Anda di halaman 1dari 4

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti

nama.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar


dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku,
dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal
ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat
gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas


Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana

Tumbuhan pisang Pisang Emas


cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi
Kata Nama Am Contoh Ayat Contoh

benda permaidani, tongkat, 1 Almari itu berpintu dua.


tikar, langsir, kotak, 2 Kipas itu berpusing ligat.
komik, biskut, roti, 3 Ayah membeli dua buah komputer
gelas, pinggan, piring, baru.
tempayan, botol,
sangkar, selipar,
kalendar
haiwan monyet, bangau, 1 Burung itu terbang tinggi di udara.
siamang, landak, ular, 2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu
serigala, singa, cacing, jantan.
siput, jengking, kijang, 3 Leher zirafah itu panjang sekali.
seladang, pelanduk,
tenuk
manusia penghulu, pekebun, 1 Wanita itu paling dikehendaki oleh
wanita, pelajar, polis.
jurubina, pensyarah, 2 Adiknya bekerja sebagai seorang
emak, adik, tukang juruhias.
masak, penyelia, 3 Ibunya jarang menjenguknya di
juruwang, wartawan, asrama.
pengarah, seniman,
pengetua
tempat bank, klinik, 1 Mereka sering berkelah di pantai itu.
perpustakaan, asrama, 2 Orang ramai berkumpul di balai raya
hospital, plaza tol, itu.
pawagam, kafe taman 3 Kita digalakkan menyimpan wang di
bunga, pasar malam, bank.
pam minyak, pejabat,
bengkel, restoran,
universiti, maktab
Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:

1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

 Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan
pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

Contoh:

1 Masjid itu baru siap dibina.

2 “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

Anda mungkin juga menyukai