Anda di halaman 1dari 2

Gaya Bahasa

(a) Laras bahasa Sains. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.


(b) Peribahasa. Contohnya, alah bisa tegal biasa (Maksud: Sesuatu pekerjaan yang rumit ataupun
sukar untuk disempurnakan akan menjadi lebih mudah jika sering dilakukan.)
(c) Repetisi . Contohnya, Tapai! Tapai! Tapai!
(Repetisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.)
(d) Sinkope. Contohnya, “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!”
(Sinkope ialah: Singkatan perkataan.)
(e) Inversi. Contohnya, Jelak jadinya aku dengan ubi rebus itu. (Sepatutnya: Aku jadi jelak dengan
ubi rebus itu.)
(Inversi ialah: Ayat songsang atau terbalik.)
(f) Personifikasi. Contohnya, Tapai ubi muncul kembali dalam kehidupanku.
(Personifikasi ialah: Memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan,
atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.)

Latar
Latar Masa
(a) Waktu pagi.
(b) Selepas sembahyang isyak.
(c) Permulaan semester.
(d) Enam puluh hari.
Latar Tempat
(a) Kantin sekolah.
(b) Rumah Wak Salikon.
(c) Fakulti perubatan di universiti.
(d) Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.
(b) Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.
(c) Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
(d) Masyarakat yang berpandangan jauh.
(e) Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.
(f) Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh

Kegigihan Kita hendaklah gigih berusaha untuk Wak Salikon dan isterinya gigih
mencapai kejayaan mengusahakan perniagaan tapai ubi
sehingga berkembang membuka sebah
kilang.

Tolong - menolong Kita hendahklah hidup saling tolong- Parjo rajin membantu ayah dan ibunya
menolong antara satu sama lain. membuat tapai ubi.
Mengenang jasa Kita hendaklah menghargai jasa Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya
pengorbanan ibu bapa kita. menggengam ijazah berkat inspirasi
ayah dan ibunya.

Tanggungjawab Kita hendaklah bertanggungjawab Parjo ingin berkhidmat kepada


berkhidmat kepada nusa dan bangsa. masyarakat melalui kajiannya terhadap
tapai ubi yang dapat mencegah dan
merawat penyakit kanser

Anda mungkin juga menyukai