Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan


individualistik marcapada ini, kita boleh menyaksikan bahawa semangat kejiranan
amat penting dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana apabila kita
mengalami kesukaran di rumah, jiran yang paling dekat kita dapat membantu kita.
Jiran yang paling memahami kehidupan kita. Oleh itu, semangat kejiranan mesti
dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Satu daripada langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan


masyarakat ialah penduduk tempatan boleh mengadakan aktiviti membersihkan
kawasan perumahan kita. Dengan melakukan aktiviti ini, kita bukan sahaja dapat
membersihkan kawasan kita, kita juga dapat memupuk semangat kejiranan serta
saling mengenali antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini, kita juga dapat mengetahui
ciri-ciri dan perayaan kaum lain. Jadi, aktiviti bergotong-royong bukan sahaja dapat
memupuk semangat kejiranan tetapi juga boleh mengeratkan hubungan dengan
jiran yang lain.

Selain itu, kita juga boleh menyambut perayaan dengan jiran untuk memupuk
semangat kejiranan. Tamsilnya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana semasa kita menyambut perayaan bersama-
sama jiran, kita juga berasa gembira. Kita juga boleh melawati jiran ketika masa
lapang. Dengan adanya sikap ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
juga dapat dipupuk. Oleh yang demikian, menyambut perayaan dan melawati jiran
bukannya membazirkan masa tetapi untuk memupuk semangat kejiranan.

Di samping itu, kita janganlah bersikap kecil hati dengan jiran kita. Apabila kita
mempunyai sesuatu yang baik, kita mesti berkongsi dengan jiran. Hal ini demikian
kerana lama-kelamaan, jiran kita juga akan bertolak ansur dengan kita dan memberi
sesuatu yang baik kepada kita. Sebagai contoh semasa Hari Raya, kita boleh
memberi jiran kita ketupat. Jiran kita pun akan memberi barang yang baik untuk kita.
Oleh itu, kita mesti bersikap tolak ansur dengan jiran kita supaya hubungan antara
jiran dapat dieratkan dan dapat memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, kita memerlukan jiran dalam kehidupan kita. Dengan adanya


jiran, kehidupan kita juga akan menjadi baik. Jadi, semangat kejiranan amat penting
dan mesti dipupuk dalam kalangan masyarakat. Masyarakat mesti berganding bahu
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bak kata
peribahasa tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Anda mungkin juga menyukai