Anda di halaman 1dari 32

Disediakan oleh: Nor Mazitah binti Mahussin

Fazilah binti Malek


Mohd Fairuz bin Mohamad Sahid Mohd Ikhmal Hafizi bin Hairudin

Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan

yang menekankan empat aktiviti utama iaitu


ketangkasan, imbangan, lombol dan

hamburan. Keempat-empat aktiviti utama


tersebut dibahagikan kepada enam pola pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan.

Pola-pola ini menjadi asas untuk


perkembangan kemahiran

gimnastik artistik. Kemahiran


asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagai asas persediaan pelajar mempelajari kemahirankemahiran yang lebih sukar dalam

gimnastik artistik.

Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu : 1. Pendaratan

Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan daya akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat graviti dimana lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan.

2. Statik
Kestabilan boleh diperolehi apabila

seseorang itu berakhir dalam keadaan statik


bermaksud keupayaan badan untuk kembali

ke

posisi

yang

seimbang

selepas

ianya

dipindahkan/digerakkan.

Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat


graviti

3.

Gerak Edar

Pergerakan dari satu tempat ke satu

tempat disertai dengan pemindahan pusat


graviti akan mengakibatkan pergerakan. Bagi

setiap pergerakan badan akan dipengaruhi


oleh masa, daya, aliran dan ruang.

4. Putaran
Setiap putaran tertakluk kepada jejari.

Semakin kecil jejari akan mengakibatkan


semakin pantas putaran sedangkan

semakin besar jejari akan menyebabkan


semakin perlahan putarannya.

5.

Hamburan

Untuk menggerakkan sesuatu objek,daya diperlukan. Dengan mengaplikasikan daya, objek tersebut akan bergerak mengikut arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam menghasilkan hamburan dimana setiap aksi mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya. Contohnya Hambur Arnab.

6.

Hayunan

Daya pergerakan dalam sesuatu

pergerakan boleh dipercepatkan lagi


dengan menambah unsur-unsur

hayunan seperti menghayun hujung


kaki. Contohnya hayunan pada

palang.

1. Teknik Lakuan Dalam berada 4 tapak sokongan Kaki dan kedua tangan dibuka seluas bahu. Merangkak pada aras yang rendah

2. Butiran Mengajar Kaki dan tangan menjadi tapak sokongan. Badan berada pada aras yang rendah. Tangan, badan dan kaki lurus dan tangan dan kaki dibuka seluas bahu. Merangkak seperti buaya. Muka pandang ke depan.

1. Teknik Lakuan Berdiri tegak Kaki rapat dan kedua tangan lurus di sisi badan. Bengkokkan badan ke depan di paras pinggang perlahan-lahan. Serentak sebelah kaki diangkat lurus ke belakang dan sebelah tangan lurus ke depan. Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan lantai.

2. Butiran Mengajar Berdiri tegak dan pandang ke depan. Badan dibengkokkan ke depada serentak dengan sebelah tangan dan kaki diluruskan. Tangan, badan dan kaki lurus dan sedikit melengkung di bahagian pinggang. Imbangi badan di atas sebelah kaki Muka pandang ke depan.

1. Teknik Lakuan Imbangan di atas satu tapak sokongan Rendahlan aras, letak kedua belah tangan di atas lantai Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikan bahagian punggung Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke depan dengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu. Selepas gulingan, melompat dan mendarat dengan 2 belah kaki. 2. Butiran Mengajar Tangan lurus seluas bahu dan jari mengarah ke hadapan. Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada untuk membulatkan badan Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi daripada bahagian kepala Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskan

1. Teknik Lakuan Abdomen di atas peti lombol. Kaki rapat dan kedua tangan lurus ke hadapan. Hayunkan badan seperti jongkang-jongkit. Serentak kedua belah tangan dan kaki lurus. Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan peti lombol.

2. Butiran Mengajar Abdomen sebagai tapak sokongan di atas peti lombol. Kaki dan tangan diluruskan selari dengan peti lombol. Imbangi badan di atas abdomen. Hayunkan badan seperti jongkang-jongkit secara berulang sebanyak 3 kali. Muka pandang ke depan.

1. Teknik Lakuan Berdiri tegak di atas peti lombol. Kaki rapat dan kedua tangan lurus di atas kepala. Bengkokkan badan ke depan di paras pinggang perlahan-lahan. Serentak kedua belah kaki melompat dari lombol ke paras bawah. Lutut dibengkokkan serta tangan di depakan untuk mengimbang.

1. Teknik Lakuan Berdiri tegak Mencangkung dan dan dari kedudukan dakap, letak kedua belah tangan di atas lantai Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikan bahagian punggung Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke depan dengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu. Selepas gulingan, berdiri tegak. 2. Butiran Mengajar Mencangkung di hujung kaki Tangan lurus seluas bahu dan jari mengarah ke hadapan. Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada untuk membulatkan badan Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi daripada bahagian kepala Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskan

1. Teknik Lakuan Berdiri tegak di tempat mula. Angkat tangan kanan lurus ke atas menandakan bersedia untuk memulakan aktiviti. Lari ke arah papan anjal / papan lonjak. Melonjak ke atas papan anjal dengan kedua belah kaki. Kedua-dua tangan menapak di atas peti lombol. Melombol dengan kedua-dua kaki di buka / kangkang luas dan lurus ke sisi sewaktu layangan. Kedua-dua tangan tolak dengan kuat dari peti lombol supaya laluan layangan licin dan sempurna. Mendarat dengan merapatkan kedua kaki. 2. Butiran Mengajar Berlari pantas dan lurus Kaki kangkang dan lurus. Kepala mendongak pandang ke depan atas, hujung kaki lurus (point-toe). Kedua tangan menguis sewaktu kaki melayang di atas peti. Mendarat tegak, mendada dan kaki dijengketkan.

Asas Gimnastik adalah satu daripada kemahiran yang penting dalam aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah dicadangkan adalah merupakan pengetahuan penting untuk melakukannya dalam bentuk amali. Anda perlu peka dengan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti asas gimnastik kerana kelalaian boleh mengakibatkan kemalangan. Antara pola-pola pelakuan tersebut termasuklah aktiviti gulingan, imbangan dan lombol.

Anda mungkin juga menyukai