Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: NOVEL JALAN KE PUNCAK ( BAHAGIAN 1)

KARYA: JURI DURABI

PENGOLAH: CIKGU SYAFIQ

z
SELAMAT
SEJAHTERA
1. Sinopsis Novel
Novel ini mengisahkan Laiman, iaitu pelajar dalam bidang Kejuruteraan dari Sabah yang menjalani
latihan di syarikat Shell di Sarawak. Laiman disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat
latihannya kerana dia rajin dan bertanggungjawab. Di situ, Laiman berkawan baik dengan rakan
sepejabat seperti Sukri. Laiman juga rapat dengan Soniah yang akan menyambungkan pelajaran
dalam bidang yang sama dengan Laiman. Muluk cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah. Muluk
yang terlibat dalam pembakaran tangki minyak semasa ketiadaan Laiman di tempat kerja telah
ditangkap oleh polis. Selepas tamat belajar,Laiman mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.
Sepupunya, iaitu Milan hairan dengan keputusan Laiman manakala ayah Laiman, iaitu Pak Kiassim
pula mengharapkan Laiman bekerja makan gaji sesuai dengan dirinya sebagai lulusan universiti.
Namun begitu. Laiman tetap dengan pendiriannya. Akhirnya, Pak Kiassim akur dengan kehendak
Laiman. Pak Sahok juga mengalah dan mengizinkan tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh
Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar. Laiman dan kawan-kawan bekerja keras setelah
mendapat keizinan tersebut. Mereka juga menternak udang harimau. Laiman hidup senang kerana
usahanya sebagai penternak ikan air tawar, pemilik kedai makan dan pemborong kelapa berjaya.
Projek ternakan ikan air tawarnya menjadi projek contoh di daerah itu. Laiman bersyukur kerana dahulu
pernah Laiman diejek kerana kerjayanya itu tetapi sekarang dia disanjung. Dengan kejayaannya
sekarang, Laiman mula memikirkan perancangan untuk mengembangkan fasa hubungannya dengan
Soniah yang dicintainya dalam diam.
TEMA NOVEL
• Kegigihan anak muda lulusan universiti mencapai cita-citanya untuk
menjadi usahawan yang berjaya.

PERSOALAN
1. Kasih sayang dalam keluarga.
2. Kemiskinan dalam kalangan masyarakat
3. Percintaan dalam kalangan remaja.
4. Kesungguhan dalam melakukan pekerjaan.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama — Laiman
• Anak kedua Pak Kiassim, iaitu lulusan ljazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan.
Perwatakan
1. Berfikiran terbuka
2. Cekap dalam menguruskan kerja
3. Bercita-cita untuk menjadi usahawan
4. Taat perintah agama
5. Jujur dalam pekerjaan
6. Amat menghormati orang tua
Watak Sampingan 1 — Milan Watak Sampingan 2 — Pak Kiassim
• Sepupu yang menjadi kawan rapat Laiman. • Bapa Laiman seorang duda kematian isteri.
Perwatakan Perwatakan
1. Rajin bekerja 1. Memaafkan tindakan Laiman
2. Tldak mudah putus asa 2. Berbangga dengan kejayaan Laiman
3. Amat menghargai jasa Laiman 3. Mengambil berat masa hadapan anak-anak
4. Sentiasa menyokong usaha Laiman 4. Mengharapkan anak-anak bekerja makan gaji

Watak Sampingan 3 - Soniah


• Kawan baik Laiman semasa di Sarawak.
Perwatakan Watak Sampingan 3 – Soniah
• Kawan
1. Seorang gadis berketurunan Melanau.
baik Laiman semasa di Sarawak.
2. Belajar di Universiti Kebangsaan
PerwatakanMalaysia,
sama seperti Laiman. 1. Seorang gadis berketurunan Melanau.
3. Bersemangat kental. 2. Belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia, sama seperti Laiman.
3. Seorang yang bersemangat kental.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Sila Baca Cerita Novel Jalan Ke Puncak


untuk mendapat gambaran yang lebih jelas
mengenai jalan cerita novel ini.

Latihan Pengukuhan: Sila lengkapkan latihan pada muka surat 176 dan 177 buku aktiviti

Anda mungkin juga menyukai