Anda di halaman 1dari 22

PJMS 3023

OLAHRAGA, BADMINTON & SOFBOL

PENDIDIKAN JASMANI

Disediakan oleh :

LARI
PECUT MOHD AIMAN RADI BIN ANDI BUANAH CHE HAZIMAN AZLI BIN CIK HAMDAN
2019312340165 2019312340156
aimanradi134@gmail.com chehaziman99@gmail.com
Sejarah Lari Pecut
• Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam
pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.
• Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.
• Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.
Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos’
berjarak 384 meter (192 meter x 2 meter) diadakan.
• Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok
permulaan yang dibina melintang keluasan stadium
berkenaan.
• Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.
• Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki.
• Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz
kaki mereka berbeza-beza.
Sejarah Lari Pecut
• Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana
tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur
permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara
permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah
mengenai cara mana yang patut digunakan.
• Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan
cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling
baik dan diterima oleh semua pihak.
• Pada tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan
cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal
ialah `pencil start´, di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan
dengan persetujuan dan tembakan.
Sejarah Lari Pecut
• Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884.
Di Australia gaya ini dikenali sebagai `kangaroo start’.
• Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya
untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita
telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
• Dalam acara 100 meter,rekod rasmi lelaki yang pertama dil
akukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun
1890 dengan catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman
pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat
yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928.
Sejarah Lari Pecut
• Dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik
moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus
tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama
yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200meter
diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph
dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun
tersebut dengan masa 22.9.
• Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama
yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan
oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat.
Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 s
aat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di
bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974.
LARIAN PECUT
• Teknik dan gaya larian merupakan faktor utama bagi seorang
atlet balapan untuk menempa kejayaan.
• Lari pecut merupakan salah satu acara dalam sukan olahraga
dimana ia merupakan acara larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain.
• Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor
seperti latihan, jarak, kelajuan angin, permukaan balapan,
jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian
dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.
• Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu mempunyai
kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, latihan yang
mencukupi dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi.
LARIAN PECUT
• Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut
iaitu faktor kelajuan pergerakkan dan jarak langkah
semasa berlari.
• Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai
kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan
diri atau badan semasa berlari.
• Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada
panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak.
• Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2
meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang
menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan
sendi pinggang.
LARIAN PECUT
• Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m,
400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga
anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
• Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah
menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada
pelajar mereka.
• Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :
 Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
 Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang
dibuat oleh kaki tersebut.
 Tangan digerakkkan dengan pantas.
 Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak
ditegangkan ).
TEKNIK LARIAN PECUT
• Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Gaya Berdiri
Gaya Berdiri
i. Persediaan- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan
'ke garisan' diberi.
ii. Ke garisan- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan
mengimbangkan badan.- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
- condongkan badan.- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan d
engan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii. 'sedia'- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan- bengkokkan
lebih lutut kaki hadapan- kaki belakang tolak ke tanah.- badan tidak bergerak dan tumpu perh
atian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.
iv. 'Bang' atau 'mula'- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki
hadapan.
TEKNIK LARIAN PECUT
• Gaya Dekam
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya
sederhana dan gaya panjang

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN


i. Fasa permulaan
ii. Fasa larian:
• Fasa pecutan
• Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
• Fasa larian di selekoh
iii. Fasa penamat
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT
a) Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya
sederhana dan gaya panjang

1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat
dengan garis permulaan.
Blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan
dan blok belakang setapak
dari bahagian hadapan blok
hadapan.
Kedudukan kaki Kedudukan kaki
hadapan dari belakang dari
garisan permulaan kaki hadapan
(2 tapak kaki) ( 1 tapak kaki)
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT

2. Gaya sederhana
aya ini meletakkan blok
pertama dua tapak dari
garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari
bahagian hadapan blok
hadapan.

Kedudukan kaki
Kedudukan kaki
hadapan dari
belakang dari
garisan permulaan
kaki hadapan
(2 tapak kaki)
( 2 tapak kaki)
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT

3. Gaya panjang
blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan
dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian
hadapan blok hadapan.

Kedudukan kaki
hadapan dari
Kedudukan kaki
garisan permulaan
belakang dari
(2 tapak kaki)
kaki hadapan
( 3 tapak kaki)
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT
b) Fasa Pecutan
• selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil
tempatnya di blok permulaan.
• Kedudukan tangan: - tangan adalah lurus dan dibuka seluas
bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan
luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain,
diletak di belakang garis mula.
• Kedudukan kepala dan leher: - kepala dan leher didongak
sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan.
• Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan
badan dicondong ke hadapan.
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT
• Pergerakan tangan dan kaki- selepas ' bang' atau tembakan
pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan
pergerakan kuat tangan dan kaki.- tangan yang bertentangan
dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.
• Tangan lain digerakkkan ke belakang
dengan kuat.
• Tangan dibengkokkan 90 darjah
• Lutut belakang digerakkan ke hadapan
dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.
Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30
hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah
ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut
bertambah dalam fasa ini.
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT
c) Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
• Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
Pecutan berlaku pada awal larian. 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang
atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

d) Teknik Larian di selekoh


• Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat
kuasa 'centrifugal'. Seorang pelari seharusnya merendahkan
badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh
berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'. Tangan
kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang
badan mengarah ke dalam.
FASA-FASA &TEKNIK LARIAN PECUT
e) Teknik Penamat
• Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian
ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak
bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis
penamat.

Cara yang paling baik untuk menamatkan


larian ialah untuk menonjolkan bahagian
torso ke hadapan
Latihan Ansur Maju
• Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong,
larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
• Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang
dimaklumkan
• Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti
dalam kumpulan
• Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar
dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri dari disentuh
• Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan
Latihan Ansur Maju
b) Larian teknik pecut
• Berlari dengan melangkah panjang
• Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan,
mengangkat lutut
• Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian
bawah kaki diluruskan.
• Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
• Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah
kaki diluruskan.
• Berlari menyepak ke belakang.
• Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
• Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih
menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari
pinggul ke paras hidung.
Latihan Ansur Maju
c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan
• Melonjak untuk jarak.
• Melangkah panjang ( bounding )
• Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
• Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
• Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
• Semasa berada di garisan permulaan,pelari tidak dibenarkan
menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan
ini dengan tangan atau kaki.
• Apabila memulakan larian dengan caragaya dekam, kedua-dua
tangan hendaklah menyentuh tanah.
• Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol
pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.
• Jika pelari melakukan kesalahan kali pertama, dia akan
dibatalkan terus.
• Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga
akhir.
• Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada garisan
penamat dikira pemenang
Peralatan Yang Digunakan

• Kasut Spike • Blok Permulaan

• Pakaian yang bersesuaian

Anda mungkin juga menyukai