Anda di halaman 1dari 2

UNIT 6 JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Dalam unit ini, saya belajar tentang:


• konsep kejiranan
• manfaat hidup berjiran
• sikap jiran yang positif dan negatif
• cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran
• perasaan apabila dapat hidup berjiran
• hidup berjiran dalam masyarakat pelbagai agama, bangsa, budaya dan Bahasa

PENDAHULUAN
1. Semua orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan atau
berhampiran dengan rumah kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya.
2. Jiran kita juga boleh terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India,
Kadazandusun, Iban dan lain-lain.
3. Apabila hidup berjiran, kita mestilah saling menghormati dan saling membantu.
4. Hal ini dapat memberikan manfaat kepada diri dan penduduk setempat demi
kebaikan semua

MANFAAT HIDUP BERJIRAN

Manfaat Contoh
a Mudah mendapat bantuan apabila Apabila berlakunya kebakaran, kemalangan
menghadapi sesuatu masalah. atau kematian.
b Membantu menjaga keselamatan Apabila pulang ke kampung bersempena
tempat tinggal dengan cuti perayaan.
c Membantu menjayakan majlis Ketika majlis keraian atau upacara
keramaian keagamaan.
d Memupuk semangat perpaduan Ketika melaksanakan aktiviti gotong-royong
atau aktiviti keluarga
e Membantu mencegah gejala negatif Bekerjasama membanteras gejala sosial
seperti penagihan dadah dan vandalisme.

5. Dalam hidup berjiran, terdapat jiran yang bersikap positif dan jiran yang bersikap
negatif. Kedua-dua sikap ini boleh memberikan kesan baik atau buruk kepada diri
kita dan keluarga.
6. Jiran yang bersikap positif akan menjadikan kita bersyukur, gembira dan selesa
tinggal berdekatan dengannya.
7. Jiran yang bersikap negatif pula akan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan
tidak gembira.
8. Walau apa-apa pun, kita mestilah menghormati jiran dan saling bertoleransi untuk
menjaga perasaan mereka.
9. Kita juga hendaklah menjadi jiran yang beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
untuk mengekalkan suasana harmoni

CIRI-CIRI JIRAN YANG BERSIKAP POSITIF DAN BERSIKAP NEGATIF


Jiran Positif Jiran Negatif
Bertoleransi Mengumpat dan memfitnah
Menghormati Sombong dan bongkak
Membantu dan bekerjasama Berburuk sangka
Berhemah tinggi Mementingkan diri sendiri

10.Memandangkan hidup berjiran begitu penting dalam kehidupan, kita hendaklah


berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan mereka. Terdapat pelbagai cara
untuk merapatkan hubungan sesama jiran.

Saya dan keluarga akan menjemput jiran tanpa mengira kaum datang ke rumah semasa
hari perayaan. Kami akan meraikan jiran dengan hidangan istimewa dan memberikan
layanan yang baik. Saya berasa gembira apabila melihat hubungan kami seperti sebuah
keluarga besar.

Saya sangat bersyukur kerana hubungan keluarga saya dengan jiran sangat baik. Kami
sentiasa bergaul mesra dan bertegur sapa

Keluarga saya sangat mengambil berat akan jiran kami, terutamanya apabila mereka
menghadapi kesusahan. Bapa saya pernah menghantar anak jiran yang sakit ke klinik
untuk mendapatkan rawatan

Saya dan anak jiran sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti persatuan perumahan seperti
gotong-royong. Melalui aktiviti sebegini, kami berpeluang untuk berkenalan dengan lebih
dekat dan dapat mengeratkan hubungan

Saya pula selalu mengikut keluarga menziarahi jiran yang sakit

KESIMPULAN
Oleh itu, kita perlulah bersama-sama menjaga hubungan dengan jiran tanpa mengira
agama, kaum, budaya dan bahasa. Hubungan baik dengan jiran boleh dikekalkan apabila
kita mengamalkan nilai kerjasama, hormat, toleransi, hemah tinggi dan berterima kasih
sesama jiran. Dengan menjadi jiran yang baik, hidup akan lebih ceria, aman dan bahagia

Anda mungkin juga menyukai