Anda di halaman 1dari 1

BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-)

2 biji epal hijau


1 genggam cranberry kering (atau kismis)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI EPAL :- Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam
dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk.
Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang,
secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut, tambah jus
lemon dan gaul rata, jika guna.
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan
inti tadi untuk kegunaan kemudian...
UNTUK PUFF PASTRY APPLE PIE :- Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya
sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar diatas, pastikan satu bahagian besar
sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi atau buat corak ikut kreativiti anda. Bahagian satu
lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar.
Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam
dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.
Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C
selama 25 minit. Jika oven anda ada kipas, hidupkan. Teknik ini akan menjadikan puff pastry
lebih ringan dan cantik. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....