Anda di halaman 1dari 16

UNIT 6 JIRAN

SEPAKAT
MEMBAWA
BERKAT
Pendidikan Moral Tingkatan 2 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
JIRAN SEPAKAT
MEMBAWA BERKAT

 Semua orang mempunyai


jiran.
 Jiran ialah orang yang
tinggal bersebelahan atau
berhampiran dengan rumah
kita, tidak kira tua atau
muda, miskin atau kaya.
 Jiran kita juga boleh terdiri
daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India,
Kadazandusun, Iban dan
lain-lain.
JIRAN SEPAKAT
MEMBAWA BERKAT
 Apabila hidup berjiran, kita
mestilah saling menghormati dan
saling membantu.
 Hal ini dapat memberikan
manfaat kepada diri dan
penduduk setempat demi
kebaikan semua.
MANFAAT HIDUP BERJIRAN

 Mudah mendapat bantuan apabila


menghadapi sesuatu masalah. Contoh:
Apabila berlakunya kebakaran,
kemalangan atau kematian.
 Membantu menjaga keselamatan tempat
tinggal. Contoh: Apabila pulang ke
kampung bersempena dengan cuti
perayaan.
 Membantu menjayakan majlis keramaian.
Contoh: Ketika majlis keraian atau
upacara keagamaan
MANFAAT HIDUP
BERJIRAN
 Memupuk semangat perpaduan.
Contoh: Ketika melaksanakan
aktiviti gotong-royong atau
aktiviti keluarga.
 Membantu mencegah gejala
negatif. Contoh: Bekerjasama
membanteras gejala sosial
seperti penagihan dadah dan
vandalisme.
MANFAAT HIDUP
BERJIRAN
 Dalam hidup berjiran,
terdapat jiran yang
bersikap positif dan jiran
yang bersikap negatif.
 Kedua-dua sikap ini boleh
memberikan kesan baik
atau buruk kepada diri kita
dan keluarga.
 Jiran yang bersikap positif
akan menjadikan kita
bersyukur, gembira dan
selesa tinggal berdekatan
dengannya.
MANFAAT HIDUP
BERJIRAN
 Jiran yang bersikap negatif
pula akan menyebabkan kita
berasa tidak selesa dan tidak
gembira.
 Walau apa-apa pun, kita
mestilah menghormati jiran
dan saling bertoleransi untuk
menjaga perasaan mereka.
 Kita juga hendaklah menjadi
jiran yang beradab sopan dan
berbudi pekerti mulia untuk
mengekalkan suasana
harmoni.
CIRI-CIRI JIRAN YANG
BERSIKAP POSITIF

 Bertoleransi
 Menghormati
 Membantu dan
bekerjasama
 Berhemah tinggi
CIRI-CIRI JIRAN YANG
BERSIKAP NEGATIF

 Mementingkan diri
sendiri
 Berburuk sangka
 Sombong dan bongkak
 Mengumpat dan
memfitnah
cara untuk
merapatkan hubungan
sesama jiran
 Saya dan keluarga akan
menjemput jiran tanpa
mengira kaum datang ke
rumah semasa hari
perayaan.
 Kami akan meraikan jiran
dengan hidangan istimewa
dan memberikan layanan
yang baik.
 Saya berasa gembira
apabila melihat hubungan
kami seperti sebuah
keluarga besar.
cara untuk
merapatkan hubungan
sesama jiran

 Saya sangat bersyukur


kerana hubungan
keluarga saya dengan
jiran sangat baik.
 Kami sentiasa bergaul
mesra dan bertegur
sapa.
cara untuk
merapatkan hubungan
sesama jiran
 Keluarga saya sangat
mengambil berat akan jiran
kami, terutamanya apabila
mereka menghadapi
kesusahan.
 Bapa saya pernah
menghantar anak jiran
yang sakit ke klinik untuk
mendapatkan rawatan.
cara untuk
merapatkan hubungan
sesama jiran

 Saya dan anak jiran


sentiasa melibatkan diri
dalam aktiviti persatuan
perumahan seperti
gotong-royong.
 Melalui aktiviti sebegini,
kami berpeluang untuk
berkenalan dengan lebih
dekat dan dapat
mengeratkan hubungan.
cara untuk
merapatkan
hubungan sesama
jiran
 Saya pula selalu mengikut
keluarga menziarahi jiran
yang sakit.
Kesimpulan
 Oleh itu, kita perlulah
bersama-sama menjaga
hubungan dengan jiran tanpa
mengira agama, kaum, budaya
dan bahasa.
 Hubungan baik dengan jiran
boleh dikekalkan apabila kita
mengamalkan nilai kerjasama,
hormat, toleransi, hemah
tinggi dan berterima kasih
sesama jiran. Dengan menjadi
jiran yang baik, hidup akan
lebih ceria, aman dan bahagia.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai