Anda di halaman 1dari 4

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti

nama.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
Manusia , orang

ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar


dll

binatang

ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan

pokok, betik, rumput, lalang dll

benda

pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku,


dll

tempat

pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri


dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal
ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor
gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.

Pada awal ayat

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia

Zaidi, Mei Fong,


Subramaniam

binatang

Tompok (kucing),
Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)

bangunan

Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)

benda

Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Kegunaan

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Benda

bangunan
kereta
buku
sekolah

Bangunan Tabung Haji


Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau

Orang

doktor
kerani
guru
budak lelaki

Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi

Binatang

kucing
lembu
katak
ayam
burung

Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai

Tempat

negeri
bandar
kampung
tasek

Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan

pisang
cili
jambu
limau

Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata Nama Am

Contoh

Ayat Contoh

benda

permaidani, tongkat,
tikar, langsir, kotak,
komik, biskut, roti,
gelas, pinggan, piring,
tempayan, botol,
sangkar, selipar,
kalendar

1 Almari itu berpintu dua.


2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli dua buah komputer
baru.

haiwan

monyet, bangau,
siamang, landak, ular,
serigala, singa, cacing,
siput, jengking, kijang,
seladang, pelanduk,
tenuk

1 Burung itu terbang tinggi di udara.


2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu
jantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.

manusia

penghulu, pekebun,
wanita, pelajar,
jurubina, pensyarah,
emak, adik, tukang
masak, penyelia,
juruwang, wartawan,
pengarah, seniman,
pengetua

1 Wanita itu paling dikehendaki oleh


polis.
2 Adiknya bekerja sebagai seorang
juruhias.
3 Ibunya jarang menjenguknya di
asrama.

tempat

bank, klinik,
perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol,
pawagam, kafe taman
bunga, pasar malam,
pam minyak, pejabat,
bengkel, restoran,
universiti, maktab

1 Mereka sering berkelah di pantai itu.


2 Orang ramai berkumpul di balai raya
itu.
3 Kita digalakkan menyimpan wang di
bank.

Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan
pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1 Masjid itu baru siap dibina.
2 Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi, kata Salman.

Anda mungkin juga menyukai