Anda di halaman 1dari 3

  Selamat pagi dan DALAM sejahtera saya ucapkan kepada Tuan

Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Pengerusi Persatuan Rukun Tetangga


Taman Rajang,ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Rukun Tetangga dan
hadirin yang saya hormati.Pada pagi ini,saya berasa berbesar hati dan
bertuah kerana dapat mewakili Tuan Pegawai Daerah UNTUK
menyampaikan syarahan dalam majlis yang amat bermakna ini.Tajuk
syarahan yang akan saya sampaikan ialah “Faedah Semangat
Kejiranan”.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


 
  Dalam kehidupan bermasyarakat,jiran merupakan individu yang amat
mustahak dalam menyempurnakan kehidupan seharian kita.Jiran
lazimnya datang dari kawasan yang berbeza dan mempunyai budaya
dan agama yang berlainan dan juga mudah menimbulkan perselisihan
faham.Namun demikian,jika jiran bergaul antara satu denga yang lain
maka pertelingkahan dapat dielakkan dan perpaduan tercapai selain
mewujudkan masyarakat yang harmoni.Jiran sepatutnya saling
bekerjasama bagai aur yang tebing dalam kehidupan seharian.Oleh
sebab itu,fenomena ini akan membantu dalam membina kehidupan yang
harmoni dan sejahtera.Sesungguhnya,semangat kejiranan banyak
membawa kebaikan kepada kita.
 
Faedah dominan pemupukan semangat kejiranan adalah dapat
menjamin keselamatan tempat tinggal.Hal ini dikatakan demikian kerana
penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang sama boleh
menubuhkan pasukan keselamatan untuk membuat rOndaan pada
waktu malam.Langkah yang bijak ini akan dapat mengurangkan kes
kecurian,rompakan dan pecah rumah.Bukan itu sahaja,jiran juga dapat
membantu kita mengawasi rumah semasa kita tiada di rumah.Sekiranya
kita mengalami masalah atau kecemasan,jiran akan merupakan orang
pertama yang paling awal memberikan bantuan kepada
kita.Tuntasnya,semangat kejiranan sangat vital kepada penduduk yang
tinggal di sesuatu kawasan perumahan kerana keselamatan penduduk
dapat dijamin.
 
Memetik wasitah nirmala yang selanJutnya,semangat kejiranan juga
mustahak dalam memupuk semangat bersatu padu dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.Dalam konteks ini,banyak aktiviti
kemasyarakatan sesuai diadakan yang melibatkan penduduk di sesuatu
kawasan perumahan seperti aktiviti gotong-royong,majlis keramaian dan
ramah terbuka.Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mempertemukan semua
jiran agar saling berkenalan.Maka,orang ramai dapat menjalinkan
hubungan yang akrab bagai isi dengan kuku dengan jiran. Pendek
kata,masyarakat yang sering mengadakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan penduduk setempat penting dalam mengukuhkan hubungan
dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Saudara dan saudari yang disanjungi,

  Di samping itu,semangat kejiranan yang dipahat kukuh dalam sanubari


setiap penduduk membolehkan persekitaran yang bersih dan selesa
dapat diwujudkan kerana orang ramai akan saling bekerjasama bagi
memastikan kawasan persekitaran tempat tinggal sentiasa bersih dan
ceria.Sebagai contohnya,penduduk akan bergotong-royong
membersihkan longkang yang tersumbat,mengutip sampah yang
berselerakan dan memotong rumput yang panjang.Melalui aktiviti
tersebut,penduduk bukan sahaja dapat menjamin kebersihan tempat
tinggal malah mampu mencegah penyakit berjangkit seperti demaM
denggi dan malaria yang dapat diibaratkan serampang dua
mata.Tegasnya,semangat kerjasama yang disuburkan dalam kalangan
masyarakat efektif dalam mewujudkan kawasan persekitaran yang
bersih dan ceria.
 
Pada waktu yang sama,semangat kejiranan menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesuatu kerja.Hal ini
disebabkan sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan
lancar dengan bantuan banyak pihak.Sebagai tamsilan,jiran dapat
membantu jiran yang lain APABILA mengadakan kenduri dengan
bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan
khemah untuk para tetamu.Secara tidak langsung pekerjaan dapat
diselesaikan dengan mudah di samping mengeratkan hubungan
silaturahim.Tuntasnya,semangat kejiranan afdal untuk melancarkan dan
menyenangkan kerja yang sukar.

Hadirin yang saya muliakan,

  Demikianlah beberapa manfaat yang dapat kita peroleh dengan


adanya semangat kerjasama antara segenap lapisan
masyarakat.Sehubungan dengan itu,semangat kejiranan wajib
diamalkan oleh semua lapisan masyarakat demi kesejahteraan hidup
kerana jiran sepakat membawa berkat.Sebelum mengundur diri,saya
ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat
kesalahan dan kesilapan dalam ucapan saya tadi.
  
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai