Anda di halaman 1dari 21

UNIT 1

GIMNASTIK ASAS
PJPK Tingkatan 1 KSSM PJ
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Trampolin

• Trampolin adalah salah satu alat


yang digunakan dalam gimnastik
untuk membolehkan murid membuat
lantunan pelbagai bentuk badan dan
layangan di udara.
• Seorang gimnas boleh melakukan
pelbagai aksi akrobatik dengan
menggunakan trampolin semasa
berada di udara.
• Kemahiran trampolin dapat membina
pemasaan, koordinasi, imbangan dan
kawalan badan semasa di udara.
Trampolin

• Aktiviti lantunan dan layangan di atas


trampolin melibatkan bahagian kaki
berbanding dengan kemahiran gimnastik
lain yang memerlukan kekuatan bahagian
tangan.
• Murid yang tidak mempunyai kekuatan
tangan atau mempunyai berat badan
berlebihan juga dapat melibatkan diri
serta mendapat keseronokan daripada
aktiviti ini.
Kemahiran Asas Lantunan

• Kunci kepada
lantunan yang
baik adalah dengan
mewujudkan
sesuatu ritma
dengan trampolin
melalui lantunan
Kemahiran Asas Lantunan

• Seat-drop
• Back-drop
• Hands and Knees-drop
• Front-drop
Seat-drop

• Berdiri tegak dan tangan lurus ke atas.


• Lutut difleksi.
• Pindah berat badan ke belakang.
• Jatuhkan badan dalam posisi duduk.
• Tangan di sisi badan dengan jari ke
hadapan.
• Kembali ke posisi asal.
Back-drop

• Berdiri tegak di atas


trampolin.
• Lutut difleksi.
• Jatuhkan bahagian belakang
badan ke atas trampolin.
• Tangan dan kaki dilurus
serentak ke hadapan.
• Kembali ke posisi asal.
Hands and Knees-drop

• Berdiri tegak di atas


trampolin.
• Jatuhkan kedua-dua lutut
dan tangan serentak ke atas
trampolin.
• Lutut dan jari menghadap
ke hadapan.
• Kembali ke posisi asal.
Front-drop

• Berdiri tegak di atas trampolin.


• Siku difleksi lebih kurang 90°.
• Lutut difleksi.
• Jatuhkan badan dalam
keadaan meniarap selari
dengan trampolin.
• Tangan berada di bawah dagu
dengan jari menghala ke
dalam.
• Mata memandang tangan.
• Kembali ke posisi asal.
Bentuk Badan Semasa
Layangan

• Terdapat pelbagai
jenis bentuk badan
yang boleh dilakukan
semasa layangan di
atas trampolin
antaranya ialah posisi
tuck, pike dan
straddle.
Bentuk Badan Semasa
Layangan

• Lompatan Tuck
• Lompatan Pike
• Lompatan Straddle
Lompatan Tuck

• Berdiri tegak di atas trampolin


dengan kaki dirapatkan.
• Mengenjut beberapa kali untuk
mendapatkan momentum.
• Lompat berulang kali.
• Pada ketinggian layangan yang
sesuai, fleksi lutut dan rapatkan
ke dada.
• Tangan memegang bahagian bawah
lutut.
• Kembali ke posisi asal.
Lompatan Pike

• Berdiri tegak di atas trampolin


dengan kaki dirapatkan.
• Mengenjut beberapa kali untuk
mendapatkan momentum.
• Lompat berulang kali.
• Pada ketinggian layangan yang
sesuai, fleksi pinggul dengan
kaki diluruskan.
• Kembali ke posisi asal.
Lompatan Straddle

• Berdiri tegak di atas trampolin


dengan kaki dirapatkan.
• Mengenjut beberapa kali untuk
mendapatkan momentum.
• Lompat berulang kali.
• Pada ketinggian layangan yang
sesuai, kaki dikangkangkan.
• Kembali ke posisi asal.
Putaran

• Putaran 90°
• Putaran 180°
• Putaran 360°
Putaran 90°

• Berdiri tegak di atas trampolin


dengan tangan dilurus ke atas.
• Mengenjut beberapa kali untuk
mendapatkan momentum.
• Lompat dan buat putaran 90°
mengikut arah jam atau lawan
jam semasa di udara.
• Fleksi lutut dan turunkan tangan
semasa mendarat.
Putaran 180°

• Berdiri tegak di atas trampolin


dengan tangan dilurus ke atas.
• Mengenjut beberapa kali untuk
mendapatkan momentum.
• Lompat dan buat putaran 180°
mengikut arah jam atau lawan
jam semasa di udara.
• Fleksi lutut dan turunkan tangan
semasa mendarat.
Putaran 360°

• Berdiri tegak di atas trampolin


dengan tangan dilurus ke atas.
• Mengenjut beberapa kali untuk
mendapatkan momentum.
• Lompat dan buat putaran 360°
mengikut arah jam atau lawan
jam semasa di udara.
• Fleksi lutut dan turunkan
tangan semasa mendarat.
Rutin 1
Rutin 2
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai