Anda di halaman 1dari 2

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama : Razali


 Anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
 Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah,

Perwatakan
1. Seorang yang rajin
Contoh:
Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering
mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.

2. Seorang yang bertanggungjawab


Contoh:
Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasinya
dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya.
Akhirnya sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam
pertandingan koperasi peringkat daerah.

3. Seorang yang suka membantu orang lain.


Contoh:
Dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. Razali juga
membantu Munir yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM

4. Seorang yang menghormati orang tua.


Contoh:
Walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup
menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

5. Seorang yang pemaaf


Contoh:
Razali segera bersalam dengan Munir dan memeluk badan Munir sebagai tanda
memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya.

6. Seorang yang pandai dalam pelajaran


Contoh:
Razali pandai dalam mata pelajaran Perdagangan. Dia telah mengajar Ramlah,
Saridevi, dan Rozita tentang Penyata Wang Tunai sehingga rakan-rakannya
benar-benar faham.

7. Seorang yang ikhlas.


Contoh:
Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya
dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam
pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.

Anda mungkin juga menyukai