Anda di halaman 1dari 2

HIASAN DALAMAN

PENGENALAN
Setiap individu mementingkan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan. Setelah
seharian bertungkus lumus bekerja, pulang ke rumah yang cantik, bersih dan kemas
dapat memberi sedikit ketenangan pada jiwa setiap individu. Maka lahirlah kata-kata
Rumahku Syurgaku, "Home Sweet Home" dan lain-lain yang menggambarkan ruang
yang selesa perlu dalam kehidupan. Secara ringkas,
Hiasan Dalaman bermaksud seni dalam menghias dan menyusun bahagian
dalaman sesuatu ruang untuk menjadikannya lebih selesa dan sesuai dengan
citarasa juga keperluan individu yang menjadi pemiliknya. Hiasan Dalaman boleh
dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :
1. Ruang Kediaman - meliputi ruang seperti ruang tamu, ruang makan, ruang
kerja/bilik bacaan, bilik tidur, ruang dapur, bilik air dan anjung rumah

2. Ruang Awam dan Komersil - ruang pejabat, restoran, bank, bilik pameran dan
lain-lain

DEFINISI
Hiasan dalaman juga dapat ditakrifkan sebagai seni menyusun dan mereka
bahagian dalaman bilik supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa
pemiliknya.

Seseorang perlulah memiliki idea yang jelas tentang pembinaan dan hiasan
dalaman rumah. Rumah yang selesa mendorong seseorang untuk menjadi lebih
positif dalam kerja seharian.

Anda mungkin juga menyukai