Anda di halaman 1dari 1

Karangan Bahagian C

Cara-cara memupuk semangat kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran
memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran
yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu,
sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-


menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan
semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini
akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat
antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-


royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-
bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat
lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah


jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan
sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu
jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih
sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai


cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada
aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan
agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai