Anda di halaman 1dari 56

Antologi dan Novel Tingkatan 1

Analisis Puisi Tradisional

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Maksud

Rangkap Maksud

1 Tingkah laku seseorang itu berkait rapat dengan sikap dan tingkah lakunya.

2 Orang yang selalu berselimut pasti akan tertidur.

Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan tetapi tetap mempunyai kelebihan
3
yang tersendiri.

4 Orang yang malas bekerja pasti tidak akan mendapat apa-apa.

5 Kita tidak perlu mengheboh-hebohkan sesuatu perkara yang belum kita laksanakannya.

Tema
Perbuatan seseorang itu berkait rapat dengan sikap dan tingkah lakunya dan akan memberikan kesan
kepada dirinya.

Persoalan
1. Kelakuan manusia menzahirkan peribadinya.
2. Orang yang rajin akan mendapat keuntungan.
3. Sikap malas tidak mendatangkan faedah.
4. Kepentingan hidup bekerjasama dalam masyarakat.

Bentuk Pantun
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Pantun ini berbentuk terikat.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama, iaitu dua baris.
4. Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah kata.
5. Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
6. Rima akhir setiap rangkap ialah aa.
7. Mempunyai pembayang dan maksud.

Nada
Pantun nasihat ini bernada sinis.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Gaya Bahasa
1. Imej alam – buah sintang; buah senikul; pucuk kawa
2. Penggunaan bahasa Arab – wujud; sifat
3. Repetisi – Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
4. Responsi –  Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.

Unsur Bunyi
1. Asonasi – Sarang semut dalam gelap (pengulangan vokal a)
2. Aliterasi – Satu memegang satu memikul (pengulangan konsonan m)
3. Jeda – Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya: 
Hitam-hitam / pucuk kawa,
Sungguh hitam / dipandang lawa.

Nilai
1. Kerajinan – Orang yang rajin akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
2. Kesyukuran – Bersyukur menerima kurniaan Tuhan kerana kurniaan-Nya sangat istimewa.
3. Kecekalan – Orang yang berhati cekal dapat menghadapi cabaran dan mencapai matlamat dalam
kehidupan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan yang erat dengan orang lain.
2. Kita hendaklah rajin bekerja supaya hidup senang.
3. Kita hendaklah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.

Syair Pohon Buluh

Maksud

Rangkap Maksud

1 Hidup perlu bekerjasama untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.

Masyarakat yang hidup bersatu padu laksana hidup bersaudara kerana membolehkan
2
kejayaan dicapai dengan mudah.

Masyarakat yang hidup tanpa mengira perbezaan pangkat dan darjat dapat melahirkan
3
masyarakat yang kuat.

Kehidupan yang akrab antara anggota masyarakat dapat menjaga keamanan negara,
4
masyarakat, dan bangsa.

2 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Tema
Perpaduan dan keutuhan hidup bersatu.

Persoalan
1. Perpaduan merupakan teras kepada kejayaan.
2. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga keamanan negara.
3. Masyarakat yang bersatu hati dapat mengukuhkan perpaduan.

Bentuk Syair
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Semua baris mempunyai maksud.
4. Setiap baris terdiri daripada empat hingga enam patah perkataan.
5. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata.
6. Rima akhir setiap baris ialah aaaa.

Nada
Syair ini bernada melankolik.

Gaya Bahasa
1. Simile – Gelapnya di dalam seperti malam
2. Responsi – Gelapnya malam seperti malam; Air tak tiris seperti kolam
3. Sinkope – Banyak ada ia bersaudara; Ikat tingkatnya tak nampak alam
4. Kata ganda – Yang ada sedia panji-panji bendera

Unsur Bunyi
1. Asonansi – mata-mata menjaga setiap pangkat (pengulangan vokal a)
2. Aliterasi – Ikat tingkatnya tak nampak alam (pengulangan konsonan k)

Nilai
1. Bekerjasama – Sikap tolong-menolong mesti diamalkan kerana banyak kebaikannya.
2. Persaudaraan – Masyarakat mesti menganggap semua manusia bersaudara.
3. Bertanggungjawab – Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga keamanan negara.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk melahirkan bangsa yang kuat.
3. Kita hendaklah hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Analisis Sajak

Kita Umpama Sehelai Daun

Maksud

Rangkap Maksud
Penyajak mengibaratkan manusia (kita) sebagai sehelai daun, menjadi tempat untuk
1
makhluk yang lain menikmati kehidupan dengan sempurna.
Kita perlu membantu orang yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan
2
supaya kita tidak dipandang rendah dalam masyarakat.
Apabila sampai masanya, kita akan tua. Oleh itu, kita jangan bersikap angkuh akan
3 kelebihan yang kita miliki sehingga terlupa untuk membantu orang susah kerana orang
susah juga perlu meneruskan kehidupan di muka bumi.
Penyajak menyeru kita membuat kerja-kerja kebajikan kerana semua budi baik tersebut
4
akan dikenang.

Tema
Amalan yang baik dalam kehidupan. Manusia digalakkan membuat jasa semasa hidup kerana jasa
baiknya akan dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

Persoalan
1. Manusia dituntut membuat jasa dan berbudi semasa hidup.
2. Manusia mesti saling membantu sesama manusia.
3. Budi baik seseorang itu akan kenang sepanjang hidupnya.
4. Orang yang berjasa akan menerima balasan sampai bila-bila.

Bentuk Sajak
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris tiga hingga lima.
3. Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah kata.
4. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata.
5. Rima akhir setiap rangkap bebas, iaitu  ababc, abcd, abcbd, abb.
Nada
Sajak ini bernada melankolik.

Gaya Bahasa
1. Imej alam – daun; ranting; unggas; mentari
2. Repetisi – kita umpama sehelai daun
3. Simile – kita umpama sehelai daun
4. Personifikasi – tempat bercanda unggas meriang
5. Penggunaan bahasa Arab – kudrat; makhluk; duafa

4 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Unsur Bunyi
1. Asonansi – kita umpama sehelai daun (pengulangan vokal a)
2. Aliterasi – kering gugur menjadi baja (pengulangan konsonan g)

Nilai
1. Baik hati – Kesediaan membantu golongan yang tidak berupaya.
2. Rasional – Memanfaatkan kehidupan untuk membuat kebajikan.
3. Keinsafan – Menerima hakikat bahawa kelebihan yang kita miliki tidak akan kekal kerana semua
manusia akan mati.
4. Bertanggungjawab – Setiap insan bertanggungjawab untuk membantu insan yang lain.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berbuat baik sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain.
2. Kita hendaklah membuat jasa dan berbakti kepada masyarakat.
3. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima dan berusaha untuk membantu
orang yang tidak berupaya.

Kuingin Berterima Kasih

Maksud

Rangkap Maksud

Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada hujan yang telah menenteramkan
1
perasaannya yang sedang marah.

Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada tanah kerana tanah telah banyak
2
memberikan rezeki kepada petani.

Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada ikan-ikan di lautan kerana


3
memberikan rezeki kepada nelayan-nelayan.

Penyajak meluahkan perasaan kagumnya kepada pejuang-pejuang negara kerana


4
sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara tercinta.

Penyajak ingin berbudi kepada manusia supaya mereka dapat meneruskan kehidupan
5
dengan aman dan sejahtera.

Penyajak menyatakan bahawa dunia ini akan menjadi lebih indah sekiranya kita semua
6
dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya.

Tema
Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 5


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Persoalan
1. Tuhan mencipta alam untuk manusia meneruskan kehidupan.
2. Semangat cinta akan negara.
3. Peperangan mengundang kemusnahan dan penderitaan.
4. Memanfaatkan hidup untuk memberikan kebahagian kepada orang lain.

Bentuk
1. Sajak ini berbentuk bebas.
2. Terdiri daripada tujuh hingga lima belas suku kata.
3. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
4. Terdapat tiga hingga lima baris setiap rangkap.
5. Terdapat dua hingga lima patah kata sebaris.

Nada
Sajak ini bernada romantik.

Gaya Bahasa
1. Simile – kepadamu hujan bagai tetamu
2. Anafora – sesekali kuingin…
3. Sinkope – Sesekali kuingin berterima kasih
4. Imej alam – hujan; ikan; samudera
5. Personifikasi – kepadamu tanah yang hidup; di taman-taman keresahan hidup
6. Hiperbola – api amarah pun terpadam
7. Metafora – darah kesetiaan
8. Penggunaan bahasa sanskrit – amarah; belantara; samudera

Unsur Bunyi
1. Asonansi – kepadamu hujan bagai tetamu (pengulangan vokal a)
2. Aliterasi – kerana tanganmu pernah berdarah (pengulangan konsonan n)

Nilai
1. Berterima kasih – Mengucapkan terima kasih setelah menerima kebaikan daripada seseorang.
2. Patriotisme – Sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan negara tercinta.
3. Rasional – Menyedari bahawa semua hidupan di muka bumi ini saling memerlukan.
4. Keinsafan – Berusaha untuk mengelakkan peperangan kerana peperangan membawa kehancuran
dan kematian.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menjaga alam sekitar yang telah banyak merahmati kehidupan kita.
2. Kita hendaklah menghargai jasa pahlawan-pahlawan negara.
3. Kita hendaklah membantu orang yang hidup untuk meringankan penderitaan yang ditanggung
oleh mereka.
4. Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.

6 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Aku

Maksud

Rangkap Maksud

1 Penyajak menyatakan bahawa dia bersendirian di pantai itu.


2 Ketika menyusuri pantai itu, penyajak membayangkan bahawa dirinya ialah Adam.
Penyajak membayangkan bahawa pada hari pertama dia diciptakan, dia telah melihat
3
keindahan alam ciptaan Tuhan.
Penyajak mengatakan bahawa pada hari sebelum dia dicipta, dia tidak pernah
4
mendengar bunyi deruan ombak.
5 Penyajak juga mengatakan bahawa dia belum pernah berasa tiupan angin.
Penyajak juga mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan
6
pohon ru di tepi pantai itu.
7 Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.

Tema
Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam.

Persoalan
1. Mengagumi alam yang amat unik ciptaan Tuhan.
2. Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.
3. Mempelajari sesuatu daripada alam sekitar.
4. Menyakini akan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa.

Bentuk Sajak
1. Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Terdapat tiga baris setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara satu hingga empat perkataan sebaris.
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lima hingga sepuluh suku kata.

Nada
Sajak ini bernada romantik.

Gaya Bahasa
1. Imej alam – laut; langit; pohon; ombak; angin; kulit kerang; ru
2. Sinkope – kecuali diriku
3. Inversi – Tidak ada manusia lain; Kelmarin aku belum ada

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 7


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Unsur Bunyi
1. Asonansi – Tidak ada manusia lain (pengulangan vokal a)
2. Aliterasi – sentuhan angin ini (pengulangan konsonan n)

Nilai
1. Sayang akan alam sekitar – Memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup bersama.
2. Penghargaan – Mensyukuri segala nikmat pemberian Tuhan.
3. Rasional – Mengakui kewujudan Tuhan yang mencipta alam dengan amat sempurna.

Pengajaran
1. Kita hendaklah muhasabah diri untuk meningkatkan keimanan.
2. Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan yang telah mencipta bumi untuk kehidupan manusia
di dunia.
3. Kita hendaklah yakin akan kewujudan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
4. Kita hendaklah memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang meneruskan kehidupan.

Kunci Bahasa

Maksud

Rangkap Maksud

Maruah bahasa terletak pada kefasihan seseorang itu bertutur dengan menggunakan
1
bahasa yang betul.

Bahasa akan berkembang jika kita sentiasa menggunakannya di mana-mana sahaja


2
kita berada.

3 Bahasa yang digunakan dari semasa ke semasa tidak akan hilang begitu sahaja.

Bahasa yang digunakan dalam komunikasi dapat mengeratkan perhubungan


4
persaudaraan.

5 Bahasa sangat penting kepada sesebuah masyarakat.

6 Bahasa sangat indah jika diungkapkan secara puitis.

Tema
Kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat.

Persoalan
1. Bangsa yang menuturkan sesuatu bahasa itu yang bertanggungjawab untuk menentukan
bahasanya berkembang atau lenyap ditelan zaman.
2. Bahasa penghubung tali persaudaraan.
3. Bahasa sangat indah apabila diungkapkan secara puitis.

8 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Bentuk Sajak
1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
2. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3. Setiap baris mempunyai enam hingga sebelas suku kata.
4. Setiap baris mempunyai dua hingga empat patah kata.
5. Rima akhir ialah ab.

Nada
Sajak ini bernada patriotik.

Gaya Bahasa
1. Repetisi – bahasa; tidak
2. Metafora – bahasa berbuah
3. Penggunaan bahasa Arab – ukhuwah; ummah; berwasilah
4. Penggunaan ungkapan dialek – bilur (kedah); lokek (Johor)

Unsur Bunyi
1. Asonansi – tidak berbilur bahasa di lidah (pengulangan vokal i)
2. Aliterasi – tidak lokek pada ummah (pengulangan konsonan k)

Nilai
1. Rasional – Kesedaran akan kepentingan bahasa dalam kehidupan.
2. Patriotisme – Semangat mencintai bahasa kerana bahasa menunjukkan bangsa.
3. Tanggungjawab – Memikul tangggungjawab memelihara bahasa untuk generasi akan datang.

Pengajaran
1. Kita hendaklah memelihara bahasa untuk generasi yang akan datang.
2. Kita hendaklah bertutur dengan menggunakan bahasa baku supaya bahasa kita tidak tercemar.
3. Kita hendaklah berbangga dengan bahasa kita sendiri kerana bahasa menunjukkan bangsa.

Analisis Prosa Tradisional

Asal Padi

Sinopsis

Pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang sangat kaya. Tidak lama
kemudian, pasangan suami isteri tersebut meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang
anak lelaki yang masih belum mampu mencari rezeki sendiri. Anak yang sulung mengalami
kecacatan. Kakinya mengerekot, jari-jarinya tumbuh melekat antara satu sama lain, dan
tumitnya berlubang. Disebabkan anak-anak mereka masih kecil, kesemua harta peninggalan
ibu bapa mereka telah dicuri. Hanya sebuah kolam ikan yang tinggal.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 9


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Pada suatu hari, ketika Si Bongsu ke kolam peninggalan ibu bapanya itu. Dia ternampak
tujuh orang wanita baru selesai mandi di kolam itu. Mereka bersiap-siap untuk pulang ke
kayangan. Si Bongsu menghampiri mereka dan meminta izin untuk mengikut mereka ke
kayangan. Permintaan Si Bongsu diperkenankan oleh wanita-wanita itu. Si Bongsu pun
mengikuti mereka pulang ke kayangan. Mereka naik ke kayangan menggunakan pelangi
sebagai tangga. Setibanya di kayangan, kesemua wanita iu menghilangkan diri. Tidak lama
kemudian, Si Bongsu melihat benda kuning yang berkilau-kilau yang sedang dijemur. Si
Bongsu menyangka bahawa benda kuning itu ialah selonggok emas. Setelah diterangkan
oleh orang yang menjemur benda itu, barulah dia tahu bahawa benda kuning itu ialah padi
dan sangat enak dimakan. Si Bongsu meminta izin untuk mendapatkan padi tersebut, tetapi
empunya padi itu tidak membenarkan dia mengambilnya.
Pada suatu hari, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam
mulutnya untuk dibawa pulang ke bumi. Malangnya empunya pada itu menyedari padinya
telah dicuri oleh Si Bongsu. Empunya padi itu mengejar Si Bongsu dan berjaya menangkap Si
Bongsu di tangga pelangi. Kesemua padi yang diambil oleh Si Bongsu telah dirampas semula.
Kaki Si Bongsu telah tercedera dan berlubang. Si Bongsu yang kesakitan meminta izin untuk
tinggal di kayangan sementara lukanya sembuh dan orang kayangan itu mengizinkan Si
Bongsu tinggal di kayangan. Kini, kerja-kerja menjaga padi telah diambil alih oleh Si Bongsu.
Setelah lukanya sembuh, Si Bongsu bertekad untuk mengambil sedikit padi untuk dibawa
pulang ke bumi. Si Bongsu telah mengambil segenggam padi dan menyembunyikannya di
dalam lubang luka pada kakinya. Kemudian, dia meminta izin daripada orang kayangan
untuk pulang ke bumi.
Orang kayangan mengatakan bahawa dia akan memeriksa Si Bongsu. Si Bongsu dalam
keadaan tenang membenarkan orang kayangan memeriksanya dan mengatakan bahawa
dia sudah bertaubat dan tidak akan sesekali mencuri. Orang kayangan mempercayai kata-
kata Si Bongsu dan melepaskan Si Bongsu balik ke bumi. Sesampainya di bumi, Si Bongsu
segera membuat ladang dan menanam padi yang dicuri dari kayangan itu. Padi yang
ditanam hidup dengan subur manakala padi di kayangan tidak menjadi. Oleh sebab itulah,
orang kayangan tidak membenarkan padi ditanam di bumi. Apabila padi di kayangan tidak
menjadi bermakna padi mereka telah dicuri dan berjaya ditanam di bumi. Orang kayangan
memerintahkan burung pipit untuk menyiasat di bumi.
Sesampainya di bumi, pipit mendapati bahawa padi hidup dengan subur dan pipit makan
padi yang sedang menguning itu tetapi apabila pulang ke kayangan, pipit memberitahu
orang kayangan bahawa di bumi tiada padi yang hidup. Orang kayangan tidak mempercayai
pipit kerana terdapat kesan padi di paruhnya. Orang kayangan menitahkan Si Tekuri pula
menyiasat sama ada padi tumbuh di bumi atau tidak. Orang kayangan mengatakan bahawa
sekiranya padi ada di bumi. Si Tekuri perlu membunuh pipit manakala jika tiada, pipit yang
akan membunuh Si Tekuri. Sesampainya di bumi, ternyata pipit telah berbohong dan Si
Tekuri telah membunuh pipit dengan menyepit kerongkong pipit sekuat-kuatnya sehingga
temboloknya berputar ke arah tengkuknya. Itulah asal kejadian pipit mempunyai tembolok
di bahagian tengkok dan wujudnya padi di bumi.

Tema
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu berfikir bersungguh-sungguh untuk
membawa padi dari kayangan pulang ke bumi. Walaupun usahanya pada kali pertama gagal, Si
Bongsu tidak putus asa dan berusaha lagi. Akhirnya, Si Bongsu berjaya membawa padi ke bumi.

10 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Persoalan
1. Nasib malang yang menimpa anak yatim.
2. Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran.
3. Keberanian dalam menghadapi dugaan.
4. Kegigihan dan ketabahan dalam mengejar cita-cita.
5. Kesanggupan berbohong untuk mendapatkan sesuatu.

Plot

Binaan Plot

Perkembangan
Permulaan Si Bongsu mengikut tujuh orang wanita
pulang ke kayangan. Di kayangan,
Si Bongsu dan abangnya kematian
Si Bongsu ternampak benda kuning
ibu bapa. Mereka jatuh miskin setelah
sedang dijemur. Pada sangkaannya
segala harta peninggalan ibu bapa
benda itu emas. Empunya benda itu
mereka dicuri.
menyatakan bahawa benda itu ialah
padi.

Klimaks Peleraian
Si Bongsu ditangkap oleh orang Padi tumbuh dengan subur di bumi.
kayangan lalu dihempaskannya di Pipit mati akibat Si Tekuri menyepit
tangga pelangi sehingga tumit Si tengkoknya kerana berbohong
Bongsu luka. kepada tuan empunya padi.

Teknik Plot
Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog
dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik.

1. Teknik pemerian
Teknik pemerian ialah pengarang menggambarkan atau menerangkan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesebuah cerita. Contohnya:
Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang
tuanya. Didapati dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan sedang
bersiap-siap untuk berangkat pulang. (hal. 20)

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 11


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

2. Teknik dialog
Teknik dialog digunakan bagi menghidupkan jalan cerita. Dialog ialah perbualan atau pertuturan
antara watak-watak yang wujud dalam sesebuah cerita. Contohnya:
“Jikalau tuan hamba tidak keberatan, perkenankanlah kiranya saya turut sama.” (hal. 20)

3. Teknik monolog luaran


Monolog luaran ialah perbualan secara bersendirian. Contohnya:
Kemudian anak yatim piatu itu berkata lagi kepada dirinya sendiri, “Biarlah kucari akal yang
sebaik-baiknya untuk membawa padi itu ke bumi. Saya akan menyembunyikan beberapa butir
padi di dalam lubang yang ada pada lukaku. Kemudian, saya akan meminta diri dengan baik-
baik. (hal. 25)

4. Teknik monolog dalaman


Monolog dalaman ialah perbualan secara bersendirian di dalam hati. Contohnya:
Ia pun berfikir, “Jikalau saya kembali ke bumi dengan diam-diam tanpa diketahui oleh yang
empunya padi ini, nescaya orang kayangan itu akan mengejar dan menangkap saya lagi.” (hal. 25)

Watak dan Perwatakan


Si Bongsu (Watak utama)
1. Anak bongsu dalam keluarga.
2. Mempunyai seorang abang yang cacat.
3. Anak yatim piatu yang malang.
4. Seorang yang miskin kerana harta pusaka yang patut diwarisinya telah dicuri oleh orang.
5. Seorang yang bijaksana.
6. Seorang yang tabah, gigih, dan tidak mudah berputus asa.

Orang Kayangan
1. Memiliki sebuah dusun padi di kayangan.
2. Menjaga padi daripada dibawa turun ke bumi
3. Tinggal di kayangan.
4. Baik hati kerana membenarkan Si Bongsu merasai keenakan nasi.
5. Seorang yang pemaaf dan sanggup menerima Si Bongsu untuk menjaga padinya di kayangan.

Burung Pipit
1. Berasal dari kayangan.
2. Tidak amanah apabila mengatakan bahawa padi tidak tumbuh di bumi walaupun telah banyak
makan padi di bumi.
3. Mati disepit oleh Si Tekuri.

Burung Tekuri

1. Ditugaskan untuk menemani burung pipit ke bumi untuk memeriksa tumbuh-tumbuhan padi.
2. Bersikap amanah apabila menyepit tembolok burung pipit yang menipu.

12 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Latar

1442443
1. Di kolam ikan – Tempat Si Bongsu
menemukan tujuh orang wanita.

14444444244444443
Latar tempat
2. Di kayangan – Tempat tinggal tujuh orang
wanita yang mandi di kolam Si Bongsu dan
orang kayangan yang menjaga padi.
3. Di bumi – Tempat tinggal Si Bongsu dan
abangnya.

123
LATAR Latar masa Zaman dahulu kala

1442443
1. Masyarakat kampung – Masyarakat
kampung bekerja sebagai penternak
2. Masyarakat kayangan – Tujuh orang wanita
Latar kayangan dan orang kayangan ialah pemilik
masyarakat padi.
3. Masyarakat haiwan – Si Pipit dan Si Tekuri
tinggal di kayangan.

Gaya Bahasa
1. Sinkope. Contohnya:
“Jikalau demikian kehendakmu, baiklah. Akan tetapi jangan lagi kamu selalu ingin mencuba
untuk mencuri dan membawa lari padiku.” (hal. 24)
2. Peribahasa. Contohnya:
untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak. (hal. 27)
3. Kata ganda. Contohnya:
“Sekarang saya betul-betul jera mengambil apa-apa”. (hal.26)
4. Simile. Contohnya:
Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua
tumitnya berlubang. (hal. 19)

Nilai
1. Gigih – Si Bongsu tidak berputus asa untuk mendapatkan padi untuk dibawa ke bumi.
2. Baik hati – Empunya padi membenarkan Si Bongsu untuk mengikutnya ke kayangan semula
walaupun Si Bongsu telah mencuri padinya.
3. Kerajinan – Si Bongsu menanam padi di bumi. Padi hidup subur dan berbuah lebat.
4. Keberanian – Berani mempertaruhkan nyawanya untuk mengambil segenggam padi dari kayangan
untuk ditanam di bumi.
5. Kebijaksanaan – Si Bongsu menyorokkan padi di dalam lubang pada kakinya yang luka sebelum
meminta izin untuk pulang ke bumi.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 13


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Pengajaran
1. Kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Contohnya, Si Bongsu bersungguh-
sungguh membawa pulang padi untuk ditanam di bumi.
2. Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan hidup. Contohnya, Si Bongsu tabah mengharungi
kepayahan hidup bersama-sama abangnya yang cacat.
3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengambil hak orang lain. Contohnya, si penjahat
telah mencuri harta-harta peninggalan ibu bapa Si Bongsu.
4. Kita hendaklah amanah melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, orang kayangan (pemilik padi)
amanah menjaga padinya agar tidak terlepas ke bumi.

Analisis Cerpen

Oren

Sinopsis

Telah empat hari Oren hilang dari rumah. Aku, Azura, Anis, dan ayah risau akan
keselamatan Oren. Dua hari yang lalu, Anis ada melihat Oren bermain-main di bawah pokok
tua di taman permainan di halaman rumah dan pada pagi tadi Azura melihat Oren di tepi
longkang di belakang rumah. Namun demikian, Oren belum lagi muncul-muncul di rumah.
Sebelum hilang dari rumah, Oren enggan makan makanan yang disediakan oleh ayah.
Untuk menghilangkan kerisauan, ayah membelai-belai Kelabu di pangkuannya.
Walaupun ayah membelai Kelabu tetapi ayah masih memikirkan tentang Oren. Ayah
membawa Oren pulang ke rumah setelah ayah terlanggar ibunya. Setelah itu, ayah berjanji
akan memelihara Oren seperti anaknya sendiri. Oleh sebab bulu kucing itu berwarna oren,
maka ayah menamakan kucing itu Oren. Oren pula pandai mengurus diri. Oren membuang
najis di dalam tandas bukan seperti Kelabu. Kelabu ialah kucing yang ayah temuikan sewaktu
ayah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Ayah menamakan kucing itu
Kelabu kerana bulunya berwarna kelabu. Ayah memelihara Kelabu untuk menemankan Oren
bermain-main di rumah tetapi Oren tidak serasi dengan Kelabu. Akhirnya, Oren merajuk
lalu lari dari rumah.
Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Semalaman ayah berbual-bual dengan Oren di
ruang tamu. Setelah terkejut daripada tidur, ayah terpinga-pinga mencari Oren. Ayah sedar
bahawa dia hanya bermimpi. Ayah memberitahu hal tersebut kepada kami di meja makan.
Tiba-tiba, Anis muncul di ruang dapur membawa bangkai Oren. Oren mati kerana dihempap
sebatang pokok tua di taman permainan pada hari semalam. Ayah menangis.

Tema
Perasaan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan haiwan. Ayah memelihara Oren setelah Oren
kematian ibu akibat dilangar oleh ayah. Ayah memelihara Oren dengan penuh kasih sayang, kemudian
ayah memelihara Kelabu untuk menemankan Oren bermain-main. Kedua-dua ekor kucing tersebut
disayangi oleh ayah sekeluarga.

14 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Persoalan
1. Keprihatinan antara ahli keluarga.
2. Rasa simpati terhadap haiwan.
3. Tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan.
4. Menjaga perasaan orang lain.
5. Sifat cemburu antara makhluk Tuhan.

Plot
Binaan Plot

Perkembangan
Permulaan Ayah mengimbas peristiwa pertemuannya
dengan Oren kembali. Ayah telah melanggar
Oren hilang dari rumah. Pelbagai ibu Oren. Ayah simpati apabila melihat Oren
persoalan yang timbul pada mengiau-ngiau di hadapan ibunya yang
fikiran ayah, Azura, dan Anis. telah mati. Ayah membawa Oren pulang
ke rumah.

Klimaks
Peleraian
Ayah bermimpi Oren telah pulang
Oren ditemukan telah mati dihempap
ke rumah. Ayah berbual-bual dan
sebatang pokok tua yang tumbang di
mencium pipi Oren berulang-ulang
taman permainan. Ayah sangat sedih.
kali di ruang tamu.

Teknik Plot

1. Teknik dialog. Contohnya:


Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, “Apakah
namanya?” Dengan spontan dia menjawab, “Oren.” (hal. 35)

2. Teknik monolog. Contohnya:


“Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren,” bisiknya kepada diri sendiri.
(hal. 35)
3. Teknik imbas kembali. Contohnya:
(a) Apabila melihat Kelabu, aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu
ayah pulang dari tempat kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini
telah berubah dan kurus dahulu kini telah berubah. (hal. 33)

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 15


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

(b) Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu
keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu.
Kemudian dia memberhentikan kereta untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya
mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya. (hal. 35)

4. Teknik pemerian. Contohnya:


(a) Malam itu, ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya dia tidak
berselera. Kami tahu akan sebabnya dan tidak menyangka bahawa ayah terlalu risau akan
Oren. Apabila selesai sahaja membasuh tangannya, ayah terus ke ruang tamu. (hal. 34)
(b) Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak kucing. Isterinya
tahu dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana telah beberapa kali anaknya, Azura
dan Anis meminta ibunya untuk memelihara haiwan tersebut tetapi dia tidak membenarkannya.
(hal. 33)

Watak dan Perwatakan


Ayah
1. Ayah kepada aku, Azura, dan Anis.
2. Bersikap prihatin dan simpati apabila memelihara Oren dan Kelabu yang ditemukan terbiar di
jalan raya.
3. Berpegang teguh pada janji apabila ayah memelihara Oren kerana dia telah berjanji kepada dirinya
yang telah melanggar ibu Oren hingga mati.
4. Bersikap pilih kasih apabila menyayangi Kelabu lebih daripada Oren kerana Kelabu menunjukkan
reaksi yang lebih manja.

Oren
1. Seekor anak kucing jantan berwarna oren.
2. Ibunya mati dilanggar oleh ayah.
3. Bersikap pembersih kerana membuang najis di dalam tandas atau di dalam longkang.
4. Berasa iri hati terhadap Kelabu kerana Kelabu lebih mesra dengan ayah.
5. Lebih suka menyendiri, pendiam, dan pemalas.
6. Mati dihempap sebatang pokok tua yang tumbang kerana dipukul angin kencang.

Kelabu
1. Kucing yang dikutip oleh ayah selepas Oren.
2. Bulunya berwarna kelabu dan menarik seperti kucing siam.
3. Kucing yang amat manja dan jinak.
4. Sering menyambut ayah pulang dari pejabat.
5. Tangkas, lincah, dan rajin menyambut ayah pulang dari pejabat.
6. Membuang najis di merata-rata tempat di dalam rumah.

16 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Latar

14444244443
1. Rumah – Aku memberitahu ayah bahawa dia
melihat kelibat Oren di tepi longkang di belakang
rumah.
2. Jalan raya – Ayah terlanggar seekor kucing. Ayah
berasa tersentuh apabila melihat seekor anak
Latar tempat kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang
144444444444442444444444444443
dilanggarnya itu.
3. Taman permainan – Anis melihat Oren sedang
bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan di hadapan rumah.

1. Pertengahan Disember – Sudah seminggu pada


1444442444443
masa ini, hampir setiap malam hujan turun
diiringi guruh dan angin.
2. Pada waktu pagi – Di meja makan, ayah
memberitahu kami bahawa dia bermimpi Oren
pulang ke rumah dan hampir semalaman Oren
Latar masa
bersama-sama ayah di ruang tamu.
3. Pada waktu petang – Ayah pulang dari pejabat
agak lewat daripada biasa. Pada masa itu, ayah
LATAR terlanggar seekor kucing.
4. Pada waktu malam – Ayah hanya menjamah
sedikit makanan pada waktu malam kerana tidak
berselera.
144444424444443

1. Masyarakat yang risau akan kehilangan haiwan


peliharaannya – Ayah amat risau akan keadaan
Oren setelah beberapa hari tidak nampak
kelibatnya.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab setelah
melakukan kesalahan – Ayah membawa
Latar
pulang Oren setelah dia berasa bersalah setelah
masyarakat
terlanggar ibunya.
3. Masyarakat yang membela haiwan peliharaan
– Keluarga ini membela dua ekor kucing.
4. Masyarakat yang memahami perasaan orang
lain – Isteri dan anak-anak ayah sentiasa
menjaga pertuturan mereka agar ayah tidak
terus berasa sedih.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 17


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Gaya Bahasa
1. Simile. Contohnya:
(a) Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing siam. (hal. 33)
(b) Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya sendiri. (hal. 38)
2. Peribahasa. Contohnya:
Aku juga tidak mahu menambah rasa bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap Oren
sehingga Oren tidak pulang ke rumah. (hal. 34)
3. Personifikasi. Contohnya:
(a) Di hadapannya kelihatan Oren dengan raut wajahnya yang sayu. (hal. 38)
(b) Kelabulah yang selalu menyambutnya. (hal. 37)
(c) Kelabu pandai mengambil kesempatan. (hal. 35)

Nilai
1. Kasih sayang – Ayah menyayangi Oren dan emosinya terganggu setelah Oren hilang.
2. Simpati – Ayah membawa Oren pulang ke rumah kerana perasaan bertanggungjawab setelah
melanggar ibu Oren.
3. Prihatin – Keluarga ayah tidak mengemukakan pandangan yang akan menyebabkan ayah
bertambah risau.
4. Bekerjasama – Aku, Azura, dan Anis mencari Oren yang telah hilang untuk menghilangkan
kerisauan ayah.

Pengajaran
1. Kita hendaklah belas kasihan terhadap makhluk lain.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab atas kesalahan yang telah kita lakukan.
3. Kita hendaklah menghormati perasaan orang yang sedang ditimpa masalah.
4. Kita hendaklah bersifat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain.
5. Kita hendaklah bersikap proaktif bukan pasif supaya kita tidak diperlekehkan.
6. Kita hendaklah bersikap adil sesiapa sahaja walaupun pada binatang peliharaan.

Hadiah

Sinopsis

Azizah sangat risau kerana rakan-rakan sekelasnya telahpun berbincang tentang


hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan masing-masing pada Hari
Guru. Rahimah telah membeli bunga di dalam kotak plastik untuk diberikan kepada Cikgu
Khalid. Zaiton akan membeli sebuah novel untuk Cikgu Faridah kerana Cikgu Faridah selalu
memberikan markah yang tinggi untuk karangannya. Hamidah akan menghadiahi Cikgu
Azimah pasu bunga yang dibeli oleh ibunya di Paris. Aliza akan memberikan kain tenun
sutera kepada Cikgu Azimah. Rashid akan menghadiahi Cikgu Firdaus sebuah model masjid
kerana Cikgu Firdaus akan berkahwin pada bulan depan. Model masjid itu dibuat oleh
abangnya sendiri dengan menggunakan kayu-kayu yang bermutu tinggi. Hashim pula akan

18 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

menghadiahi Ustazah Salma tuala muka kerana Ustazah Salma tidak pernah memarahinya.
Azizah hanya mendengar perbualan rakan-rakannya itu tanpa berkata apa-apa kerana dia
miskin dan tidak mempunyai wang. Bapa Azizah bekerja sebagai penarik beca dan emaknya
pula cacat sebelah kaki. Untuk membantu keluarga, emaknya mengambil upah menganyam
tikar mengkuang.
Azizah berharap agar dapat memberikan sesuatu kepada Cikgu Zaleha kerana Cikgu
Zaleha selalu memujinya rajin belajar dan berdisiplin. Oleh itu, Azizah hendak meminjam
wang daripada ibunya. Ibunya juga tidak dapat memberikan wang kepada Azizah kerana
dia perlu mengirimkan wang kepada anak lelakinya yang sedang belajar di UiTM. Azizah
mencuba untuk meminjam wang daripada bapanya pula. Bapanya hanya mempunyai sedikit
wang untuk membayar hutang barang di kedai Tong Seng. Wang di dalam tabung Azizah
hanya mengandungi RM1.80 sahaja. Lantaran itu, ibu Azizah mencadangkan agar Azizah
membuat sendiri hadiah untuk guru kesayangannya. Aziah bersetuju dengan cadangan
ibunya itu.
Azizah membuat satu set tudung saji hiasan. Anyamannya sungguh halus dan menarik.
Setelah siap, hadiah itu dibungkus dengan menggunakan surat khabar kemudian diserahkan
kepada Cikgu Zaleha pada Hari Guru. Cikgu Zaleha sangat gembira menerima hadiah tersebut
tetapi Cikgu Zaleha mahu hadiah yang lebih besar lagi daripada Azizah, iaitu penyertaannya
dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Cikgu Zaleha yakin bahawa Azizah layak
menyertai pertandingan tersebut kerana dia seorang murid yang serba boleh, rajin, dan kuat
berusaha. Akhirnya, Azizah mendapat johan pada peringkat daerah dan naib johan pada
peringkat negeri. Pada peringkat kebangsaan Azizah menang dalam kategori Karya Inovatif.
Azizah mengambil masa kira-kira empat puluh lapan minggu untuk membuat tudung saji 20
beradik bermula dari saiz seinci hingga saiz empat puluh lapan inci manakala Cikgu Zaleha
memenangi kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Tema
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang miskin untuk memberikan hadiah kepada guru
kesayangannya. Azizah telah membuat satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha pada hari guru. Cikgu
Zaleha amat gembira.

Persoalan
1. Kasih sayang seorang murid terhadap guru-guru.
2. Usaha gigih seorang anak murid untuk membalas jasa guru.
3. Kegigihan individu untuk menaik taraf sesuatu produk.
4. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya.
5. Berjimat cermat dalam perbelanjaan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 19


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Plot
Binaan Plot

Perkembangan
Permulaan
Azizah bersedih kerana tidak mempunyai
Kawan-kawan Azizah bercerita
wang untuk membeli hadiah. Ibu Azizah
tentang hadiah-hadiah yang
mencadangkan kepada Azizah supaya dia
akan diberikan kepada cikgu
menganyam satu set tudung saji untuk
kesayangan masing-masing.
Cikgu Zaleha. Azizah bersetuju.

Peleraian
Klimaks
Azizah menyertai Pertandingan Kraf
Azizah menghadiahkan satu set
Tangan. Azizah mendapat johan dalam
tudung saji kepada Cikgu Zaleha pada
Pertandingan Kraf Tangan Peringkat
Hari Guru itu. Cikgu Zaleha meminta
Kebangsaan dan naib johan pada peringkat
Azizah menyertai Pertandingan Kraf
negeri. Cikgu Zaleha pula telah memenangi
Tangan Peringkat Daerah. Azizah
kategori Guru Inovatif pada sambutan Hari
bersetuju.
Guru Peringkat Daerah.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian. Contohnya:
(a) Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke
Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul dalam
tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. (hal 46)
(b) Semua orang bercakap-cakap tentang Hari Guru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rahimah
akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik. Rahimah selalu bercerita
tentang bunga yang dibelinya. Kata Rahimah, harganya mahal, sepuluh ringgit. (hal. 41)

2. Teknik dialog. Contohnya:


(a) “Kau nak berikan benda itu kepada siapa?” tanya Zaiton.
“Kepada Cikgu Firdauslah. Bukankah dia akan berkahwin pada bulan depan?” kata Rashid
dengan yakin. (hal. 44)
(b) “Bohong!” bentak Azizah, marah.
“Buat apa mak nak bohong kau, Zizah,” jawab emak, lemah dan sayu.
“Hari tu Zizah nampak mak kira duit banyak.”
“Itu duit abang Azman kau di UiTM, dia nak gunakan duit untuk membayar yuran,” kata
emak perlahan. (hal. 44)

3. Teknik saspens. Contohnya:


Tentu Cikgu Zaleha suka akan anyamannya yang halus dan menarik itu. Atau mungkin hadiahnya
paling akhir dibuka kerana ringan … atau mungkin Cikgu Zaleha tidak … (hal. 50)

4. Teknik monolog. Contohnya:


“Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya? fikir Azizah. (hal. 46)

20 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Watak dan Perwatakan


Azizah
1. Murid sekolah rendah yang akan mengambil peperiksaan UPSR.
2. Seorang yang pandai menganyam.
3. Seorang yang berani menyahut cabaran dengan menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat
Daerah dan Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Negeri.
4. Seorang yang kreatif.
5. Anak yang mendengar kata.
Cikgu Zaleha
1. Guru sekolah rendah.
2. Seorang yang suka memberikan galakan kepada anak muridnya.
3. Seorang guru yang mahu mengembangkan bakat anak muridnya.
4. Seorang guru yang penyayang
Ibu Azizah
1. Ibu kepada Azizah dan Azman.
2. Seorang yang cacat sebelah kaki.
3. Mengambil upah menganyam tikar mengkuang.
4. Seorang yang penyabar.
5. Seorang yang berjimat cermat dengan berbelanja cara berhemah untuk membayar yuran pengajian
Azman di UiTM.
6. Seorang yang bijak apabila menyarankan Azizah menganyam satu set satu tudung hiasan untuk
Cikgu Zaleha.

Latar
14243

1. Di sekolah – Tempat kawan-kawan Azizah berbincang tentang


Latar
144444442444444443

hadiah untuk guru kesayangan mereka.


tempat 2. Di rumah – Tempat Azizah meminta wang daripada ibu dan
bapanya.
123

1. Pada waktu pagi – Azizah mengayuh basikal ke sekolah.


Latar
masa 2. Pada waktu petang – Azizah menganyam tudung saji untuk
gurunya.
LATAR
1444442444443

1. Masyarakat yang suka bermegah-megah dengan hadiah yang


akan dihadiahkan kepada seseorang.
2. Masyarakat orang miskin.
3. Masyarakat yang terikut-ikut dengan kawan yang suka menunjuk-
nunjuk.
Latar 4. Masyarakat yang malu dengan status diri.
masyarakat
5. Masyarakat yang memberikan galakan untuk mengembangkan
bakat individu tertentu.
6. Masyarakat yang berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk
mengasah bakat.
7. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki yang halal.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 21


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Gaya Bahasa
1. Responsi. Contohnya:
“Betul?” tanya Azizah. Emaknya mengangguk pula.
“Sungguh?” tanya Azizah lagi. Emaknya mengangguk lagi. (hal. 44)
2. Sinkope. Contohnya:
Aku nak beli tuala muka yang istimewa buat Ustazah Salma. …” (hal. 44)
3. Anafora. Contohnya:
“Hadiah apa pulanya ini?” tanya bapa separuh kehairanan.
“Hadiah hari guru.”
“Untuk siapa?” tanya emak pula. Keningnya berkerut.
“Untuk Cikgu Zaleha.” (hal. 48)
4. Sinkope. Contohnya:
“Kau nak berikan benda itu kepada siapa?” tanya Zaiton. (hal. 44)

Nilai
1. Kerajinan – Azizah rajin ke sekolah walaupun rumahnya terletak tiga kilometer dari sekolah.
2. Kegigihan – Azizah gigih berlatih untuk pertandingan kraf tangan. Dia mencuba pelbagai variasi
warna untuk membuatkan kraf tangannya nampak menarik.
3. Kasih sayang – Azizah menyayangi Cikgu Zaleha dan hendak memberikan hadiah kepada gurunya.
4. Berjimat cermat – Azizah menabung dan menggunakan duit tersebut untuk keperluannya.
5. Keberanian – Azizah menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan kraf tangan.
6. Kejujuran – Azizah berterus terang kepada gurunya bahawa keluarganya orang susah.
7. Prihatin – Cikgu Zaleha dapat mengesan bakat Azizah dalam bidang kerja tangan.

Pengajaran
1. Kita haruslah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
2. Kita haruslah bersabar dengan tingkah laku anak-anak.
3. Kita haruslah memberikan galakan kepada seseorang untuk mengasah bakatnya.
4. Kita haruslah berjimat cermat dalam perbelanjaan.
5. Kita haruslah bersifat inovatif untuk mencipta barangan yang berkualiti.

Kuih Bakul Limau Mandarin

Sinopsis

Sim Pau, berasa sangat gembira apabila menerima panggilan daripada anaknya, Lim
Meng yang mengatakan bahawa dia akan pulang untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
Namun begitu, hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim
Meng banyak membawa petaka dalam keluarganya. Sejak Lim Meng dilahirkan, perniagaan

22 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Lim Pooi lingkup, kecurian banyak berlaku, dan hidupnya tidak tenang. Menurut Lim Pooi,
Lim Meng jugalah yang menyebabkan anak lelakinya, Lim Foong mati lemas di sungai. Sim
Pau membela Lim Meng. Baginya, Lim Meng tidak bersalah. Semua masalah yang menimpa
keluarga mereka berpunca daripada Lim Pooi.
Sim Pau menceritakan kesalahan Lim Pooi terhadap anak perempuannya, Lim Meng.
Dia menceritakan kembali apabila Lim Meng mengadu bahawa dia ternampak Lim Foong
mencuri duit di kedai, Lim Pooi tidak percaya dan memarahi Lim Meng. Lim Meng juga
mengadu kepada Sim Pau bahawa Lim Foong menggunakan duit yang dicurinya untuk
berjudi. Dia juga menceritakan salah laku Lim Pooi yang menyembunyikan barang jualan
untuk menaikkan harga barang jualan menyebabkan pelanggan terpaksa berhutang dan
dia juga menambah bunga kepada hutang-hutang tersebut menyebabkan pelanggan tidak
percaya kepada Lim Pooi lagi. Lalu, perniagaannya pun lingkup. Semua musibah yang berlaku
diarahkan kepada Lim Meng yang dikatakan tidak membawa tuah.
Sim Pau juga menceritakan sebab Lim Foong meninggal dunia. Lim Foong lemas kerana
ingin bersembunyi daripada penuntut hutang kerana berjudi. Lim Meng ternampak Lim
Foong terkapai-kapai lalu mencuba untuk menyelamatkan Lim Foong tetapi dia sendiri
yang lemas. Kebetulan Sudin ternampak kejadian itu lalu dia berjaya menyelamatkan Lim
Meng tetapi dia tidak sempat untuk menyelamatkan Lim Foong. Sim Pau juga menceritakan
salah seorang orang kampung ternampak orang yang menuntut hutang dari Lim Foong
telah membakar kedai Lim Pooi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi dan
mengakui kesalahannya. Sim Pau menyuruh Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.
Tahun Baharu Cina bakal menjelma tetapi Sim Pau dan Lim Pooi tidak melakukan apa-
apa persediaan. Mereka hanya ingin melihat anak perempuan mereka. Lim Pooi jatuh sakit
tetapi tidak mahu pergi ke klinik. Alasannya, sakit itu hanya boleh diubati oleh Lim Meng.
Lim Meng tiba di rumah. Sim Pau dan Lim Meng berpelukan tetapi apabila dia ternampak
Lim Pooi, dia ingin pergi tetapi setelah papanya memanggilnya dan meminta maaf, Lim Meng
segera memeluk Lim Pooi. Kemudian, mereka telah melakukan persiapan untuk menyambut
Tahun Bahari Cina. Lim Pooi pergi membeli air kotak, kacang goreng, dan limau mandarin
dengan menaiki motosikalnya.

Tema
Kehidupan dalam sebuah keluarga yang porak-peranda kerana mempercayai ramalan atau tilikan.
Lim Pooi menuduh Lim Meng membawa malang dalam keluarga kerana semenjak kelahiran Lim
Meng, perniagaan Lim Pooi lingkup dan anak kesayangannya, Lim Foong mati kerana kononnya
mahu menyelamatkan Lim Meng daripada mati lemas. Oleh sebab itu, Lim Meng dihalau dari rumah.
Akhirnya, Lim Pooi mengakui kesalahannya dan meminta maaf.

Persoalan
1. Judi merosakkan masyarakat.
2. Keburukan mempercayai ramalan atau tilikan.
3. Hari perayaan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
4. Tolong-menolong tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
5. Hukuman kepada orang yang melanggar undang-undang negara.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 23


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Binaan Plot

Permulaan Perkembangan
Sim pau memberitahu Lim Pooi Sim Pau menyedarkan Lim Pooi bahawa
bahawa Lim Meng akan pulang Lim Meng tidak bersalah. Kematian
untuk meraikan Tahun Baharu Cina. Lim Foong, perniagaannya lingkup, dan
Lim Pooi tidak mahu menerima kedainya terbakar tiada kaitan dengan Lim
kepulangan anak perempuannya itu. Meng.

Klimaks Peleraian
Lim Meng pulang ke rumah. Lim Meng Lim Pooi membeli limau mandarin,
dan ayahnya berpeluk-pelukan dan air kotak, dan kacang di bandar untuk
bermaaf-maafan. meraikan Tahun Baharu Cina.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian. Contohnya:
(a) Lim Pooi bertambah-tambah terkejutnya. Dia tidak menyangka suara merdu Sim Pau boleh
bertukar segarang ini. Bingkai gambar yang ada dalam tangannya jatuh ke lantai. Bebola
matanya mundar-mandir antara bingkai gambar itu dengan wajah Sim Pau yang sudah
membengis. (hal. 57)
(b) Beberapa hari lagi Tahun Baharu Cina akan tiba. Kebanyakan jiran mereka sudah membuat
persiapan untuk perayaan yang disambut setahun sekali itu tetapi rumah mereka masih begitu.
Tiada persiapan apa-apa pun yang dibuat. Mereka sibuk mencari Lim Meng. (hal. 60)
2. Teknik dialog. Contohnya:
(a) “Dari mana kau tahu semua ini, Sim Pau?” Lim Pooi kembali bersuara.
“Dah lama aku tahu tapi aku sengaja tidak mahu hebohkan. Aku tak mahu bagi tahu kau.
Aku nak tengok sejauh mana ego kau tu.” (hal. 60)
(b) “Eh, mama ada buat kuih bakul?”
“Belum. Belum lagi,” jawab Sim Pau sambil menyeka air mata kegembiraan yang turun
mencurah-curah di pipi. (hal. 61 – 62)
3. Teknik saspens. Contohnya:
Pintu rumah diketuk. Sim Pau berada di dapur yang ketika itu sedang menyiapkan sup untuk
Lim Pooi. Sim Pau lekas-lekas ke hadapan untuk melihat siapa yang datang. Dia membuka pintu.
(hal. 61)

Watak dan Perwatakan


Lim Pooi
1. Bapa kepada dua orang anak, Lim Meng dan Lim Foong.
2. Mempunyai perniagaan.
3. Suami kepada Sim Pau.
4. Seorang yang keras kepala dan ego.
5. Lebih menyayangi Lim Foong daripada Lim Meng.
6. Seorang yang bertindak mengikut perasaan tanpa menyelidik kebenaran dahulu.

24 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Sim Pau
1. Ibu kepada dua orang anak, Lim Meng dan Lim Foong.
2. Isteri kepada Lim Pooi.
3. Seorang yang penyabar.
4. Amat menyayangi ahli keluarganya walaupun mereka banyak membuat salah.
5. Berani menegakkan kebenaran.

Lim Meng
1. Anak perempuan kepada Lim Pooi dan Sim Pau.
2. Sentiasa dituduh dan dimarahi oleh ayahnya, Lim Pooi.
3. Seorang yang jujur.
4. Berani menegakkan kebenaran walaupun akan dimarahi oleh ayahnya.
5. Sanggup berkorban demi keselamatan ahli keluarganya.

Latar
14243

1. Sebelum Tahun Baharu Cina – Tahun Baharu Cina akan di sambut


beberapa hari lagi. Jiran-jiran mereka sudah membuat persiapan
1444444244444443

Latar untuk perayaan tetapi rumah mereka masih begitu.


tempat
2. Pada waktu malam – Belakunya pertengkaran antara Sim Pau
dengan suaminya.
14424443 144424443

1. Di rumah – Sim Pau menerima panggilan daripada Lim Meng. Lim


Meng memberitahunya bahawa dia akan pulang ke rumah pada
Tahun Baharu Cina ini.
Latar
masa 2. Di sungai – Lim Foong yang cuba bersembunyi daripada peminta
LATAR hutang akibat kalah judi telah lemas di sungai. Lim Meng cuba
membantunya, tetapi dia turut lemas. Mujur Sudin melihat
Lim Meng dan Lim Foong. Namun begitu, Sudin hanya sempat
menyelamatkan Lim Meng.

1. Masyarakat yang membabi buta menuduh orang tanpa selidik.


2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya.
Latar 3. Masyarakat yang sengsara akibat berjudi.
masyarakat 4. Masyarakat yang trauma kerana tindakan seseorang.
5. Masyarakat yang membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan
agama.
6. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Gaya Bahasa
1. Sinkope. Contohnya:
(a) “Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” (hal. 55)
(b) “Tak apa. Nanti papa pergi beli. Nak berapa kotak? Sepuluh kotak cukup?” (hal. 62)

2. Peribahasa. Contohnya:
(a) Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi
yang terlalu mengikut perasaan. (hal. 56)
(b) Lim Pooi memang berhati kering. (hal. 56)

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 25


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

3. Metafora
Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. (hal. 55)
4. Repetisi
Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang
disemainya bersama-sama dengan Sim Pau. (hal. 55)
5. Simile
Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang
baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. (hal. 55)
6. Personifikasi
Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang
baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. (hal. 55)

Nilai
1. Kesabaran – Sim Pau amat bersabar dengan tindakan suaminya itu walaupun dia menyalahkan
anak perempuannya yang tidak bersalah.
2. Kejujuran – Lim Meng memberitahu ayah dan ibunya tentang salah laku Lim Foong.
3. Keberanian – Lim Meng mencuba untuk menyelamatkan abangnya walaupun dia sendiri mulai lemas.
4. Keprihatinan – Sudin yang kebetulan ternampak Lim Meng dan Lim Foong lemas telah bertindak
menyelamatkan mereka.
5. Mengenang budi – Keluarga Sim Pau mengajak Sudin sekeluarga meraikan Tahun Baharu Cina
di rumah mereka.

Pengajaran
1. Ibu bapa hendaklah menyayangi anak-anak tanpa pilih kasih.
2. Kita hendaklah membantu insan yang memerlukan pertolongan.
3. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
4. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.
5. Kita hendaklah bersikap amanah dan jujur dalam perniagaan.
6. Kita hendaklah berfikir secara rasional bukan mempercayai ramalan.

Analisis Drama

Hadiah

Sinopsis

Hayati mengirim sepucuk surat untuk memberitahu keluarganya di kampung bahawa


dia akan pulang ke rumah kerana yuran asramanya telah tertunggak selama dua bulan. Pak
Mail memaklumkan masalah yang sedang dihadapi oleh Hayati kepada Datuk Penghulu
dengan harapan Datuk Penghulu dapat membantunya. Sewaktu berbual-bual dengan
Fauziah, tiba-tiba Hayati muncul di muka pintu. Hayati memberitahu ibu dan datuknya
bahawa dia telah meminta izin daripada warden sebelum pulang ke rumah. Setelah itu,

26 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Hayati masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Pak Mail menasihati Fauziah agar
bersabar kerana segala-galanya yang berlaku kehendak Tuhan. Perbualan mereka terhenti
apabila Datuk Penghulu memberi salam. Datuk Penghulu memperkenalkan Encik Musa,
pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur kepada Pak Mail. Encik
Musa menyerahkan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah. Ketika
mereka berbual-bual, tiba-tiba muncul Hayati dari dalam bilik. Pak Mail memberitahu
Hayati bahawa dia akan menghantar Hayati pulang ke asrama pada keesokan harinya. Encik
Musa menasihati Hayati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Fauziah dan Pak Mail
mengucapkan terima kasih kepada Datuk Penghulu dan Encik Musa.

Tema
Pemikiran drama ini tentang kesempitan hidup selepas ketua keluarga terkorban di medan peperangan.
Hayati yang tinggal di asrama terpaksa pulang ke rumah untuk mengelakkan hutang asramanya
meningkat.

Persoalan
1. Kebijaksanaan mengatasi masalah keluarga.
2. Peranan dan tanggungjawab ketua kampung.
3. Menghargai pengorbanan tentera.
4. Ketabahan menghadapi dugaan.
5. Kepentingan menuntut ilmu.

Plot

Binaan Plot

Permulaan
Perkembangan
Hayati memberitahu ibunya
Pak Mail menasihati Fauziah supaya
melalui surat bahawa dia akan
bersabar. Hayati pulang dari asrama. Datuk
pulang ke rumah kerana yuran
Penghulu membawa Encik Musa ke rumah
asramanya telah tertunggak
Pak Mail.
selama dua bulan.

Klimaks
Fauziah menerima cek bernilai Peleraian
sepuluh ribu ringgit daripada Encik Hayati bersiap-siap untuk pulang ke
Musa yang bertugas di Kementerian asrama pada keesokan harinya.
Pertahanan Malaysia.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 27


  Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1

Teknik plot
1. Teknik pemerian. Contohnya:
(a) FAUZIAH sedang menghayun buaian untuk menidurkan anaknya. Seketika kemudian, dia
bangun lalu menuju ke meja. Dia mengambil satu sampul surat lalu mengeluarkan isinya
dan membaca surat tersebut. (hal.68)
(b) FAUZIAH menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya bergoncang. Dia melipat
surat tersebut serta mengesat air mata dengan lengan bajunya. Surat itu dipegangnya. Dia
kembali ke buaian lalu menghayun buaian. Dia terus menangis. (hal. 70)

2. Teknik dialog. Contohnya:


HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk
menolong Yati.
PAK MAIL: Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita. (hal. 71)

3. Teknik saspens. Contohnya:


PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula
orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.
HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk
Penghulu. Tuk terangkan masalah kita. (hal. 71)

Watak dan Perwatakan


Fauziah
1. Isteri kepada Sarjan Akhbar dan anak kepada Pak Mail.
2. Berusia 38 tahun, ibu tunggal kerana suaminya telah meninggal dunia dalam pertempuran di
sempadan tiga bulan dahulu.
3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Hayati dan seorang lagi anak yang masih kecil.
4. Berwajah sedih dan sering menangis.

Pak Mail
1. Datuk kepada Hayati dan Farid.
2. Ayah kepada Fauziah.
3. Datuk kepada Farid dan Hayati.
4. Seorang yang amat menyayangi ahli keluarganya.
5. Seorang yang rajin berusaha.
6. Seorang yang mementingkan ilmu.

Encik Musa
1. Pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
2. Seorang yang amanah.
3. Seorang yang berbudi bahasa.

28 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Antologi dan Novel TIngkatan 1 

Latar
1. Di rumah – Di ruang tamu, ibu membaca surat yang dikirim oleh

123 14243 14243


14444244443
Latar Hayati sambil menangis.
tempat 2. Sekolah Menengah Seri Setia – Tempat Hayati bersekolah.
1. Pagi hingga tengah hari – Fauziah menghayunkan buaian
Latar untuk menidurkan anaknya. Dia mengambil sampul surat lalu
masa mengeluarkan isi surat dan membaca surat tersebut.
LATAR
2. Petang – Hayati dijangka tiba pada waktu petang. Datuknya hendak
pergi menjemputnya, tetapi dia terlebih dahulu tiba.
1. Masyarakat yang baru kehilangan orang yang tersayang.
2. Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas.
Latar
3. Masyarakat orang yang kehilangan punca kewangan.
masyarakat
4. Masyarakat orang kampung yang prihatin.
5. Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak
buahnya.
Gaya Bahasa
1. Sinkope. Contohnya:
HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk
menolong Yati. (hal 71)
FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan
makan kemudian. (hal. 71)
2. Repetisi. Contohnya:
PAK MAIL: Terima kasih, Encik Musa. Terima kasih, Tuk. (hal. 76)

Nilai
1. Kasih sayang – Hayati amat sayang akan keluarganya dan demi tidak mahu membebankan
keluarganya dengan masalah kewangan, dia sudi pulang ke rumah dan berhenti belajar di
sekolahnya yang dahulu.
2. Ketabahan – Fauziah dan keluarganya tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya
telah meninggal dunia.
3. Amanah – Encik Musa amanah dalam melaksanakan tugasnya. Dia menyampaikan cek yang
berjumlah sepuluh ribu ringgit kepada keluarga Fauziah sebagai penghargaan atas jasa suami
Fauziah, iaitu Sarjan Akhbar.
4. Bekerjasama – Datuk Penghulu mencuba untuk membantu Pak Mail dalam menyelesaikan
masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga Fauziah.
5. Kesopanan – Hayati bertanyakan khabar dan bersalaman dengan ibu dan datuknya semasa tiba
di rumah.
6. Kejujuran – Hayati berterus terang dengan pengetua sekolahnya tentang kesempitan hidup
keluarganya.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berbakti kepada negara.
2. Kita hendaklah saling membantu dalam masyarakat.
3. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
4. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
5. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa orang lain.
6. Kita hendaklah mementingkan ilmu demi masa depan.
7. Kerajaan hendaklah membalas jasa pahlawan negara yang telah gugur di medan peperangan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 29


analisis novel
tingkatan 1
ZON KAWASAN JUDUL

Perlis, Kedah, Pulau Pinang,


1 Pelari Muda
Perak

Selangor, Negeri Sembilan,


Wilayah Persekutuan Kuala
2 Destinasi Impian
Lumpur, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Melaka, Pahang, Terengganu,


3 Formula Termodinamik
Kelantan

Johor, Sabah, Sarawak,


4 Sejambak Bakti
Wilayah Persekutuan Labuan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

Pelari Muda

Sinopsis

Kamarul menjadi popular dalam sekelip mata setelah memenangi beberapa hadiah
dalam sukan MSSM dan sukan SEA di Brunei. Oleh sebab berita dan gambarnya kerap
disiarkan dalam televisyen dan akhbar, maka Kamarul menganggap dirinya telah popular.
Kamarul mula bersikap angkuh. Kamarul sering mengelak untuk menghadiri latihan sukan
sekolah dan berbual-bual dengan kawan-kawan. Bagi Kamarul, kawan-kawan sekolah dan
latihan sukan sekolah sudah tidak penting lagi. Kamarul juga menunjukkan sikap kurang
senang apabila ditegur oleh guru-guru di sekolah. Malah Kamarul memarahi Saridah yang
menasihatinya supaya jangan bersikap sombong dengan kawan-kawan. Selain itu, Kamarul
enggan menjalani latihan kecergasan bimbingan Encik Kadir kerana latihan yang diajar oleh
Encik Kadir itu serupa sahaja dan amat membosankan. Kamarul tidak mematuhi jadual
latihan dan kerap ponteng latihan tanpa sebarang sebab. Kamarul lebih suka membuat
latihan kecergasan sendiri.
Dalam pada itu, ada seorang pelari lain yang sedang berusaha dengan gigih untuk
mengatasi Kamarul, iaitu Sures Menon. Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures
Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Kamarul amat runsing kerana persahabatannya
dengan Saridah semakin renggang. Hubungannya dengan Encik Kadir dan kawan-kawan
sekolah juga renggang. Kamarul amat tertekan. Sewaktu menyemberang jalan, Kamarul
tidak menoleh ke kiri. Sebuah kereta datang dari arah bertentangan melanggarnya. Kamarul
dihantar ke hospital. Kamarul mengalami kecederaan pada bahagian lutut, muka, dan mata.
Kunjungan Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah, dan rakan-rakan sekelasnya menyebabkan
sifat keegoan Kamarul cair. Kamarul memohon maaf daripada mereka.
Kamarul mula menyediakan dirinya untuk menghadapi pertandingan antarabangsa yang
cukup bermakna bagi dirinya, iaitu Sukan SEA ke–14 di Bangkok. Kamarul bertemu dengan De
Wega, pelari Filipina yang amat dikaguminya. De Wega menasihati Kamarul supaya menjadi
seorang atlet yang berdisiplin, patuh kepada arahan jurulatih, tidak mudah putus asa, dan
sentiasa menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan jikalau mahu menjadi atlet negara yang
dikagumi. Kemudian, Kamarul, De Wega, Sures Menon, dan beberapa orang pelari dari negara
lain bertanding dalam acara 100m dan 400m di Stadium Nasional, Bangkok. Kamarul mendapat
pingat emas dalam kedua-dua acara tersebut. Kamarul amat gembira. Kamarul ingin cepat pulang
ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan sekolahnya terutama Saridah.

Tema
Novel “Pelari Muda” mengungkapkan tema tentang semangat juang anak muda menghadapi pelbagai
cabaran demi mengejar cita-cita.

Persoalan
1. Latihan yang dilakukan bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan.
2. Ketegasan jurulatih dalam membentuk masa depan pelatih.
3. Memohon maaf sekiranya telah membuat kesalahan.
4. Sikap suka memandang rendah terhadap kemampuan orang lain akan merugikan diri sendiri.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 31


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

5. Menghargai kebolehan orang lain merupakan sikap terpuji.


6. Sahabat bercakap benar walaupun pahit.
7. Segala perkara yang berlaku itu ada baik dan buruknya.
8. Semangat kesukanan peserta sukan yang patut dikagumi.
9. Kata-kata perangsang sangat penting untuk membakar semangat.

Binaan Plot
Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi. Terdapat peristiwa imbas kembali diselitkan dalam
cerita, misalnya, Saridah mengimbas kembali tentang permulaan hubungannya dengan Kamarul.
1. Permulaan
Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan
Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal,
guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
2. Perkembangan
Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir
kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Selain itu, Kamarul
enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.
3. Klimaks
Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik
Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa
menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas
di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu dibawa ke hospital.
4. Peleraian
Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam
Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan
rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul
dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.

Teknik Plot

1. Teknik dialog. Contohnya:


Dialog antara Saridah dengan Juriah.
“Aku tak tahu, kenapa Kamarul begitu membenciku?” keluh Saridah,meluahkan isi hatinya.
“Sedang aku hanya menegurnya. Tidak lebih dari itu?”
“Mungkin Kamarul berkecil hati?”
“Ya, mungkin Kamarul berkecil hati,” Saridah mengulangi dengan suara tidak teratur. “Hatiku
…?”

2. Teknik monolog. Contohnya:


“Tak patut betul Kamarul buat aku begini,” bisik Saridah lagi. Rasanya hendak dilemparkan
kerusi yang didudukinya ke tingkap.

3. Teknik monolog dalaman. Contohnya:


Ah, buat apa aku menunggunya lagi? Hendak kupujuk dia supaya berbaik-baik semula?
Alangkah malunya! Nanti dia menuduh aku yang tergila-gila kepadanya. Oh, Tuhan kenapakah
demikian resahnya hatiku ketika ini?

32 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

4. Teknik imbas kembali. Contohnya:


Kamarul mengimbas kembali tentang pertelingkahan berlaku antara dia dan Saridah. Saridah
menegur Kamarul bahawa Kamarul menjadi semakin angkuh dan sombong. Kamarul berasa dia
dihina oleh Saridah.
“Sejak akhir-akhir ini kau nampaknya sombong benar,” ujar Saridah. Ya, masih diingatinya
pertuturan Saridah kepadanya.

5. Teknik pemerian. Contohnya:


Kebiasaannya selepas sarapan, Kamarul akan membaca akhbar. Dia meneliti berita perkembangan
sukan tanah air dan luar negeri. Lazimnya, sukan olahragalah yang menjadi tumpuannya. Selepas
itu, barulah dia membaca berita kegiatan bola sepak, hoki atau bola tampar.

Watak dan Perwatakan


Kamarul Baharuddin
1. Kamarul Baharuddin ialah watak utama dalam novel ini.
2. Berusia 17 tahun.
3. Seorang pelari pecut yang mewakili negara Malaysia.
4. Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
5. Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya.
6. Seorang yang tidak berdisiplin.

Saridah
1. Saridah ialah kawan baik Kamarul.
2. Berusia 17 tahun.
3. Seorang pelari pecut.
4. Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah.
5. Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun.
6. Seorang yang peramah dengan orang tua.

Mak Jah
1. Ibu kepada Kamarul dan isteri kepada Encik Baharuddin.
2. Seorang ahli perniagaan yang berjaya.
3. Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan.
4. Seorang yang prihatin. Buktinya dia sering menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah.
5. Seorang yang bertanggungjawab apabila menjaga Kamarul di hospital.

Sures Menon
1. Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.
2. Berusia 17 tahun.
3. Seorang pelari pecut yang mewakili negara Malaysia.
4. Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul.
5. Seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh.
6. Seorang yang berdisiplin.
7. Seorang yang amanah. Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 33


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Juriah
1. Juriah ialah kawan baik Saridah.
2. Berusia 17 tahun.
3. Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.
4. Seorang yang selalu bergurau.

Encik Kadir
1. Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia.
2. Seorang yang tegas.
3. Penyabar.
4. Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya.
5. Seorang yang bertimbang rasa.

De Wega
1. De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.
2. Berusia 34 tahun.
3. Seorang yang peramah dan rendah diri.
4. Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut.
5. Seorang yang berdisiplin.
6. Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
7. Pemurah dalam memberikan nasihat.

Latar
Latar tempat

1. Di rumah Kamarul
Di sinilah Kamarul, Mak Jah, dan ayahnya tinggal. Di sini jugalah tempat yang sentiasa dikunjungi
oleh Saridah.

2. Di sekolah
Tempat Kamarul, Saridah, Juriah, Sures, dan rakan-rakan Kamarul yang lain belajar.

3. Di hospital
Kamarul terlantar sakit kerana kemalangan. Banyak kawan yang melawatinya walaupun dikatakan
sombong. Di sini jugalah Kamarul sedar akan kesalahannya.

4. Di Pusat Sukan Kampung Pandan


Tempat pasukan olahraga kontinjen Malaysia berlatih untuk Sukan SEA ke-14.

5. Di Bangkok
Sukan SEA diadakan dan tempat pertemuan Kamarul dengan De Wega.

6. Di perpustakaan sekolah
Tempat Saridah menunggu Kamarul yang tidak datang pada akhirnya. Di sini jugalah tempat
Saridah menulis surat untuk Kamarul dan bertemu dengan Juriah.

34 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

Latar masa
Pada waktu siang
Kamarul pergi ke sekolah, berlatih bersendirian, dan pergi ke Pusat Sukan Kampung Pandan.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti
Kamarul yang semakin dingin, angkuh, dan sombong kepada orang sekelilingnya.

2. Masyarakat yang berdisiplin


Sures dan atlet-atlet yang lain, kecuali Kamarul sentiasa datang untuk menjalani latihan di Pusat
Sukan Kampung Pandan.

3. Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa


Kamarul menelefon Sures dan memberitahu Sures bahawa dia akan datang ke rumah Sures
pada pukul 3.00 petang. Walau bagaimanapun, Kamarul tidak muncul. Selain itu, Kamarul juga
datang lewat ke Pusat Sukan Kampung Pandan. Dia juga tidak datang berjumpa dengan Saridah,
walaupun dia sudah berjanji akan menemui Saridah di padang sekolah.

4. Masyarakat yang lemah kerana cinta


Saridah tidak mampu fokus kepada pelajaran dan sering muram kerana resah akan hubungannya
dengan Kamarul yang dirasanya semakin dingin.

5. Masyarakat yang gigih berusaha


Sures berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menewaskan Kamarul. De Wega juga berusaha
untuk meningkatkan kecergasan semasa dia bekerja sebagai buruh kereta api.

6. Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan


Para atlet menjalani pelbagai latihan dan ujian yang dikendalikan oleh seorang jurulatih.

7. Masyarakat pelajar
Pelbagai tingkah laku pelajar di sekolah sama ada yang baik atau yang buruk digambarkan dalam
novel ini.

8. Masyarakat yang bertanggungjawab


Encik Kadir bertanggungjawab dalam menulis laporan tentang atlet-atletnya. Beliau juga
bertanggungjawab terhadap atlet-atletnya.

Gaya Bahasa
1. Diksi
Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya one, two, three, airport, dan sorry.

2. Peribahasa
(a) jauh hati
(b) kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya

3. Sinkope
(a) “Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.
(b) “Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengenyitkan mata.

4. Simile
(a) Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga.
(b) Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 35


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

5. Personifikasi
(a) Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.
(b) Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.

6. Repitisi
Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.

7. Anafora
Maafkan aku, Saridah!
Maafkan aku, Cikgu Zainal!
Maafkan aku, Encik Kadir!
Maafkan aku, kawan-kawan!

Sudut Pandangan
Novel “Pelari Muda” menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sudut pandangan orang ketiga
kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak menggunakan kata ganti
nama diri ketiga, iaitu dia, mereka, atau lengkap dengan nama.

Nilai
1. Dedikasi menjalankan tugas
Encik Kadir melatih Kamarul, Sures, Suradi, dan pelatih-pelatih yang lain dengan bersungguh-
sungguh.
2. Amanah
Sures menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul walaupun Kamarul enggan datang
berlatih.
3. Kasih sayang
Rakan-rakan Kamarul melawati Kamarul yang terlantar di hospital walaupun Kamarul enggan
berkawan dengan mereka.
4. Kerajinan
Kamarul berlatih dengan bersungguh-sungguh selepas mengalami kemalangan kerana mahu
mewakili negara dalam Sukan SEA di Bangkok.
5. Bercita-cita tinggi
Encik Kadir berazam hendak mendidik Kamarul menjadi pelari terpantas di Asia. Cita-cita Encik
Kadir akhirnya tercapai.
6. Bersimpati
Juriah mengasihani Saridah kerana Kamarul tidak mempedulikannya lagi setelah dia menjadi
atlet negara.
7. Keinsafan
Kamarul insaf setelah bersikap biadab terhadap Encik Kadir. Kamarul memohon maaf.
8. Sedia memaafkan
Saridah memaafkan Kamarul supaya fikiran Kamarul tidak runsing dan lebih fokus menjalani
latihan.
9. Semangat kesukanan
De Wega memberi motivasi kepada Kamarul supaya Kamarul mengatasinya dalam larian 100
meter di Bangkok kerana Kamarul lebih muda daripadanya.

36 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

10. Mengenang jasa


Kamarul mengenang jasa Cikgu Zainal yang mencungkil bakatnya dalam olahraga kemudian
memilihnya mewakili sekolah dalam sukan MSSM.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha untuk mengejar cita-cita.
2. Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara.
3. Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.
4. Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego.
5. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
6. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.
7. Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah.
8. Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

Destinasi Impian

Sinopsis

Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan
ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka
bahawa mereka juga boleh berbasikal ke Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk
mereka suatu ketika dahulu. Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak
ini kelihatan gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang
bersifat agak manja. Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila.
Azlina dan Johari ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya Firdaus menjadi
seorang lelaki yang tahan lasak berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut
dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap
mencabar dan menyakiti hati Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka.
Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50 kilometer itu, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh
mereka termasuk kerenah Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Sikap Firdaus yang
tidak sabar itu menyebabkan kerap berlakunya konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau
bagaimanapun, Johari sepupu kepada Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap
sabar dan bijak dalam menghadapi kerenah mereka. Setelah hampir lapan jam berkayuh dan
berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba di Pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus.
Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa amat bangga tambahan
pula Mazlinda turut berada di situ. Mazlinda dan rakan-rakan membatalkan rancangan
mereka hendak menonton wayang kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Sambutan
hari jadi Mazlinda juga telah ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah.
Firdaus juga membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka
mengambil masa yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat. Firdaus juga tidak
mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari.
Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan mereka
menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus. Dua orang rakan
Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan
Azlina. Mereka bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai
Morib kerana Azlina keletihan dan sering berhenti rehat. Azlina menceritakan perkara yang
sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 37


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah dihumban ke dalam
laut oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus
akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut.
Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu
menyertai mereka. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan abangnya
tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus
dan rakan-rakannya bergembira mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda
lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana tidak pandai berenang.
Sebaik-baik sahaja sedar, Firdaus sudah berada di hospital. Sebenarnya, Mazlinda
berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar akan
sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.

Tema
Novel “Destinasi Impian” bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi lama yang
mengatakan bahawa generasi kini tidak bersemangat seperti mereka. Firdaus, Azlina, dan Johari
menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib.
Mereka menghadapi pelbagai cabaran untuk sampai ke destinasi mereka di Pantai Morib seperti yang
pernah dilakukan oleh datuk mereka.

Persoalan
1. Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan.
2. Pertelingkahan antara abang dengan adik.
3. Sanggup menyahut cabaran.
4. Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain.
5. Keinginan untuk mengubah sikap abang ke arah kebaikan.
6. Harapan seorang yang bergelar abang.
7. Sikap tidak bertanggungjawab seorang abang.
8. Semangat perjuangan yang tinggi.
9. Kepuasan dalam diri.
10. Melupakan jasa orang yang pernah menolong.

Plot
Binaan Plot
1. Permulaan
Firdaus, Azlina, dan Johari memulakan ekpedisi menunggang basikal ke Pantai Morib Baru pada
pukul 7.00 pagi. Mereka melalui Kampung Meru, Klang, Jalan Kampung Jawa, Masjid Sultan
Sulaiman, Kolej Islam Sultan Alam Shah, dan Istana Mahkota.

2. Perkembangan
Firdaus ingin berpatah balik kerana terlalu letih tetapi dihalang oleh Johari dan Azlina. Firdaus
terpaksa meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan, tayar basikal Firdaus pancit kerana
tertusuk paku. Johari menuntun basikal Firdaus yang pancit itu ke kedai basikal. Firdaus terjatuh
kerana terlanggar batu. Manakala Azlina terbabas ke kiri jalan lalu tercampak ke tanah kerana
tempias angin dari sebuah lori yang dipandu terlalu laju. Firdaus menunggang basikal dengan laju
kerana tidak mahu diperli oleh Azlina. Oleh sebab itu, Firdaus yang tiba dahulu di Pantai Morib

38 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh Moksin, Sazali, Salim Mokhtar, Erma, Zarina, dan Mazlinda.
Firdaus membohongi Moksin, kononnya Azlinalah yang menyebabkan ekspedisi mereka lambat
sampai.

3. Klimaks
Firdaus dan kawan-kawannya mandi-manda di laut. Mereka mengadakan pertandingan menyelam.
Mazlinda ialah pemenang kerana dia menyelam paling lama. Sewaktu bertepuk tangan, Mazlinda
dipukul ombak ke tengah laut. Firdaus berenang ke arah Mazlinda tetapi ombak menolak Firdaus
ke tengah laut. Firdaus tidak pandai berenang lalu pengsan. Mereka membawa Firdaus ke hospital.

4. Peleraian
Johari dan Azlida mengunjungi Firdaus di hospital. Azlina memberitahu Firdaus bahawa dia
telah diselamatkan oleh Mazlinda yang pandai berenang. Mazlinda pura-pura lemas kerana
mahu menguji kehandalan Firdaus berenang. Johari menasihati Firdaus supaya berfikir dahulu
sebelum bertindak dan jangan bertindak luar kemampuan. Firdaus insaf kerana dia telah banyak
kali membohongi kawan-kawannya. Firdaus berjanji tidak mahu bercakap bohong lagi.

Teknik Plot
Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog
dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik.
1. Teknik pemerian
Teknik pemerian ialah teknik untuk menggambarkan atau menerangkan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesebuah cerita. Contohnya:
Bunyi hon yang kuat dari arah belakang sungguh mengejutkan, dan aku segera membelokkan
basikal ke kiri. Dalam keadaan terkejut itu aku tidak dapat mengelak seketul batu besar. Aku
tercampak ke atas tanah merah yang pejal di tepi jalan. (hal. 12 – 13)

2. Teknik dialog
Teknik dialog digunakan bagi menghidupkan lagi jalan cerita. Dialog ialah perbualan atau
pertuturan antara watak-watak yang wujud dalam sesebuah cerita. Contohnya:
“Pergilah, tapi jangan marah kalau kupanggil pengecut, penakut ... .”
“Ah, kau ini sengaja nak perli ya!” balas Firdaus.
“Sudah. Kalau asyik bertengkar, tak sampai ke mana-mana kita!” Aku memintas “Ayuh, kita
teruskan perjalanan.” (hal. 28)

3. Teknik imbas kembali


Imbas kembali ialah watak teringat akan sesuatu peristiwa yang pernah dialami. Contohnya:
Wajah Salim tiba-tiba hadir di tengah ruang ingatanku. Dia yang lebih suka menulis
namanya sebagai Saleem merupakan kawan rapatku di sekolah. Hanya dialah yang tidak pernah
mengejekku. (hal. 34)

4. Teknik monolog
Monolog dalaman ialah perbualan watak secara bersendirian. Contohnya:
“Salahkah aku hanya mengucapkan perkataan ‘sakit’ ketika adikku jatuh tadi? Kalau Abang
Johari menganggap pertanyaan itu menyakiti hati Azlina, dia juga wajar menganggap usikan,
sindiran atau cabaran Azlina juga menyakiti hatiku. Adil bukan?” Aku tersenyum sendiri. (hal. 45)

5. Teknik monolog dalaman


Monolog dalaman ialah perbualan secara bersendirian di dalam hati. Contohnya:
“Menyesal! Aku menyesal!” Ingin aku jeritkan kata-kata itu sekuat-kuat hati supaya Abang
Johari dan Azlina mendengarnya tetapi suaraku tersangkut di rengkung. (hal. 36)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 39
  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Watak dan Perwatakan

Firdaus
1. Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih.
2. Tingkah laku agak keperempuanan.
3. Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan kerja-kerja
perempuan.
4. Selalu dimanjakan.
5. Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi.
6. Cepat marah apabila kepenatan.
7. Suka berdendam.
8. Meminati Mazlinda.

Azlina
1. Gadis berusia 16 tahun.
2. Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
3. Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
4. Adik kepada Firdaus.
5. Suka mencabar Firdaus.
6. Seorang yang kuat semangat.
7. Sentiasa riang dan cergas.
8. Suka akan cabaran.
9. Mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan.
10. Suka mengkritik dan tidak mudah melenting apabila dikritik.

Johari
1. Sepupu Azlina dan Firdaus.
2. Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
3. Suka berbasikal.
4. Suka membaca.
5. Suka akan cabaran.
6. Suka memberikan nasihat kepada sepupunya.

Mazlinda
1. Rakan sekelas Firdaus.
2. Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam.
3. Anak orang berada.
4. Berpura-pura tidak pandai berenang.
5. Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib.

Sazali dan Mokhsin


1. Rakan sekelas Firdaus.
2. Suka mengejek Firdaus.
3. Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di Pantai Morib.

40 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

Latar
Latar masa
1. Pukul 7:00 pagi
Johari, Azlina, dan Firdaus bertolak dari rumah untuk memulakan kayuhan mereka ke Morib.

2. Pukul 2:30 petang


Mereka masih meneruskan kayuhan.

3. Pukul 3:00 petang


Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3:00 petang, mereka masih belum sampai di Pantai Morib.

4. Pukul 3:30 petang


Mereka sudah berbasikal hampir lapan jam.

5. Hari Sabtu bulan Jun


Firdaus duduk di bawah pokok ru bersama dengan Mazlinda ketika matahari semakin rendah ke
barat.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang gemar membaca
Johari merupakan seorang yang gemar membaca dan banyak wangnya dihabiskan untuk membeli
bahan bacaan.

2. Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan sendiri
Penjual air tebu tidak mempercayai sekiranya hanya mendengar cerita seorang perempuan
mampu mengayuh basikal sejauh itu, namun mengakuinya setelah melihat sendiri Azlina yang
berjaya membuktikannya.

3. Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut


Firdaus merupakan lelaki yang mempunyai perwatakan lembut. Adiknya selalu mengajaknya
berjoging supaya badannya tegap, tetapi tidak pernah dipenuhi. Akhirnya, dia menjadi bahan
sindiran adiknya.
4. Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan
Firdaus sentiasa menjadi bahan usikan kawan-kawannya disebabkan dia berperwatakan lembut.

5. Masyarakat yang tegas


Azlina tegas mahu abangnya berubah menjadi seorang lelaki sejati.

6. Masyarakat yang prihatin


Azlina seorang yang prihatin terhadap masalah penggunaan bahasa yang tidak betul pada papan-
papan tanda.

Latar tempat
1. Gerai air tebu
Azlina berhenti rehat sambil minum air tebu sementara menanti ketibaan Firdaus dan Johari.

2. Tepi jalan
Azlina terlanggar lubang yang besar dan dalam lalu tercampak ke tanah merah di tepi jalan.

3. Tapak perkhemahan
Kawan-kawan Firdaus mendirikan khemah di tepi pantai di Pantai Morib bagi menyambut
ketibaan Firdaus.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 41


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

4. Di bawah pokok ru
Azlina dan Johari memerhatikan Firdaus yang bersama-sama kawan-kawannya di bawah pokok ru.

Gaya Bahasa
1. Peribahasa
(a) Bagaikan langit dengan bumi.
Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak meninggalkan
rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi. (hal. 7)
(b) Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.” (hal. 74)
2. Simile
(a) Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana. (hal. 51)
(b) Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengembang
seluas-luasnya dalam hatiku. (hal. 84)

3. Hiperbola
Sebahagian daripada kepenatan yang menggayuti tubuhku seakan-akan luruh. (hal. 48)

4. Metafora
Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu menyambutku!
Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi. (hal. 73)

5. Sinkope
“Saya juga nak ucapkan tahniah.” Azlina pula menghulurkan tangan kepada abangnya. (hal. 61)

Sudut Pandangan
Dalam novel “Destinasi Impian”, pengarang menggunakan sudut pandangan ketiga tidak terbatas.
Pengarang hanya menumpukan kepada sebahagian watak yang dipilihnya, iaitu watak Firdaus, Johari,
dan Azlina manakala watak-watak lain seperti Mazlinda, Mokhtar, Mokhsin, dan Sazali digambarkan
secara ringkas.

Nilai
1. Cinta akan bahasa kebangsaan
Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil
gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.

2. Keberanian
Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.

3. Keprihatinan
Johari memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.

4. Bertanggungjawab
Johari dan Azlina berasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus
agar menjadi lelaki yang sejati.

5. Semangat setia kaw an


Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang
telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

42 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

Pengajaran
1. Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
2. Kita janganlah menghina sesama sendiri.
3. Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
4. Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
5. Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
6. Kita janganlah bercakap bohong.

Formula Termodinamik

Sinopsis

Amir dan Usamah mengubah suai sebuah mesin rumput terpakai menjadi sebuah
mesin yang mempunyai dua fungsi, iaitu memotong rumput dan membajak tanah sekali
gus. Mesin model baharu ini dicipta dengan menggunakan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik yang di kirimkan oleh Profesor Othman. Berita kejayaan Amir dan Usmah
mencipta mesin 2 dalam 1 ini tersebar dalam kalangan penduduk Kampung Warisan. Aswan
tidak gembira apabila mendengar berita tersebut. Aswan mahu mencipta model yang sama
dengan model ciptaan Amir dan Usamah tetapi berbeza fungsi. Aswan meminta Majibon
dan Fikri bekerjasama dengannya. Fikri bersedia bekerjasama dengan syarat mereka tidak
menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh. Aswan, Fikri, dan Majibon menemui Amir
dan Usamah di rumah nenek mereka.
Aswan telah memperoleh maklumat Formula Termodinamik. Dia amat gembira untuk
memulakan kerja-kerja menghasilkan mesin dengan enjin baharu. Amir kehilangan storan
data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Untuk menenangkan perasaan kecewa,
Amir mendaki bukit. Usamah memujuknya supaya menunaikan sembahyang maghrib
untuk mendapatkan ketenangan.
Amir dan Usamah pulang ke rumah ibu bapa Amir di Putatan. Amir menyemak storan
data termodinamik dalam komputer milik bapanya, tiba-tiba data Syarikat Bahagia milik
bapanya terpapar pada skrin komputer. Usamah menyekat pengaliran makluman tersebut
dengan menerbitkan Adang Keselamatan Rahsia. Pada masa yang sama, Aswan melepaskan
perasaan geram kerana dengan tiba-tiba sahaja dia gagal memindahkan storan data Syarikat
Bahagia ke dalam pemacu penanya.
Pada musim menanam padi, orang-orang kampung menolong menanam padi di sawah
nenek. Tiba-tiba suasana menjadi hingar-bingar apabila nenek terjatuh ke dalam paya.
Setelah pulih daripada pengsan, nenek dibawa ke rumah sakit. Usamah memberitahu Amir
bahawa data Syarikat Bahagia bocor lagi. Usamah berjaya menyekat pengaliran maklumat
pada kali kedua.
Amir, Usamah, Zaidi, dan Adnin mengatur strategi untuk menangkap penjenayah
yang mencuri barang-barang orang kampung. Mereka menangkap Lahop dan Oyong
di sebuah pondok Usang di tengah-tengah hutan. Mereka menemukan pemacu pena di
pondok usang itu. Usamah dan Amir menduga pemacu pena yang ditemukan itu ada kaitan
dengan kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik miliknya. Amir
menerima e-mel yang tertera ayat “Saya minta maaf.”. Penghantar e-mel itu menyepikan
diri apabila Amir memintanya memperkenalkan diri.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 43


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Zaid menceritakan kisah Asma yang akan berkahwin dengan Asman. Amir amat kecewa.
Adnin datang memberitahu mereka bahawa kampung mereka telah dilanda banjir. Amir,
Usamah, Zaid, dan Fikri menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon yang terapung-apung di
permukaan air. Amir merawat Aswan di dalam khemah. Aswan meminta maaf daripada
Amir kerana telah mengkhianati persahabatan mereka. Aswan mengaku bahawa dia telah
mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik milik Amir. Aswan juga
mengaku nyaris-nyaris memindahkan aset Syarikat Bahagia ke akaun bapanya tetapi dilarang
oleh Fikri. Aswan berjanji akan mengembalikan pemacu pena itu. Amir memaafkan Aswan.
Amir dan Usamah menerima Anugerah Saintis Muda dan tawaran biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ahli-ahli keluarga Amir menghantar mereka ke
lapangan terbang. Aswan, Fikri, dan Majibon turut hadir. Aswan memberikan dua bungkusan
kecil kepada Amir dan Usamah. Asma menghadiahkan dua jambak bunga mawar kepada
Amir dan Usamah. Amir berusaha untuk mengawal perasaan pilunya. Amir dan Usamah
masuk ke dalam pesawat. Mereka bertekad akan pulang ke tanah air dengan membawa
kejayaan yang gemilang.

Tema
Kegigihan dalam mencipta inovasi dalam bidang pertanian oleh dua orang remaja, iaitu Amir dan
Usamah. Mereka gigih berusaha mencipta inovasi dalam bidang pertanian dengan mengubah
suai mesin rumput dengan dua kegunaan, iaitu memotong rumput dan membajak sawah dengan
menggunakan Formula Dua Hukum Termodinamik.

Persoalan
1. Remaja yang berwawasan dapat memajukan negara.
2. Ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya akan mengabaikan anak-anak.

3. Perasaan dengki terhadap kejayaan orang lain merugikan diri sendiri.


4. Penyalahgunaan Internet atau penjenayah siber dalam masyarakat.
5. Semangat bekerjasama dan sikap setiakawan membawa kejayaan.
6. Kasih sayang penawar yang paling mujarab dalam kehidupan.
7. Perasaan sayang terhadap seseorang perlu dinyatakan dengan kata-kata secara berterus terang.
8. Penghargaan kerajaan kepada rakyat yang berjasa.
9. Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk pasti akan mendapat balasan.
10. Keinsafan atas kebesaran Tuhan.

Plot
Binaan Plot
Plot novel “Formula Termodinamik“ dijalin mengikut kronologi. Setiap peristiwa yang berlaku
mengikut urutan masa dan amat mudah difahami pembaca.

1. Permulaan
Amir dan Usamah menghabiskan cuti semesternya di rumah neneknya di Kampung Warisan,
Papar. Amir dan Usamah merancang untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin
yang berfungsi untuk memotong rumput dan membajak tanah sekali gus. Usaha mereka berjaya.

44 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

2. Perkembangan
Aswan mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik kepunyaan Amir. Amir
bertambah gelisah apabila maklumat Syarikat Bahagia milik bapanya telah dicerobohi. Amir
kecewa kerana tidak dapat memberitahu ayahnya tentang maklumat Syarikat Bahagia yang telah
dicerobohi orang melalui Internet. Neneknya pula pengsan setelah terjatuh di dalam paya. Amir
bertambah kecewa apabila mengetahui Asma akan berkahwin dengan Asman tidak beberapa
lama lagi.

3. Klimaks
Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin berjaya memerangkap Oyong dan Lahop yang terlibat dalam kes
kecurian barang-barang penduduk Kampung Warisan di sebuah pondok usang. Usamah berjaya
menyekat pengaliran maklumat Syarikat Bahagia daripada dicerobohi penjenayah siber.

4. Peleraian
Amir dan rakan-rakannya menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon yang hanyut dalam arus
deras. Amir dan Usamah menerima Anugerah Saintis Muda dan biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara. Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan menghantar Amir dan Usamah
ke lapangan terbang. Amir dan Usamah bertekad akan pulang ke tanah air dengan membawa
kejayaan yang cemerlang.

Teknik Plot
Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog
dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik.

1. Teknik Pemerian
Teknik pemerian ialah pengarang menggambarkan atau menerangkan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesebuah cerita. Contohnya:
Tangan kanannya menangkup tetikus. Tangan kirinya pula berada di atas papan kekunci.
Tangannya lincah menekan-nekan kod rahsia komputer. Tiba-tiba muncul mesej diikuti dengan
perkataan amaran yang tertera pada layar komputer. Amir cemas. Dia tahu bahawa ada sesuatu
yang tidak kena pada storan data itu. Dia cuba mencari kod lain. (hal. 69)

2. Teknik dialog
Teknik dialog digunakan bagi menghidupkan lagi jalan cerita. Dialog ialah perbualan atau
pertuturan antara watak-watak yang wujud dalam sesebuah cerita. Contohnya:
“Formula dah ada, buat apa minta tolong? Memalukan saja!” bentak Aswan.
“Baiklah, aku berjanji akan memulakan projek kita yang terbengkalai tu, dan untuk
memulakan projek ini kita perlukan wang. Apa kata aset syarikat ni, kita pindahkan RM10 000.00
ke dalam akaunku?” cadang Aswan mengambil hati Fikri.
“Jangan! Kalau kau hajat seperti itu, aku tidak akan menyertai projek ini,” bantah Fikri. Dia
terus melangkah ke arah pintu. Nekad. (hal. 68)

3. Teknik monolog dalaman


Monolog dalaman ialah perbualan secara bersendirian di dalam hati. Contohnya:
“Aku mahu ciptaanku lebih baik daripada ciptaan Amir dan Usamah,” bisik Aswan. Semangat
untuk bersaing makin berkobar-kobar di dalam dadanya. (hal. 12)

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 45


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Watak dan Perwatakan


Amir (Watak Utama)
1. Berdarah kacukan Cina dan Brunei.
2. Bermata sepet.
3. Berkulit putih.
4. Bertubuh tegap dan tinggi.
5. Belajar di politeknik dalam bidang kejuruteraan.
6. Anak kepada usahawan import dan eksport.
7. Mempunyai daya fikir yang keratif dan inovatif.
8. Berjaya memenangi Anugerah Saintis Muda.

Usamah
1. Dua pupu Amir.
2. Belajar di politeknik dalam bidang kejuruteraan.
3. Bersama-sama Amir mengubah suai mesin 2 dalam 1.
4. Berjaya melanjutkan pelajaran dengan tajaan biasiswa bersama-sama Amir.
5. Ibunya berasal dari Semenanjung Malaysia.

Aswan
1. Dua pupu Amir dan Usamah.
2. Anak kepada usahawan import dan eksport.
3. Berkawan baik dengan Majibon dan Fikri.
4. Iri hati terhadap pencapaian Amir dan Usamah.
5. Mencuri pena pemacu dan maklumat Syarikat Bahagia.
6. Insaf dan meminta maaf daripada Amir.

Asma
1. Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei.
2. Berkulit putih.
3. Tinggi sederhana dan raut wajah lembut serta menawan.
4. Mempunyai hubungan dua pupu Amir dan Usamah.

Latar

Latar masa

1. Pagi
Sewaktu mencari storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang hilang melalui
komputer di pejabat persendirian bapanya di Putatan, Amir menerima mesej yang diikuti oleh
perkataan amaran pada layar komputer.

2. Tengah hari
Selepas membajak tanah dan menabur baja di sawah nenek, Amir, Usamah, Zaidi, dan Adnin
makan tengah hari.

46 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

3. 7.00 Petang
Aswan, Majibon, dan Fikri bertandang ke rumah nenek Amir. Tatkala itu, Amir dan Usamah
sedang memasang mesin 2 dalam 1. Amir menerangkan fungsi mesin 2 dalam 1 kepada Majibon
dan Fikri manakala Usamah menemani Aswan masuk ke dalam bilik operasi.

4. Senja
Amir memanjat bukit untuk menghilangkan perasaan kecewa setelah storan data Formula Dua
Hukum Popular Dinamik miliknya lenyap dari komputer. Usamah menasihati Amir supaya
menunaikan solat maghrib di masjid untuk menghilangkan perasaan kecewanya itu.

5. Malam (selepas isyak)


Amir, Usamah, Adnin, dan Zaid masuk ke dalam hutan dengan peralatan yang lengkap. Mereka
menangkap dua orang lelaki di sebuah pondok usang di dalam hutan.

6. Tengah malam (12.00 tengah malam)


Amir dan Usamah berada di pejabat persendirian bapa Amir di Putatan. Mereka mendapati ada
orang sedang memindahkan storan data Syarikat Bahagia melalui Internet.

7. 3.00 pagi
Amir dan Usamah mewujudkan Adang Keselamatan Rahsia untuk menyekat pengaliran maklumat
Syarikat Bahagia. Amir memberitahu ibunya tentang hal tersebut.

Latar tempat

1. Rumah nenek di Kampung Warisan, Papar


Tempat Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester. Mereka mencipta mesin 2 dalam 1 untuk
membantu penduduk Kampung Warisan menanam padi.

2. Pejabat Persendiri Damit di Putatan


Amir dan Usamah mencari storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang hilang.
Secara tidak sengaja, mereka menemukan penjenayah siber sedang mencuri data Syarikat
Bahagia melalui Internet. Walau bagaimanapun, Usamah berjaya menyekatnya.

3. Kawasan sawah padi


Amir, Usamah, Asma, Zaid, dan Adnin berjoging pada waktu pagi. Asma teringat akan peristiwa
mereka berlari-lari di atas batas ketika masih kecil dahulu.

4. Tasik
Aswan, Adnin, dan Fikri merancang untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin
menanam padi. Mereka mahu mencipta model yang sama dengan ciptaan Amir dan Usamah
tetapi berbeza fungsinya.

5. Rumah sakit
Nenek menjalani pembedahan pada buku lali akibat terjatuh di paya. Anak, menantu, dan cucu-
cucunya mengunjungi nenek. Joy menyuapkan bubur nasi yang dimasak oleh Usamah.

6. Pondok usang di dalam hutan


Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin menangkap Lahop dan Oyong di dalam sebuah pondok usang di
dalam hutan. Lahop dan Oyong memberitahu Amir dan rakan-rakannya bahawa mereka hanya
diupah untuk menjaga pondok tersebut.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 47


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

7. Lapangan Terbang
Keluarga dan rakan-rakan mengucapkan selamat jalan kepada Amir dan Usamah yang akan
berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Aswan dan Asma menghulurkan hadiah
masing-masing kepada Amir dan Usamah.

Latar masyarakat

1. Masyarakat remaja yang kreatif dan inovatif


Amir dan Usamah berfikir secara kreatif untuk mengubah suai mesin rumput menjadi mesin
memotong rumput dan membajak tanah sekali gus.

2. Masyarakat remaja yang malas belajar


Aswan telah dibuang dari Politeknik Kuching, Sarawak kerana dia malas belajar, kerap ponteng
kuliah, suka berfoya-foya, dan gagal dalam peperiksaan.

3. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan


Amir tidak lemah semangat walaupun kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik.

4. Generasi muda yang bijak komputer


Amir dapat mengesan percubaan penjenayah siber mencuri maklumat Syarikat Bahagia. Usamah
berjaya mewujudkan Adang Keselamatan Rahsia untuk menyekat pengaliran maklumat tersebut.

5. Masyarakat yang mengkhianati ikatan persahabatan


Aswan yang mencuri pemacu pena milik Amir yang mengandungi storan data Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik kerana dia tidak mahu Amir lebih hebat daripadanya.

6. Masyarakat yang terlalu mementing kerjaya dan duniawi


Amir sedih kerana ayahnya terlalu sibuk dengan urusan perniagaan di dalam dan di luar negara.
Akibatnya, beliau tidak dapat meluangkan masa untuk isteri dan anak-anak di rumah.

7. Masyarakat Kampung yang saling bekerjasama


Orang-orang kampung menolong menanam padi di sawah nenek. Orang-orang kampung juga
telah membawa nenek ke rumah sakit kerana nenek jatuh ke dalam paya.

8. Masyarakat yang penyayang


Nenek amat menyayangi cucu-cucunya. Nenek berjanji akan membuat kuih baulu dan kuih jala
untuk Usamah dan Amir setelah dia sihat.

9. Masyarakat yang beriman


Fikri melarang Aswan memindahkan wang sebanyak RM10 000.00 milik Syarikat Bahagia ke dalam
akaunnya kerana agama Islam melarang penganutnya mengambil hak orang lain.

10. Masyarakat yang pemaaf dan tidak berdendam


Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon walaupun mereka
sangat jahat. Amir memaafkan Aswan walaupun Aswan mengaku telah mencuri storan data
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik miliknya.

48 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

Gaya Bahasa
1. Peribahasa
Makan tidak kenyang. Mandi tidak basah.
Dia bagaikan jejaka dilamun cinta. Fikirannya hanya tertumpu kepada Amir dan Usamah. Dia
mahu menyaingi mereka. (hal. 9)

2. Simile
Dia bagaikan jejaka dilamun cinta. Fikirannya hanya tertumpu kepada Amir dan Usamah. Dia
mahu menyaingi mereka. (hal. 9)

3. Sinkope
“Bagaimana pula kalau kita nak menggunakan pemotong rumput, yang mana nak ditekan?”
tanya Fikri. Hujung jarinya menunjuk pada salah satu butang punat. (hal. 19)

4. Personifikasi
Usamah menghulurkan pemacu pena kepada Amir. “Tekan butang masuk dulu,” ujar Usamah.
Jari-jemari Amir mula lincah menari di atas papan kekunci. (hal. 4)

5. Hiperbola
Majibon terdiam. Pipinya kemerah-merahan. Meskipun tersirap darah mudanya, namun dia
membatu. (hal. 12)

6. Metafora
Fikri memberikan pandangan. Riak wajahnya keruh apabila memikirkan hal itu .(hal. 12)

Sudut Pandangan
Dalam novel “Formula Termodinamik”, pengarang menggunakan sudut pandangan ketiga tidak
terbatas. Dalam novel ini pengarang tidak melibatkan dirinya dalam penceritaan tetapi pengarang
amat mengenali setiap watak utama dan juga watak-watak sampingan. Pengarang dapat menceritakan
segala-galanya tentang setiap watak seperti perasaan watak, tingkah laku, pergerakan, dan fikiran
watak-watak.

Nilai
1. Tolong-menolong
Orang-orang kampung menolong menanam padi antara satu sama lain.

2. Kasih sayang
Puan Intan sayang akan anaknya dan bimbang apabila anaknya tidak menghubunginya sejak
keluar pagi tadi.

3. Keprihatinan
Usamah menyatakan bahawa mereka sepatutnya prihatin dan memberikan bimbingan kepada
Aswan dan berbuat baik serta berkawan dengannya agar lama-kelamaan dia akan insaf.

4. Saling mengingati
Amir mengingatkan rakan-rakannya agar tidak mengumpat kerana perbuatan mengumpat sama
seperti memakan daging saudaranya sendiri.

5. Persaingan sihat
Usamah memberitahu Zaid bahawa persaingan yang sihat akan memajukan diri sendiri.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 49


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Pengajaran
1. Kita janganlah menuduh orang tanpa usul periksa.
2. Kita janganlah terlalu memanjakan anak dengan kemewahan.
3. Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tuduhan.
4. Kita hendaklah bersaing secara sihat antara satu sama lain.

Sejambak Bakti

Sinopsis

Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan


pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli pengarah
sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Seorang murid lelaki mencuba
untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh seorang ahli lembaga pengarah. Cikgu Zulkifli
masuk ke koperasi itu dan memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada
petang itu akan diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa
Lembaga Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan
bahawa Razali telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Munir berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai Penolong Setiausaha. Dia
merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan kawan-kawannya, Leong dan Silvam,
mula berdendam dengan Razali. Kemarahan Munir bertambah apabila seorang murid baharu
sekolah mereka rapat dengan Razali. Di samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah
yang lain mencuba untuk menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan
dan untuk kebaikan murid-murid.
Sikap Munir yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah, mengganggu murid perempuan,
dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah, telah menyebabkan
dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu, iaitu Cikgu Muniam. Munir tidak mengakui
kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir berjanji tidak akan berbuat demikian lagi.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut menyebabkan Munir menjadi lebih marah dan
menuduh Razali yang mengadukan perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil
keputusan untuk membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap
sebagai penghalang hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi.
Petang itu, Razali dibelasah oleh Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee Lan, dan
Saridevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian itu ingin melaporkan perkara itu
kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh Razali. Razali tidak mahu perkara itu diketahui
oleh ayah tirinya. Ketika sampai di rumahnya, ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali
menceritakan perlakuan Munir terhadapnya. Ayah tiri Razali ternampak akan keadaan Razali
lantas menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang lain.
Mak Sopiah mempertahankan anaknya. Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin
bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak
Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut merupakan sejarah
hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan Silvam dihukum rotan kerana
membelasah Razali.
Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi bersama-sama wakil
koperasi-koperasi sekolah dari seluruh negeri di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah membuka

50 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia. Selepas dia pulang dari kursus
itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak mahu
memberikan kerjasama dan memilih untuk bermain bola. Walau bagaimanapun, dia
dipanggil oleh Cikgu Zulkifli supaya melakukan tugasannya. Ketika Munir berada di meja
setiausaha, dia ternampak akan kunci koperasi itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir
dan rakan-rakannya merancang sesuatu bagi mambalas dendam terhadap Razali. Suatu
malam, koperasi telah diceroboh masuk. Keesokan harinya, apabila koperasi dibuka, Razali
mendapati semua barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 telah dicuri.
Dia melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat tetapi tiada
kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan pengetua.
Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali memecah masuk koperasi
kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria
berasa amat marah lalu menghalau Razali tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan Marzuki
bahawa koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan
mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya,
pihak sekolah telah dapat menangkap pencurinya, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir,
Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama nombornya dengan kunci koperasi
dan duit kertas RM10 yang bertanda “K”. Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada
ahli Lembaga Pengarah dan digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan
kesalahannya dan meminta maaf daripada Razali dan keluarganya.
Keputusan pertandingan koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat johan. Pihak sekolah dan ibu
bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga dengan kejayaan mereka itu.
Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa
dengan Pak Ramli, iaitu bapa kepada Ramlah. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa
ada suatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau menjemput mereka ke pejabatnya. Pak Ramli
menceritakan hubungan mereka. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah
dan ayah kandung kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu memanggil Razali dan
Ramlah. Mereka tidak menyangkakan kejayaan koperasi ini telah menemukan seorang anak
dengan ayah dan adiknya.

Tema
Semangat bekerjasama dalam kehidupan warga sekolah untuk mencapai matlamat demi kebaikan
bersama. Contohnya, ahli lembaga koperasi bermesyuarat untuk memutuskan sebarang tindakan bagi
memajukan koperasi sekolah, Mereka juga sentiasa bertungkus-lumus membantu menghias kedai
koperasi, membersihkan bangsal ayam telur, dan bilik bacaan dari semasa ke semasa.

Persoalan
1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
2. Semangat tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan.
3. Semangat kerjasama melakukan sesuatu.
4. Kepentingan membaca dalam kehidupan.
5. Kepentingan ilmu untuk meraih kejayaan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 51


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Plot
Binaan Plot
Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.
1. Permulaan
Pada permulaan cerita, para pembaca diperkenalkan oleh situasi kehidupan ahli lembaga pengarah
di koperasi sekolah. Kemudian, Cikgu Zulkifli menyerahkan surat kepada ahli-ahli yang bertugas
dan menyatakan mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu.
2. Perkembangan
Perkembangan cerita ini pula ialah apabila Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam kerana aduan
tentang disiplinnya. Cikgu Muniam dan Cikgu Zulkifli mencuba untuk menasihatinya dan Munir
mengaku dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya lagi. Walau bagaimanapun, Munir
masih lagi berdendam dengan Razali. Munir, Leong, dan Silvam memukul Razali.
3. Klimaks
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan digemparkan oleh pencerobohan
koperasi. Munir, Silvam, dan Leong menuduh Razali kerana dia memegang kunci koperasi.
Kemudian, guru-guru ahli lembaga pengarah mencuba untuk memerangkap penceroboh dengan
meninggalkan duit RM10 yang bertanda huruf “K” Apabila, koperasi diceroboh lagi, pihak sekolah
membuat pemeriksaan mengejut. Akhirnya, Munir ditangkap mencuri kerana duit yang bertanda “K”
dan kunci yang mempunyai nombor yang sama dengan kunci koperasi dijumpai di dalam begnya.
4. Peleraian
Peleraian cerita ini ialah apabila Mak Sopiah dan Pak Zakaria menemui Pak Ramli, iaitu ayah
kandung Razali dan ayah kepada Ramlah. Mereka menceritakan kisah mereka dan Cikgu Zulkifli
memanggil Razali dan Ramlah supaya Razali dapat bertemu dengan ayah kandungnya yang sudah
lama dicarinya.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian. Contohnya:
(a) Pagi itu, seperti hari yang lain juga, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah bangunan yang bercat
kuning tersergam indah dalam kawasan yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok bunga.
(hal. 1)
(b) Rumah di pinggir sawah itu sesungguhnya amat damai dan mententeramkan perasaan. Sawah
luas terbentang, padi subur menghijau. Angin bertiup lembut, daun padi kelihatan berombak-
ombak di tengah-tengah petak. (hal. 53)
2. Teknik dialog. Contohnya:
(a) Eh, surat apa ni?” tanya Ramlah dengan terperanjat.
“Ambillah!” desak Munir.
“Tak maulah!” kata Ramlah seperti ketakutan. (hal. 32)
(b) “Bukan kau sahaja yang kecewa, Munir. Kami juga kerana Razali tulah!” Leong pula
meluahkan perasaan kecewanya.
“Razali tu macam body guard Ramlah, Swee Lin, dan Saridevi tu. Kami juga tak dapat
berhubung dengan mereka, Munir, “ cemuh Silvam. (hal. 66)

3. Teknik monolog. Contohnya:


“Oh, sungguh malang nasibku!” keluh Razali dalam hatinya. “Mengapalah aku difitnah begini?
Ayah, di manakah ayah?” Tolonglah anakmu ini.” Razali menyandarkan kepalanya pada tiang
pokok. (hal. 126)

52 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

4. Teknik imbas muka. Contohnya:


Sesungguhnya, Razali itulah tempat dia mencurahkan kasih dan bergantung hidup pada masa
hadapan. (hal. 127)

5. Teknik imbas kembali. Contohnya:


“Mak Sopiah ini ialah bekas isteri saya kira-kira 16 tahun yang lalu. Ketika kami bercerai dahulu,
saya meninggalkan seorang anak lelaki. Dialah yang memeliharanya sampai sekarang.” (hal. 154
– 155)

6. Teknik saspens. Contohnya:


(a) Ketika itu, lembaga berwarna hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan. Lembaga itu berlari menuju ke arah kedai Koperasi. (hal. 105)
(b) Mereka terdiam seketika. Mungkin masing-masing mengumpul ingatan untuk diluahkan
dalam pertemuan yang tidak diduga itu.
Akhirnya, Pak Ramli membuka tirai rahsia yang sama-sama dialami oleh mereka. “Begini
sebenarnya Encik Ali, cikgu …” (hal. 154)

Watak dan Perwatakan


Razali
1. Watak utama dalam novel “Sejambak Bakti”.
2. Remaja lelaki yang berumur 17 tahun.
3. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1.
4. Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
5. Anak lelaki tunggal kepada Mak Sopiah dan Pak Ramli dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
6. Seorang yang bijak dan rajin mengajar orang lain.
7. Seorang yang penyabar.
8. Seorang yang rajin bekerja dan amanah.
9. Seorang yang suka membantu.
10. Seorang yang sedia memaafkan.

Cikgu Zulkifli
1. Guru lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan
2. Tubuhnya tinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis.
3. Seorang yang bertanggungjawab.
4. Prihatin dengan ahli-ahli lembaga pengarah dan koperasi.
5. Seorang yang bijaksana.
6. Seorang yang amanah dalam pekerjaan.

Ramlah
1. Seorang gadis yang berumur 17 tahun.
2. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1.
3. Kawan baik dan adik kepada Razali.
4. Anak perempuan Pak Ramli dengan seorang janda.
5. Seorang yang prihatin akan masalah yang dihadapi seseorang.
6. Seorang yang rajin bekerja dan amanah.
7. Rajin membantu orang lain.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 53


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Munir
1. Seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun.
2. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1.
3. Kawan baik kepada Leong dan Silvam.
4. Seorang yang nakal dan biadab.
5. Amat mencemburui Razali.
6. Seorang yang pemalas dan sering mengganggu pelajar perempuan.
7. Suka berbohong.

Latar
Latar masa
1. Pada waktu pagi
(a) Murid-murid SMTPSK hadir ke sekolah.
(b) Para ahli lembaga pengarah memulakan tugas di koperasi.
(c) Marzuki, Harun, Rozita, dan Razali tergamam melihat keadaan kedai koperasi yang bersepah-
sepah.
2. Pada waktu malam
Lembaga hitam menceroboh masuk ke dalam kedai koperasi.

3. Pada waktu petang


(a) Mesyuarat ahli lembaga pengarah diadakan.
(b) Munir, Leong, dan Silvam membelasah Razali.
(c) Ahli lembaga pengarah pergi membeli barang dan buku untuk koperasi.
4. Pada pagi 24 Julai
Razali menghadirkan diri ke kursus koperasi di Kuala Lumpur.

Latar tempat
1. Di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
(a) Tempat razali dan rakan-rakannya belajar.
(b) Ahli lembaga pengarah menjalankan tugas yang diberikan.
(c) Tempat pertemuan antara Razali dengan ayah kandungnya, Pak Ramli.
2. Di Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
(a) Ahli lembaga pengarah menjalankan tugas.
(b) Lembaga hitam menceroboh masuk.
(c) Pihak polis datang untuk membuat siasatan.
3. Di rumah Razali
(a) Tempat Pak Zakaria, Mak Sopiah, dan Razali tinggal.
(b) Razali sembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
(c) Pak Zakaria telah menghalau Razali keluar dari rumah setelah difitnah oleh Munir.
4. Di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya.
Razali menjalani kursus koperasi.
5. Di Kuala Lumpur
(a) Razali melawat ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Muzium Negara.
(b) Razali melawat ke koperasi-koperasi seperti Koperasi Bekas Perajurit Tanah Air.

54 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1 

6. Di pondok di tengah sawah


(a) Tempat Rozita, Ramlah, Saridevi, dan Razali mengulang kaji pelajaran.
(b) Tempat Razali menenangkan hati setelah dimarahi oleh ayah tirinya.
7. Di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
Tempat ahli lembaga pengarah mengadakan mesyuarat.
8. Di kelas Tingkatan 5C1
Razali, Ramlah, dan Munir belajar di kelas ini.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan
Ahli Lembaga Pengarah berkerjasama menghiaskan bilik koperasi dan bilik bacaan untuk
pertandingan koperasi.

2. Masyarakat yang saling bantu-membantu


Rozita, Ramlah, dan Saridevi membantu Razali yang baru sahaja dibelasah oleh Munir, Silvam,
dan Leong.

3. Masyarakat yang cemburu akan kelebihan seseorang


Munir amat mencemburui Razali yang sering kelihatan bersama dengan Ramlah.

4. Masyarakat ahli jawatankuasa Koperasi


Ahli lembaga pengarah berusaha untuk menaik taraf koperasi.

5. Masyarakat pelajar
Razali, Rozita, Ramlah, dan Saridevi belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian
Seri Kayangan.

6. Masyarakat guru
Guru-guru yang sedia berkhidmat untuk mendidik para pelajar.

7. Masyarakat pelajar yang mempunyai masalah disiplin


Munir sering ponteng tugas di koperasi, menyakiti Razali, dan sering mengganggu para pelajar
perempuan.

Gaya Bahasa
1. Peribahasa
“Kau memang busuk hati, dengki!” cemuh Munir. (hal. 67)
2. Simile
Kakinya seperti terpaku di tanah. (hal. 122)
3. Metafora
Razali memaku dirinya di tanah. (hal. 124)
4. Sinkope
“Kami nak belajar di pondok tu, emak, sahut Razali. (hal. 55)
5. Anafora
“Dia … dia …” kata Munir terputus-putus.
“Dia apa?” sergah Cikgu Syamsudin.
“Dia terlalu rapat dengan Ram … Ramlah, cikgu,” jelas Munir, ketakutan. (hal. 135)
6. Repetisi
“Hidup Koperasi SMTPSK! Hidup Koperasi SMTPSK! Hidup Koperasi SMTPSK!” (hal. 149)

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 55


  Bahasa Malaysia PT3  Analisis Novel Tingkatan 1

Sudut Pandangan
Novel “Sejambak Bakti” menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sudut pandangan orang ketiga
kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak menggunakan kata ganti
nama diri ketiga, iaitu dia, mereka, atau lengkap dengan nama.

Nilai
1. Bekerjasama
Ahli lembaga pengarah berkerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemaskan
kedai koperasi, dan bilik bacaan untuk pertandingan koperasi.
2. Kasih sayang
Ibu Razali, Mak Sopiah amat menyayangi anaknya sehingga sanggup mengikut Razali sekiranya
Razali dihalau keluar dari rumah.
3. Kejujuran
Razali dengan jujurnya menyatakan alibinya ketika disoal siasat oleh polis.
4. Amanah
Cikgu Robeah memegang duit koperasi dengan amanah.
5. Tolong-menolong
Razali sanggup menolong Munir dalam pelajaran semasa Munir dalam tempoh digantung
persekolahan.
6. Kerajinan
Ahli-ahli lembaga pengarah rajin ke bangsal ternakan ayam untuk mengambil telur-telur ayam
dan mengemas bangsal tersebut.
7. Kegigihan
Ahli-ahli lembaga pengarah gigih menjalankan tugas sehingga memberikan kesan kepada murid-
murid lain.
8. Ketaatan
Ahli-ahli lembaga pengarah taat akan arahan yang diberikan oleh guru mereka.

Pengajaran
1. Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.
2. Kita haruslah menyayangi anak kita.
3. Kita haruslah bersifat jujur.
4. Kita haruslah taat kepada ibu bapa.
5. Kita haruslah taat kepada guru-guru.
6. Kita haruslah saling membantu sesama sendiri.
7. Kita haruslah amanah dengan tugas yang diberikan.

56 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai