Anda di halaman 1dari 2

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan.

Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Semangat kejiranan
membawa maksud satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu
kawasan kejiranan. Persoalannya, apakah kepentingan semangat kejiranan di
negara kita?
Semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat
itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program dan segala kesusahan
dapat ditanggung bersama. Hubungan mereka amat akrab dan boleh
meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan
dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika
masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing 各家自扫门前雪,莫管他人瓦上霜, sesuatu pekerjaan atau program tidak
dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain
dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan
untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu,
pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah dan segala bebanan ditanggung
bersama. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika
melakukan pekerjaan bersama-sama.
Selain itu, melalui semangat kejiranan, kita dapat mengekalkan keamanan
dan keharmonian negara. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti
tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat
dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Tamsilan yang jelas
dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa
menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan
perumahan. Hubungan jiran bagai aur dengan tebing 互 相 帮 助 dapat
meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar
dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan
harmoni.
Di samping itu, dengan adanya semangat kejiranan, kita dapat
mengelakkan jenayah di kawasan kejiranan. Masyarakat harus meningkatkan
keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan
membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk
terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di
sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik
dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat
dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan
sesebuah masyarakat.
Seterusnya, masyarakat juga boleh melahirkan semangat setia
kawan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya
seperti semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh
dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah
masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Natijahnya, semua pihak perlu bekerjasama untuk menyemai budaya itu
sejak kecil lagi agar dapat memajukan negara dan mengukuhkan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai