Anda di halaman 1dari 2

Novel Tawanan Komander Caucasus : Sinopsis Bab (Novel Tingkatan 3)

Bab 15: Pertarungan

– Malam kian larut sewaktu Farhani, Kim Yong, Dara Merah, dan kunang-kunang tiba di
mahligai ketua kerajaan kumbang. Dara Merah melewati pintu mahligai dengan botol
kecil berisi Endosulfan di dalam genggaman tangannya.

– Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik. Dia ke dapur untuk memasukkan
setitis cecair Endosulfan ke dalam minuman Maharaja Caucasus.

– Ketika di dapur, Dara Merah mendapati kumbang spesies Weevil sedang bertugas.
Dara Merah memberikan alasan untuk membawa minuman kepada Maharaja
Caucasus dan meminta Weevil berehat. Hal itu menimbulkan kehairanan kepada
Weevil kerana Dara Bintik tidak pernah bersikap ringan tangan.

– Dara Merah meletakkan minuman itu di atas meja kecil sebelum dia bergegas
meninggalkan kamar itu tetapi dipanggil oleh Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus
mengizinkan Dara Merah meminum air itu disebabkan kesetiaannya itu. Dara Merah
yang menyamar sebagai Dara Bintik menolak pelawaan itu atas dasar hormat dan dia
hanya akan meminum sisa minuman Maharaja Caucasus.

– Penyamaran Dara Merah sebagai Dara Bintik terbongkar setelah diketahui oleh
Weevil. Weevil berlari keluar mendapatkan bantuan tentera. Sementara itu, Maharaja
Caucasus telah mengayun tangannya yang dipenuhi duri tajam dan mengenai tepat
pada tubuh Dara Merah sehingga menyebabkan tubuhnya cedera.

– Di penjara, Kim Yong dan Farhani telah membebaskan Haikal, Wei, dan Devnath.
Mereka bertindak menyelamatkan diri dengan bantuan beberapa ekor kumbang lain
yang setia terhadap Dara Merah. Mereka menjadi penunjuk jalan dengan melalui
terowong rahsia yang dibina oleh kumbang-kumbang yang merancang pemberontakan
terhadap Maharaja Caucasus. Di pertengahan terowong, mereka menemui Puteri
Coleoptera, Bara, dan kunang-kunang.

– Tidak jauh dari lubang terowong, kedatangan mereka telah dinantikan oleh tentera
Caucasus yang lengkap bersenjata dan diketuai oleh Dara Bintik. Namun, tindakan
pantas Farhani menggunakan semburan cecair Endosulfan itu telah menyebabkan
semua tentera kumbang itu pengsan satu persatu ke tanah akibat terhidu racun itu.

– Setelah keadaan mengizinkan, Farhani memberikan arahan kepada Puteri Coleoptera


dan para pengikut setianya agar membuka topeng keselamatan yang telah dipakai.
NILAI DAN CONTOH

Anda mungkin juga menyukai