Anda di halaman 1dari 1

Mengenali keluarga jiran 1.

Setiap anggota jiran mempunyai cara hidup yang berlainan antara satu sama lain 2. 3. Cara hidup jiran ini berbeza kerana mempunyai latar belakang yang belainan Jiran -jiran kita mungkin berasal dari negeri yang berbeza , anutan agama yang berbeza, kepercayaan atau kesukaan yang berbeza. Oleh itu, Sebagai anggota jiran , kita harus memahami cara hidup jiran agar hidup bersama dengan lebih harmoni. Menganggap jiran seperti keluarga sendiri Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita selain daripada ahli keluarga. Semangat kejiranan amat penting dipupuk di kalangan anggota masyarakat . Setiap anggota masyarakat perlu mengamalkan amalan hidup berjiran . Amalan hidup berjiran ini dapat mewujudkan suasana hidup yang lebih harmoni.

Menghormati agama dan budaya jiran Jiran yang berlainan negeri mempunyai dialek bahasa yang tersendiri. Kita harus cuba memahami dialek bahasanya tanpa mempersendakan dialek tersebut. Jiran yang berbeza anutan dan kepercayaan agama mengamalkan cara hidup mengikut ajaran agamanya . Jiran tersebut melakukan perkara perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara di tegah dalam ajaran agama yang dianuti . Oleh itu, sebagai jiran kita harus memahami perkara ini agar dapat menjaga hati jiran daripada menyinggung perasaan jiran dalam hal hal yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan . Memahami cara hidup jiran Anggota jiran juga mempunyai kesukaan yang berbeza antara satu sama lain. Mungkin terdapat anggota jiran lelaki yang suka menanam pokok bunga Kita harus menghormati kesukaannya tanpa menganggap kesukaan itu tidak sesuai dengan jiran tersebut . Ini kerana setiap anggota jiran mempunyai citarasa yang berbeza Antara kepentingan semangat kejiranan adalah: Amalan semangat kejiranan dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai kaum di negara kita. Amalan semangat kejiranan dapat memupuk sikap saling membantu dalam majlis keramaian yang diadakan. Amalan semangat kejiranan dapat membentuk semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

Semangat kejiranan dapat membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Aktiviti Kejiranan Bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat, langkah-langkah yang wajar hendaklah dambil. Antara contoh aktiviti kejiranan adalah: 1. Mengadakan aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. -melalui aktiviti ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. 2. Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. - majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi. 3. Mengadakan aktiviti Hari Keluarga seperti mengadakan aktiviti sukaneka dan acara sukan padang. - menjalin kemesraan bukan sahaja dengan jiran tetapi juga dapat menguatkan lagi sifat kekeluargaan. 4. mengamalkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat. 5. Saling tolong-menolong antara jiran.

Anda mungkin juga menyukai