Anda di halaman 1dari 4

KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada nama
manusia, haiwan, benda, tempat, tumbuhan, dan konsep atau abstrak. Dalam bahasa
Melayu, golongan kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata
nama am, dan kata ganti nama.

1.1. KATA NAMA KHAS


1.1.1 Takrif/Definisi

Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang khusus atau khas
sama ada nama manusia, haiwan, benda, tempat, tumbuhan, dan konsep konkrit atau
abstrak. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar.
Misalnya, Usman, Johor, India, Sarjan, dan Universiti Putra Malaysia.

Manusia KATA NAMA KHASAdriana, Kelvin Eng, Muniandi, Dr. Malik, Cik Jamaliah,
CONTOH
Puan Tan, Datuk Sulaiman

Jawatan/Pangkat Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Polis, Kapten,


Profesor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telipot

Nama tempat Pulau Pangkor, Hotel Permai, Pantai Morib, Kuala Kangsar,
Kuala Pilah, Kota Bharu

Nama hari dan bulan Selasa, Jumaat, Ahad, Februari, Ogos, Disember, Safar,
Muharam, Rabiulawal

Nama binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam), Tomi (anjing)

Nama tumbuhan Malinja (padi), Vanda Diana (orkid), Centella Asiatica


(pegaga), Oryza Sativa (padi)

Nama bangunan Menara Berkembar Petronas, Bangunan Parlimen,


Daya Bumi, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Nama institusi Universiti Malaya, Bank Simpanan Nasional, Telekom


Malaysia Berhad, Kolej Perdana

Bangsa dan agama Melayu, Cina, India, Arab, Iban, Islam, Buddha, Hindu

Nama perkara Penilaian Menengah Rendah, Akta Rahsia Rasmi,


Pendidikan Seni, Senarai Peraturan Sekolah

Nama buku dan jenama Hikayat Hang Tuah, Kamus Dewan, Budak Misteri,
barang Proton Perdana, Philip, Samsung

 Encik Daneil membeli sebuah kereta Perodua Alza pada bulan lepas.
 Pemuda itu didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah.
 Murid-murid sekolah itu melawat ke Zoo Negara.
1.2. KATA NAMA AM
1.2. KATA NAMA AM
1.2.1 Takrif/Definisi

Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan nama sesuatu perkara atau
benda yang biasa atau secara umum sahaja. Kata nama am boleh digunakan untuk merujuk
kepada semua nama, sama ada benda hidup mahupun benda tidak hidup. Misalnya
manusia, haiwan, tumbuhan, tempat, benda, dan konsep atau abstrak. Dalam penulisan,
huruf pertama kata nama am mestilah huruf kecil kecuali pada pangkal ayat.
.
CONTOH KATA NAMA AM

Manusia askar, pemuda, ketua, negarawan, guru, kerani


Haiwan ayam, kambing, harimau, ikan, katak, kucing, burung
Tumbuhan nanas, kelapa, keladi, semalu, belimbing, mangga
Tempat bandar, asrama, taman, stadium, hospital, jambatan, gunung
Benda komputer, pinggan, makanan, lilin, kertas, kereta

 Perdana Menteri menyeru rakyat supaya rajin membaca buku.


 Pak Kassim menamam anak pokok pisang di kebun.
 Kakak menggoreng ikan di dapur.
 Ibu menggunakan senduk untuk mengacau gulai.
 Adibah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.
Ayat contoh:

1.2.2 Kesalahan Lazim


Kesalahan ayat contoh:
1. Abang saya menghadiri kursus pelayan hotel di hotel pan pasific.
2. Majlis sambutan hari guru pada tahun ini sangat meriah.
3. Rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan pada bulan ogos setiap tahun.
4. Kakak saya belajar di universiti kebangsaan malaysia.
5. pak ismail membeli sekotak pensel warna berjenama luna untuk anaknya, maria.
6. Ayah dan beberapa orang kawannya memancing di Sungai.
7. Burung Enggang merupakan lambang bagi negeri Sarawak.
8. Beberapa orang Guru Besar sedang mengadakan perbincangan di Balai Sidang.
9. Suasana di Perpustakaan amat sesuai untuk Murid-murid mengulang kaji.
10. Pada masa dahulu, pelabuhan Melaka disinggahi oleh banyak Pedagang.

Pembetulan ayat contoh di atas:


1. Abang saya menghadiri kursus pelayan hotel di Hotel Pan Pasific.
2. Majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini sangat meriah.
3. Rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos setiap tahun.
4. Kakak saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Pak Ismail membeli sekotak pensel warna berjenama Luna untuk anaknya, Maria.
6. Ayah dan beberapa orang kawannya memancing di sungai.
7. Burung enggang merupakan lambang bagi negeri Sarawak.
8. Beberapa orang guru besar sedang mengadakan perbincangan di Balai Sidang.
9. Suasana di perpustakaan amat sesuai untuk murid-murid mengulang kaji.
10. Pada masa dahulu, pelabuhan Melaka disinggahi oleh banyak pedagang.

KATA NAMA AM TAK HIDUP


INSTITUSI

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang
bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal
pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi
demikian. Contohnya:

KATA NAMA AM TAK HIDUP


BUKAN INSTITUSI KONKRIT

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya.
Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat
didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului
oleh ke dan dari. Contohnya:
KATA NAMA AM TAK HIDUP
BUKAN INSTITUSI ABSTRAK
BERBILANG

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan.
Contohnya:

KATA NAMA AM TAK HIDUP BUKAN


INSTITUSI ABSTRAK TAK BERBILANG

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup,
bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya adalah seperti yang
berikut:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak


tak berbilang

hawa kemunculan
iklim ajaran
kecantikan ganjaran
keadilan kehendak

Anda mungkin juga menyukai