Anda di halaman 1dari 4

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Syair Maksud Syair


Tamatlah kitab dikarang orang, Rangkap 1: Penyair telah tamat mengarang
akalnya pendek ilmunya kurang, kitab supaya dapat dijadikan SYAIR NASIHAT
daripada sangat hajatku gerang, (Penghujung Thamarat at-Muhimmah)
diperbuat juga sebarang-barang .
Melepaskan hati yang terbuku, Rangkap 2 : Ayah berharap agar anaknya
pengajaran kepada sekalian akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan
anakku, mudah-mudahan betul yang berakhlak mulia.
tingkah dan laku, perangai yang
baik biar terpaku.
Dengarkan tuan ayahanda berperi, Rangkap 3: Ayah menasihati anaknya agar
kepada anakanda muda bestari, tidak bersikap malas.
nasihat kebajikan ayahanda beri,
amalkan jangan malas dan ngeri.
Ayuhai anakanda muda remaja, Rangkap 4 :Menurut ayahnya lagi, jika
 jika anakanda menjadi raja, anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah
hati yang betul hendaklah disahaja, bertindak dengan betul dan rajin bekerja.
serta rajin pada bekerja.
Kerja kebajikan janganlah malas, Rangkap 5: Ayah menasihati anaknya supaya
zahir dan batin janganlah culas, rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang
jernihkan hati hendaklah ikhlas, sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.
seperti air di dalam gelas.
Menuntut ilmu janganlah segan, Rangkap 6 :Ayah menasihati anaknya supaya
 ilmu yang benar jangan yang tidak malas untuk menuntut ilmu. Ilmu yang
bukan, iaitu ilmu yang kebajikan, di drtuntut itu mestilah ilmu yang betul seperti
kitab ini sudah disebutkan. yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Hendaklah anakanda mengaji Rangkap 7:Ayah menasihati anaknya agar
selalu, dari yang lain lebihkan dulu, rajin mengaji dan hal ini perlu diberi
had syarak janganlah dilalu, keutamaan daripada hal yang lain. Hukum
tidaklah anakanda beroleh malu. syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan
menyebabkannya mendapat malu.
Segala perbuatan dengan berilmu, Rangkap 8: Sebarang tindakan perlu
maka kebajikan boleh bertemu, didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar
jika sebarang-barang diramu, membawa kebaikan. Ayah juga menasihati
akhirnya anakanda jatuh tersemu anaknya agar berhati-hati dalam melakukan
setiap perkara agar tidak terjerumus dalam
perkara yang membawa kemudaratan.
Ilmu itu benar faedahnya, Rangkap 9: Ilmu itu banyak manfaatnya
membezakan hak dengan batilnya, kerana dengan ilmu, perkara yang benar
mengetahui rakyat benar salahnya, dengan perkara yang tidak benar dapat
supaya dihukumkan dengan dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin
adilnya. dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau
salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang
adil kepada mereka.
Jika ilmu tidak diendah, Rangkap 10 :Selanjutnya, jika ilmu
sebab anakanda capak permudah, pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu
rakyat datang membawa gundah, akan membawa masalah kepada anaknya jika
anakanda tercengang tunduk menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang
tengadah datang untuk menyatakan masalah, anaknya
tidak akan dapat menyelesaikan masalah
tersebut kerana tiadanya ilmu pengetahuan.
Hendak menghukumkan tiada tahu, Rangkap 11: Anaknya tidak tahu untuk
hendak diam hati tak mahu, menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula
berpeluk tubuh tangan ke bahu, berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu
mengeluh mengucap mengata berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah
Allahu. SWT.

Terkadang duduk mendiamkan diri, Rangkap 12 :Akhirnya, anaknya tidak dapat


sepatah tidak mengeluarkan peri, berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan
penat duduk bangkit berdiri, bangun, anaknya itu akan menyembunyikan
lalu masuk ke dalam purl. diri di dalam istana.

Orang berdakwa duduk menanti, Rangkap 13: Orang yang ingin mendapatkan
serta dengan bersakit hati, hairan pengadilan akan menjadi marah kerana
takjub tidak mengerti, perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.
sebab bicaranya belum pasti. 

Terkadang dihukumkan dengan Rangkap 14: Sebarang hukuman tidak boleh


biladah, bukannya syarak diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah
bukannya 'adah, kembali merujuk kepada hukum syarak untuk
 ambil lekas jalan yang mudah, mendapatkan ketenangan hati.
supaya jangan berhati gundah.

Jika demikian apa jadinya, Rangkap 15 :Jika perbicaraan tidak dijalankan


hukum tak betul dengan jalannya, mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan
di hadapan majlis diterimanya, dikeji oleh rakyat.
di belakang kelak diumpatnya.

Jika yang benar kita hukumkan, Rangkap 16: Jika perbicaraan tidak dijalankan
di belakang jangan kita hiraukan, mengikut hukum Allah SWT, maka kejian dan
umpat dan puji kita biarkan, pujian rakyat bawahan tidak perlulah
kepada Allah kita syaksikan. dihiraukan oleh mereka.

Fasal 1 Rangkap 17 :Ayah berpesan lagi, jika anaknya


Jika anakanda jadi menteri, menjadi menteri, dia digalakkan untuk
orang berilmu anakanda hampiri, berdamping dengan orang yang berilmu
 lawan mesyuarat lawan berperi, supaya dapat memudahkan segala kerjanya.
supaya pekerjaan jadi ugahari
Hendaklah periksa adabnya wazir, Rangkap 18 :Ketua haruslah memerhatikan
di dalam kitab sudah terukir, tingkah laku pegawai bawahannya supaya
hendaklah jauhkan pekerjaan penyelewengan tidak berlaku.
mungkir, supaya jangan jadi
tergelincir.
 (Dipetik daripada antologi Baik
Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.).

1.      Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika
anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan
jujur dan ikhlas.

2.      Persoalan
(a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
(b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai hati yang mulia, bijak, adil,
dan saksama ketika menjalankan tugas.
(c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat dengan penuh keikhlasan.
(d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah diperintahkan oleh
Allah SWT.
(e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu
pengetahuan supaya tiada kesilapan ketika menjatuhkan hukuman.
(f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak akan menenangkan hati
pemimpin.
(g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.
(h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang berilmu, maka segala kerja akan
menjadi mudah.
(i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap tugas yang diamanahkan kepada
orang bawahan agar tidak berlaku penyelewengan.

3.      Bentuk
(a) Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
(b) Semua baris merupakan maksud.
(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.
Contohnya,  diperbuat juga sebarang-barang ilmu yang benar jangan yang
bukan
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga suku kata.
Contohnya, had syarak jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku Syair
ini berbentuk terikat.

4. Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, • Ayuhai anakanda muda remaja(perulangan vokal a)
(b) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan boleh bertemu. (perulangan konsonan m)
(c) Rima akhir :
         rangkap 1:
aaaa;
         rangkap 2:
aaaa;
         rangkap 3:
aaaa;
         rangkap 4:
aaaa;
         rangkap 5:
aaaa;
         rangkap 6:
aaaa;
         rangkap 7:
aaaa;
         rangkap 8:
aaaa;

         rangkap 9: aaaa;
         rangkap 10:
aaaa;
         rangkap 11:
aaaa;
         rangkap 12:
aaaa;
         rangkap 13:
aaaa;
         rangkap 14:
aaaa;
         rangkap 15:
aaaa;
         rangkap 16:
aaaa;

 
4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Anafora (perulangan pada awal Hendak menghukumkan tiada tabu,
perkataan) hendak diam hati tak mahu,
Inversi nasihat kebajikan ayahanda beri;
Kata ganda sebarang-barang;
Penggunaan bahasa Arab ikhlas; syarak; batil; Allahu; biladah;
`adah; Allah
Simile seperti air di dalam gelas.
Sinkope seperti air di dalam gelas.

5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai keadilan. Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh
bertindak zalim terhadap rakyat.
Nilai berilmu Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu
pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan
pentadbiran.
Nilai keikhlasan Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan.
Nilai tawakal Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT
 ( berserah diri) setelah membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.

Anda mungkin juga menyukai