukan bumiputera dan oleh itu barangan dan produk ini tidak halal. Ramly Food Processing Sdn
Bhd telah dituduh bahawa kepentingan syarikat ini telah dijual kepada syarikat bukan
bumiputera dan ianya tersebar luas melalui saluran internet. Selain itu, terdapat juga rungutan
dan ketidakpuasan dari pelanggan menegenai kualiti produk tersebut.
Di samping itu, pengakuan oleh Siti Rahayu binti Ramly generasi kedua pengasas
perniagaan di Utusan Online mengakui bahawa jumlah permintaan adalah 30 peratus lebih tinggi
berbanding penegeluaran. Untuk menampung permintaan yang tinggi, syarikat Ramly Group
melabur hampir RM 1 billion bagi membina kilang di Taman Perindustrian Halal Hab di Pulau
Indah, Klang Selangor. Kebanyakan kos bagi pembinaan kilang menggunakan dana dalaman
manakal sebanyak RM 274 juta menerusi kerjasama dengan Agro Bank dan Bank Pembangunan
Malaysia Berhad di bawah pembiayaan bersindiket.

Masalah utama persekitaran luaran yang dihadapi oleh syarikat Ramly Group ialah
sekatan untuk pasarkan ke negara lain disebabkan undang-undang negara tersebut. Produk
Ramly Group berjaya menembusi dan berkembang denagn baik ke negara-negara Singapura,
Thailand, Filipina dan Indonesia. Perkembangan produk Ramly Group sangat
memberangsangkan tetapi di negara Singapura produk ini hanya dikenali sebagai pembungkus
makanan, barang buatan seperti mayonis dan makanan sejuk beku seperti bebola ikan yang
memasuki pasaran Singapura. Perkara ini terjadi kerana di negara Singapura telah pun
mempunyai pengusaha-pengusaha burger mereka sendiri seperti Sultan Burger, Tasty dan
beberapa lagi. Kerajaan Negara tersebut seolah-olah tidak ingin produk Ramly Group bersaing
bersama pengusaha mereka yang sedia ada.
Terdapat juga iklan di dalam web Ramly Group yang menyatakan mereka memerlukan
pengedar luar negara untuk membekalkan dan memasarkan produk keluaran Ramly eksport ke
negara yang diseneraikan seperti Vietnam, Thailand, China, Indonesia, Filipina dan Myanmar.
Ini menujukkan produk Ramly memerlukan pemasaran dan rantaian pengedaran.
Persekitaran ekonomi turut mempengaruhi strategi pemasaran apabila ia memberi kesan
kepada kuasa beli. Kejatuhan wang ringgit sedikit sebanyak memberi kesan apabila produk
Burger Ramly ini dieksport ke luar negara dengan banyak. Pada masa ini sebanyak 40 peratus
barangan asas bagi menjalankan perniagaan Ramly Group adalah import dari Negara China
seperti kacang soya dan sebahagian daging ayam iaitu apabila harga ayam tempatan lebih mahal
daripada harga luar, manakala 60 peratus produk tempatan.
Syarikat Ramly Group walaupun mempunyai pelbagai cabaran namun
pengusahanya berani mengambil risiko dan mempunyai cadangan sendiri untuk menjayakan
perniagaanya. Datuk Haji Ramly Mokni seorang pengusaha yang mempunyai keyakinan tinggi .

Anda mungkin juga menyukai