Anda di halaman 1dari 2

Selasa 26.01.

2012

Latihan: Perbendaharaan Kata

1. Berikan makna perkataan berwarna merah yang terdapat dalam petikan.

(a) akil baligh – cukup umur, dewasa


(b) liang folikel – lubang halus perkumuhan
(c) terampai – tidak mengenap dan tidak timbul
(d) pori-pori – liang-liang halus pada kulit
(e) alergi – keadaan sensitif terhadap makanan, ubat dan lain-lain
(f) kerengsaan – kelesuan, lemah badan
(g) penyental – alat untuk menyental
(h) pelembap – bahan yang melembabkan
(i) sel-sel – Unit terkecil sesuatu organisma
(j) hormon – bahan kimia yang dikeluarkan dalam kelenjar endokrin dan mempunyai
kesan ke atas organ-organ lain
(k) antipeluh – bahan yang digunakan pada kulit untuk mengurangkan atau mencegah
perpeluhan
(l) tatarias – cara menghias sesuatu (seperti muka, rambut)
(m) aspirasi – keinginan yang kuat
(n) berkeperibadian – perihal sifat, sikap seseorang
(o) berketerampilan – mempunyai kecekapan dan kemampuan

2. Bina lima ayat daripada perkataan-perkataan tersebut.


(a) pelembap
Sebelum menggunakan pelembab muka, basuhlah muka lebih dahulu menggunakan
penyegar muka.
(b) tatarias
Penjagaan tatarias merupakan aspek penting yang berkait rapat dengan penampilan
diri seseorang wanita.
(c) antipeluh
Produk antipeluh yang baharu dikeluarkan itu dijual pada kadar harga yang
berpatutan.
(d) alergi
Aminah mengalami bintik-bintik merah pada kulit setelah menikmati makanan laut
kerana dia alergi terhadap makanan tersebut.
(e) pori-pori
Pori-pori bekas jerawat sangat mengganggu penampilan diri terutamanya bagi para
wanita.

Anda mungkin juga menyukai