Anda di halaman 1dari 4

PakZakaria.

Menurut Pak Ramli, Mak Sopiah ialah bekas isterinya


kira-kira 16 tahun yang lalu. Ketika mereka bercerai dahulu, Pak Ramli
ada meninggalkan seorang anak lelaki. Mak Sopiahlah yang memelihara
budak itu sampai sekarang.
Cikgu Syamsudin meminta pembantu pejabat sekolahnya memanggil
Razali dan Ramlah. Setelah Razali tiba, Cikgu Syamsudin menyatakan
bahawa hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Razali. Hal
ini dikatakan demikian kerana Razali bukan sahaja menerima piala
kemenangan tetapi dia juga dipertemukan dengan bapa kandungnya
sendiri secara tidak disengajakan. Cikgu Syamsudin memperkenalkan Pak
Ramli kepada Razali. Pak Ramlilah bapa kandung Razali.

Tema
Tema novel ini ialah kegigihan murid dan guru Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan memaiukan koperasi sekolah
mereka. Dalam novel ini, Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah tersebut gigih membangunkan koperasi sekolah mereka. Mereka
juga mendapat sokongan penuh daripadapihak sekolah dan guru
koperasi, iaitu Cikgu Zulkifli dan Puan Robeah. Sebalik kegigihan mereka
terselit kisah suka dan duka serta konflik sesama sendiri.

Persoalan
(a) Usaha yang baik selalunya akan mendapat tentangan dan cabaran yang
hebat. Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah
koperasi sekolah mendapat tentangan yang hebat daripada Munir, Leong,
dan Silvam yang cemburu akan kejayaannya. Namun begitu, kesabaran
Razali menempuh cabarantersebut akhirnya membuahkan hasil.
(b) Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri. Munir sangat cemburu
akan Razali yang dapat memenangi hati Ramlah dan sanggup
memfitnah dan memburuk-burukkan nama Razali. Akhirnya, dia
menerima hukuman sebatan di khalayak ramai.
(c) Kekayaan dan kemewahan yang dimiliki membuatkan seseorang itu
sombong dan ego. Munir, Leong, dan Silvam yang bermotosikal ke
sekolah bersikap sombong dan ego sehingga sanggup bertindak sesuka
hati terhadap Razali dan kawan-kawannya.
(d) Dugaan yang telah ditempuh mampu menjadikan seseorang itu tabah
dan hebat. F.azali bukan sahaja diduga dengan kemelut dan cabaran di

124
sekolah malah, di rumah Razali perlu berhadapan dengan ayah tirinya
yang sememangnyatidak dapat menerima kehadirannya sejak kecil
lagi.
(e) Sifat ingin membalas dendam membuatkan seseorang itu sanggup
melakukan perbuatan jenayah.Munir berasa sangat malu apabila
dipanggil menemui guru kaunseling dan guru displin. Dia menyangka
bahawa Razali yang mengadukan perbuatannya. Oleh sebab ingin
membalas dendam, Munir sanggup menceroboh dan memecah masuk
koperasi sekolah dengan harapan Razali akan dituduh kerana Razali
seorang sahajayang memiliki kunci pintu kedai koperasi tersebut.
(f) Kasih ibu tiada batasannya. Mak Sopiah sanggup merahsiakan
tentang ayah kandung Razali kerana beliau bimbang Razali akan
meninggalkannya. Mak Sopiah juga sanggup meninggalkan Pak
Zakaiadan mengikut Razali ke mana-manasahaia sewaktu Razali
dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
(g) Amalan permuafakatan akhirnya membuahkan kejayaan. Cikgu
Syamsudin meminta persetujuan semua ahli lembaga pengarah
koperasi sekolah sama ada ingin memasuki Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA atau tidak' Setelah mendapat
persetujuan, semua ahli lembaga pengarah bekerjasama dan akhirnya
berjayamenjadi johan dalam pertandingan tersebut.
(h) Sifat pemaaf merupakan sifat yang sangat terpuji dan sangat dituntut
oleh semua agama. Sifat Razali yang sanggup memaafkan Munir,
akhirnya menjadikan Munir insaf dan menerima Razali sebagai kawan
baiknya.

Watak dan Perwatakan


(a) \fatak utama dalam novel ini ialah Razali.
(b) \fatak-watak sampingannya terdiri daripada Ramlah, Swee Lan,
Saridevi, Rozita, Munir, Leong, Silvam, Harun, Cikgu ZuJkifli, Cikgu
Robeah, Norlela, Cikgu Saiful, Cikgu Muniam, Cikgu Syamsudin,
Mak Sopiah, Pak Zakaria,dan Pak Ramli.

Razali
(a) Razali pelajar tingkatan lima.
(b) Razali Penolong Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.

12s
(c) Razali pemaaf. Dia sanggup memaafkan Munir yang telah memfitnah
dan memburuk-burukkan namanya.
(d) Razali sangat menghormati orang tua. Dia tidak pernah melawan
apabila dimarahi oleh ayah tirinya.
(e) Razali penyabar. Dia tidak mudah melenting apabila dituduh
menceroboh masuk koperasi sekolah dan dibawa ke balai polis untuk
membantu siasatan.
(f) Razali berwawasan dan bercita-cita tinggi. Razali berazam untuk
menggunakan ilmu yang diperolehnya semasa menyertai kursus
yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA untuk memajukan koperasi
sekolahnya.
(g) Razali baik hati. Dia sanggup membantu Munir dalam pelajaran
setelah Munir dihukum gantung sekolah selama seminggu kerana
menceroboh kedai koperasi sekolah.

Ramlah
(a) Ramlah kawan baik Razali.
(b) Ramlah Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan.
(c) Ramlah anak tiri Pak Ramli.
(d) Ramlah tegas. Dia menengking Munir, Leong, dan Silvam yang
menuduhnya berdua-duaan dengan Razali di kedai koperasi sekolah.
(e) Ramlah rajin belajar. Dia sanggup pergi ke rumah Razali untuk belajar
tentang Penyata'Wang Tunai yang diajar oleh Cikgu Saiful.

Swee Lan
(a) Swee Lan kawan baik Razali.
(b) Swee Lan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan.
(c) Swee Lan rajin belajar. Dia sanggup pergi ke rumah Razali untuk
belaiar tentang Penyata Wang Tunai yang diajar oleh Cikgu Saiful.
(d) Swee Lan baik hati. Dia sentiasa menyokong dan memberi semangat
kepada Razali untuk memajukan kedai koperasi sekolah.

Munir
(a) Mata Munir bulat bersinar-sinar.
(b) Pipi Munir penuh berisi.
(c) Munir berwajah bulat dan bertubuh tegap.

t26
(d) Munir berpakaian kemas ke sekolah.
(e) Munir Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan.
(f) Munir pemalas. Dia selalu ponteng daripada menjalankan tugas di
kedai koperasi sekolah.
(g) Munir nakal. Dia selalu mengganggu Razali dan kawan-kawannya.
(h) Munir pendendam. Dia sanggup menceroboh kedai koperasi sekolah
kerana ingin membalas dendam terhadap Razali.

Cikgu Zulkifli
(a) Tubuh Cikgu Zdkiflitinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis.
(b) Cikgu Zulkifli guru disiplin dan guru koperasi sekolah.
(c) Cikgu Zulkifli bertanggungjawab dan berdedikasi. Beliau berusaha
memajukan kedai koperasi sekolah.
(d) Cikgu Zulkifli bijak. Beliau bijak memerangkap penceroboh kedai
koperasi sekolah.

Mak Sopiah
(a) Mak Sopiah ibu Razali.
(b) Mak Sopiah berkahwin kali pertama dengan Pak Ramli.
(c) Mak Sopiah berkahwin kali kedua dengan PakZakaria.
(d) Mak Sopiah penyayang. Beliau amat menyayangi anaknya, F.azali.

Pak Zskaria
(a) Pak Zakaria bapa tiri Razali.
(b) Pak Zakaria bekas tentera.
(c) Pak Zakaria kawan Pak Ramli semasa menjadi anggota tentera.
(d) Pak Zakaria garang dan tidak menyukai anak tirinya, Razali.

Pak Rsmli
(a) Pak Ramli bapa Ramlah.
(b) Pak Ramli bapa kandung Razali.
(c) Pak Ramli bekas tentera.
(d) Pak Ramli kawan PakZakaria semasa menjadi anggota tentera.
(e) Pak Ramli bercerai dengan Mak Sopiah sewaktu Razali berusia
satu tahun.

1.27

Anda mungkin juga menyukai