Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada para pensyarah dan rakan-rakan yang dikasihi

sekalian. Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk memberi pengucapan awan
yang bertajuk pengurusan masa.

Pengurusan masa yang berkesan sangat penting kepada setiap orang. Bak kata
pepatah bahawa masa itu emas, menunjukkan masa merupakan sesuatu yang sangat bernilai
dan tiada tandingannya terutamanya kita hanya tinggal 2 bulan sebelum viral kajian kita.

Pengurusan masa yang berkesan mampu membuatkan kita menyusun aktiviti yang
ingin dilakukan secara terancang. Dalam hal ini, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu
mampu menghasilkan hasil yang berkualiti. Seseorang yang bijak merancang masa dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut durasi masa yang telah ditetapkan. Tidak
perlulah tergesa-gesa melakukan sesuatu tugasan atau kerja kursus sekirannya
pembahagian masa telah dibuat secara berjadual. Pada masa yang sama, kita tidak akan
berada dalam keadaan tertekan kerana proses menyiapkan tugasan yang diberikan itu telah
dilakukan secara tenang, bukannya disiapkan secara tergesa-gesa apabila tempoh tamat
hampir tiba. Hasilnya, tugasan yang diberikan itu akan menjadi lebih berkualiti dan dapat
diserahkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Selain itu, kita dapat membentuk disiplin diri yang terpuji dengan pengurusan masa
yang berkesan. Seseorang itu dapat memupuk sifat menepati masa jika mereka mampu
menguruskan masa dengan berkesan. Pembahagian masa yang tersusun juga mampu
menjadikan seseorang itu patuh pada peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kita
sebagai guru mahir dalam merancang RPH dengan berkesan. Sekiranya kita menggunakan
kemahiran ini dalam kehidupan harian, merancang aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dalam
seharian, maka rancangan ini dapat menjadikan kita berupaya menguruskan kehidupannya
dengan teratur. Jika hal ini berlaku, seseorang itu dapat memupuk disiplin diri yang kukuh
kerana mereka telah menguruskan masa dengan berkesan. Pakar motivasi pendidikan, Dr.
Ismail Zain menyatakan, “para pelajar perlu bijak merancang masa kerana kecemerlangan
datang daripada pengurusan masa yang berkualiti”. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, disiplin
diri yang terpuji dapat dibentuk jika seseorang itu menguruskan masa dengan berkesan.

Kesimpulannya, setiap masa yang dilalui hendaklah diatur dengan sebaik mungkin
kerana masa yang terlepas tidak akan kembali semula. Berapa banyak masa yang telah kita
bazirkan sebelum ini perlu dihitung semula kerana kita tidak berupaya untuk mengembalikan
semula masa yang telah berlalu. Peribahasa ada mengatakan bahawa di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Jadi, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk
melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai