Anda di halaman 1dari 4

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita.

Amalan kejiranan perlu disuburkan demi menjamin


kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu
amalan kejiranan yang telah sebati dalam kehidupan
masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran
tetangga. Amalan tersebut amat mudah dipraktikkan
kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan
kaum. Selain itu, masyarakat di negara ini juga sudah
terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan
bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan
kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti
tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil bertanya
khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi
sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah
menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan
kuku.

( 105 patah perkataan )


Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita.
Antara amalan kejiranan termasuklah amalan
menziarahi jiran tetangga. Amalan ini mudah dijalankan
tanpa mengira masa, kaum, dan agama. Selain itu,
amalan bertegur sapa dengan jiran juga sentiasa
digalakkan. Pastikan sentiasa menghulurkan tangan
untuk bersalaman sambil bertanya khabar jika bertemu
dengan jian. Di samping itu, kita perlu melawat jiran
yang sakit. Hal ini kerana kita dapat menjalinkan
hubungan baik antara jiran. Seterusnya, kita harus
membantu jiran yang menemui kesusahan seperti
menolong jiran yang ingin berpindah. Kita dapat
mewujudkan masyarakat yang bekerjasama.
Kesimpulannya, amalan kejiranan mestilah menjadikan
sebahagain rutin harian kita supaya dapat
mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan
aman antara jiran.
Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita.
Antara cara untuk memupuk semangat kejiranan
termasulah penduduk harus mengadakan aktiviti
gotong-royong. Hal ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan penduduk mempunyai peluang
mengenali antara satu sama lain. Selain itu, penduduk
boleh menjalankan majlis rumah terbuka. Amalan
rumah terbuka dapat membantu menjalinkan hubungan
antara kaum dan hubungan sesama masyarakat. Hal ini
kerana ahli masyarakat bebas menyertai majlis tersebut
tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Di samping itu,
penduduk hendak melakukan program hari keluarga.
Melalui aktiviti ini, hubungan erat sesama jiran dapat
dibentuk dan secara tidak langsung akan memupuk
perasaan lebih mesra antara jiran. Kesimpulannya,
amalan kejiranan mestilah menjadikan sebahagain
rutin harian kita supaya dapat mewujudkan sebuah
kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran.

Anda mungkin juga menyukai